Saturday 25 November 2017

Sekitar Tobakiana di dalam “The Hateful Eight”

Imej dari IMDb
Di zaman ini bilamana penggunaan tembakau adalah agak taboo dan dipenuhi prejudis-prejudis masyarakat umum, sekali-sekala kita dihadiahkan dengan kejutan apabila ia muncul di layar perak.
Filem-filem yang mengisahkan sesebuah cerita yang berputar di sekitar abad ke 19 dan 20 sering menggunakan prop yang melibatkan produk-produk tobakiana. Sukar untuk industri perfileman lari dari perkara ini kerana tembakau – dan pipa secara khususnya – adalah perkara umum pada ketika itu. Sedapur pipa dengan tembakau yang enak adalah ibarat sebuah pencuci mulut atau dessert yang menyamankan, untuk mengiringi makan tengahari atau malam. Malahan, pipa adalah satu keperluan ketika seseorang itu keluar dari rumah. Mungkin kerana itulah ramai umat manusia zaman tersebut mampu untuk hidup hampir atau lebih dari 100 tahun? – sesuatu yang kita cuba kejar sekarang dengan powerbar, multigrains-everything, dan pil-pil supplement yang kita telan disepanjang hari?
Kebetulan baru-baru ini filem “The Hateful Eight” arahan Quentin Tarantino ditayangkan di kaca-kaca tv kita (saya tidak pasti adakah filem ini ditayangkan di pawagam kita sedikit masa dahulu?). Filem ini mengisahkan tentang seorang algojo John “The Hangman” Ruth (lakonan Kurt Russel) yang menangkap seorang penjenayah wanita sebagai tawanannya, yang sedang dibawanya ke pekan Red Rock untuk ditebus ganjaran ke atasnya. Tanpa disedarinya keluarga penjenayah ini telah pun merancang untuk menggagalkan hasrat algojo itu di sebuah rumah tumpangan Minnie Haberdashery yang berada di laluan sang algojo tersebut sebelum beliau mampu untuk sampai ke pekan Red Rock. Akan tetapi apa jua yang keluarga penjenayah itu rancangkan, mereka tidak menyangka yang algojo itu turut membawa seorang Jeneral Confederates yang juga seorang bounty hunter, Marquis Warren (lakonan Samuel L. Jackson) dan seorang pemuda yang mengaku beliau adalah sheriff Red Rock yang baru yang kebetulan menumpang John Ruth di dalam perjalanan ini.
Imej dari Pipes Magazine
Diceritakan dengan penuh dramatik – sesuatu yang anda akan terbiasakan jika anda pernah menonton karya Tarantino yang lain seperti Kill Bill, Pulp Fiction – filem ini memiliki jalan cerita yang sangat menarik dan saya sememangnya menganjurkan anda untuk menontonnya, with or without tobacciana stuff.
Namun semestinya terdapat banyak babak-babak yang menyentuh perihal tobakiana di dalam The Hateful Eight. Di babak-babak awal ketika sang algojo dan tawanannya menemui Jeneral Marquis Warren dan memberikannya ruang untuk menumpang ke Red Rock, mereka telah menyalakan pipa masing-masing sambil berbual-bual di dalam kabin kereta kuda milik sang algojo. Tiada jenama pipa kelihatan kecuali pipa yang digunakan oleh sang algojo iaitu Mastro de Paja, dan tembakau pun berkemungkinan sudah dipek awal-awal lagi, namun keselesaan mengulit-ulit pipa dan menghembuskan asap di dalam cuaca bersalji adalah sangat mendamaikan.
Imej dari Quentin Tarantino Fan ClubTobakiana turut digunakan sebagai penentuan untuk mencari perkara yang benar oleh Jeneral Marquis Warren apabila beliau bertanyakan kepada salah seorang penjenayah yang menyamar sebagai pekerja baru rumah tumpangan akan adakah tuannya Minnie (yang mereka telah bunuh pada awalnya dan memberitahu rombongan algojo terbabit yang Minnie baru pulang ke kampung pada pagi sebelumnya) masih berpipa dengan baccy “Old Quill”. Ini adalah sangat logik kerana pada waktu itu, blend-blend yang ada tidaklah sebanyak sekarang dan amat mudah untuk seseorang pemipa menjadikan sesebuah blend sebagai “go-to” blend mereka. Tidak menyangka yang sasaran mereka mengenali tuan punya rumah tumpangan ini dengan sebegitu terperinci, penjenayah terbabit menyatakan yang tuan rumah tumpangan itu bukanlah seorang pemipa, sebaliknya hanya menghisap tembakau gulung “Red Apple”.
Red Apple dikatakan adalah blend rokok fiksyen kegemaran Quentin Tarantino sendiri dan beliau selalu menyelitkan penggunaan tembakau Red Apple ini di dalam filem-filemnya. Penggunaan tembakau Red Apple di dalam The Hateful Eight ini juga adalah agak meluas – sebagai tembakau pipa Minnie, tembakau gulung yang juga digunakan Minnie ketika beliau menerima kedatangan penjenayah-penjenayah terbabit sebelum beliau dibunuh, dan penggunaan rokok “Manzana Roja” oleh salah seorang penjenayah tersebut apabila rombongan algojo sampai di Minnie Haberdashery. Manzana Roja adalah “red apple” jika diterjemahkan dari bahasa Sepanyol. Manzana Roja, how nice!
Imej dari movietank.blog.huYou see, bagaimana pembudayaan tembakau mencerminkan impak yang sangat besar di dalam kehidupan dunia lalu. Dan walaupun penggunaan tembakau adalah besar dan normal pada ketika itu, masalah-masalah kesihatan yang mereka alami tentunya jauh lebih kecil berbanding dengan apa yang Kita ada sekarang. Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, penggunaan tembakau pada kadar yang moderate adalah baik dan menenangkan. Namun, prejudis masyarakat adalah membuta-tuli dan immature, dan itu sangat mendukacitakan kita.
Jadi betulkah hidup tanpa tembakau adalah kehidupan yang amat sihat? Jika benar, maka golongan anti-tembakau sepatutnya sangat sihat dan tidak jatuh sakit barang sedikit pun…
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Sunday 19 November 2017

Mengenal Stem Pipa : Material Sintetik (Bakelite, Ebonite atau Vulcanite / Akrilik / Lucite)

Imej dari smokingpipes.comDi minggu lepas kita telah pun mengupas akan penggunaan bahan semulajadi sebagai stem pipa. Berkadar langsung dengan kemajuan teknologi yang pesat, banyak bahan sintetik baru dihasilkan demi mencapai matlamat keselesaan dan kepenggunaan manusia. Jadi minggu ini kita akan lihat dengan lebih dekat tentang penggunaan bahan sintetik seperti bakelite, vulcanite dan akrilik sebagai stem pipa.
Bakelite mula diperkenalkan pada tahun 1907 dan merevolusikan industri pembuatan pada zaman itu kerana ia adalah bahan plastik yang pertama untuk muncul secara besar-besaran. Efektif sebagai insulator kepada elektrik dan haba, tahan lasak, mudah dibentuk dan licin, mudah untuk kita fahami mengapa bakelite adalah pengganti ideal kepada bahan stem semulajadi yang agak bermasalah.
Menjadi “the in thing” pada sekitar 1920an, bakelite adalah satu “fashion statement” pada ketika itu. Namun ia tidak mengambil masa yang lama untuk bahan plastik lain dicipta, dengan kadar ketahanan dan penerimaan warna yang lebih baik dari bakelite. Juga yang menjadi persoalan adalah tahap keselamatan produk bakelite yang terhasil dari phenol dan formaldehyde yang sudah pun diwartakan sebagai “carcinogenic” – boleh menyebabkan kanser.
Dalam masa yang lebih kurang sama, penggunaan bahan ebonite telah pun mencapai tahap populariti yang baik dikalangan para pemipa. Ebonite (atau nama asalnya vulcanite) adalah bahan gentian getah yang terdiri daripada getah, minyak linseed dan sebahagian besar sulfur. Ebonite diperkenalkan lebih awal dari bakelite, yakni sekitar lewat 1800an dan penggunaannya untuk bahan stem juga diterima dengan baik oleh pemipa.
Ebonite pada zaman itu masih belum menerima “stylisation” warna dan corak maka ia hanya ada dengan warna hitam keabuan / hitam pudar yang diterima-pakai sebagai standard.. Mungkin kerana itulah apabila bakelite diperkenalkan, ia meraih populariti yang lebih baik buat sementara waktu. Ia mengambil masa yang agak lama untuk ebonite berevolusi menjadi lebih berkilat (dengan paduan lebih unsur sulfur namun ia masih tidak sekilat akrilik) dan menarik dengan paduan warna yang lebih baik seperti yang ditonjolkan oleh Dunhill di dalam “Cumberland stem” mereka. Agak jelas saya nyatakan di sini yang stem Cumberland juga adalah dari jenis ebonite.
Apa yang menjadi asas yang kukuh buat ebonite adalah sifatnya yang lembut dan tahan; ramai pemipa merasa sangat selesa menggigit stem ebonite berbanding bakelite atau akrilik kemudiannya. Sifat lembut dan liat ini juga menjadikannya tahan dengan gigitan, lantas stem pipa dengan “button” yang lebih halus dapat dizahirkan. Peminat stem ebonite semestinya mempertaruhkan faktor keselesaan ini sebagai sebab utama untuk mereka kekal dengan ebonite. Dan perkara ini dapat kita fahami kerana setelah sekian lama menggunakan stem dengan button yang nipis, tentunya sukar untuk menerima button stem akrilik yang lebih tebal.
Akrilik pula adalah sejenis thermoplastik yang dibangunkan demi menggantikan material-material sebelumnya yang memiliki kelemahan-kelemahan tertentu. Terdapat banyak jenis akrilik dengan komposisi-komposisi berlainan tetapi apa yang kita biasa lihat di dunia perpipaan adalah lucite atau plexiglass. Penggunaan lucite sebagai material stem pipa telah diperkenalkan buat pertama kali di dunia perpipaan oleh Castello sejak awal 1950an dan sejajar dengan kegilaan Amerika terhadap jenama hebat Itali ini pada tahun 60an ia membuka ruang yang lebih luas untuk lucite diperkenalkan kepada seluruh dunia perpipaan.
Seringkali pemipa agak keliru dengan akrilik hinggakan semua bahan stem yang bukan ebonite mereka klasifikasikan sebagai akrilik. Ini adalah tidak benar! Akrilik memiliki spektrum yang agak luas, dan jenis yang kita lihat pada pipa-pipa berjenama baik kebiasaannya adalah lucite, dimana ia datang dengan “high gloss finish” dan terkadang di dalam warna-warna lain tanpa had kepada sebarang spektrum warna. Perkara ini tidak hadir pada stem dengan akrilik biasa yang selalu dipadankan dengan pipa-pipa basket, stem pipa corncob, clay dan kebanyakan stem pipa meerschaum gred rendah dan menengah yang berwarna legap (atau terkadang berwarna kuning lutsinar). Stem-stem ini kebiasaannya adalah dari acuan tuang (anda akan dapat melihat garisan simetri acuan tuang di tengah-tengah bahagian tepi stem) dan walaupun ia masih tergolong sebagai akrilik tetapi ia bukanlah dari kelas lucite atau plexiglas yang merupakan akrilik pada kualiti terbaik.
Imej dari smokingpipes.comAkrilik adalah sangat berbeza dengan ebonite, terutamanya dari segi penampilan dan penyelenggaraannya. Akrilik memiliki lebih daya tahan kerana ia lebih keras. Ia juga mampu untuk menerima buffing yang menjadikan permukaannya sangat berkilat dan hadir dalam pelbagai pilihan warna dan pola corak. Walau bagaimanapun lucite tidak memiliki “give” yang baik seperti ebonite, malah ia bersifat licin jadi mungkin agak mengambil masa bagi seseorang pemipa yang sudah terbiasa dengan ebonite untuk menerima lucite. Oleh kerana tekstur licin ini mengurangkan grip gigitan, ia akan menyebabkan pemipa berasa agak “insecure” dan berkecenderungan untuk menggigit stem lucite dengan lebih kuat. Jadi kebiasaannya stem lucite akan dibina dengan button sedikit tebal demi memberikannya lebih daya tahan untuk menangani kekuatan gigitan tadi.
Juga kelebihan yang paling umum akrilik berbanding ebonite adalah sifatnya yang seumpama “maintenance-free” – ia tidak akan terdedah kepada risiko oksidasi kerana ia tidak mengandungi bahan sulfur. Ini menjadikan stem akrilik lebih tahan lasak dan versatil – ia boleh dibawa ke mana sahaja tanpa perlu risau akan pendedahannya terhadap cahaya matahari.
Sudah tentu juga telah wujud preferensi di dalam memilih material untuk stem pipa anda – sama ada anda mahukan kepastian grip dan keselesaan mengulit pipa, ataupun anda sangat suka melihat “glossy finish” yang “sharp-looking” pada pipa anda dan mahukan sesuatu yang lebih lasak dan “maintenance-free”, ia adalah hak dan preferensi anda yang tersendiri. Yang paling penting adalah kita memiliki banyak pilihan dan ia sememangnya bagus untuk memiliki pilihan yang meluas kerana anda mungkin mahukan semua kelebihan ini di dalam barisan pipa-pipa koleksi anda.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Monday 13 November 2017

Mengenal Stem Pipa : Material Semulajadi (Reed / Kayu / Tulang / Tanduk / Amber)

Pipa tanpa stem adalah satu penolakan kepada fitrah manusia di dalam usaha untuk tidak mensia-siakan kurniaan alam ciptaan tuhan. Pipa menjadi tidak berfungsi dan tidak mampu untuk menyediakan anda sesi pertembakauan yang sewajarnya. Kita telah melihat secara am tentang evolusi stem pada minggu lepas dan kini adalah masa yang terbaik untuk mengupas sedikit sebanyak akan material-material yang pernah terlibat.
Pipa pada asalnya tercipta sebagai satu unit. Tiada stem, tenon, mortise dan mana-mana bahagian yang berkait dengan penyambungan. Namun rata-rata pemipa merasakan yang ada permasalahan dari segi kepanasan yang agak mengganggu, terutamanya apabila bahan poros seperti meerschaum dan clay adalah material utama. Apabila meerschaum dan clay memanas, bibir pemipa akan turut terasa panas dan pada waktu tertentu akan melekat di material poros ini. Jadi, untuk mempunyai material bukan konduktor haba yang baik adalah satu matlamat utama pada ketika itu. Dan bermulalah kreasi manusia untuk membentuk stem pipa dengan bahan-bahan semulajadi, bukti kepada kemandirian sejagat.
Imej dari smokingpipes.com
Antara bahan bersifat bukan konduktor haba yang baik yang digunakan untuk stem pipa zaman awal adalah tulang, tanduk, kayu dan sejenis batang tumbuhan renek yang menyerupai jerami bersaiz besar yang dipanggil “reed” (rujuk Old Dominion pipes yang menggunakan bamboo cane / reed sebagai stem). Berkemungkinan reed dan kayu adalah bahan yang lebih awal, dan walaupun ia mampu menangkis haba secara praktikal, ia tidak memberikan keselesaan yang berpanjangan kepada pemipa. Ini adalah kerana kedua bahan ini adalah agak lembut, jadi ia tidak mampu bertahan lama apabila digigit. Jadi para pipemaker mulai memberikan tumpuan kepada tulang dan tanduk.
Tulang berbanding tanduk adalah juga satu material stem yang jarang kita temui dek kerana ia juga memiliki kekurangan yang besar – di mana tulang adalah agak rapuh. Tanduk memiliki lebih potensi sebagai bahan stem terbaik kerana sifatnya yang licin, liat dan lebih tahan lasak. Secara amnya tanduk adalah terdiri dari bahan keratin (seperti kuku dan rambut) dan mudah didapati terutamanya pada zaman dahulu jadi tidak hairanlah banyak pipa-pipa lama yang menggunakan bahan tanduk sebagai stem.
Kesesuaian bahan tanduk juga menjadi satu persoalan apabila sedikit kelemahannya mulai ditemui. Para pipemaker terdahulu cuba mengelak untuk menghasilkan stem yang agak rapat dengan bowl kerana jika terdedah kepada kepanasan pembakaran di bowl secara kerap, tanduk boleh mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan – seperti bau rambut terbakar. Oleh kerana itu, apabila bahan moden seperti plastik dan alrilik diperkenalkan, stem tanduk terus merosot dari segi popularitinya.
Selain itu, bahan “scrimshaw” seperti gigi dan tulang ikan paus, gading sama ada dari darat atau laut juga seringkali menambat perhatian para pipemakers. Selalunya bahan-bahan sebegini, dek kerana kesukaran untuk mendapatkannya dan harganya yang mahal, akan dijadikan hiasan seperti stem “inlay” atau “floc” di permulaan shank kerana penggunaan bahannya lebih kecil. Namun, masih terdapat juga beberapa pipa yang menampilkan penggunaan penuh bahan-bahan tersebut, menjadikan stem pipa-pipa ini unik, indah dan tentunya mahal. Kebiasaannya, bahan-bahan ini sebagai stem memiliki warna putih krim dengan gilapan yang indah, hanya untuk dikontraskan dengan briar-briar bargrain cantik yang ditonakan dengan warna yang agak gelap. Lihat sahaja pada contoh pipa billiard Tao yang menggunakan gigi paus antik sebagai bahan stem, sesuatu yang tentunya menarik jika anda sanggup mengeluarkan belanja lima angka untuk memilikinya!
Imej dari smokingpipes.com
Terselit di antara bahan natural yang awal ini dengan bahan sintetik seperti bakelite dan akrilik adalah satu bahan yang sangat menarik dan sangat berharga pernah dijadikan stem pipa oleh manusia – Amber. Amber sebenarnya adalah sejenis getah / resin dari pokok yang sudah wujud agak lama sehingga ia memfosil menjadi keras seperti batu. Ia diklasifikasikan sebagai sejenis mineral, bersifat cantik dengan warna kuning-jingga pudar atau sangat intensif sehingga agak kemerahan. Dek kerana kecantikannya dan tahap keberadaannya yang tidak sedia ada, ia turut dikategorikan sebagai “semi-precious gems”.
Dengan tahap kesukaran untuk mendapatkannya dan sifatnya yang cantik itu, amber adalah mahal dan penggunaannya lebih tertumpu pada industri barang kemas dan jewellery. Namun kreativiti pemipa melebihi segalanya dan amber turut dijadikan sebagai stem pipa. Tidak dinafikan sebagai sebuah stem, ia memang sangat menarik dan cantik. Dari segi keselesaan dan ergonomik juga ia agak sesuai (walaupun tidak lah 100%), kerana amber bersifat liat dan sangat licin.
Imej dari AliExpress.com
Walau bagaimanapun, masih terdapat sedikit masalah di dalam penggunaan amber sebagai stem pipa ini – ia boleh menjadi agak rapuh / brittle dan ia juga tidak mampu menahan gigitan terutamanya jika gigitan itu bersifat tajam. Oleh yang demikian, apabila bahan akrilik ditemukan, populariti amber sedikit demi sedikit berkurangan. Juga masalah keberadaannya menyaksikan terciptanya “amberoid” – sejenis campuran antara serpihan amber dengan bahan resin lain yang walaupun sebenarnya mampu untuk mengatasi kelemahan amber tulen dari segi “brittleness”, ia dilihat sebagai satu bahan tiruan dimana banyak penjual-penjual pipa tidak mengklasifikasikan stem pipa mereka sebagai “amberoid” sebaliknya melabelkan bahan itu sebagai “real amber” – demi mengaut keuntungan yang lebih dek kerana harga pasaran amber yang agak mahal.
Kini, amber mungkin menawarkan lebih “novelty” berbanding “functionality” namun pipa-pipa yang menggunakan stem amber kekal meraih harga yang agak mahal di pasaran – faktor keindahan dan “rarity” bermain dengan sangat baik di sini. Di artikel yang mendatang kelak saya akan menceritakan dengan lebih terperinci tentang perihal amber ini, dan kita akan melihat pula material sintetik yang menggantikan populariti amber sebagai stem pipa pada bahagian sambungan artikel ini di minggu depan.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Evolusi Material Stem Pipa

Stem untuk pipa adalah satu komponen yang sangat penting. Kebiasaannya ia adalah 30% dari binaan pipa itu sendiri, menjadikannya komponen kedua terbesar selepas bowl sesebuah pipa. Stem adalah bahagian di mana asap dari pembakaran tembakau yang berlaku di dalam bowl sesebuah pipa disalurkan ke mulut pemipa, selepas ia melalui shank. Pendek kata, gabungan shank dan stem membentuk satu kapilari dimana asap tembakau itu dilalukan.
Jika bowl pipa merangkumi aspek kejuruteraan di dalam pembuatannya dan keindahan material, stem pula adalah peneraju ergonomik pipa.. Bukan di tangan kita, bahkan lebih intim lagi yakni di bibir seseorang pemipa itu sendiri. Faktor besar keselesaan seorang pemipa itu terletak pada stem, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengulit / menggigit stem ketika berpipa.
Stem atau juga disebut “bit” pipa (walaupun bit sebenarnya merujuk kepada bahagian kecil sebelum lip) terkadangnya, diperbuat dari pelbagai jenis material seperti tanduk, tulang, kayu, amber, vulcanite (sejenis getah), bakelite dan akrilik (sejenis plastik) dan bermacam lagi bahan yang kita mampu bayangkan. Kita akan lihat dengan lebih lanjut mengenai material stem dikemudian hari kelak dan hari ini kita akan membincangkan sedikit mengenai evolusi dan signifikasi “stem khusus” (atau stem pipa yang berasingan bahan dari konstruksi sesebuah pipa) berbanding dengan rekabentuk pipa yang asal – yakni pipa yang hanya terdiri dari satu material tanpa stem yang berasingan.
Cuba kita lihat pada pipa-pipa prototaip zaman terdahulu, kebiasaannya ia diperbuat dari satu material sahaja bukan? Malah konsep satu material ini masih kekal di dalam pembinaan pipa clay yang bersifat rudimentari sehinggalah ke zaman sekarang; di mana acuan tuangnya menghasilkan keseluruhan pipa secara sekaligus. Ia berfungsi dengan baik akan tetapi haba yang mengalir menyebabkan stem pipa clay mudah panas sepertimana bowlnya dan hal ini bukanlah sesuatu yang baik.
Semakin manusia mengecapi kemajuan, nilai-nilai keselesaan makin dititik-beratkan justeru itu ia tidak mengambil masa yang lama buat manusia untuk “evolve” dan mencari bahan yang bukan pengalir haba yang baik demi mengakhiri ketidakselesaan dan kepanasan di bibir ketika berpipa. Dan dengan itu stem untuk pipa pun diadaptasikan di pipa-pipa clay dan juga pipa-pipa dari material lain. Bahkan pipa clay yang masih dijual kini juga banyak menawarkan produk-produk mereka yang disertakan dengan stem akrilik. Itu adalah satu contoh pengekalan tradisi sambil terus berevolusi!
Evolusi kemanusiaan juga mencakupi penambahbaikan di dalam hal-hal kebersihan yang mengambil berat akan faktor-faktor hygienic. Dari Black Plague, Malaria, Tuberculosis, AIDS, membawa ke Mad Cow hinggalah ke Bird’s Flu, manusia senantiasa terancam di dalam kehidupan mereka dan dari sinilah faktor hygienic dan kebersihan kendiri itu menjadi semakin penting. Sudah tentu sesebuah pipa itu adalah jauh dari superbugs dan rangkaian jangkitan Ini dek kerana kita jarang berkongsi pipa, akan tetapi ia masih terdedah kepada kekotoran dan jelaga hasil proses pembakaran, memberikan satu sebab yang kukuh mengapa sesebuah pipa harus selalu dibersihkan. Dan dengan bahagian stem yang dibina berasingan, ia sebenarnya memberi peluang yang baik untuk pemipa membersihkan bahagian dalaman shank, tenon, mortise dan sebagainya, berbanding dengan pipa-pipa “one piece” dimana agak sukar untuk kita mencapai bahagian-bahagian tersembunyi sebegini. Ia membantu menutup peluang untuk pembinaan tar dan buildup di bahagian tersebut, menjadikan pipa kita lebih bersih, segar dan sedia untuk digunakan secara lebih kerap.
Ketaksuban manusia abad ini dengan penyakit dan kesan sampingan produk tembakau juga menyaksikan beberapa jenis penapis / filter untuk pipa juga dihasilkan. Filter-filter ini bukan sahaja bertindak sebagai agen pengering di bahagian dalam shank tetapi ia juga menapis tar dan nikotin, mengurangkan kadar penerimaan bahan-bahan ini pada peratusan tertentu yang lebih kecil. Ini adalah sangat penting bagi mereka yang cenderung tidak mampu untuk menangani unsur nikotin secara berlebihan. Penapis-penapis sebegini datang di dalam bermacam saiz, dan penggunaan stem khusus dapat membolehkan filter-filter ini ditempatkan di dalam sistem pipa anda.
Masih terdapat satu lagi faktor akan mengapa stem pipa diciptakan secara khusus – iaitu faktor keberadaan material. Saya yakin yang faktor ini bukanlah penyebab utama evolusi rekacipta stem pipa ini kerana ketika stem berasingan mulai digunakan, dunia masih memiliki banyak pohon erica arborea tanpa perlu takut akan kepupusannya sepertimana yang kita mulai takut sekarang. Jadi faktor ini adalah lebih kepada satu “posthumous factor”, dimana secara ideal nya penggunaan stem dari material lain sudah tentu dapat menjimatkan penggunaan briar secara 100% untuk sesebuah pipa. Sebagai pemipa moden yang peka dengan dilema keberadaan material zaman ini, kita tentunya dapat merasai dan membayangkan akan kejerihan untuk mendapatkan briar terutamanya dari pokok-pokok yang memiliki usia yang sesuai untuk dituai dan diproses menjadi sebuah pipa.
Dengan faktor-faktor ini tentunya kita sedar akan signifikasi kewujudan stem khusus untuk pipa yang memiliki sebab-sebab dan tujuan yang jitu kenapa ia diciptakan. Malah, sebenarnya ia adalah lebih rumit untuk dihasilkan. Menghasilkan sesebuah stem bukanlah satu proses yang mudah; pengasas MAMPOS yang juga pipemaker tempatan Cikgu Joe Kamari sendiri pernah memberikan input kepada saya akan betapa sukar, rumit dan “time consuming”nya proses menghasilkan sesebuah stem untuk pipa. Kita harus bersyukur yang kreasi dan curahan tenaga dari pipemakers ini dapat membantu pipa-pipa berevolusi bukan setakat dari functionality dan ergonomik, malah turut menyorot lebih jauh ke arah hygiene control dan sustainability / keberadaan briar secara amnya.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!