Sedar tak sedar, pipa di dunia fana sudah pun memiliki 157 artikel – and what a journey it was!
Menulis
bukanlah satu perkara yang mudah. Memikirkan kembali betapa bosannya
subjek BM dan BI dahulu (Bahasa Arab was not quite boring – sebab
ustazah saya cantik), agak ironi untuk mengasah kalam dan menggores
madah sekarang.
Ramai
yang bertanya kepada saya sebenarnya – dari mana datangnya minat dan
dedikasi untuk menulis saban minggu. Sebenarnya saya bukan menulis pada
setiap hari Khamis sebelum artikel itu disiarkan di dunia fana pada
keeseokan harinya. That would be too structured already. Let’s just let
it flow. Saya menulis apabila ilham dan idea datang. Ia bagaikan satu
work in progress sehinggalah ia siap. Semuanya juga adalah sangat rawak.
Ada katanya seminggu tiga ke empat artikel dan ada juga masa dimana
saya tidak menulis langsung di dalam minggu tertentu.
Saya
sememangnya menyimpan satu nota memo untuk saya tulis, coret, lukis,
agak cakar-ayamly, tentang pipa, tembakau dan anything perpipaan. Ia
menjadi satu tabiat untuk saya bawa ke mana sahaja. Kalau terlupa,
kertas memo pad di hotel atau bilik mesyuarat regional office menjadi
mangsa tatkala idea datang apabila saya outstation. Ia bagaikan satu
memorabilia yang menarik buat saya. Dan dari situ lahirlah
artikel-artikel tersebut; dari rangka menjadi satu plan, kemudian
perenggan demi perenggan terbentuk – jarang secara terus, selalunya
sebagai work in progress bergantung kepada penjurusan minat pada masa
tersebut – dan akhirnya ia siap sebagai artikel. Proof reading menyusul
kemudian.
Artikel-artikel
saya juga adalah satu cara untuk saya berkongsi dengan para pembaca
yang rata-rata adalah pemipa yang berkongsi minat dan passion yang sama.
Dari situ banyak teguran dan pembetulan yang kita boleh perolehi
apabila artikel dikongsi dan diperbincangkan. That’s how knowledge work.
Having said that, ego has to be set aside – janganlah pula kita cepat
tersentap apabila perkongsian kita ditegur. Saya percaya semua teguran
adalah ikhlas dan bersifat membina. Saya juga sentiasa percaya yang what
really matter is the journey to perfection, sebab you can’t reach
perfection. Nobody did.
Ok
berbalik kepada artikel. Oleh kerana saya menulis berlandaskan idea,
pada tiap-tiap masa biasanya saya akan ada 7-8 artikel yang sudah siap.
Jadi saya hanya perlu mengatur artikel ini seperti sebuah study plan.
Selalunya kita ikut plan yang telah direncana namun ada kalanya beberapa
artikel baru yang disiapkan lebih sesuai disiarkan pada masa-masa
tertentu, menyebabkan artikel-artikel di dalam study plan itu
tertangguh. Biasa lah tu, manusia hanya merencana bukan memberikan
ketentuan.
Jadi,
what’s driving you to write articles by articles on pipesmoking – tanya
seorang pembaca dari Spain tempohari. Saya suka meneliti dan membelek
pipa dan tembakau. Material, bentuk, kejuruteraannya, finishing,
aksentuasi, stem yang berkilat, tin art, struktur flake, ramuan dan
resepi blend – semuanya menarik. Now sprinkle some element of rarity and
uniqueness in it; blend yang sudah tidak dikeluarkan lagi, aksentuasi
perak dan permata, shape yang sukar untuk didapati, mistik penjenamaan –
hush semuanya ada pada pipa dan baccy. Mudah untuk saya menulis panjang
tentang perkara yang saya suka.
It’s never a chore, but it’s a chord for me to struck in…
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment