Friday 10 April 2015

FIAMMATA-RERAMBUT BIDADARI

Semenjak pipa tercipta, keindahan tidak pernah jauh darinya. Pipa keamanan atau "peace pipe" suku-suku red indian adalah simbol status kekuasaan puak-puak mereka, dihias cantik dengan bulu-bulu merak dan batuan bernilai. Masyarakat asli Africa pula suka menggunakan gading gajah dan bermacam lagi barang berharga, demi menobatkan status pipa mereka. Sudah jadi lumrah manusia, sukakan perhiasan...

Bagi abad ke 20 dan ke 21 ini, status sebegini sudah tidak relevan lagi. Manusia beralih kepada kualiti dan keindahan alami. Bagi dunia pipa pula, briar grain (ira / pola) pula menjadi igauan. Grain pada briar ini sebenarnya adalah pola atau ira kayu briar tersebut. Terhasil secara alami, ianya berkait rapat dengan struktur tanah dan nutrisi yang terdapat di dalamnya. Bukannya keseluruhan briar yang digali keluar itu memiliki grain ini, ianya hanya pada sebahagian tempat sahaja. Terkadang, banyak bahagian briar yang berharga terpaksa dipotong keluar demi mendapatkan struktur grain yang baik untuk menghasilkan blok briar "Plateau XX" dan dijual dengan harga yang tinggi kepada pipemakers.

Pipa-pipa keluaran England pada asalnya tidak mementingkan grain langsung, dek kerana kebanyakkannya mendapatkan sumber briar mereka dari Algeria. Mungkin ciri utama briar Algerian yang lembut itu menjadikannya kurang menghasilkan grain-grain yang baik, maka sebab itulah jarang-jarang sekali pipa keluaran England mengenengahkan grain-grain hebat, kecuali sekali sekala kita bertuah melihat Charatan Coronation dan Dunhill DR (Dead Root) series, dengan pengkelasan A-J atau dalam jumlah star (*) sekarang, dipamirkan dengan harga hampir menyamai sebuah motorsikal 150cc. Itu pun, ianya selalu terjual pada skala yang amat pantas!

Kegilaan pemipa terhadap grain bermula sejak kemasukan briar-briar Italy pada tahun 70an, dimana sebelum itu briar Italy jarang-jarang ditemukan di luar tanahairnya. Importer pipa terkenal seperti Wally Frank dan beberapa figura lain antara pelopor kemasukan briar-briar Italy yang bersaiz besar, berkualiti tinggi dan sangat-sangat "rare" ketika itu: contohnya pada akhir 70an, setiap shipment Castello ketika itu tidak sempat di-displaykan di kedai, ianya habis diorder secara telefon sahaja! Kemudian, barulah banyak marquee lain seperti Ascorti, Brebbia dan Mastro de Paja diimport masuk dan market kembali stabil. 

Yang menjadikan kegilaan kepada grain itu jelas terlihat pada briar-briar Italian yang sampai: dengan susunan straight grain dari siri-siri fiammata yang ibarat spaghetti halus yang menegak, aturan flame grain yang umpama api berdansa di sepanjang shanks, maka tidak hairanlah kenapa mata-mata yang selama ini disogok dengan Shell Grain dan Bruyere dari England seolah-olah tidak berkelip-kelip lagi melihatnya. Briar-briar Italy menggunakan Corsican dan Legurian briar yang memang memiliki grain-grain yang baik dan hebat: walaupun ia memiliki karekter yang sama dengan Algerian briar. Selain itu, briar-shaping oleh pipemakers Italy juga dikatakan lebih lembut dan seksi, berbanding English shapes yg lebih keras dan gentlemanly, yang mungkin kita boleh bincang dengan lebih lanjut lagi pasal itu dalam artikel "Italy vs England" nanti.

Hanya apabila pasaran Corsican briar dibuka kepada dunia luar, barulah manfaat grain ini diambil berat oleh pipemakers sedunia. Ini lebih menguntungkan Danish pipemakers, dimana grain-grain sebegini sangat sesuai untuk "freehand shapes" yang dipelopori mereka. Blok-blok "Plateau XX" yang 80% mengandungi grain-grain baik selalunya pun lebih mahal berbanding blok-blok briar biasa. Dengan itu, secara tidak langsung fluktuasi harga pipa pun terjejas: sejak itu, pengkelasan harga pipa melalui grain disebalik smoking quality sentiasa berlaku.

Pada hakikat itu, boleh dikatakan yang grain sebenarnya mengaburi mata pemipa ketika pembelian pipa bermula. Walaupun perkara ini bukanlah sesuatu yang baik, tetapi oleh kerana briar memerlukan masa yang panjang sebelum dapat dijadikan pipa dan grain yang baik adalah sesuatu yang sukar untuk diperolehi, maka tidak banyak persoalan boleh dilontarkan terhadap hal ini.

Ed Burak, seorang tobacconist dan pipemakers kecil-kecilan dari New York pernah mengeluarkan kenyaatan "Anda tidak boleh menghisap grain!" bilamana soalan berkenaan briar grain diajukan kepadanya. Namun, fitrah manusia yang sukakan kecantikan menghalang kita untuk tidak memikirkan faktor keasyikan melihat grain-grain indah ini, untuk memilikinya dan mengepuff beberapa kepulan asap yang memuaskan sambil menjeling-jeling susunan "angelo d' capello", DR ***** atau "fiammata" yang seumpama laminasi rerambut bidadari pada bowl itu, adalah suatu keghairahan yang tersendiri.

Siapa tahu, mungkin ianya baik untuk stress dan kawalan darah tinggi...