Saturday 27 February 2016

"Breaking In" Pipa - Sejauh Mana Kebenarannya?

Konsep "breaking in" selalu berada di sekitar kita. Ia adalah satu cabang konsumerisma yang tidak akan tercatat dalam manual tetapi diketahui umum sebagai perkara-perkara yang perlu dilalui atau dilakukan.

Antara contohnya ialah kereta baru, cuma konsepnya ditukar nama kepada "running in" dan anda disaran untuk memandu bawah 90km/jam dan menukar minyak hitam pada sela masa 1000km pertama. Logiknya adalah enjin baru yang mungkin masih berserpih besinya, masih tajam lagi bucu2 komponen dalamannya, jadi penukaran minyak dan pemanduan perlahan adalah untuk keselamatan dan menjamin prestasi enjin selepas tempoh tersebut.

Serumit sebuah enjin, begitulah jua pipa anda. Anda pun sedia maklum yang pipa anda bukanlah hanya sepotong kayu biasa yang boleh dibuat sesuka hati. Briar mampu untuk menyesuaikan diri dengan cara perpipaan anda. Sesetengahnya memiliki preferensi tersendiri - hanya gemilang dengan sesetengah baccy sahaja. Sesetengah mampu memberikan anda nikmat yang tak terhingga dengan kadar "puffing" tertentu.

Namun untuk menikmati semua ini, pipa anda haruslah dijaga dengan baik. Kaedah pembersihan yang efisyen, pengudaraan bowl yang baik, cara simpanan yang betul, menjaga ketebalan kek dan lain-lain adalah pemangkin kepada pipa yang baik. Juga, paling penting adalah kesabaran untuk pipa tersebut mencapai tahap "breaking in" nya.

Melihat kepada logiknya sesebuah pipa perlukan masa untuk "breaking in"; pipa diperbuat dari kayu, selalunya briar, dan walaupun kayu-kayu ini telah pun menerima rawatan tertentu ia masih memerlukan sedikit masa untuk bersedia menerima haba pembakaran yang tinggi. Walaupun dirawat secara rebusan, siraman, pematangan (yang memakan masa bertahun) dan pengudaraan, kemungkinan masih ada sap dan getah tumbuhan di dalam briar tersebut.

Tetapi, menjeling kepada ketidaklogikannya pula, sukar untuk diramal bila atau pada sela masa manakah pipa anda akan "break in" dan dapat memberikan kebaikan perpipaan yang optimum? Sampai sekarang tidak ada alat atau petanda yang mampu menyelesaikan masalah ini.

Apabila pipa anda sudah "break in", di manakah titik tolaknya? Perkara ini juga banyak dipersoalkan oleh para pemipa. Terkadang, apabila sesebuah pipa anda secara tiba-tiba menghasilkan "pipesmoking experience" yang sangat baik, kita akan mulai mengaitkan ia dengan cara packing baccy dan faktor-faktor pembolehubah yang lain.

Mujurlah pengalaman melalui proses "break in" yang jelas berlaku pada saya sendiri. Seperti yang saya pernah ceritakan sebelum ini, pipa Savinelli Leonardo saya pada permulaannya adalah bagai melepaskan anjing tersepit.

Setiap sesi perpipaan menghasilkan "tounge bite" walaupun baccy dipack dengan baik dan slow puffing diamalkan. Umpama lidah direjam seribu lembing. Malah, banyak jenis baccy yang saya cuba dengannya dan hasilnya tetap begitu. Mungkin pada bowl yang ke 20 atau lebih, secara tiba-tiba segala masalah tadi hilang. Apa yang berganti adalah asap-asap lembut dengan flavor-flavor pada not-not yang nyaman dan penuh perisa hinggap di lidah dan palate. Ya, pertukaran "from hell to heaven" ini berlaku dalam sekelip mata, tanpa petanda atau amaran.

Jadi anda cuba bayangkan; saya menyukai pipa ini, terutamanya kerana shapenya yang mempersembahkan bentuk seakan hibrid bent rhodesian dan acorn dengan baik sekali. Tetapi tiap kali me"loading" baccy saya boleh bayangkan seksaan yang bakal saya lalui sebentar lagi. Ia ibarat keterpaksaan untuk pergi ke kelas tusyen subjek geografi yang tiada pelajar perempuan cantik untuk memotivasi anda menghadiri sesi-sesi banal tersebut.

Jika saya mengalah dan terus membuang Savinelli Leonardo tadi, anda bayangkan betapa ruginya - proses "break in" mungkin akan berlaku pada bowl seterusnya!

Pengalaman inilah yang memberi satu kepastian mutlak pada saya bahawa proses "break in" sememangnya wujud. Dan ia memberi satu motivasi untuk terus menggunakan pipa-pipa yang baru dibeli (samada estate atau baru) dan mengamalkan rotasi yang baik supaya masing-masing ada peluang untuk bersinar, ketika mencapai tempoh "breaking in" mereka.

Di sebalik semua ini, kita juga harus tahu yang sesetengah pipa mungkin tidak akan "break in" atau boleh dikatakan tidak sesuai untuk kita. Jika anda berkecimpung dalam dunia estate yang melibatkan "trade in" sesama rakan pemipa, anda akan mengetahui perkara sebegini dengan lebih mendalam. Sesetengah pipa kita yang tidak "bersinar", memberikan rasa tembakau yang tidak memuaskan kita, secara tiba-tiba "performing" dan menjadi pipa terbaik sahabat kita selepas di"trade in". Hal ini semangnya benar-benar berlaku, dan ianya agak pelik sekali, tanpa sebarang penjelasan saintifik yang terjangkau oleh kita. Tetapi yang penting, konsep "reciprocal" ada di situ; kawan kita menyukai pipa kita, dan kita juga menyukai pipa pertukarannya, atau setidak-tidak mengurangkan satu pipa dari koleksi, hanya untuk diisi oleh pipa yang baru kelak!

Demikianlah adanya, seperti halnya dengan pembinaan kek di dalam bowl pipa, dunia perpipaan kita masih tidak kurang dengan mitos dan teori-teori konspirasi "unexplained" yang gagal dibuktikan oleh sains dan matematik, tetapi nyata berlaku. Kita percaya hobi berpipa ini adalah organik, banyak pembolehubah disekeliling pipa dan tembakau yang mungkin tidak perlu kita fikirkan sangat tentang usul kejadiannya.

Seperti seorang pemipa yang budiman, belajarlah untuk bersabar dan cuba rotasikan pipa kita sekerap mungkin. Mana lah tahu, selang beberapa minggu lagi hasil kekerapan berpipa akan mempercepatkan proses "breaking in" beberapa buah pipa anda lagi, cukup untuk membentuk "champions" bagi setiap genre baccy.




pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Wednesday 24 February 2016

Semois : Kultivasi Sejuk Belgium.

Reaksi hasil kultivasi dengan faktor-faktor lokaliti yang tersendiri seringkali membawa hasil yang

Pada ketika kita menjulang Perique dan Syrian latakia sebagai tembakau-tembakau di penghujung zamannya - satu dengan produksi kecil-kecilan yang semakin mengecil dan lagi satu sudah pun tidak diproduksikan dek kerana situasi politik dan sosio-ekonomi setempat - datang pula sesuatu yang tidak disangka-sangka. Ini jelas adalah bukti yang alam ini kaya dengan hasil untuk kita apabila kita rajin untuk menerokainya.

"Semois" adalah sesuatu yang asing bagi kita. Bukan sahaja pada kita, malahan juga kepada pemipa di barat dan dunia perpipaan secara amnya. Pemipa hanya mula mengenali Semois secara meluas semenjak dari tiga ke empat tahun lepas. Mana tidaknya, tembakau ini hanya diproduksikan di satu lokalisasi yakni di lembah Ardennes, Belgium, di mana sungai Semois mengalir (ya, dari situlah ia mendapat namanya) dan diusahakan oleh lebih kurang empat keluarga sahaja sekarang, secara turun-temurun.

Hanya selepas contohnya dibawa ke US oleh pemipa-pemipa yang balik bercuti di Belgium sebagai buah tangan, barulah secara perlahan dunia perpipaan sedar akan kewujudan sejenis daun yang agak "potent" dan lebih menarik lagi, adalah "standalone" - Semois tidak perlu diadun dengan daunan lain. Agen-agen dari syarikat jualan tembakau pipa pun berkejaran ke sana dan hanya selepas itu barulah pemipa sedunia dihidangkan dengan seleksi Semois yang diimport khusus oleh beberapa tobacconist.

Meneruskan tradisi keluarga masing-masing, tidak dapat dipastikan mengapa penanam-penanam tembakau Semois ini tidak pernah memikirkan tentang eksport / pengedaran tembakau mereka ke luar Belgium sebelum ini. Sama ada kuantiti pengeluarannya yang terpencil, atau kurang yakin dengan produksi sendiri, ataupun mereka sudah selesa dengan hasil penjualan konsumasi tempatan, perkara ini masih lagi menjadi spekulasi dan tanda tanya kita.

Semois secara biologinya adalah hasil percambahan benih burley dari zaman terdahulu, yang ditanam di sekitar lembah Ardennes yang bercuaca sejuk dan diselaputi kabus sepanjang musim. Inilah perkara yang menarik sekali, kerana kita tahu tembakau sememangnya memerlukan matahari dan kepanasan tertentu untuk bercambah dengan baik akan tetapi di lembah Ardennes ini, segala teori itu adalah terbalik!

Namun mungkin bagi penanam kecil-kecilan ini, itulah rahsia Semois; rasanya yang unik terhasil dari gabungan mineral yang khusus terdapat di dalam tanah di lembah ini, keadaan berkabus, kadar sinaran matahari yang tidak terik, cuaca sejuk dan juga proses kultivasi tradisi mereka. Mereka dikatakan sangat berbangga dan mengambil berat akan pengekalan proses kultivasi tembakau ini, di mana proses yang sama sejak seratus tahun dahulu masih dikekalkan. Praktik sebegini adalah sangat dialu-alukan demi pengekalan keaslian hasil kultivasi setempat.

Semois keluaran lembah ini dipek seperti pembungkusan mentega; segiempat tepat dengan kertas emas tebal dan dilabel dengan kertas bergrafik retro yang menaikkan tahap "curiosity" kita. Cuma perbezaan yang ketara dengan pembungkusan mentega adalah beratnya; Semois ini sangat ringan! Semois sememangnya dipasarkan dalam keadaan tembakaunya yang agak kering, malah anda juga dinasihatkan untuk terus menikmatinya sebegitu, tanpa melembapkan untaian ribon-ribon kering ini.

Ternyata imej "old school" pada pembungkusannya tidak terhenti sekadar disitu sahaja. Rasa dan flavor yang diberikan oleh tembakau ini juga adalah se"rustic" imej tersebut. Tidak terlalu "full bodied" seperti mana daunan dari benih asalnya iaitu burley, Semois agak menyenangkan di palate dan terkadang memberikan impak terjahan di tekak dan sedikit kepedasan di lidah, sepertimana perique, walaupun tidaklah begitu kuat.

Biar pun sedikit "pungent" dan "earthy" yang mungkin sedikit "unbearable", kualiti tembakau oriental ada di sekeliling flavornya. Ini ditambah pula dengan satu lagi kelebihan Semois - ia  memiliki "punch" yang jauh lebih baik. Balikkan hembusan terutamanya melalui laluan nasal memberikan kita impak "earthiness" dengan baik sekali. Juga hadir sedikit pahit dan "saltiness" di lidah pada ketika tertentu, menjadikan ia satu karakter yang tersendiri.

Peminat aromatik dengan "sweet tooth" mungkin akan bertempiaran lari tetapi "seasoned gentlemen" yang mengunyah burley disulam latakia dengan percikan perique saban hari, ia umpama menikmati lebih "kick" dan lebih nikotin dengan sesuatu yang agak eksotik dan bersifat produksi industri "cottage". Not-not "grassy" dan sedikit kepahitan itu adalah kualiti tembakau "old-school" yang sangat maskulin dan semakin dilupakan.

Semois adalah cukup unik untuk diberikan klasifikasi khusus, lain dari "genre-genre" yang sedia ada. Ia menghubungkan banyak kualiti-kualiti tersendiri genre-genre terbabit; sedikit "spicy" (walaupun tidak begitu jelas) seperti oriental, "medium bodied" seperti white burley, "rustic" seperti sesetengah oriental dan staved virginia tanpa kemanisan glukosnya, "earthy" seperti latakia yang agak "muted", sedikit kekuatan perique, dan "musky" dengan caranya yang tersendiri. Sememangnya ia layak untuk menerima dedikasi tertentu dari salah satu pipa anda.

Perbandingan dengan tembakau Sumatra dan kualiti cigar yang dimilikinya juga sering diperkatakan. Agak menghairankan kerana kondisi cuaca yang berbeza antara Malay archipelago dengan lembah Ardennes yang cukup berbeza masih mampu menghasilkan sesuatu yang identik. Saya tidak dapat menafikan untuk turut memikirkan dan mengaitkan tembakau Bachok di dalam hal ini - jika kita mampu mengeluarkan blend pipa berasaskan tembakau Bachok, bukankah ia akan menjadi eksotik kepada pemipa luar?

Terkadang saya merasakan yang ancaman kepupusan kultivasi tembakau Bachok adalah satu kehilangan besar yang bakal negara kita hadapi, sedang kita sibuk dialun hentaman golongan anti-tembakau yang percaya mereka mampu hidup untuk seribu tahun lagi. But I digress - nanti kita akan bincangkan perihal ini di lain masa dan ketika.

Semois, bagi kebanyakan mereka yang mengenalinya, adalah seperti buah-buahan eksotik yang anda beli untuk dinikmati sekali sekala, pada masa dan ketika anda menginginkan kepuasan dan sedikit rasa eksotik. Saya secara peribadi berpendapat yang adunan rasanya adalah agak mengujakan dan unik, mungkin tidak untuk dijadikan go-to blend (atau mungkin kita belum cukup mencubanya untuk sampai ke konklusi itu) namun sebagai rotasi harian ia adalah blend yang agak baik dan sangat memuaskan.

Seperti halnya dengan perique, kita tidak pasti bilakah kultivasi dan produksi Semois akan terhenti jadi capailah jongkong emas ini apabila anda berpeluang. Jika anda mendapati ianya tidak mendapat perhatian palate anda, sekurang-kurangnya anda tahu dan peka tentang "hpye" yang terbina di sekeliling tembakau kultivasi sejuk ini.
unik dan menakjubkan...

Saturday 13 February 2016

Siri "Bergelumang Dengan Briar" : Mata Beburung (Bird's Eye).

"Bird's eye" atau mata beburung, adalah satu fenomena alam yang hanya dapat dinikmati oleh pemipa, peminat pena-pena eksotik dan peminat pisau-pisau dengan hulu dari jenis ini. Ianya adalah pusaran, titik titik pangkal atau hujung plot ira kayu atau "grain" yang bertaburan di  dalam sesebuah briar.

Bayangkan susunan jerami yang menegak, dari pandangan sisi kita akan nampak pertindihan selari garis-garis lurus jerami itu - yang dikatakan "straight" atau " flame grain" - manakala dari atas pula kita dapat lihat jerami tadi membentuk bulatan-bulatan halus, dan itulah bird's eye.

Karakteristik ini terhasil dari "burl" iaitu suatu proses pembengkakan yang abnormal buat pokok-pokok lain selain dari pokok erica arborea. Bagi pokok renek ini, burl pada akarnya (yang kita panggil briar tadi) adalah alami, dikatakan kerana faktor geologikal di mana ia tumbuh di kawasan berbatu yang mencabar - kurangnya tanah dan nutrisi.

Fenomena ini bukan sahaja menyebabkan briar tahan panas - sangat berguna dan ideal untuk dijadikan pipa - malahan ia juga datang dengan pakej yang cantik; penuh dengan "bird's eye", "flame grain" dan "straight grain" yang menjadi hidangan mata pemipa.

Sudah tentunya penggunaan bird's eye yang terbaik adalah pada pipa-pipa "straight grain" dimana unjuran grain yang lurus akan memastikan bird's eye berada di bahagian atas (selalunya bahagian rim atau crown) dan di bahagian bawah bowlnya. Dalam konteks ini, bird's eye dapat memberikan kontras yang baik untuk pipa "straight grain", kerana selepas kita asyik menikmati susunan dan jalinan garis-garis ira yang lurus pada seluruh bowl pipa, kita dihadiahkan pula dengan taburan bird's eye yang memukau pada pandangan atas dan bawah.

Bird's eye dapat juga dizahirkan dengan baik di kedua sisi bowl oleh pipa-pipa yang menampilkan penggunaan konsep "cross-grain". Cuma cabarannya pada grain jenis ini, adalah untuk memastikan plot bird's eye tadi berada secara simetri di kedua-dua briar. Sudah tentunya pola bird's eye yang padat adalah sangat menarik namun posisi yang simetri seperti yang diterangkan tadi adalah sukar untuk dilakukan. Banyak pipa-pipa sebegini yang saya lihat memiliki bird's eye yang padat tetapi sayangnya posisi simetri yang baik tidak selalunya dapat dihasilkan.

Dengan struktur "grain" atau ira ini bergantung kepada faktor alami seperti nutrisi dalam tanah, kuantiti air, cuaca dan juga usia ketika briar itu dituai, ia tidak boleh dikawal oleh manusia dan kerana itulah kita memiliki beberapa jenis grain seperti "flame grain" dan "straight grain" tadi. Dengan itu, pola bird's eye yang diperolehi dari setiap blok briar yang telah dipotong adalah unik dan berlainan antara satu sama lain.

Unjuran alami ini jugalah yang menentukan harga sesebuah blok briar. Bird's eye selalu dilihat sebagai "by-product" kepada "straight grain" dan "flame grain" jadi selalunya harga untuk sesebuah pipa yang menampilkan bird's eye (biasanya blok-blok "ebauchon" dimana ia dipotong dari bahagian tengah burl dan memiliki grain-grain yang selalunya tidak sekata) adalah lebih rendah berbanding blok-blok "plateaux" yang mampu menampilkan "straight" atau "flame grain" dengan lebih baik.

Namun, sesetengah pipemaker tahu menilai akan kecantikan bird's eye ini. Ia diabadikan di dalam pengeluaran mereka, dengan pipa-pipa terpilih yang memiliki pola bird's eye yang cantik akan diberikan penghormatan untuk berada di dalam sirinya yang tersendiri. Pipa-pipa istimewa ini terkadang memiliki tag harga yang setanding (malahan mungkin lebih) dengan briar-briar "flame grain".

Antara pipemaker yang mengungguli pipa-pipa bird's eye ini adalah Castello, di mana pipa-pipa bird's eye mereka yang terbaik diabadikan dalam siri "Oochio di Pernice" atau "Eye of the Partridge" (partridge adalah sejenis burung kecil seumpama kelicap yang banyak terdapat di sekitar Mediterranean). Melihat kepada keluaran Oochio di Pernice yang secara relatifnya agak terhad dan selalunya ditaburi oleh bird's eye pada kadar yang memukau jiwa, tidak hairanlah ia menjadi buruan kolektor samada yang baru atau estate. "Oochio di Pernice" juga selalunya tidak kekal lama di kedai-kedai atau online. Ia akan disambar pada kadar yang pantas!

Selain itu, Kaywoodie juga pernah mengeluarkan siri bird's eye mereka sendiri yang diberikan nama "Birdseye". Siri ini menampilkan pipa-pipa dengan bird's eye yang menarik tetapi keluarannya adalah sangat sedikit, hingga ia dikategorikan "rare" atau langka oleh kolektor-kolektor pipa US. Juga menarik untuk kita ketahui, penyenaraian harga Kaywoodie pada tahun 60an meletakkan pipa "straight grain" dan "birdseye" pada kadar tertinggi - satu bukti di mana bird's eye lebih dihargai dari "flame grain" suatu ketika dahulu!

Unjuran bird's eye yang tidak menentu juga selalu menjadikannya membentuk sesuatu gambaran, dari seringkas kulit tembikai, sistem sarang semut, hinggalah ke beberapa penaksiran yang lebih kompleks seperti rupa seseorang atau sesuatu, kapal yang marak terbakar, malahan makhluk-makhluk yang menanti di alam barzakh. Perkara-perkara sebegini sebenarnya adalah seperti membaca awan di langit; terpulang pada penaksiran dan imaginasi masing-masing. Walau bagaimanapun, ia memberikan efek yang sangat menarik yang tidak dapat digambarkan oleh "straight" dan "flame grain".

Pipemaker yang baik pastinya tahu akan efek "staining" pada jenis-jenis bird's eye, seperti contohnya bird's eye yang rapat dan padat perlu di"stain" cerah jika tidak efeknya akan gelap dan pudar, dan sebaliknya. Dari sinilah pemahaman pipemakers terbukti sangat penting demi menghasilkan karya pipa bermutu tinggi, tanpa perlu bergantung harap dengan briar "straight grain" yang pastinya lebih mahal untuk diperolehi.

Bird's eye juga memiliki beberapa kriteria yang seharusnya menjadi kayu mengukur jika anda meminati pola sebegini pada pipa anda. Pertama sekali cubalah untuk mendapatkan unjuran bird's eye yang padat, di mana lebih tinggi peratusan bird's eye pada bowl pipa anda adalah lebih baik. Kedua, cuba dapatkan unjuran yang sekata pada sisi bowl, seperti yang telah dibincangkan pada awal tadi, terutamanya apabila melibatkan pipa-pipa dengan "cross grain".

Yang ketiga adalah agak mustahil tetapi dikatakan wujud, iaitu pencarian bird's eye dengan unjuran 360 darjah. Sukar untuk kita bayangkan namun ada pipa yang memiliki unjuran sebegini (satu yang saya terbaca tempohari adalah buatan dan milik keluarga pipemaker Radice - mungkin disimpan di dalam muzium peribadi mereka) dan pastinya ini adalah "holy grail" bagi peminat bird's eye!

Samada anda suka atau tidak, briar adalah bahan yang ada limitasinya, dan unjuran grain pada briar juga ada limitasinya yang tersendiri. Jika semua orang mengejar "straight grain", maka pastinya permainan hobi ini akan menjadi hambar apabila sampai pada kemuncaknya.

Ketika kita sedang sibuk menilik-nilik bowl "fiammatas" dan bersungut-sungut dengan harganya yang mahal, segelintir pemipa yang bijak memilih untuk membelek pipa-pipa bird's eye dan semakin hari permainan bird's eye mereka semakin hampir ke titik mutlak pencarian, yang dapat memberi kepuasan kolektiviti pada sudutnya yang tersendiri.

Diharap kita pemipa akan dapat melihat dan menilai unjuran grain pada briar secara lebih peka dan lebih meluas lagi, dengan memberi perhatian pada perkara-perkara yang selalunya kurang diperhatikan, di masa-masa yang akan datang

Wednesday 10 February 2016

Siri "Berdamping Dengan Blends" - Va/Per.

Va/per adalah akronim kepada "virginia + perique" dan walaupun terma ini tidak rasmi, ia digunakan secara meluas di dunia perpipaan. Mengapa tidak "vi/per"? Rasanya adalah agak jelas yang pemipa tidak sukakan reptilia berbisa dan penggunaan "/" sepatutnya membezakannya dengan "vaper" yakni pengguna vape atau rokok elektronik.

Seperti yang kita sedia maklum, semudah persamaan di atas merujuk kepada penggunaan tembakau virginia dan perique, kondisi sebenar va/per adalah tidak sebegitu lurus. Perlu diingatkan yang kebanyakan pemipa adalah "non-inhaler" dan itu menjadikan palate dan deria rasa mereka sangat serius dan berfungsi dengan baik. Jadi, apa yang mereka selalunya harapkan pada sesuatu blend adalah kompleksiti rasa, disebalik flavor yang enak dan komprehensif.

Jadi kebanyakan blend va/per yang ada di pasaran bukanlah sekadar full virginia yang ditabur secubit perique dan digaul rata. Jenis virginia yang digunakan terkadang memiliki lapisan demi lapisan yang baik, biasanya dapat dicapai dengan penggunaan jenis-jenis virginia yang berlainan, dan jenis perique yang digunakan juga haruslah bertepatan dengan "volume" ia dicampurkan ke dalam blend.

Secara biologikal, variasi virginia akan datang dengan kemanisan masing-masing yang tersendiri. Bright, dark, red virginia, semuanya memiliki kadar gula yang berlainan. Itu belum diambil kira akan faktor lokaliti lagi. Jadi, campuran pelbagai virginia ini memainkan peranan penting sebagai asas sesebuah blend va/per. Tugas utama perique pula adalah untuk mengolah kemanisan tadi, menjadikannya lebih "refined" dan menambahkan elemen "musky" dan "spiciness". Gabungan antara kedua jenis tembakau inilah yang akan menentukan hala tuju sesuatu blend va/per. Sesetengah blend menggunakan dark virginia yang akan memberikan sedikit rasa "full-bodied" dan "punchy" tetapi kemanisan virginia dan "earthiness" perique tadi mungkin akan sedikit terkebelakang. Letakkan lebih "bright" virginia dan anda akan mendapat suatu blend yang manis dan sedikit pedas tetapi kurang dari segi "full-bodied" nya. Keseimbangan yang terbaik adalah sukar untuk dicari, maka sebab itulah tidak semua blending house berjaya menghasilkan va/per yang kompeten.

Secara asasnya, kita boleh mengklasifikasikan blend va/per kepada yang mengikut formula asal dan yang memiliki sedikit daunan lain sebagai "enhancer".  Blend-blend "bona fide" va/per adalah yang tepat mengikut unjuran namanya; hanya virginia dan perique yang ada di dalam blend. Dunhill Elizabethan Mixture adalah contoh terbaik untuk kategori ini; permainan pelbagai daunan virginia yang ditekankan oleh blend revival Dunhill ini menghasilkan va/per yang tidak terlalu "spicy" dan kurang manis tetapi lebih banyak "layering" pada flavornya, menjadikannya lebih kompleks. Namun, takhta segala va/per yang "bona fide" setakat ini dipegang oleh Escudo. Escudo menawarkan flavor virginia yang "tangy" walaupun tidak terlalu manis, rasa tembakau "full-bodied" yang memuaskan dan "spiciness" perique yang masih lagi "earthy". Boleh dikatakan, Escudo mampu memberikan tekstur "all rounder" di dalam peta topografi setiap peminat va/per.

Selain dari itu terdapat juga beberapa va/per yang sedikit terkeluar dari genre tetapi masih dikategorikan sebagai va/per. Di sini, virginia masih dominan dan perique tetap hadir, ditambah dengan daunan ketiga sebagai pelengkap blend. Walaupun bukanlah "bona fide" va/per tetapi sesetengahnya berjaya memikat palate pemipa dengan baik hingga dikategorikan sebagai blend va/per yang "legendary", seperti Peter Stokkebye Luxury Bullseye Flake (ditambah sedikit cavendish), Rattray's Hal 'O The Wynd dan Old Gowrie (ditambah sedikit Kentucky) dan Reiner Long Gold Flake (terdapat penggunaan sedikit white burley). Saya sendiri ingin bangun untuk mengrekomenkan Old Gowrie dan terutamanya Reiner LGF kepada anda - ianya adalah antara va/per yang sangat smooth dan menyelerakan yang pernah saya alami, hasil amalgamam resepi asal va/per dengan sedikit white burley. Menakjubkan!

Selain itu, antara blend va/per yang paling mudah didapati di sini adalah Peterson Irish Oak. Ia sendiri adalah satu contoh blend dengan penggunaan bright virginia sehingga rasa "tangy" dan "zesty" yang biasanya dikaitkan dengan full bright virginia dapat dirasakan. "Spiciness" perique nya juga jelas dan hadir dari awal lagi, disulami dengan cavendish yang membantu menambahkan sedikit kemanisan pada keseluruhan blend.

Genre ini menyaksikan penggunaan tembakau yang agak langka atau "rare" iaitu perique yang merupakan komponen kedua terpenting selepas virginia. Walaupun hanya secubit-dua, ternyata perique dapat memberikan nafas baru pada virginia dan mengolah teksturnya menjadi pelbagai dan lebih versatil. Namun, dengan kultivasi perique yang terhad, kebergantungan va/per terhadap perique adalah sangat signifikan. Begitulah besarnya peranan perique dalam industri tembakau, walaupun penggunaannya kecil ia mampu memberikan perbezaan yang ketara pada sesuatu blend.

Harapan kita sebagai pemipa ialah agar kultivasi perique dapat distabilkan untuk kita terus dapat menikmati blend-blend va/per di masa akan datang. Saya percaya ramai pemipa yang menjadikan blend va/per sebagai "go-to" blend mereka dan sudah tentu lebih ramai yang memiliki tin-tin va/per di dalam rotasi blend mingguan mereka. Jika ditakdirkan pada suatu hari nanti kita akan kehilangan genre ini, ia adalah ibarat kita kehilangan masakan-masakan pedas yang pastinya akan membuatkan ramai orang termenung panjang.

Bagi mereka yang masih belum pernah mencuba genre ini, cubalah untuk berjinak-jinak dengannya dan ketahuilah yang palate anda berhak untuk mendapat diversifikasi rasa yang mampu diberikan oleh sesebuah blend va/per yang baik. Selain dari blend-blend yang ada disebut di atas, saya percaya masih banyak lagi yang rakan-rakan pemipa kita boleh sarankan nanti.

PIPA DI DUNIA FANA almanak & refleksi perpipaan Malaya Dedikasi Pipa @ “Berflavor Biar Satu”

Dedikasi Pipa adalah sebahagian dari idea “Rotasi Pipa” sepertimana yang telah kita sama-sama kupas tempohari. Ataupun mungkin kita boleh klasifikasikan ia sebagai satu percambahan dari teori asal.

 Ini adalah kerana, tujuan utama dedikasi pipa ini bukanlah untuk menyelamatkan pipa-pipa anda dari penggunaan melampau atau “overuse”, walaupun ia merupakan salah satu kebaikannya. Dedikasi pipa merujuk kepada memperuntukkan sesebuah pipa terhadap sebuah blend atau “genre”. 
Terdapat bermacam sebab untuk seseorang pemipa mendedikasikan pipa mereka mengikut blend. Kebiasaannya, mana-mana pemipa akan memiliki “go-to” blend atau blend kesukaan masing-masing dan blend ini akan menjadi sangat sedap dengan sesetengah pipa kita. Jadi, pipa tersebut akan hanya digunakan khusus untuk blend ini. Seperti contoh, saya akan menggunakan Savinelli Leonardo “Il Cavallo” ini hanya dengan Samuel Gawith Bob Chocolate Flake kerana dari awal lagi gandingan pipa-baccy ini mantap dan menghasilkan flavor terbaik.
Namun, sebaiknya kita tidak lah terlalu fokus dengan sesuatu blend sahaja (hidup ini terlalu singkat untuk hanya menikmati beberapa blend). Dan untuk mendedikasikan setiap blend dengan sebuah pipa juga adalah agak mustahil kecuali anda mempunyai kapasiti kewangan dan ruang untuk menempatkan ratusan pipa terhadap ratusan blend yang mungkin anda miliki. Dengan itu, kita selalu disarankan untuk mendedikasikan pipa kepada “genre”.
 Pengasingan genre adalah satu kerja yang tidak kurang menariknya juga. Seperti yang kita sudah maklum, pembahagian yang boleh kita kumpulkan adalah dengan aromatik, full virginia (VA), virginia + perique (va/per), virginia + burley (va/bur), full burley, English, Scottish, Oriental, Balkan dan Lakelands. Sesetengah baccy yang dibawah genre yang sama, contohnya Samuel Gawith Squadron Leader dan Rattray’s Red Rapparee dan NYPC’s Hell’s Kitchen, anda boleh mengkategorikan mereka sebagai satu genre (ya, genre English yang tidak terlalu “heavy” dan agak santai bagi saya) dan menggunakan satu pipa untuk mereka.
Seterusnya anda bolehlah mula membahagikan dedikasi pipa-pipa anda mengikut klasifikasi genre tadi. Jika anda memerlukan contoh, ini adalah apa yang saya lakukan; 
  1. satu pipa untuk blend English berat yang “full-gear” seperti Dunhill Nightcap, Peterson Old Dublin, DTM Old Ironsides… 
  2. satu pipa untuk full Virginia blend seperti SG FVF, McClelland Christmas Cheers dan DTM Hamborger Veermaster… 
  3. satu pipa untuk blend Va/Per seperti Reiner Long Gold Flake, Rattray’s Old Gowrie, Dunhill Elizabethan Mixture… 
  4. satu pipa untuk blend Burley seperti Solani Aged Burley Flake, MacBaren London Burley dan C&D Pennington Gap (burley aromatik tetapi dengan prep yang extra anda mampu menikmati burleynya lebih dari aromatik)… 
  5. satu pipa untuk blend Kentucky-based seperti RMC Scottish Cake dan Orlik Dark Strong Kentucky… 
  6. satu pipa untuk blend Oriental seperti McClelland Arcadia, Dunhill Standard Mixture dan RMC Oriental… 
  7. satu pipa untuk blend bercirikan Maduro / cigar-based seperti Savinelli Special Tobacco dan NYPC Jack Shanty… 
  8. satu pipa untuk blend aromatik seperti DTM Devil’s Holiday dan Peterson Connoisseur’s Choice… 
  9. satu pipa untuk blend crossover seperti siri Frog Morton dan Sillem Black… 
  10. satu pipa untuk setiap blend-blend “istimewa” yang saya khaskan khusus untuk blend-blend sebegini, sebagai contoh untuk SG Bob Chocolate Flake, NYPC Bedloe’s Island, Ashton Artisan Blend, Hearth & Home Black House, tembakau semois dan Solani White & Black. Blend-blend ini adalah agak istimewa bagi saya dan saya memerlukan pipa khusus untuk mereka supaya flavor yang tepat dan mutlak dapat saya nikmati.
 Perlu juga saya mengingatkan yang sesetengah blend seperti blend burley adalah sangat sensitif dan memiliki kualiti rasa yang halus, dimana anda sukar untuk menikmati kebaikan burley secara total tanpa mendedikasikan pipa untuknya. Mungkin kerana faktor inilah, blend-blend burley kurang mendapat sambutan di pasaran. Sayang sekali kerana burley jika dinikmati dengan baik, adalah sangat mengasyikkan!
Semua kegilaan ini memiliki satu tujuan – untuk mengurangkan intervensi rasa di dalam bowl anda dan seterusnya memastikan anda mendapat peratusan ketepatan rasa yang paling hampir pada setiap bowl. Juga, faktor “ghosting” dapat diminimalkan. Semakin anda maju sebagai pemipa mapan, semakin anda hargai kejituan dan “details” dalam menikmati blend-blend secara total. Komplikasi sebegini sememangnya memeningkan tetapi begitulah maskuliniti, sangat gemar dengan perkara-perkara yang kompleks.
Bagi sesetengah pemipa pula, dedikasi pipa adalah sesuatu yang “overrated” dan tidak perlu. Seperti yang kita tahu, tidak mengapa untuk mengenepikan semua ini dan nyalakan pipa kegemaran anda pada bila-bila masa dengan apa-apa blend sekali pun. Kepuasan yang dinikmati adalah sangat subjektif. Cuma bagi saya, tembakau bukan lagi komoditi biasa yang boleh dipandang ringan, ianya semakin mahal, diusahakan dengan susah payah dan berkemungkinan pupus apabila tiba masa nya. Hidup ini adalah terlalu singkat untuk tidak bereksperimen dan menikmati flavor blend-blend secara total.
Juga mungkin agak sukar untuk pemipa pemula melakukan dedikasi pipa di peringkat awal hobi mereka, di mana jumlah pipa mereka masih kecil. Namun, suatu hari nanti bilangan pipa anda pastinya bertambah dan pasti ada yang semakin dilupakan, jarang-jarang menerima packing baccy. Dengan dedikasi pipa, anda dapat mengoptimumkan penggunaan pipa-pipa anda di samping memberi ruang untuk pipa-pipa kesayangan anda berehat dan dirotasikan.
Sebagai kesinambungan dari artikel minggu lepas, ingin saya tegaskan intipati keduanya disini, “berpipa biar seribu, berflavor biar satu”…
pack ’em, light ’em, make smoke rings outta ’em!

Rotasi Pipa @ "Berpipa Biar Seribu".

Sebelum bermula, ingin saya ingatkan ini bukan lah satu saranan elitis. Kontrari dengan itu, sebaliknya ia mampu menjimatkan poket anda.

Kebanyakan pemipa sememangnya memiliki lebih dari satu pipa. Selalunya situasi sebegini adalah berkenaan dengan penyakit berjangkit dek ternampak pipa baru yang menjerit "belilah aku!" di kedai-kedai, tetapi secara harfiahnya, pemilikan lebih dari satu pipa juga bertujuan untuk melaksanakan "rotasi pipa" (pipe rotation).

Pipa, sepertimana alatan yang terdedah kepada haba, memiliki kadar "wear & tear" yang tertentu. Telah kita belajar di subjek sains sekolah dahulu bagaimana haba menyebabkan pergerakan molekul-molekul dan zarah-zarah sesuatu jasad. Saya tidak mengatakan yang zarah-zarah pipa mungkin bergerak sebaik dipanaskan, tetapi apa yang penting bagi pemipa untuk tahu adalah walaupun pipa (terutamanya briar) memiliki kekuatan semulajadi untuk menahan kepanasan, ia bukan lah dicipta untuk berpanas 24-7 dan juga berhak untuk mendapat sedikit rehat.

Jadi, secara amnya rotasi pipa adalah penggiliran sekumpulan pipa dalam menggalas tugas membakar baccy untuk pemipa. Ia bertujuan untuk memastikan pipa-pipa anda mendapat cukup rehat, tidak diguna secara berlebihan lantas menjamin ia kekal berkhidmat sehingga ke usia tua anda. Malahan, mungkin melangkaui generasi. Terdapat beberapa cara yang boleh diambil demi melaksanakan rotasi pipa ini, dan ianya bergantung juga kepada rentak perpipaan harian anda.

Ada berpendapat sesebuah pipa mampu menampung kepanasan berpipaan untuk sepanjang hari. Contohnya jika anda memiliki tiga buah pipa, hari ini anda akan menggunakan pipa A, esok pula pipa B, lusa pipa C dan tulat kembali kepada pipa A. Kaedah rotasi ini adalah mudah untuk diikuti dan melibatkan jumlah pipa yang tidak banyak. Namun, dari segi praktikaliti ia mungkin tidak masuk akal jika anda berpipa secara kerap seharian, contohnya 15 bowl sehari. Akan tetapi, rata-rata pemipa membakar 3 hingga 5 bowls sehari dan gaya ini adalah baik untuk rotasi sebegini. Juga, anda boleh lihat sendiri yang beberapa jenama seperti Peterson dan Dunhill ada mengeluarkan "Seven Day Pipe Set" yang berteraskan rotasi pipa ini.

Kaedah rotasi yang lain adalah dengan menggunakan pipa yang berlainan pada setiap bowl. Pipa yang telah digunakan kemudian diberikan ruang untuk berehat mungkin selama selang sehari atau terkadang, seminggu. Kaedah ini memerlukan jumlah pipa yang banyak dan tentunya bagi pemipa pemula adalah agak rumit kerana jumlah pelaburan yang harus dikeluarkan adalah besar. Tentunya, pipa anda akan memiliki masa rehat yang lebih panjang dan kadar "wear and tear" juga adalah minimal.

Rotasi pipa juga memungkinkan anda untuk menjalankan satu lagi teori perpipaan yang baik iaitu "dedikasi pipa". Secara amnya, setiap pipa didedikasikan terhadap satu atau beberapa blend yang memiliki genre yang sama. Ini kita akan bincangkan juga sedikit masa nanti, dan adalah satu kelebihan yang dapat dinikmati sejajar dengan teori rotasi pipa ini.

Walaupun logiknya rotasi pipa ini adalah sedemikian, praktikalnya masih boleh dipersoalkan. Bagaimana dengan orang tua kita dulu-dulu? Berkecimpung dalam dunia perpipaan dengan golongan emas pada awalnya, rotasi pipa adalah asing dan tidak pernah terlintas di benak pemikiran pada ketika itu. Kebanyakan mereka setia pada satu. Jarang-jarang yang memiliki lebih. Jadi, adakah rotasi pipa ini adalah satu wacana gendangan tobacconist dan peniaga-peniaga pipa, supaya jualan mereka meningkat saban hari?

Ada dua perkara yang dapat saya perhatikan di dalam persoalan ini. Pertama sekali, pipa-pipa rosak yang terkadang tembus di dasar bowl selalunya adalah pipa-pipa lama. Jarang kita dengar kes-kes sebegini berlaku pada zaman sekarang. Habis kuat pun, "bowl charring" sahaja. Jadi, berkemungkinan tanpa rotasi pipa kebarangkalian untuk penggunaan yang "abusive" sebegini adalah lebih cenderung untuk berlaku. Bagaimana pula tentang rasa? Zaman sebelum kita, pilihan tembakau adalah terhad kepada beberapa blend sahaja, jadi tidak hairanlah jika pemipa-pemipa dahulu tidak begitu endah tentang flavor dan dimensi rasa blend mereka. "Asal berasap sudah!" kata mereka kepada saya.

Sementelahan itu, ada juga yang berpendapat rotasi pipa ini adalah satu mitos, samada direka oleh mereka yang mahukan alasan untuk membeli pipa-pipa baru atau direka oleh tobacconist bagi melariskan jualan pipa-pipa mereka. Hal ini ada logiknya, kerana beberapa material seperti briar dan meerschaum sememangnya memiliki daya tahan api dan haba yang tinggi. Namun, kita harus ingat akan "wear and tear" yang tidak boleh dielakkan dan memberikan rotasi yang baik kepada pipa anda adalah satu cara untuk memaksimumkan penjagaan dan penggunaan pipa anda.

Jadi, ingin saya tekankan sekali lagi, cara berpipa adalah hak individu yang mutlak. Saranan adalah senantiasa dialu-alukan, tetapi paksaan akan menghasilkan penumbuk manja nan budiman. Samada mahu menjalankan rotasi pipa atau tidak, berapa banyak pipa untuk rotasi, kaedah rotasi yang sesuai dengan cara perpipaan, semua itu terserah kepada diri anda sendiri. Kita tentukan "pace" kita, cara kita.