Saturday 30 April 2016

Hubungan Astral Pemipa dengan Pipanya.

Mulanya kita mengenal pipa sebagai satu konduit untuk pemipa menikmati tembakau. Kemudian kita sedar yang pipa adalah "men's greatest companion" - satu "accolade" yang boleh dikatakan sangat besar untuk dianugerahkan kepada sesuatu benda yang tidak bernyawa.

Tidak lama kemudian, si pemipa budiman mulai secara perlahan-lahan sedar akan wujudnya hubungan astral antara beliau dan pipanya...

Bagi kebanyakan kita pemipa, pipa adalah satu kelengkapan yang agak peribadi. Ia sering dikaitkan dengan aktiviti santai, rehat dan kegembiraan. Namun, jika betul sekadar satu kelengkapan atau alat, mengapa kita berhabis wang kerananya? Mengapa dihias sedemikian rupa? Mengapa tangan-tangan berseni memperindahkan rupa bentuknya? Mengapa perak dan emas ditatah padanya?

Persoalan di atas menggambarkan betapa istimewanya tempat duduk sesebuah pipa di hati sanubari seorang pemipa. Hubungan pemipa dengan pipanya sudah lama wujud sejak dari saat pipa itu dibeli lagi. Dari situ, selalunya hubungan tadi akan menjadi lebih akrab hinggalah sampai ke tahap-tahap "extremist" - tidur memeluk pipa, memberikan nama timangan untuk pipa, mengabadikan pipa ke atas kanvas, malahan ada yang terbawa-bawa pipanya ke dalam mimpi.

Hubungan sebegini sebenarnya berlaku dua-hala. Pipa-pipa yang kita boleh kategorikan sebagai "men's greatest companion" seperti yang kita bincangkan sedikit masa dahulu, juga memikul tanggungjawab yang berat terhadap kita si tuan. Mereka terpaksa sentiasa bersiap-siaga untuk memberikan persembahan yang terbaik. Masakan tidak, kita pemipa kadangkala berkelakuan seperti desiran asap pipa kita yang bergerak secara rawak, untuk menurut gerak hati melangkaui rotasi yang dirancang, secara tiba-tiba mahu membakar Frog Morton di dalam Lovat, katakanlah, dan pipa bershape Lovat itu dicapai tanpa sebarang temujanji atau amaran.

Dalam pada itu, kita juga menjangkakan persembahan terbaik si Lovat seperti sediakala. Sudah tentu pipa kita juga dapat memahami tuannya. Seperti enjin kereta "smart car" yang mampu membaca gaya pemanduan kita dan "adjust" mengikut gaya tersebut, pipa kita juga mampu berbuat sedemikian. Cuma, yang penting kita haruslah rajin menjaga kebersihan pipa; lalukan "pipecleaners" sekerap mungkin, bersihkan bahagian dalam shanks, jangan biarkan "cake" menjadi tebal dan lain-lain. Smart car juga perlu diservis bila tiba sela masa dan "mileage"nya, bukan?

Hubungan astral yang terbentuk antara pemipa dan pipa juga melantunkan gaya dan "swagger", atau "stylo" ("remarks" gaya Malaysia bila kita lihat sesuatu yang ada gaya dan ada kelas). Tiada teori yang sahih dan tiada fashionistas yang mampu memperjelaskan perihal astral "swagger" ini, tetapi ia lebih kepada "chemistry" dan faktor yang menarik atau "appeal" pada seseorang pada sesuatu masa tertentu.

Dalam hal "swagger" ini, seringkali kita melihat seseorang pemipa samada di kaca TV, di majalah, di coffee lounge tertentu atau di mana saja, bersahaja mengulit pipa dan secara kebetulan minda kita menangkap yang bentuk, shape, warna stem, warna briar, tekstur (smooth, sandblast atau rustik), ada silver mount atau tidak, hembusan asapnya, adalah sangat "matching" dan memberikan si pemipa tersebut satu penampilan yang sangat budiman, "gentlemanly", "macho", menarik, "übercool", "awesome" dan mungkin "chic-magnet". Sesuatu yang mungkin tidak akan berlaku sekiranya pemipa tadi memegang sebatang rokok.

Perkara sebeginilah yang menyebabkan ramai pemipa sangat mengambil berat akan faktor-faktor kecil seperti bentuk, saiz, jenis stem, "mounting" dan lain-lain. Cuma masalahnya faktor ini adalah lain dari seseorang pemipa ke pemipa di sebelahnya, jadi ia bukanlah semudah "gamitlah Dunhill Dress atau Castello Perla Nera bersama tuxedo anda di majlis-majlis formal", seperti yang kita sangkakan. Sesuatu yang astral, konstellasi antara galaksi agaknya, yang menzahirkan hubungan pipa-pemipa yang "match-to-fit" sebegini.

Di dalam banyak "facet" hubungan astral Pemipa dengan pipanya ini, yang lebih praktikal dan jelas adalah faktor keselesaan dari keterbiasaan. Perumpamaan yang baik adalah "nothing feels good like your old, worn pair of shoe". Itulah pipa yang anda kenal, yang anda bersumpah "performance" nya tidak akan mengecewakan, yang anda selalu capai, dan hubungan astral tadi pula bersifat "reciprocal" di mana ia pun tak pernah mengecewakan, sentiasa bersedia, anti-ghosting (dipacking baccy apa pun tidak ghosting), dan lebih menarik jika yang dapat memberikan anda "swagger" bila tiba ketikanya.

Tiada perkara yang lebih menyenangkan apabila anda mencapai pipa anda, packing baccy ke dalam bowlnya tanpa perlu mengagak-agak sangat, "charring lights" semudah ABC dan seterusnya "true lights", dan anda terus dibawa ke kerusi pemanduan melintasi dataran rumput Cyprus, melalui bandar tua Smyrna dan sampai ke kaki pergunungan Yenidje dengan mata separuh pejam.

Dengan hubungan astral sebaik itu di sepanjang pemanduan merentas Balkan tadi, samada anda memandu Ferrari/Castello, Bentley/Dunhill, Mustang/Florov, Mazda/Tsuge atau memecut Preve/lokal, siapa peduli?

Keselesaan secara kolektif dan inspirasi dari pandangan perspektif boleh mendorong suatu rutin tertentu, dimiliki penuh oleh seseorang lelaki budiman yang tahu apa yang beliau mahukan. Hubungan astral antara pemipa dan pipanya ini, hanya para lelaki budiman yang mampu menaksirkan.

Sunday 17 April 2016

Pentingya "Nomenclature" Kepada Sesebuah Pipa.



Di dalam dunia dimana nilai-nilai konsumerisma semakin jatuh dek kerana pertambahan jumlah permintaan memaksa kepada pengeluaran berasaskan volume, ekonomi berskala besar yang tidak meletakkan kepentingan kepada kualiti pengeluaran, dan kita pengguna tersepit di dalam lambakan produk dengan kualiti yang "sub-par".

Sedemikian itu, kita sebagai pemipa berilmu haruslah tahu bagaimana untuk mengenalpasti kualiti pipa kita. Di sinilah terletaknya kepentingan nomenclature kepada kita. Terma "nomenclature" untuk pipa merujuk kepada insignia yang tercatat pada sesebuah pipa. Ia boleh jadi abjad, nombor, simbol, gambar, relief, motif, dan juga logo. Dalam bahasa Melayu ia dirujuk sebagai tatanama, malahan terkadang ia dipanggil nomenklatur. Namun, semuanya merujuk pada perkara yang sama.

Selalunya, ia berada di bahagian shank samaada tepi ataupun bawah, dimana ia sepatutnya tidak mengganggu corak grain pada permukaan bowl. Kebiasaannya, nomenclature membawa maklumat berkenaan jenama pipa, nama artisan, nama model atau siri, pengkelasan gred pipa, tahun ia dibuat, negara ia dibuat, bentuk finishing, dan terkadang jenis material atau bahan yang digunakan.

Maklumat-maklumat sebegini adalah sangat penting kepada semua pihak. Kepada pipemakers, ia sangat berguna untuk rekod dan kawalan kualiti hasil seni mereka. Bagi tobacconist dan penjual pipa pula, ia sangat berguna di dalam pengkelasan harga dan "stock keeping" mereka. Bagi kita pemipa, nomenclature adalah sangat penting dalam sesebuah koleksi kerana ia dapat memberikan kita indikasi tentang pipa yang kita miliki dan juga sebagai indikasi harga untuk pasaran estate bilamana kita berniat untuk menjual pipa tersebut kelak.

Jadi, kita perlu memastikan yang nomenclature ini adalah jelas, boleh dibaca dengan baik, mengandungi informasi yang tepat dengan briar yang diwakilinya dan kemas susunan abjadnya. Biar pun kemas, tulisan juga tidak sepatutnya terlalu dangkal kerana pastinya kita perlu membersihkan dan mengaplikasikan wax dan sebagainya ke atas pipa tersebut. Jika tulisan terlalu dangkal, kelak ia akan hilang terhakis dengan mudahnya.

Ianya tentu sesuatu yang mencabar untuk menjaga nomenclature ini kerana cabaran hidup masakini yang membuatkan kita selalu bergerak dan merantau. Sesetengah pemipa tidak mementingkan sangat penjagaan pipa mereka; sebilangan pipa disimpan di dalam sebuah beg yang sama menyebabkan ia saling bergeser sesama sendiri di sepanjang perjalanan.

Perkara ini tidaklah salah kerana setiap pemipa berhak menentukan tahap penjagaan masing-masing. Namun jika anda adalah seorang kolektor, pasti anda akan mengambil langkah yang cermat (walaupun melecehkan) untuk menjaga pipa-pipa anda. Bagi mereka yang betul-betul cermat, ada yang sampai ke tahap menyalutkan bahagian nomenclature ini dengan lapisan akrilik (terkadang gam akrilik) demi memastikan ia kekal dalam keadaan baik dan mudah dibaca! Bagi saya, memadai untuk sekali sekala melalukan briar polish padanya (tanpa ditekan sangat) dan elakkan memegang bahagian nomenclature itu kerana jika selalu bersentuhan, lama kelamaan ianya akan haus dan memudarkan tulisan.

Menyentuh bab kolektor pipa, mereka memang sangat-sangat menghargai nomenclature sesebuah pipa. Malahan, nomenclature memainkan peranan yang penting di dalam pembelian pipa-pipa estate. Bukan setakat untuk pengkelasan dan harga, malahan juga ia akan menentukan hala tuju sesebuah pengkoleksian, seperti contohnya bagi kolektor Dunhill, dimana pemburuan sesuatu spesifikasi yang khas seperti Large Billiard (LB) atau Own Design (ODA, ODB) dimana terdapat beberapa faktor yang susah diperolehi seperti OD shape 841 yang akan menjadi mercu tanda sesebuah pengkoleksian bagi peminat siri ini.

Perlu saya nyatakan di sini dek kerana kemampuan kita untuk mendapatkan maklumat yang tepat berhubung dengan pipa-pipa keluaran Dunhill dari nomenclature yang tertera di setiap pipa Dunhill, menyebabkan ia dianggap sebagai jenama yang sangat baik untuk dikoleksikan dan mampu meraih harga estate yang baik, walau pun kebanyakan pipa-pipa keluaran sekarang adalah setaraf dari segi "smoking qualities" dan persembahannya (malahan, sesetengah jenama baru mungkin jauh lebih baik dari segi bahan dan kualitinya).

Bercakap tentang kualiti, kita juga perlu sedar yang pembelian zaman ini adalah berpaksikan pada pembelian maya, dimana banyak laman sesawang yang menawarkan penjualan pipa. Sesetengah dari kita mungkin memiliki 80% koleksi hasil dari pembelian melalui internet, tanpa melihat dan memeriksa sesuatu pipa secara fizikal terlebih dahulu. Jadi, bagaimanakah kita tahu akan kualiti sesebuah pipa? Bagaimana kita tahu yang harga yang ditawarkan adalah di dalam julat yang sesuai dengan pipa tersebut? Tentunya melalui deskripsi atau spesifikasi pipa yang dijual itu, dimana selalunya akan mempamirkan maklumat dari nomenclature pipa tersebut.

Satu lagi faktor yang penting adalah berkaitan dengan pipa-pipa imitasi / tiruan. Mungkin tidak banyak pipa imitasi yang kita jumpa, tetapi hakikatnya ia memang ada dan dengan memerhatikan nomenclature secara mendalam, kita dapat membuat penilaian yang baik adakah pipa tersebut adalah asli atau tidak. Sesetengah nomenclature pipa tiruan adalah tidak masuk akal dan "spot on" (contohnya, jika kita terjumpa "Dunhill Aran" - sesuatu yang tidak logik, bukan?). Mungkin jenis ini jarang sekali tetapi paling tidak kita dapat membezakan bentuk tulisan atau "font" yang digunakan. Jikalau anda menemui pipa Peterson dengan tulisan "Peterson" itu di dalam oval, atau stamping tulisannya tidak kemas dan bertindih-tindih, tentu anda akan merasa sangat curiga dan memeriksa dengan lebih teliti.

Begitulah sedikit sebanyak mengenai kepentingan nomenclature untuk sesebuah pipa dan signifikannya kepada kita pemipa dan kolektor. Memahami, menjaga dan menghargai nomenclature adalah salah satu cabang pengkoleksian yang penting sekali buat kita, terutamanya jika kita betul-betul menitik-beratkan hal-hal kualiti, sejarah dan kepenggunaan pipa-pipa yang berada di dalam koleksi sendiri.

Siri "Berdamping Dengan Blends" : Full Virginia


Dalam siri seram "Berdamping Dengan Blends" kali ini, kita akan meneroka blend-blend virginia penuh atau lebih dikenali sebagai blend full-virginia. Juga, terkadang segelintir pemipa menggelarkannya sebagai blend "straight virginia" atau hanya "blend virginia" sahaja.

Tembakau virginia adalah sangat versatil. Banyak yang telah kita bincangkan di dalam "Virginia Masterclass" dahulu, seperti lokaliti asal dan kultivasi tembakau ini. Boleh dikatakan sekitar 70% blends di dunia ini mengandungi virginia di dalam pelbagai komposisi. Anda menjumpainya di dalam blend-blend aromatik, English, Scottish, va/per, oriental dan lain-lain. Itu belum lagi menyentuh blend-blend full virginia yang juga memiliki kepelbagaiannya yang tersendiri.

Berbalik kepada perdampingan kita hari ini dengan full virginia, blend ini memberikan komposisi yang sangat jelas dan tegas - hanya penggunaan 100% virginia sahaja yang dibenarkan untuk pengkelasan ini. Sudah tentunya ramai yang akan berfikir, jika hanya satu daun yang terlibat, blend akan menjadi sangat "one-dimensional" atau membosankan tetapi terima kasih kepada faktor lokaliti virginia yang memungkinkan kepelbagaian komposisi minyak mineral, air dan glukos di dalam daun ini, perbezaan rasa antara blend-blend dapat dialami oleh penggemar genre ini.

Tanpa bantuan flavor-flavor dari lain-lain tembakau, blend full virginia perlu memiliki rasa yang unik, "distinctive" dan padu, demi menjadikannya menarik dan berbaloi untuk dicuba. Oleh itu, peningkatan kualiti dan keunikan rasa hanya dapat diperolehi samada dengan penggunaan daun virginia sesuatu lokaliti yang dimatangkan secukupnya (fully matured), cara pemeraman daun virginia itu sendiri dan juga dengan gabungan daun-daun virginia dari serata pelusuk dunia.

Usaha mengumpul dan mematangkan daunan virginia mengikut lokaliti tersendiri lazimnya dilakukan oleh blending house seperti McClelland contohnya, di mana pengeluaran siri "Christmas Cheer" saban tahun menggunakan tembakau virginia dari sesuatu lokaliti yang telah dituai dan dimatangkan paling kurang empat tahun sebelum dikeluarankan. Menarik sekali untuk kita merasai perbezaan virginia-virginia ini kerana lain lokaliti, lain komposisi tanahnya dan lain kandungan glukos dan minyak mineral di dalam daunan masing-masing.

Sesetengah blend full virginia pula menggunakan kaedah pemeraman dan pematangan yang sedikit berbeza, di mana ia akan menghasilkan rasa yang unik dan tersendiri berbanding blend full virginia yang lain. Walau pun kebanyakan daun virginia melalui proses flue-cured, penghasilan sesetengah blend memungkinkan proses-proses tambahan seperti "pressing", "hot-pressing", "toasting", "stoved" dan lain-lain. Kesemuanya dapat memberikan kelainan pada flavor dan rasa sesuatu blend full-virginia. Jika anda dapat merasai sedikit "plummy sweetness" dari Samuel Gawith Full Virginia Flake (FVF) contohnya, ia adalah kerana tembakau virginianya melalui "hot pressing" di dalam persediaan blend tersebut.

Proses ini juga dapat mengurangkan kadar gula di dalam daun virginia terbabit. Pengurangan gula tidak semestinya menandakan sesuatu yang baik, kerana untuk bright virginia kadar gula adalah penting. Cuma, adunan gula yang sedikit sederhana mungkin lebih sesuai dengan blend-blend full virginia - ia memberikan ruang untuk kita menikmati "tobacco body" dengan lebih baik dan lebih "full-flavoured". "Tangy" dan "zesty", yang selalu dikaitkan pada bright virginia, adalah lebih sesuai dengan blend-blend va/per, mengikut selera saya - terpulang pada individu.

Penghasilan blend-blend full virginia yang mengenengahkan adunan pelbagai daunan virginia dari seantero dunia pula adalah agak berisiko, walau pun unik. Saya katakan berisiko kerana tidak semestinya adunan tersebut akan menjalinkan blend yang baik dan sedap, kerana faktor-faktor seperti minyak mineral, kadar gula, pemeraman dan teknik penyediaan tembakau tentunya berlainan bagi setiap daun, dan ia akan bercampur aduk antara satu sama lain. Walau pun begitu, dari segi keunikan blend sudah tentu ianya agak baik dan eksperimental.

Pada pandangan saya, apa yang kita cari dari sesebuah blend full-virginia adalah kualiti tembakau itu sendiri. Virginia adalah tembakau asas, bukan kategori tembakau perisa (spice tobacco) seperti perique atau oriental, jadi yang penting tentunya "full-flavored", "full-bodied", kadar nikotin yang sederhana, sedikit "sweetness" dan "smokiness", dan "earthiness" yang mampu diberikan olehnya. Kesemua ini  walaupun sedikit, jika diadun dan diolah dengan baik, akan menghasilkan blend full-virginia yang sangat "potent" dan lengkap.

Sudah tentunya di dalam genre ini terdapat beberapa blend legenda yang diakui sedap, memuaskan dan memiliki ramai peminat seperti Samuel Gawith FVF yang sedikit masam-manis kismis, McClelland Christmas Cheer dan Dunhill Flake yang menampilkan rasa "full-bodied" dengan flake-flake gelapnya, DTM Hamborger Veermaster yang menampilkan "grassy notes" diatas "medium-bodied" blend, McClelland 221b Black Shag yang menampilkan penggunaan "stoved virginia" yang sangat baik dan menyelerakan, dan NYPC Bowling Green yang menggabungkan red dan bright varian demi kompleksiti untuk kontemplasi palate kita. Kesemua blend di atas boleh didapati di Malaysia.

Boleh saya katakan di sini, blend full-virginia adalah sesuatu yang anda mahu capai dan bakar di dalam bowl pipa ketika anda berfikir tentang gaya hidup dan suasana industri tembakau pada abad ke 19 dan 20. Udara yang "dusty" di pekan-pekan kecil, dengan laluan sempit ke pelabuhan yang penuh dengan kotak-kotak kayu berisi matured virginia yang berwarna coklat gelap menghasilkan bau yang sedikit tengik tetapi "grassy" dan "earthy", dimana ia dipunggah oleh kelasi-kelasi naik ke kapal untuk konsumasi empayar,  satu imaginasi yang sangat menyelerakan. Tentunya, benih virginia yang dibawa dari Amerika Latin telah pun bercambah dengan baik di "new world" dan dengan cepat ekspot tembakau virginia dan "trade route"nya berkembang pesat.

Sememangnya siri "berdamping dengan blends" ini memerlukan sedikit pemerhatian yang lebih, di mana saya sendiri mendampingi pelbagai blend full virginia di sepanjang minggu penulisan artikel ini, demi untuk mendapatkan "feel" yang baik dan penyampaian maklumat yang paling hampir dengan tepat. Jadi saya ingin mengesyorkan anda juga membaca sambil berpipa dengan mana-mana blend full virginia, dan hayatilah kepelbagaian yang mampu terhasil dari satu genre yang walaupun kelihatan sangat ringkas, tetapi mampu mengejutkan dan memberikan kepuasan kepada kita pemipa.

Monday 4 April 2016

Soliloquy pada Apresiasi "Estate" Mk. I

Sesetengah pengalaman tidak memerlukan sebarang persediaan kecuali keberanian untuk mengalaminya sendiri...

Namanya tidak mencerminkan keadaan pipa yang sebenar. Sewaktu mula berpipa, apabila terdengar orang menyebut pipa "estate" saya selalu terbayang akan pipa-pipa dari bentuk atau shape yang disukai oleh pengurus-pengurus ladang.

Mungkin ia berinspirasikan shape-shape yang popular di zaman penjajahan dimana pengurus-pengurus estet adalah mat salah bermisai tebal, kehulu-kehilir mengelumit pipa dengan tangan di belakang dan mata memandang ganas pada pekerja-pekerja ladang selenggaraannya.

Mungkin juga ia adalah "company issue" atau yang disediakan oleh syarikat perladangannya, umpama askar dibekalkan bayonet. Jauh juga pemikiran pra-matang saya menerawang, ketika itu.

Namun, bayangan neo-klasikal saya itu musnah sama sekali bila mengetahui yang pipa estate ini sebenarnya merujuk kepada pipa-pipa "second hand". Secara ligat otak berputar, memikirkan dimana logiknya menghisap pipa kotor yang mungkin berkerak dengan kek yang tebal dan "nasty". Ghosting pula semestinya ada, memandangkan kemungkinan rasa baccy yang dihisap oleh tuan terdahulu semestinya degil untuk meninggalkan pipa tersebut.

Dari situlah perkembangan kendiri seorang pemipa itu penting dalam keterbukaan untuk menerima sesetengah faktor biasa yang mungkin sebelum ini nampak sangat buruk tetapi ada tarikannya yang tersendiri. Sudah tentunya, perkara ini tidak "appealing" kepada saya di waktu permulaan berpipa namun, masa membentuk kita dan penerimaan terhadap pipa estate kemudiannya datang dengan sendiri.

Sebagai pipa estate pertama saya, Dr Plumb Bent Bulldog paten 50410 ini datang dengan penuh kesederhanaan; sedikit "over-reamed" hingga dasarnya melebihi lubang shank dan bowl yang sedikit besar dari asal. Saya bukanlah peminat bowl bersaiz besar (baccy agak mahal sekarang) tetapi kondisi bowl yang sedikit "over-reamed" tadi masih boleh diterima. Cuma yang agak merisaukan saya adalah "over-reamed" pada dasar bowl - di mana pada perkiraan saya tentunya akan membawa kepada pengumpulan air di dasar bowl nanti dan "wet smokes" bakal menyusul.

Insignia pengeluar / "nomenclature" masih boleh dibaca dengan baik, cuma insignia "London Made" dengan bahagian "London" itu hampir hilang tulisannya. Sambungan / "fitment" shank ke tenon masih ketat, dan stem bit yang memiliki kesan gigitan yang sederhana; hanya bercalar dan tidaklah berlubang. Sesuailah dengan harganya yang mampu milik.

Kita juga harus tahu yang Dr Plumb ini adalah jenama kedua kepada GDB, sepertimana jenama Parker kepada Dunhill. Walaupun hanyalah jenama "seconds", keluaran zaman terdahulu masih berpegang utuh pada faktor kualiti. Bukan setakat itu, ada juga pipa-pipa keluaran Dr Plumb yang saya akui agak menggiurkan dan setanding "masterpieces" dari jenama lebih "upmarket", terkadang dengan grain yang sangat baik walaupun kebarangkaliannya untuk menjumpainya adalah kecil.

Yang menarik adalah pipa ini "ghost-free", mungkin pemilik asal tidak menyukai blend-blend English jadi saya tidak perlu menyusahkan diri dengan teknik "salt-alcohol treatment" (untuk eksterminasi segera) atau "unused-aro stuffing & puffing" (untuk eksterminasi "comatose" ICU).

Jadi, pada hari pertama saya sudah mampu menikmati pipa estate ini. Persembahan yang baik diberikan secara terus, tanpa "wet smoke" dan "hot smoke" namun saya mengesan sedikit "gurgling" terhasil pada pertengahan bowl. Lama di kemudian hari, barulah saya sedar yang "slow puffing" dapat mencegah masalah "gurgling" tadi.

Di sini dapat kita lihat akan salah satu faktor terbaik untuk memiliki pipa estate - di mana anda tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk "break in" briar anda. Semuanya telah dilakukan oleh pemilik terdahulu dan asalkan kondisi pipa estate itu masih baik, tiada masalah untuk mendapatkan fungsi berpipa yang bagus daripadanya.

Dari segi estatiknya pula, saya dihadiahkan dengan unjuran ira-ira grain yang menarik, dan sandblasting efeknya adalah dalam dan jelas! Jika diikutkan, sandblasting yang dalam sebegini selalu dikaitkan dengan briar Algerian yang agak lembut struktur kayunya. Kebarangkalian itu tinggi, kerana kebanyakan pipa-pipa Dr Plumb terdahulu dihasilkan di Saint Claude, France, tempat syarikat ia ditubuhkan.

Tidak dapat saya pastikan dari siri manakah pipa Dr Plumb ini tetapi kualiti briar sandblastnya adalah sesuatu yang menarik. Jika ia ditakdirkan lahir di kilang Dunhill, saya percaya paling tidak ia akan diklasifikasikan di dalam siri "ring grain" atau "shilling" dan nilainya mungkin berlipat-ganda naiknya (agak sinister memikirkan betapa harga sesuatu boleh digandakan oleh sebuah titik putih kecil, bukan?) Namun jika itu berlaku sudah tentu harganya pun tinggi dan mungkin terjual di "upmarket".

Dek kerana pola sandblasting nya yang agak dalam, pipa Dr Plumb ini agak seronok untuk dipegang-pegang, terutamanya di dalam kereta ketika mengharungi kesesakan trafik sewaktu pergi dan pulang dari kerja. Ia juga selalu mendapat tempat dalam rotasi pipa mingguan saya.

Seperti yang kita pernah bincangkan di dalam artikel lepas "Pipa Estate & Observasi Pasarannya", pasaran ini memberikan satu ruang kepada pemipa untuk bukan sahaja untuk membeli pipa-pipa pada harga yang mampu milik, tetapi juga memberi peluang untuk kita memiliki dan menikmati briar-briar terdahulu yang terpilih lantaran masih banyaknya pokok-pokok "erica arborea" bertaburan di sekitar Mediterranean.

Sejak mendapatkan Dr Plumb bent bulldog 50410 ini, saya tidak lagi teragak-agak untuk menambahkan koleksi dengan pipa-pipa estate, lebih-lebih lagi apabila terjumpa model-model langka / "rare" atau yang sukar ditemukan pada hari ini. Dan semuanya pada harga mampu milik!