Friday 19 June 2015

Seleksi Petang di Ipoh.

Petang semalam yang mendung seakan mahu hujan secara tiba-tiba menjadi cerah. Mau tidaknya, dua seleksi baccy dari Hearth & Home akhirnya dibawa pulang! 

Dua blend dari "The Marquee Series" ini merupakan kesinambungan blend pemenang anugerah The Black House yang dikatakan paling hampir dengan lagenda Balkan Sobranie. Russ Oulette sememangnya seorang master blender yang genius, dimana permainan latakianya lebih menjurus kearah experimental dan go-to approach: beliau lebih menekankan penghasilan blend-blend yang boleh dinikmati apabila dimahukan, sedikit lain dari konsep latakia powerhouse yang G.L. Pease pelopori dan keunggulan virginia base yang Chris Tarler ungguli.

Sedikit pujian juga harus diberikan kepada Adib & Romeo Gift Ipoh kerana berani membawa masuk blend- blend sebegini yang pastinya memberikan lebih ruang pemilihan untuk pemipa-pemipa tempatan.

Sedikit maklumat mengenai blend-blend ini:


Magnum Opus.
Dengan bright virginia dari US dan Bulgaria sebagai base dan Perique sebagai seasoning, Magnum Opus mengenengahkan Cyprian latakia yang ditemani oleh kombo orientalis seperti Basma, Izmir dan Yenidje. 

Bulgarian virginia...hmm... saya tiada pengalaman dengannya dan nampaknya ia sangat menarik untuk dicuba. 


White Knight:
Juga blend yang mengenengahkan Cyprian latakia, White Knight menggunakan yellow virginia dan dedaun oriental dari Macedonia (yang tidak disenaraikan), termasuk yenidje. Ia menjanjikan flavor Balkan yang lembut dan medium bodied.

Rattray's High Society

Di awal zaman perpipaan, kecenderungan untuk mencuba pelbagai blend aromatik adalah sangat normal. Seperti kebanyakan pemipa lain yang bermula dari perokok, saya cuba untuk mencari blend yang bukan sahaja dapat memberian perisa dan flavor aromatik, tetapi juga mampu memberikan sedikit kepuasan ala merokok. 

Dalam mencuba beberapa blend aromatik ketika itu, saya terpanggil untuk mencuba Rattrays High Society ini. Melihat kepada komposisi blend ini kita seakan dapat merasakan yang mungkin Rattrays cuba untuk mendekati peminat cigar dan dedaun dark fired, dimana komponen dark fired kentucky adalah antara ramuannya. Ditambah dengan sedikit Louisiana Perique, ia seperti satu percubaan berani untuk menghasilkan spicy aromatik. Selain itu, penggunaan virginia dan burley adalah standard sebagai bahan primer baccy.

Note dari tinnya adalah bau harum vanilla diselang-seli dengan buah-buahan dan sedikit bau kismis. Yang positifnya, baunya tidak pekat dan merengsa sebagaimana tin note dari blend aromatik yang lain, tanda casing yang digunakan adalah minimal. Datangnya High Society dengan tin 100g di dalam bentuk ribbon cut, sesuai dipack dan dihisap terus.

Nyalaan pertama mengundang kuantiti asap putih yang banyak. Ah, bau asapnya yang wangi seperti tin note nya adalah sangat menyenangkan. Virginia dan burley menguasai permainan awal bowl dengan sedikit edge dan flavor vanilla-fruity yang nyaman, tanpa rasa berat yang kita sangkakan dari partikel dark-fired. Boleh dikatakan, sukar untuk kita rasakan kehadiran dark-fired kentucky di peringkat awal bowl ini. Oleh kerana blend ini tidak terlalu basah dan tembakau yang digunakan agak berkualiti, nyalaan pertama mudah untuk kekal.

Pada pertengahan bowl, High Society seakan mengalami pesta gerhana. Walaupun flavor vanilanya tenggelam timbul, dan disinilah pelaburan Rattrays dalam menggunakan virginia berkualiti tinggi dan komponen dark-fired itu membawa balik pulangan tinggi. Pembakaran yang baik dan sedikit nikotin dapat dirasai disini. Juga, perique dengan sedikit spiciness dan tartness juga mula menonjolkan dirinya. Pada ketika ini, dimana kebanyakan blend aromatik mula terasa kosong, High Society pula sedang membuat persembahan teater kepada kita, dimana para pelakon utamanya iaitu virginia, kentucky dan perique saling berinteraksi dan menghiburkan kita, dibantu pelakon tambahan iaitu burley yang terkadang muncul di dalam scene-scene tertentu, sambil berlatarbelakangkan kanvas vanilla yang tidak menonjol tetapi penting di sepanjang persembahan. Ia kekal hingga ke hujung perpipaan dan habuk putih ringan di akhir bowl adalah sangat nipis, petanda pembakaran lengkap yang berlaku di sepanjang jalan.

Adalah jelas dengan kualiti tembakau virginia dan dark fired yang digunakan, sedikit kekuatan, walaupun tidak lah full-bodied, dan spiciness yang hadir sangat disenangi dan melonjakkan blend ini di atas kebanyakan blend aromatik lain. Selain itu, High Society adalah jauh dari blend-blend aromatik yang basah, lembap dengan perisa dan bahan kimia yang agak memualkan. Oleh itu, ianya amat sesuai kepada pemipa newbies dan veteran. Juga konsistensi penyalaan yang mudah (hasil kadar casing yang minimum) memberikan kepuasan pada para perokok, yang mungkin selalu menghadapi masalah menyalakan pipa mereka dengan aromatik basah. Cuma sayangnya, ia hanya datang dengan tin 100g, dimana tin 50g tidak dijual di Malaysia.

Sekarang, High Society merupakan blend aromatik yang saya kerapkali kunjungi untuk bertukar langkah seketika / "change of pace" - terutamanya apabila terlalu banyak va/per dan latakia dikonsumasi. Saya juga merasakan standing ovation harus diberikan dek kerana persembahan bertenaga dari blend aromatik keluaran Rattrays ini.

Saturday 13 June 2015

Perihal Pipa Bulldog & Hala Tujunya.

Hmm...bila kita berbicara tentang pipa bulldog ini, masa terasa seakan singkat.

Sudah menjadi tabiat manusia yg sukakan kepada keindahan, kita sebagai pipester tidak sama sekali terkecuali dari ini. Dalam dilema dunia perpipaan yang semakin menarik dan penuh warna ini, mengambil preferensi adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. 

Mengenai topik kita, pipa berbentuk bulldog, shape ini agak distinctive dan kemas berbanding kebanyakan pipe shapes yang lain (subjektif pada individu). Bagi saya, ini adalah pipa kategori shape tradisi yang paling elegan dan bergaya. Bentuknya melampiaskan style dan persona. Unjuran bowl ke crown nya mencerminkan imej gentleman yang sangat yakin dan penuh hemah. 

Pipa bulldog senang dikenalpasti dengan melihat beberapa struktur utamanya: bahagian atas bowl berbentuk seperti crown (dan juga dipanggil crown / cap), dan bahagian ini dipisahkan dari bahagian bawah bowl oleh alur / lurah kecil yang dipanggil "fuller" (bahagian ini adalah diameter terbesar pada bowl sesuatu bulldog), kemudian dari fuller tadi bowlnya akan menirus secara drastik menuju kearah hujung bowl, dimana titik terakhir akan mengambil 90 darjah dari menegak ke mendatar dan bersambung terus kepada shank. Shank pipa bulldog pula adalah semestinya berbentuk "diamond" atau segi empat berbucu keatas dan inilah yang membezakan ia dengan sepupunya iaitu Rhodesian (yang memiliki shank bulat). Stem bulldog pula boleh hadir dalam pelbagai bentuk; samada taper / tirus, saddle bit atau army type dgn stick bit.

Sedikit pemerhatian tentang shank "diamond": Penggunaan istilah "diamond" seharusnya lebih tepat dari "square" atau "segi empat", kerana square shanks merujuk kepada shanks yang bersegi empat dengan permukaan rata menghadap ke atas dan bucu di tepi, yang terkadang digunakan oleh Danish pipemakers dalam menghasilkan pelbagai bentuk "freehand" pipes mereka.

Pembuatan sesuatu pipa bulldog ini pula memerlukan kemahiran pipemakers yang agak tinggi. Kalau kita lihat baik-baik, pipa bulldog biasanya memiliki bentuk slanting yang acute pada bahagian bawah bowl. Itulah bahagian pipa yang paling kritikal dan lemah, dimana kebanyakan pipemakers tidak mahu mengambil risiko tertebuk bahagian yang nipis ini. Kalau tak tertebuk pun, jika terlalu nipis ianya akan cepat panas dan senang rosak / berlubang jika tidak berhati-hati ketika berpipa. Oleh itu, pipemakers cenderung untuk tidak mengambil risiko membuat pipa yang cepat rosak, dimana jika ini terjadi nanti pastinya akan merosakkan prestij mereka di kemudian hari pula.

Seperti yang diterangkan di atas, bahagian atas bowl sesejenis pipa bulldog selalunya akan ada cap / crown. Di sinilah pipemakers akan cuba memanipulasikan briar dengan sebaik mungkin, kerana jika bowlnya straight grain, bahagian cap / crown ini akan menampakkan birdseye yang banyak dan memukau! Yang lebih menarik lagi, birdseye selalunya hanya nampak pada bahagian atas atau bawah pipa (utk straight-grain / flame-grain pipes), dan tepi (utk cross-grain pipes) untuk pipa-pipa jenis lain, akan tetapi hanya pipa bulldog yang mampu menampakkan combination straight / flame grain dengan birdseye ini pada satu-satu sisi.

Bagi bowl sesuatu pipa bulldog pula, gaya tersendiri pipemakers mempengaruhi keseluruhan bentuknya. Ada yang menegak, ada yang sedikit terkedepan (forward-canted) dan ada yang menyenget kebelakang (backward-canted). Ada yang ratio crown ke bowlnya tinggi, dan ada yang rendah. Ada juga bulldog dengan bowl yang tinggi, dan ada juga yang rendah (selalunya digelar "squat bulldog"). Ini semua bergantung pada citarasa masing-masing. Akan tetapi sebenarnya yang agak ketara disini ialah shape bulldog ini banyak bergantung pada air tangan pipemakers. Malah jika kita hanya lihat pada satu jenama pipa saja pun boleh ada pelbagai bulldog yang mungkin nampak macam sama, tapi kelainan dari bowl canted dan proportion itu agak ketara, kerana berlainan tukangnya. Yelah, mana tidaknya, jenama seperti Dunhill dan Castello masing-masing memiliki 6 hingga 12 orang pipemakers yang rata-ratanya dah lebih 30 tahun bekerja di sana. Jadi setiap pipemakers pastinya memiliki style masing-masing, dan saya dapati memang zahirnya kelainan styles dari setiap individual pipemakers ini melahirkan bulldog-bulldog yang mungkin anda suka, atau yang anda tidak suka tetapi digilai kawan anda, dan seterusnya...

Walaupun shape ini sudah tercipta agak lama, pipa bulldog ini masih relevan sekarang, masih diminati ramai terutamanya di kalangan gentlemen, sebagai simbol kemachoan. Ia juga selalu dijadikan perdebatan dan dambaan hati pemipa yang tenggelam punca di dalam pemilihan style pipa yang semakin bertambah dek kehadiran pipa-pipa freehand yang batasnya adalah hanya terhad kepada imaginasi pipemakers sahaja...

Monday 8 June 2015

PETERSON IRISH FLAKE

Salah satu faktor kenapa baccy-baccy keluaran Peterson digemari ramai adalah kerana ianya mudah untuk diperolehi. Boleh dikatakan dengan keadaan sedia adanya, ditambah dengan harganya yang berpatutan, Peterson seringkali menjadi pilihan pemipa-pemipa baru.

Walaupun begitu, Irish Flake bukanlah dicipta untuk pemipa newbies. Blend ini mengenengahkan rasa yang agak keras dan full bodied, suatu yang jarang digemari oleh pemipa baru yang biasanya lebih cenderung ke arah aromatik. Palate seseorang pemipa haruslah lebih maju / developed untuknya menghargai dan menikmati Irish Flake ini.

Dari segi komposisi blend, Irish Flake menggunakan air-cured burley dan flue-cured virginia sebagai tembakau primer, dimana adunan ini disertai oleh sedikit dark fired kentucky sebagai pelengkap. Oleh itu, kita boleh kategorikan ia sebagai blend Va/Bur secara kasarnya. Bila tin dibuka, saya dapati flake yang ada di dalam adalah agak lembap, dimana bentuk flake itu mampu menyimpan kelembapan pada tembakau untuk jangkamasa yang agak panjang. Juga, hasil pemerapan tembakau-tembakau ini menjadikan flakenya agak gelap, diselang-seli dengan untaian kecoklatan disana sini. Juga, penapaian tembakau masih berlaku kerana ada sedikit hablur-hablur gula ringkas yang melekat pada flake di serata tempat.

Note dari tinnya memiliki bauan cigar yang lemah dan sedikit masam prune, tanda dominasi adunan burley yang mungkin lebih menonjol dari virginia dan kentucky nya. Secara tak langsung, mungkin inilah apa yang dikatakan "bau tembakau", keras dan maskulin. Flake gelap di dalam tin memiliki kelembapan yang cukup, tidak terlalu basah dan tidak pula terlalu kering, jadi anda boleh terus pack dan light tanpa persediaan / prepping. 

Sebaik sahaja api mancis anda menyambar flake gelap di dalam bowl pipa anda ini, asap pertama yang menyelubungi palate anda akan memiliki rasa nuttiness burley yang kuat, dengan sedikit hint / pembayang cigar dan sedikit citrus. Beberapa puff kemudian, rasa spicy yang agak lembut datang seolah-olah memujuk anda untuk menerima flavor yang datang seiringan - sesuatu yang agak keras seakan mahu menerjah belakang tekak anda - penanda pembakaran daun dark fired kentucky yang mula menonjolkan dirinya. Tidak lama kemudian, flavor utama menjadi semakin stabil dan dominan: rasa tembakau dengan imej maskulin yang mengemudi perpipaan, berteraskan nuttiness yang datang dari burley. Flavor ini juga ditemani hint-hint flavor kecil seperti sedikit rasa daun teh, kayu manis, dan allspice yang saling bersulam. 

Perkahwinan rasa burley + virginia + kentucky inilah yang cuba ditonjolkan oleh Irish Flake kepada palate anda. Namun gabungannya menghasilkan flavor tembakau old world yang full-bodied, woody, sangat maskulin dan mungkin juga keras bagi sesetengah pemipa. Jika anda rasa begitu, saya mencadangkan anda untuk mencapai segelas teh atau kopi yang mungkin dapat membantu anda di sepanjang sesi perpipaan. Irish Flake juga adalah antara blend yang mampu menerima re-light tanpa mengubah struktur rasanya. Kepahitan yang selalu dikaitkan dengan re-light juga tidak terdapat pada blend ini. Sama ada anda di awal, pertengahan atau hujung bowl, konsistensi flavor dapat anda nikmati.

Satu perkara yang saya rasa agak kurang adalah kontribusi partikel dark firednya. Walaupun rasa kentucky itu hadir di dalam setiap sesi perpipaan, kadar nikotin yang diharapkan darinya tidak kunjung tiba, kerana ianya agak sederhana. Agak sayang sekali kerana jika kadar nikotinnya tinggi, Irish Flake mampu memberikan dimensi yang lebih baik daripada menjadi sekadar blend Va/Bur yang keras dan maskulin. Jadi, tidak perlulah anda mengharapkan "room spinning" atau "drousing feel" dari Irish Flake ini.

Walau bagaimanapun, alunan flavor dari Irish Flake ini tetap memuaskan. Rasa yang full-bodied ini adalah seperti rasa tembakau yang sebenar. Agak keras, tetapi ia bukanlah dalam kategori extreme seperti plug-plug keluaran Samuel Gawith, jadi selepas seketika palate kita akan terbiasa dengan Irish Flake dan ketika itulah kita akan dianugerahkan dengan kebaikan dan keenakan tembakau semulajadi / straight tobacco feel.

Berteraskan old-school feel inilah, saya boleh melipat dan memasukkan (fold & stuff) Irish Flake ini di dalam bowl pipa meerschaum saya sambil membayangkan duduk di pangkin rumah ladang Inggeris di New World countries, di atas bukit yang tinggi, sambil memerhatikan pekerja-pekerja ladang menuai hasil tembakau untuk dihantar ke pelabuhan. Gabungan atribusi full-bodied, old world feeling ini ditambah dengan maskuliniti yang mampu dievokasi darinya, menjadikan Peterson Irish Flake ini sangat sesuai untuk dinyalakan di majlis-majlis formal, autoshows dan upacara-upacara formal yang berteraskan kelelakian dan kemachoan.