Sunday 27 August 2017

Mempersembahkan “The Castello Compendium” ; Sempena 70 Tahun Bersama Artisanal Kualiti Tinggi



Bagi mereka yang memiliki / pernah memiliki pipa Castello, membakar baccy di dalam bowlnya buat kali yang pertama adalah seperti “satu tompok salutan lumpur di muka” kepada falsafah perpipaan kita…
Kita selalu mencari “the one” – sebuah pipa yang kita rasakan so ultimate, teman tatkala duka yang mampu menceriakan kita bilamana sahaja kita mahukan. Dan dengan sebuah Castello kita dihadiahkan dengan “the one”.

Akan tetapi, sedikit masa lagi “the one” adalah “one too many” – anda akan terus mencari lagi, Castello demi Castello!
Mungkin begitulah perihalnya dengan pipa-pipa lain, dimana kita sebagai kolektor akan tetap membeli (atau terbeli) pipa-pipa – jadi sekali anda terjumpa “the one” dan selepas itu mungkin “the so-so” ataupun “yang biasa-biasa sahaja”. Namun dengan Castello ia adalah sangat berlainan, kerana setiap Castello yang anda beli adalah “the one” – dari kedua-dua segi sama ada estetik mahupun fungsinya.
Jadi, bilakah “the one” akan jadi “the final one”?
imej dari Wallpapersdsc.com
Ramai pemipa di serata dunia yang pernah memiliki Castello (termasuk saya) akan mengutarakan perkara yang sama. Castello akan menghantui anda. Jika Dunhill bermain dengan “branding mystique”, Castello membawa “manliness” dan “sexiness” kepada briar yang dunia tidak pernah lihat dari jenama lain. Cuba anda fikirkan tentang Ferrari, Lamborghini, Ducati, Aprilia, Vespa, Armani, Gucci, Juventus, Monica Bellucci…entah mengapa, Itali adalah sangat efisyen tentang estetik dan functionality.

imej dari Vespa.com
Castello sememangnya telah diakui ramai sebagai salah satu jenama pipa terbaik dunia. Lebih kepada “artisanal workshop” berbanding operasi a-la “factory” seperti Dunhill, Big Ben, atau rakan senegara mereka Savinelli, Castello hanya memiliki 5 ke 6 artisan mahir yang menghasilkan pipa 100% dari tangan mereka sendiri.
Kemahiran mereka, ditambah pula dengan mata yang peka terhadap kualiti, nilai seni dan estetik sesebuah pipa adalah jelas di dalam setiap satu dari 3500 pipa yang mereka keluarkan saban tahun. Ini ditambah pula dengan sumber briar & lucite terbaik yang mereka mampu dapatkan, menjadikan setiap pipa Castello adalah satu work of art.

Tahun ini, Castello meraikan ulang tahunnya yang ke-70. Oleh yang sedemikian, ia agak bersesuaian juga untuk pipa di dunia fana menyampaikan “The Castello Compendium” ini, satu testimoni pada hegemoni perpipaan yang mungkin agak panjang namun penuh dengan informasi dan penghargaan kepada karya seni yang berkualiti tinggi.
 Let’s look it this way; saya memaksa diri saya menjadi lebih rajin dan lebih produktif (kejar sales number / buat overtime / stay up di opis / berjimat-cermat sebulan / bawa bekal nasi + telur dadar kicap ke ofis etc – atau mana satu cara yang berkesan bagi anda) demi mencapai matlamat kendiri untuk mendapat sedikit duit lebih bagi “menghalalkan” pembelian Castello pertama saya. Pipa Castello pertama saya itu menunjukkan saya satu dimensi perpipaan baru yang saya tidak pernah tahu wujud sebelumnya. Bukannya perpipaan sebelum ini adalah tidak baik, akan tetapi saya ditunjukkan akan suatu dunia perpipaan yang lebih “refined” dan keseronokan yang lebih bermakna.
Smoke like a dream, dengan sebuah pipa yang menzahirkan “sexiness” karya artisanal terbaik dari bumi Italia ini adalah salah satu “enticing moments” di dalam dunia perpipaan yang kita patut hargai dan nikmati sepenuhnya. 


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

No comments:

Post a Comment