Monday 27 March 2017

McClelland 221B Series – Black Shag

Dari keluaran ketiga siri 221B minggu lepas (Honeydew), minggu ini kita melompat kembali kepada keluaran pertama siri berprestij McClelland tadi – Black Shag. Siri ini dikeluarkan pada 1997 dan sudah tentu sebagai blend permulaan, ia secara fiksyennya adalah tembakau kegemaran Sherlock Holmes sendiri.
Dari gambaran dan deskripsi tin nya, Sherlock Holmes dikatakan menyimpan tembakau Black Shag ini di dalam kasut Persia yang digantung di dinding. Sama ada sebagai stok kecemasan, atau mudah dicapai, tidak lah kita mengetahuinya tetapi ia memberikan perlambangan yang tembakau jenis shag sebegini adalah agak murah dan mudah didapati. Dan yang paling ketara, ia adalah blend “staple” detektif terkenal itu dan beliau digambarkan sangat menyukainya.
 
Berbalik kepada dunia nyata, Black Shag adalah blend yang terdiri dari 100% stoved virginia. Stoved Virginia pada dasarnya adalah tembakau virginia yang melalui proses seperti “sauté” di atas permukaan yang panas. Pendedahan tembakau virginia kepada kepanasan sebegini akan mengubah struktur glukosa dan minyak mineral di dalam daun lantas mengubah warnanya menjadi gelap. Ini secara tidak langsung akan turut mengubah tekstur rasanya.
Black Shag adalah agak kering ketika saya membuka tinnya. Hal ini berkemungkinan besar disebabkan oleh potongan tembakaunya yang berbentuk “shag” – cebisan yang agak kecil dan secara tidak langsung mengurangkan daya tahannya untuk menyimpan lembapan. Walaupun tidak halus sepertimana tembakau potongan shag sepatutnya, ia masih tergolong di antara tembakau dengan potongan terkecil yang kita pernah jumpa di dalam blend-blend tembakau pipa.
Baunya – ya ini adalah keistimewaan stoved virginia di mana anda akan bersumpah yang anda baru sahaja terhidu bau latakia sebentar tadi! Melihat kembali kepada komposisi tembakaunya memang ia akan membuatkan anda tergaru-garu kepala kerana tiada elemen Latakia mahupun oriental di dalamnya. Ini adalah “straight virginia”, lebih “straight” dari blend-blend VA yang poten seperti Old Gowrie dan Capstan Blue dan ia masih mampu mengeluarkan nota “smokiness”. Bagi mereka yang tidak pernah mencuba blend stoved virginia, nah, ini peluang anda.

Pada permulaan sesi, flavor “smokey” dan nota-nota berunsurkan salai seperti latakia memang agak dominan. Namun lama-kelamaan ia kekal sebagai aroma sahaja dan flavor “straight VA” yang identik seperti hay, kismis, fig dan prun mula menguasai pipa dan palate anda. Gabungan kedua ini memberikan impak buahan salai yang sangat menyelerakan. Cuma mungkin proses “sauté” untuk stoved virginia telah menghilangkan sedikit minyak mineral di dalam virginianya, jadi ia tidak dapat memberikan anda pengalaman “straight VA” yang sempurna seperti Samuel Gawith FVF atau siri hebat McClelland Christmas Cheer.
Tidak dinafikan yang stoved virginia sememangnya memiliki sedikit “smokiness” ala Latakia. Namun ia tidak lah terlalu terkedepan atau kuat. Lebih kepada pembayang, “smokiness” di dalam stoved virginia mampu memberikan satu aroma yang menarik kepada para pemipa. Dan yang lebih penting “smokiness” itu hadir dengan kekuatan virginia yang menjalankan tugas sebagai tembakau asas yang dominan. Ia seperti sebuah “little English blend” yang agak terkebelakang “leathery” dan “smokiness”nya, tetapi dengan “kick” yang lebih dan kepuasan yang agak melata – sesuatu yang agak sukar untuk mana-mana English blend emulasikan.

Apa yang lebih menarik bagi saya adalah “aftertaste” yang datang dengan blend ini. Selepas puas melayan “smokiness” dengan base virginia yang nampak, saya dijamu pula dengan “aftertaste” pisang salai yang juga sangat mengujakan! Sedikit kepedasan dapat juga dirasakan walaupun perique tidak hadir di dalam komposisi blend ini. Ia akan lebih terserlah sekiranya anda adalah pengamal DGT – intensiti kepedasan disebalik tapak virginia yang baik bukanlah sesuatu yang merugikan, bukan? Ia secara tidak langsung menambahkan lagi kompleksiti blend ini.


Sesetengah pemipa juga agak cenderung untuk melabelkan blend pertama siri McClelland 221B ini sebagai sebuah blend terbaik genre crossover untuk “straight VA” – sepertimana blend Frog Morton kepada genre English. Ada juga logiknya di sini apabila kita mengenangkan akan betapa Black Shag memiliki ciri-ciri aromatik dan VA. Ia dapat menyediakan pemipa terutamanya golongan yang baru mahu berjinak-jinak dengan straight VA untuk membiasakan palate mereka dengannya.
Walau apa pun genrenya, tidak banyak penawaran stoved virginia yang ada di pasaran sekarang dan dengan McClelland 221b Black Shag, anda layak untuk menghadiahkan diri anda dengan sebuah blend berteraskan stoved virginia yang premium dan sangat berkualiti.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

McClelland 221B Series – Honeydew.

Seperti yang kita telah kupas pada minggu lepas, siri McClelland 221B mengenengahkan 3 koleksi baccy yang berinspirasikan cerita fiksyen detektif Sherlock Holmes. Telah kita bincangkan secara santai akan tujuan dan motif McClelland dengan siri yang hebat ini, dan kali ini marilah kita menelusuri pula blend-blend yang ditawarkan olehnya, satu per-satu.
“Honeydew” ialah keluaran ketiga dari siri blend detektif tersohor McClelland 221B. Nama “Honeydew” ini mungkin agak mengelirukan untuk para newbies: ianya bukanlah baccy aromatic yang menampilkan flavor buah honeydew. Tidak sama sekali. Sebenarnya, di dalam dunia blending dan kultivasi tembakau, “honeydew” merujuk kepada penyediaan tembakau yang diperam dengan molasses atau liquorice. Penapaian secara semulajadi daun light virginia (virginia daun cerah yang selalunya dibiar tumbuh agak lama sedikit sebelum ia dituai) ini bertindakbalas dengan molasses tersebut, untuk menghasilkan satu komponen blend yang sedikit extra kemanisannya dan agak unik rasanya.
Sebaik sahaja anda membuka penutup tin, bau yang enak seperti kismis dan toffee yang dipanggang terus menerpa nasal anda. Baccy ni datang di dalam keadaan “broken flake” jadi terpulanglah sama ada anda mahukan tembakau berbentuk flake di dalam bowl anda, atau dipotong menjadi cubes ataupun digosok mudah di telapak tangan anda untuk ia membentuk menjadi ribbons. Sebenarnya sudah hampir tiga tahun tin saya ini dibuka tetapi moisture level tembakaunya masih baik, kondisinya tidak terlalu kering dan tidak juga terlalu lembap. Memang kondisi yang sangat sesuai untuk sesi perpipaan yang baik.
Dengan situasi yang tidak kering dan tidak lembap ini, saya tidak menghadapi banyak masalah untuk mendapat “initial light”. Kepulan asap awal memberikan nota-nota buah tin (fig) bakar, dengan sedikit “honey” dan “sweetness” yang selalu hadir bersama buah plum yang dilontarkan di dalamnya. Kemudian anda tidak akan dapat lari dari merasakan sedikit tona “grassy” yang sangat menyegarkan. Flavor “grassy” yang baik sebegini hanya hadir pada blend-blend “straight VA” yang menggunakan daunan virginia berkualiti baik dan ternyata McClelland 221B Honeydew juga adalah begitu.
Semakin lama anda bersekongkol dengan baccy ini, anda akan dapati yang flavor utamanya atau apa yang terkedepan adalah “grassy” dan “sweet plum ” yang juga agak creamy. Saya percaya yang elemen rasa dan flavor yang ada ini adalah hasil proses “honeydew” yang sememangnya agak istimewa itu. Aroma “honey” tadi muncul dan pergi di sepanjang sesi perpipaan. Flavor-flavor ini juga kekal hingga ke penghujung bowl, dimana ia membuktikan yang Honeydew ini adalah sebuah blend yang sangat konsisten, cuma sedikit intensiti dari segi “strength” dan “tobacco taste” akan meningkat naik dan memberikan sedikit kepuasan kepada blend yang memiliki kadar nikotin yang agak rendah ini.
Hasil pemeraman istimewa “honeydew” yakni penggunaan molasses dan liquorice di dalam tembakau virginia yang diperam untuk menghasilkan blend ini, flavor “sweet plum” yang diolah baik dengan flavor “honey” adalah satu elemen yang khusus kepada baccy ini. Berbalik kepada proses penghasilan blend tembakau “honeydew” ini, ianya sudah tidak popular lagi sekarang (ya, sebenarnya jarang sekali atau mungkin kita tidak pernah jumpa blend lain yang diolah dari teknik “honeydew” sebegini) kecuali, jika kita mahu berspekulasi, mungkin beberapa blend yang memiliki “proses rahsia” atau “sos istimewa” seperti Dunhill Royal Yacht dan G.L. Pease Montgomery adalah antara beberapa blend yang boleh kita kaitkan apabila proses “honeydew” dikeutarakan.
Apa yang lebih menarik adalah aroma “honey” yang turut menghantui blend ini. Ini adalah antara “features” blend dengan proses istimewa yang tidak ada pada blend-blend tembakau pipa yang lain. Proses “honeydew” ini, walaupun tidak diperjelaskan dengan baik di dalam novel detektif fiksyenal tersebut, adalah menepati beberapa deskripsi tembakau ini yang walaupun bukanlah tembakau “go-to” Sherlock Holmes, ia adalah antara blend yang sangat digemari oleh detektif tersebut dan diakui olehnya sebagai “fragrant Irish Flake which is also gentle to the palate”.
Jika saya diberikan peluang untuk menyingkap sedikit teori dan apresiasi kepada blend ini, saya merasakan yang ianya mungkin adalah satu blend “crossover” kepada blend-blend “straight VA” sepertimana blend Frog Morton kepada blend Dunhill Nightcap. Pemipa pemula mungkin akan menolak beberapa jenis VA yang bersifat “straight” seperti McClelland Christmas Cheer, Capstan blue, Orlik Long Gold Flake atau yang lain, dan mungkin juga Irish Flake yang bersifat “heavy” seperti Peterson Irish Flake. Pendek kata, 221B Honeydew bersifat sangat mesra palate dan juga agak memuaskan.
Blend sebegini sememangnya sangat sesuai untuk dinyalakan secara santai, sambil menonton tv di rumah atau sambil menikmati pemandangan di balkoni rumah atau hotel dan yang seumpamanya. Perkara yang lebih penting adalah McClelland 221B Honeydew adalah sesuai untuk semua golongan, sama ada anda adalah newbie atau veteran anda akan tersenyum puas apabila menikmati satu persembahan tembakau berkualiti yang sangat baik dan konsisten.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Monday 13 March 2017

McClelland 221B Series : Membawa Sherlock Holmes Kembali ke Dunia Pipa

Sewaktu Sir Arthur Conan Doyle menulis cereka fiksyennya “A Study in Scarlet” seratus dua puluh tujuh tahun yang lalu, tidak ia menjangka yang watak detektif yang direka olehnya bakal menjadi detektif yang dikenali di serata dunia.
Tidak juga beliau menjangkakan yang Sherlock Holmes bakal menjadi pemipa yang paling ikonik.
Walaupun ia bukanlah kali pertama Sherlock Holmes diabadikan pada blend tembakau pipa, McClelland agak terpanggil untuk mengeluarkan satu siri tembakau pipa yang memberikan pendekatan yang khusus kepada hasil penulisan hebat ini. Cabarannya adalah untuk menghasilkan blend yang bukan sahaja menepati rupa bentuk tembakau seperti yang dapat dibaca di dalam siri Sherlock Holmes, malah untuk turut menepati deskripsi flavor seperti yang tertera di dalam penulisan Sir Arthur Conan Doyle itu, menjadikan misi ini sebagai agak “suicidal”.
Sebagai permulaan, nama “221B” yang merujuk kepada alamat kediaman detektif itu di Baker Street disemat sebagai nama siri yang kekal. McClelland 221B mengenengahkan 3 koleksi baccy yang agak berlainan antara satu sama lain. Para blender tembakau di McClelland pastinya tidak cukup tidur untuk berpadu tenaga bagi menghasilkan blend-blend yang diolah supaya dapat memberikan flavor dan tekstur yang sangat menghampiri dengan apa yang digambarkan di dalam novel detektif tersebut.
Siri ini bermula dengan Black Shag, tembakau “staple” Sherlock sendiri yang merupakan sebuah blend “stoves virginia” di dalam bentuk shag – potongan ribbon yang agak kecil. Ia diikuti oleh Arcadia, blend kegemaran Dr Watson yang bukan setakat memenuhi ruang penceritaan, ia juga adalah satu blend yang mencuba untuk mengembalikan sebuah blend lagenda dengan nama yang sama.

Blend ketiga yang juga berfungsi sebagai blend penutup kepada siri ini adalah berkategori “straight virginia” yang tidak kurang hebatnya. Datang dengan bentuk broken flake, nama “Honeydew” yang diberikan kepadanya merujuk kepada proses tembakau tersebut dihasilkan, bukan ia ditambah perisa honeydew! Proses yang sudah lama ditinggalkan ini adalah satu “revival” yang menarik untuk kita cuba.
Tidak cukup dengan itu, setiap tin dilengkapi dengan “liner notes” yang memberikan sedikit penerangan berkenaan penghasilan blend-blend ini dan watak-watak utama Sherlock Holmes dipetik semula untuk digunakan sebagai deskripsi di belakang tin ketiga-tiga baccy mengikut sub-siri masing-masing. Sentuhan-sentuhan sebegini lah, walaupun berskala kecil tetapi mampu untuk memberikan kepuasan yang tersendiri buat kita pemipa.
Siri ini ternyata masih kukuh walaupun sudah berusia 20 tahun (blend pertama siri ini Black Shag dikeluarkan pada 1997). Berkemungkinan, ia akan kekal “evergreen” sebagaimana kekalnya watak Sherlock Holmes dan rentetan cerekanya. 










pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Merapatkan Jurang Pipa-Cerut atau Rekonsiliasi yang Penuh Dengan Pseudomonas? (Satu Senario Drew Estate)

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"2F072C62-105A-48B3-B3FF-537F5353F287_1488475571158","width":1814,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"origin":"gallery","height":2419,"subsource":"done_button","total_editor_time":61,"brushes_used":0}Sebagai pemipa “full-time” kita pastinya sedar akan kewujudan blend-blend Drew Estate yang mewarnai dunia perpipaan sejak beberapa tahun lalu. Bukanlah sebuah jenama blend tembakau pipa yang memiliki sejarah yang gah seperti Dunhill atau Samuel Gawith, Drew Estate lebih dikenali sebagai sebuah jenama cerut non-Cuban yang baik dengan kualiti pengeluaran yang meningkat naik dan semakin popular.
Drew Estate agak mengejutkan pasaran cerut dunia dengan pengeluaran siri cerut MUWAT sedikit masa dahulu. Cerut ini dikatakan sangat menghampiri ciri-ciri tembakau pipa dengan flavor-flavor yang “earthy”, “leathery” dan manis, hasil dari penggunaan daunan maduro yang diblend dengan baik, memberikan pemipa sesuatu yang mampu kita kaitkan dengan dunia tembakau pipa kita yang kita hadapi saban hari. “Appeal” blend ini kepada pemipa yang juga meminati cerut ternyata tidak boleh disangkal.
Tidak lama kemudian muncul pula MUWAT KFC, yang secara terang-terangan menerapkan penggunaan tembakau-tembakau dark-fired di dalam konstruksinya. Pemipa yang secara amnya menyukai blend-blend berciri dark-fired sebegini pastinya akan tertarik kepadanya namun persoalan di sini adakah sasaran MUWAT KFC hanya kepada pemipa semata-mata? Apakah reaksi dunia percerutan terhadap blend ini dan bagaimanakah implikasi dan signifikasinya kepada Drew Estate sebagai sebuah jenama cerut yang dihormati ramai?
Dengan pengeluaran cerut MUWAT KFC, Drew Estate mensasarkan sesuatu yang unik dan sedikit “lari” dari tempo percerutan yang biasa. Sudah tentu apresiasi keunikan ini datang daripada pemipa-pemipa yang “well-aware” dengan flavor-flavor unjuran dari MUWAT sebelumnya. Mereka merasakan yang cerut blend terbaru ini “feels like home”, masuk ke perairan rasa yang mereka telah terbiasakan sejak dari dahulu lagi. Jadi, jika kita pemipa adalah “target audiences” untuk francais MUWAT, Drew Estate sememangnya berjaya untuk menarik perhatian kita.
Namun perkara yang sebaliknya mungkin akan berlaku kepada cerut-cerut aficionados terutamanya bagi mereka yang agak “purists”. Tentunya mereka agak sukar untuk menerima MUWAT KFC ini kerana pada mereka jika mereka ingin menikmati cerut, mereka mahukan maduro, Connecticut atau Habano, bukannya sesuatu yang keluar dari bowl pipa seperti flavor-flavor dark-fired atau rejim latakia-ish. Mereka mungkin juga akan terfikir yang Drew Estate tidak serius dengan produk mereka, agak kabur dari segi pengkhususan dan bukanlah lagi sebuah pengeluar cerut yang serius dan relevan.
Dan kita pemipa tidak boleh menyalahkan golongan ini; kerana terkadang secara tidak langsung apabila kita pemipa mendekati cerut, kita juga sudah pun meng”offset”kan minda kita untuk merasai dan mempelajari sesuatu yang baharu, mencari kelainan dan dirgahayu dari tembakau-tembakau khusus yang digunakan untuk blend cerut. Sesetengah dari kita juga mungkin merasakan yang untuk menikmati tembakau dark-fired, adalah lebih berbaloi untuk mendapatkannya dari setin Orlik Dark Strong Kentucky yang mampu bertahan sehingga sebulan dua, berbanding mendapatkan MUWAT KFC yang akan habis dalam jangkamasa sejam.
Manakala bagi cerut aficionados pula mereka mungkin enggan untuk membayar harga premium untuk mendapatkan flavor-flavor yang asing lagi menakutkan. Mereka mungkin akan memadamkan MUWAT KFC pada inci yang pertama dan berlari pulang ke pangkuan My Father le Bijou atau Serie D no.4 sambil menitiskan air mata! Latakia masih adalah “acquired taste” after all, lebih-lebih lagi apabila kita bercakap di dalam konteks masyarakat umum, bukan di dalam masyarakat pemipa.
Sayugia itu apakah relevannya fraincais MUWAT? Sejauh manakah MUWAT KFC boleh bertahan? Pada pendapat saya, ia adalah sangat-sangat relevan, malahan boleh dikatakan agak “revolutionary”! Industri tembakau adalah “self-fulfilling prophecy” – dimajukan oleh minat yang mendalam dan apresiasi artisanal blending pertembakauan yang seiring dengan hentaman masyarakat anti-tembakau, sekatan-sekatan percukaian dan polisi serta prejudisma terhadap “sustainability”nya. The industry is strong as ever dan sekatan serta prejudisma tadilah yang mematangkannya dengan daya tahan yang baik. Industri sebegini memerlukan imaginasi yang tinggi untuk survival dan MUWAT KFC adalah satu “survival bridge” yang membantu dua industri pertembakauan – cerut dan pipa – untuk lebih maju ke hadapan.
Anjakan paradigma sebegini pastinya mempunyai implikasinya yang tersendiri. Drew Estate mungkin akan berjaya mencipta gerombolan peminat baharu, walaupun saya tidak mengandaikan akan Drew Estate mahu melakukan satu reformasi percerutan kerana Drew Estate masih bergantung-harap kepada cerut-cerut tradisionalnya seperti Liga Undercrown, Undercrown Shade dan sudah tentu masih sangat relevan dengan Liga Privadanya yang sering menjadi sebutan peminat. Jadi, boleh dikatakan yang Drew Estate “has nothing to lose” disini.
Bagaimana mereka mampu untuk menoleh ke dunia perpipaan dan menghasilkan beberapa blend yang sangat baik seperti Meat Pie dan Gatsby Luxury Flake, ia adalah satu usaha yang agak menakjubkan sebenarnya! Jika anda pernah mencuba kedua tembakau itu, anda sememangnya tahu yang Drew Estate mampu menghasilkan tembakau pipa bertaraf dunia, walaupun bidang ini adalah “niche” mereka. Mereka mampu untuk menjadi sebuah syarikat blender tembakau yang “revolutionary” dan dengan mengutarakan blend-blend tidak ortodoks yang baharu dari semasa ke semasa, mereka adalah kontributor aktif yang membuka banyak mata dan minda untuk menilai dan menyemai minat terhadap budaya perpipaan dan percerutan.
Tanpa perlu untuk menjadi “over-critical”, saya sangat menghargai peluang untuk menyalakan MUWAT KFC dan menikmatinya dengan palate yang lebih menumpu kepada flavor-flavor perpipaan. Dan mungkin menyambung sesi yang “smokey” itu dengan Gatsby Luxury Flake pula, kesemuanya berdasarkan kepada obsesi kita kepada nicotina tobacciana. Kita tidak akan tahu sampai bilakah blend tembakau pipa Drew Estate akan kekal berada di pasaran, dan kita tidak akan tahu bilakah lagi peluang untuk menemukan “reconciliation” blend pipa dan cerut sepertimana yang MUWAT KFC tonjolkan…

pack ’em (or clip ’em if necessary”), light ’em, and blow smoke rings outta ’em!