Saturday 25 June 2016

"The Peterson Quartet" : Pipa Peterson - Isu & Dilema Pemipa Peterson Alaf Baru

Agak memeningkan setelah kita melalui siri-siri dan koleksi-koleksi Peterson yang seumpama tiada hentinya tempohari. Walau bagaimanapun bagi kolektor yang beraspirasi atau yang baru mahu mula berjinak dengan Peterson, inilah peluang untuk mengenali pipa keluaran Irish ini dengan lebih dekat. Saya sendiri juga masih menelusuri denai pembelajaran Peterson dan masih banyak perkara mengenai Peterson yang agak asing bagi saya.

Dalam siri akhir quartet ini, kita akan membincangkan akan topik kontroversi - yang dilemparkan oleh masyarakat umum pemipa tetapi disangkal oleh peminat tegar Peterson sendiri. Ya, ia adalah tentang isu & dilema Peterson. Jauh dari mengatakan yang firma Irish itu sedang bergolak, ianya lebih kepada penterjemahan kondisi produk-produk keluaran mereka sekarang yang diselaputi oleh isu-isu walaupun "heritage" dan sejarah sepatutnya memberikan sedikit "vantage point" kepada akuan kualiti pipa Peterson.

Sebagai satu pengeluar pipa yang besar, dilema Peterson ternyata melibatkan ancaman kepada status mereka sendiri. Oleh kerana pengeluaran dan output mereka yang berskala besar, Peterson selalu dilihat sebagai "factory pipe". Ini adalah satu terma yang mungkin kurang digemari oleh Peterson sendiri, lantaran itu anda dapat melihat keluaran-keluaran video yang mempromosikan modus operandi pembuatan pipa mereka yang berpendekatan "artisanal", mengenengahkan pekerja-pekerja mereka yang rata-ratanya memiliki berpuluh tahun pengalaman, dan pengkhususan sesetengah proses seperti pembuatan stem, penatahan perak, pemilihan blok-blok briar dan sebagainya.

Apa yang ingin Peterson sampaikan adalah "walaupun pengeluaran kami besar, pendekatan artisanal kami menjamin yang kualiti setiap pipa Peterson adalah yang terbaik dan setara dengan pipa-pipa artisan di luar sana". Sememangnya sukar untuk Peterson menerapkan aspek "artisan" ini tetapi strategi penyampaian video-video sebegini boleh dikatakan agak berjaya juga. Cuba anda lihat sendiri dan nafikan yang anda agak tergerak melihat proses-proses pembuatan pipa yang saya masih boleh kategorikan sebagai "with artisan touch" ini.

Yang nyata, niat Peterson adalah untuk cuba memadamkan imej "factory made" ini - yang menyebabkan segelintir pemipa yang mahukan sentuhan "artisan" berpaling jauh dari mereka. Golongan ini mewakili satu segmen yang penting, dimana mereka akan berbelanja pada pipa-pipa kelas premium dan menuntut kualiti yang tidak boleh dikompromi. Segmen inilah yang mahu dimajukan oleh pemilik baru Tom Palmer, walaupun pada masa yang sama mereka juga masih mahu mengekalkan output keluaran asal.

Dalam pada itu, Peterson juga tidak boleh lari dari kecaman-kecaman dari pemipa umum dan juga peminatnya sendiri. Antara yang kita boleh lihat adalah isu kawalan kualiti. Tidak perlu kita menyaksikan perbalahan sebegini di internet tapi cuba anda perhatikan pipa-pipa Peterson yang ada di sekitar kita, sama ada milik sendiri, milik rakan mahupun yang ada di kedai-kedai. Sesetengahnya memiliki lubang airhole yang tidak tepat di tengah-tengah dasar bowl - ia agak senget dan terkadang sedikit ke atas. Ini memberikan persoalan tentang konsistensi "drilling" kerana ia sangat kontra dengan video-video yang menampilkan "artisan approach" tadi. Saya percaya yang manusia tidak sempurna; dari sepuluh pipa di"drill" mungkin artisan yang hebat pun akan melalukan dua atau tiga kesilapan. Namun jika kawalan kualiti yang ketat diaplikasikan, hal-hal sebegini tentunya dapat dielakkan.

Pemasangan kemasan perak yang tidak kemas juga menjadi satu isu kepada Peterson. Ini adalah agak bercanggah dengan tatapan video yang menampilkan seorang "pakar" kemasan perak yang sudah berpuluh tahun mengukir dan menitipkan kemasan logam berharga ini kepada pipa-pipa Peterson. Logik akal kita bagai terganggu untuk memikirkan yang bagaimana seorang pakar sebegini masih mengeluarkan hasil yang tidak kemas dan tidak "flush" pada fitment nya? Sekali lagi, saya melihat kepada faktor ketidaksempurnaan manusia dan kawalan kualiti adalah satu element penting yang nampaknya hilang disini.

Isu yang agak selalu diperkatakan juga adalah mengenai kualiti stamping nomenclature. Selalu didapati pada pipa-pipa Peterson adalah nomenclature yang cetek / kabur dan bertindih. Malahan, sebilangan kecil (mungkin sangat kecil tapi saya masih dapat menjumpainya di Malaysia ini) turut tidak memiliki nomenclature - yang berkemungkinan tertinggal atau terkeluar dari proses. Kes sebegini bukan sahaja berlaku kepada pipa-pipa biasa, malahan beberapa kategori premium juga turut dilanda hal yang serupa. Buat kali ketiga, kawalan kualiti yang longgar adalah penyebab kepada masalah ini.

Perihal sebegini sebenarnya adalah sangat menyedihkan, kerana kita pemipa tentunya menghargai nomenclature sebaik mungkin, atas dasar itulah surat beranak atau IC pipa kita. Tahun lalu, kita diceriakan dengan penggunaan "laser etching" yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Dengan penemuan beberapa pipa siri koleksi dan POY yang turut memiliki masalah yang sama (sedangkan mereka sepatutnya mengambil lebih perhatian terhadap kualiti keluaran-keluaran istimewa sebegini), berita ini adalah bagaikan bulan jatuh ke riba. Akan tetapi malangnya saya diberitahu yang penggunaan laser etching ini adalah terhad dan mungkin dihentikan untuk sementara waktu.

Juga terdapat beberapa isu kecil bersifat "non-qualitative" seperti kemunculan siri-siri baru yang terlalu banyak menyebabkan kekeliruan kepada para pemipa. Mungkin dasar konsumerisma Tom Palmer yang mengkelaskan pemipa sebagai konsumer produk barangan yang sukakan pembaharuan pada setiap sela masa adalah perlu diteliti semula. Kita pemipa bukanlah konsumer fesyen yang memerlukan "seasonal collections" sekerap mungkin. Sesetengah pemipa lebih menghargai kesinambungan siri-siri tertentu dan menghargai sejarah dan retrospektif sesebuah jenama pipa.

Perak adalah bahan mewah yang terkawal di Ireland dan setiap penggunaan bahan ini memerlukan stamping "Office of Assay" yang menjaga dan memantau ketulenan bahan perak dan emas yang dihasilkan di negara itu. Oleh kerana tidak sebegitu mudah untuk mendapatkan stamping ini pada masa-masa tertentu dek kerana kelulusan dan proses-proses lain yang terlibat, Peterson telah menerapkan penggunaan kemasan nikel yang menggantikan perak untuk siri-siri classic mereka. Hal ini juga menjadi satu isu kepada para pemipa kerana ada segolongan mereka yang menganggap hanya perak dan emas adalah layak digunakan untuk menghiasi pipa.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan penggunaan nikel ini sebagai "agak mengelirukan" dan dilabel "cheap" oleh sesetengah pemipa. walaupun warnanya seakan sama, gilap perak adalah sesuatu yang tidak boleh direplikakan oleh bahan lain dan sesetengah pemipa yang kritikal akan penggunaan perak akan terus kritikal dan menolak penggunaan nikel.

Ternyata bukan mudah untuk memuaskan hati pemipa zaman ini. Atau adakah kita terlalu "demanding"? Walaupun "smoking qualities" adalah perkara yang utama, kita perlu ingat yang rata-rata pemipa adalah golongan yang bukan sahaja mahu menikmati keseronokan menghisap pipa sahaja. Pemipa zaman kini adalah pemipa bijak - kita mahu kan grain yang baik, briar yang terawat sempurna, airflow yang berfungsi sebaiknya, dan kemasan perak yang terpasang secara, er, kemas! Kebanyakan pe

Peterson ternyata memiliki peminatnya yang tersendiri dan jumlah peminat Peterson adalah ramai. Adalah agak menyedihkan sekiranya Peterson tidak mampu untuk menjamin kualiti pipa-pipa keluaran mereka dan mungkin tidak salah untuk kita jangkakan yang institusi perpipaan Irish ini mungkin akan lenyap sekiranya mereka tidak menitikberatkan soal-soal kualiti sebegini.

Walaupun perkara-perkara begini agak mengganggu, saya masih positif dan yakin yang Peterson mampu menawarkan pipa terbaik buat pemipa di segenap lapisan. Praktikaliti yang ada pada pipa-pipa keluarannya dan betapa meluasnya pilihan yang ditawarkan adalah terlalu signifikan untuk kita lepaskan. Segalanya terpulang kepada kita untuk menentukan di tahap manakah sesebuah pipa Peterson akan berada di dalam rak pipa kita.


pack 'em, light 'em, and blow smoke rings outta 'em!
mipa adalah collector sekarang, dan pengetahuan tentang pipa masing-masing adalah lebih dari cukup.

Friday 17 June 2016

"The Peterson Quartet" : Pipa Peterson - Siri & Pengkelasan (Komemoratif, Fiksyenal dan Koleksi).

Sudah puas kita menelusuri siri asas Peterson yakni Classic Range, Premium Range dan lain-lain, mari kita lihat pula akan siri-siri komemoratif, koleksi-koleksi dan edisi istimewa dan terhad yang selalunya hanya dikeluarkan sekali tetapi ada yang sudah pun menjadi keluaran tetap dan ada juga yang menjadi keluaran tahunan.


Koleksi-Koleksi


Siri koleksi Peterson adalah agak banyak dan meluas, dari pengabadian sungai ke penulis terkemuka, kemudian ia menjurus pula kepada penggunaan watak-watak fiksyenal seperti penyiasat terkemuka Sherlock Holmes dan Dr Jeckyl & Mr Hyde. Kesemua ini menambahkan lagi warna di dalam dunia pengkoleksian pipa Peterson namun terkadang agak mengelirukan

Siri ini adalah serangkaian siri bertema yang dikeluarkan oleh Peterson secara set 2, 6 dan 7 pipa. Tetapi masalah dengan set 7 pipa ini adalah jarang sekali kolektor-kolektor mahu membeli 7 pipa pada bentuk yang sama, jadi kebiasaannya ia dijual secara berasingan oleh kedai-kedai.

Marilah kita lihat koleksi-koleksi ini, satu per satu:

Dinobatkan sebagai siri Peterson kategori premium yang paling berjaya, siri Sherlock Holmes terdiri dari dua mini-siri iaitu "The Original Collection" dan "The Return of Sherlock Holmes". Mini-siri "The Original Collection" mula diperkenalkan pada 1987 sebagai set 7 hari (yang terdiri dari 7 pipa). 7 shape / bentuk-bentuk baru yang dikeluarkan itu adalah bersempena dengan pipa-pipa yang wujud dalam dunia Sherlock Holmes itu sendiri - mengambil kira gambaran dari dalam penulisan itu dan diterjemahkan sehampir mungkin.

Tidak lama kemudian mini siri ini mengeluarkan pula versi meerschaum - sesuatu yang sangat hebat kerana penggunaan blok AA meerschaum Turki yang terpilih adalah sangat bergaya dan mewah (tidak mudah untuk mendapatkan meerschaum Turki blok AA bersaiz besar) dan walaupun harganya agak tinggi (di Malaysia RM400-500 lebih tinggi berbanding versi briar) ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan cepat terjual di pasaran.

Kejayaan siri ini menyebabkan Peterson tampil lagi dengan mini siri susulannya iaitu "The Return of Sherlock Holmes" yang menampilkan 7 lagi bentuk baru dan penggunaan blok briar terpilih masih diterapkan.

Kesemua pipa di dalam kedua-dua mini-siri ini adalah bersaiz XL dan mengenakan kemasan perak di shank.

Siri Dr Jeckyl & Mr Hyde pula menampilkan penggunaan kemasan / finishing rustik dan smooth pada kedua-dua belah briar. Terhad kepada dua shape sahaja, siri ini mula diperkenalkan pada tahun 2015 dan saya masih tidak pasti adakah ia akan kekal di dalam Peterson untuk keluaran-keluaran akan datang. Terkadang, perkara sebegini bergantung kepada sambutan  pemipa juga.

Kemudian keluar pula siri Drakula, sebuah siri yang menampilkan gaya smooth, sandblast dan ebony yang dilengkapi oleh stem acrylic merah yang sangat ikonik. Siri ini bermula pada 2012 untuk memperingati Bram Stroker yang menulis novel asal Dracula pada 1897. Siri ini dikatakan adalah juga limited edition dan datang dalam pelbagai bentuk-bentuk classic. Kemasan perak khusus dengan figura kelawar dan tulisan “dracula” melengkapkan siri yang juga agak popular ini.

River Collection, Irish Sea Collection, dan Castle Collection adalah koleksi edisi terhad yang bertemakan Irish - bersempena dengan sungai, laut dan istana di sekitar Ireland itu sendiri. Keluaran pipa-pipa ini adalah terhad kepada set masing-masing dan memaparkan penggunaan kemasan perak yang unik untuk setiap koleksi. River Collection contohnya, menampilkan lima bentuk "b-shapes" dan salah satunya, Liffey mengenakan bentuk straight billiard dengan bowl yang tinggi seperti sebuah "stack" dan sedikit "protruding" di bahagian bawah bowl, yang seakan memberi "hint" kepada bentuk brandy. Ia datang dengan saddle stem yang panjang.

Iceberg 1912 Collection pula dikeluarkan untuk memperingati pelayaran pergi-tak-kembali Titanic. Didatangkan dalam empat pipa dengan "b-shapes" iaitu Stern, Bow, Port dan Starboard. Ingin saya tambah di sini akan signifikannya bentuk Starboard ini, emulasi Dublin-Chimney yang dikatakan mampu memberi kualiti perpipaan yang "exceptional". Apa yang pasti, bentuk Starboard ini adalah sangat popular dikalangan peminat Peterson. Kemasan perak bertatah logo kapal menghiasi pipa-pipa dari siri ini.

Great Explorers Collection & Writers Collection pula menampilkan koleksi-koleksi pipa yang memberikan "homage" kepada penulis-penulis berbakat seperti Oscar Wilde, James Joyce, George Bernard Shaw dan William Butler Yeates. The Great Explorer series juga menampilkan empat pipa bersempena penjelajah South Pole terkemuka iaitu Robert Falcon Scott, Ernest Shackelton, Tom Crean dan Roald Amundsen. Kesemua pipa dari siri ini mengenakan kemasan perak yang khusus untuk siri masing-masing.

Seorang lagi penulis terkenal yang mendapat keistimewaan untuk diabadikan di siri Peterson adalah Mark Twain. Ini adalah kerana Mark Twain sendiri adalah pengguna Peterson (penemuan pipa Peterson milik Twain yang disimpan di muzium juga membantu menaikkan populariti Peterson secara amnya) jadi tidaklah menghairankan kenapa Peterson mendedikasikan siri ini sepenuhnya kepada penulis terkenal itu. Mengandungi dua pipa di dalam setnya, bentuk bent billiard adalah bentuk asal pipa Peterson yang digunakan Mark Twain dan sebuah poker yang memberi bayangan watak penulisan Twain, Huckleberry Finn yang selalu digambarkan menggunakan pipa corn cob.

Masih bermain dengan idola, Peterson mengeluarkan pula The Darwin Series. Siri ini menampilkan bentuk bent apple yang khusus dikeluarkan untuknya. Saiz yang dikhususkan juga adalah besar. Yang menariknya, siri ini datang dengan Peterson System, bukan pipa standard biasa.

Jangan pula mengatakan yang Peterson hanya mengabadikan idola-idola lelaki sahaja. Strategi pemasaran Tom Palmer adalah agak meluas dan dari sinilah Molly Malone Collection bermula. Molly Malone adalah lambang kekuatan dan usaha wanita-wanita Ireland, dimana dahulu mereka bekerja mengutip kerangan di sekitar pantai seharian dan berjualan pada malam harinya. Koleksi ini menampilkan dua bentuk pipa, bent brandy dan rhodesian yang mengenakan stem acrylic berwarna hijau muda keemasan, dilengkapi dengan cincin perak yang khusus.

Antique Collection menginspirasikan bentuk pipa awal keluaran Peterson, iaitu billiard yang pendek tetapi besar (stout dan chubby). Juga, kemasan perak dan Peterson P-Lip adalah standard untuk keluaran ini. Ebony and Ivory Collection pula adalah set pipa kembar yang terdiri dari satu pipa straight dengan finishing ebony dan satu pipa bent dengan bahan meerschaum.

Mungkin yang terakhir (atau mungkin masih ada yang saya tertinggal) adalah siri Around The World. Boleh dikatakan sebagai keluaran untuk peminat @ fan's issue, pipa Around The World semuanya mewakili beberapa negara tertentu dan ini boleh diidentifikasikan dengan logo ikon negara tersebut pada cincin nikel di shank pipa siri ini.


Siri Komemoratif.

Siri ini pula adalah berkisar kepada pipa-pipa yang dihasilkan secara khusus demi memperingati detik-detik tertentu (yang biasanya dikeluarkan secara sekali sahaja / one-off) atau meraikan sesuatu perayaan khusus (biasanya dikeluarkan sekali setiap tahun).

Antara siri komemoratif tahunan yang popular adalah Peterson Pipe of the Year (POY), dimana briar-briar terpilih sepanjang tahun disimpan untuk diabadikan sebagai POY ini, di dalam bentuk / shape yang unik (Peterson B-shapes - shape-shape yang di luar katalog) atau terkadang shape-shape biasa namun bertatah perak.

Peterson St. Patrick's Day juga adalah keluaran komemoratif yang bersempena dengan hari St. Patrick. Penggunaan warna hijau yang melambangkan daun shamrock dan sinonimnya dengan perayaan (?) memperingati hari kematian St. Patrick turut diterapkan ke atas pipa-pipa siri ini.

Dicipta khusus untuk pasaran US, Peterson 4th of July adalah satu siri yang bersifat "non-Irish", lengkap dengan kemasan perak di shank. Tiada pengkhususan bentuk mahupun warna dikenakan pada siri ini.

Peterson Christmas Pipes pula adalah keluaran tahunan yang bersempena dengan Hari Natal. Kemasan perak yang memiliki logo pokok krismas dan tulisan "Christmas Pipe" diikuti dengan tahun pada bowl pipa adalah unik untuk siri ini.

Satu lagi siri tahunan adalah siri Father's Day yang saya tidak pasti adakah ia masih lagi dikekalkan atau tidak. Siri ini mungkin juga bersifat seperti "gift set" yang ditujukan khas buat mereka yang mahu membeli hadiah kepada si bapa.

Bagi komemoratif bukan tahunan pula, ini adalah antara puncak kepada pengkoleksian pipa Peterson kerana keluaran komemoratif sebegini adalah terhad dan hanya dikeluarkan sekali sahaja. Biasanya ia akan berkait dengan sesuatu peristiwa yang juga hanya berlaku sekali sahaja.

Yang terbaru, adalah pipa Peterson 150th Anniversary Pipe atau lebih dikenali dengan jolokan "The Founder's Pipe". Mengenakan bentuk Oom Paul bersaiz XXL (lebih besar dari siri Sherlock Holmes & seakan saiz House Pipes), pengeluaran siri ini adalah terhad kepada 1865 unit sahaja, bersempena dengan tahun Peterson ditubuhkan. Lebih baik lagi, kemasan perak dengan emblem timbul "Peterson Thinking Man" adalah unik untuknya (dan saiz perak yang digunakan adalah besar) dan ia juga menampilkan penggunaan pahatan laser pertama untuk pahatan nomenclature.

Sedekad lalu, Peterson mengeluarkan juga pipa 140th Anniversary. Signifikasi tahun ke-140 adalah agak meragukan (siapa yang meraikan sesuatu pada tahun ke-140?) tetapi uniknya koleksi ini cepat mencapai "cult status" dan diburu kolektor-kolektor tegar Peterson. Ia juga mengabadikan pipa bentuk kegemaran Charles Peterson sendiri - sebuah bent billiard.

Satu lagi komemoratif penting adalah Peterson Millenium, keluaran khusus sebagai sambutan ulangtahun ke-1000 Bandar Dublin. Tidak mengejutkan yang pipa ini datang dalam bentuk Dublin, tetapi menariknya ia turut dikeluarkan di dalam bentuk Oom Paul, dan keduanya lengkap dengan cincin perak di shank.


Melihat kepada semua penawaran tadi, boleh dikatakan yang Peterson sememangnya mensasarkan produk mereka pada setiap lapisan kepenggunaan. Dari pipa set hadiah, entry-level, pipa harian, pipa unik untuk pengkoleksian hinggalah ke pipa kualiti atasan yang agak mahal harganya, Peterson nyata mampu memberikan lebih nilai kepada wang anda. Juga apa yang patut kita akui adalah tidak kira di level mana pun, Peterson masih terus menghasilkan pipa-pipa yang mampu memberikan kualiti perpipaan yang bagus dan memuaskan.

Tentunya, semua ini dapat dicapai dengan pengalaman 150 tahun mereka menghasilkan pipa dengan tradisi tersendiri, yang telah pun melakar sejarah yang unggul di dunia perpipaan.


pack 'em, light 'em, and blow smoke rings outta 'em!

Saturday 11 June 2016

"The Peterson Quartet" : Pipa Peterson - Siri & Pengkelasan (Classic, System dan Premium).

Melihat kepada penawaran pipa oleh Peterson, kita seakan-akan tenggelam di lautan. Pilihan yang ada adalah tidak terkira. Siri-siri yang ditawarkan adalah sangat banyak. Boleh dikatakan, pada mula berpipa saya hanya tahu Peterson Aran, Kapet, Kapmere, Donegal Rocky, K&P, Outdoor, siri Sherlock Holmes dan beberapa lagi.

Namun setelah diteliti, rupanya apa yang ada di Malaysia adalah hanya secebis dari apa yang ditawarkan oleh Peterson. Banyak lagi siri-siri lain yang tidak dibawa masuk ke sini. Difikirkan logiknya betul juga, kerana mana-mana tobacconist pun tidak akan mampu untuk memiliki pipa Peterson secara lengkap kerana ianya terlalu banyak!

Demi memahami (atau menyingkap sedikit) akan sebab musabab mengapa penawaran Peterson adalah seluas Selat St.George yang memisahkan negara itu dengan UK, kita haruslah memahami sejarah Peterson itu sendiri - di mana keluaran yang lepas telah pun kita bincangkan. Sejak mula lagi matlamat Kapp & Peterson adalah untuk menghasilkan pipa yang baik kepada segenap lapisan masyarakat. Pengeluaran pipa zaman itu adalah sentiasa bersifat "manufacturing" tetapi tidak mengabaikan faktor kualiti dan menitik-beratkan praktikaliti pipa sebagai alat untuk menikmati tembakau.

Dibandingkan Peterson zaman Kapp Bersaudara dengan Peterson di zaman Tom Palmer ini, prinsip pengeluaran pipa Peterson adalah lain. Tom mahu menghasilkan pipa gred-gred tinggi, kommemoratif, siri terhad / limited edition, siri istimewa dan lain-lain. Dan pada masa yang sama, tradisi masih mahu diselitkan dan pipa gred-gred biasa masih dikekalkan, ditambah dengan pembaharuan saban tahun.


Classic Range.

Dari blog penggiat Peterson Jim Lilley, dapat saya sertakan senarai siri-siri Classic Range keluaran Peterson secara alphabetical order: Aran, Captain Pete, Cara, Castle, Claddagh, Cork, Dalkey, Donegal Rocky, Dublin, Dunmore, Elegant, Emerald, Fermoy, Galway, Harp, Irish Made Army, Irish Whiskey, Kapet, Kapmeer, Kapp Royal, K Briar, Kenmare, Kildare, Killarney, Kinsale, Limerick, Rock of Cashel, Rosslare, Racing Green, Samhain, Shamrock, Shannon, Silver Mounted Army, Slimline, Tara, Trinity dan Tyrone.

Di dalam Classic Range ini, hanya beberapa siri yang boleh didapati di Malaysia seperti Aran, Donegal Rocky, Harp (hanya satu pernah saya lihat tempohari), Kildare, Killarney, Shannon, Slimline dan mungkin sebilang-dua lagi.


Premium Range.


Celtic, Grafton, Flame Grain, Straight Grain, Royal Irish dan Rosslare Royal Irish adalah antara siri premium dari Peterson - terdapat beberapa pipa siri terbabit yang saya pernah tilik dengan teliti (Celtic dan Straight Grain) yang menunjukkan penggunaan briar-briar bergrain baik, bebas "fill" /  tampalan dan juga "sandpits". Pemilihan briar untuk siri-siri ini terutamanya Straight Grain adalah sangat ketat, dikatakan hanya beberapa buah pipa Straight Grain sahaja yang dikeluarkan saban tahun. Biasanya siri-siri premium gred sebegini datang dengan stem-stem yang diolah cantik, finishing yang sangat elegan dan wajib dihias dengan kemasan perak atau emas yang unik.

Plato, siri Freehand dari Peterson juga tergolong dalam kategori ini, dan seperti yang kita maklum pengeluarannya juga adalah sangat terhad. Setakat ini saya belum pernah melihat secara live lagi akan siri Plato ini, semestinya ia hanya terdapat di tobacconist-tobacconist berstatus butik, dengan pengeluarannya yang tidak banyak.


System Pipes.


Peterson System juga adalah satu siri yang unik, kerana ia menampilkan sistem penyejukan dan takungan air yang telah dipatenkan sejak seabad lalu. Bermula dari Standard, Premier, Deluxe hinggalah ke Darwin, Mark Twain dan juga mencakupi satu keluaran unik Peterson iaitu House Pipes - pipa berskala besar (XL dan XXL) yang sangat "meaty", sedap dipegang dan tentunya dibuat dari briar yang sangat terpilih - dek kerana sukarnya untuk mendapatkan briar bersaiz besar yang sempurna.


Penggunaan Perak dan Emas.

Semestinya salah satu kelebihan Peterson adalah aksentuasi dan penggunaan kemasan perak dan emasnya. Tidak melampau untuk saya katakan yang Peterson adalah jenama pipa yang paling banyak menggunakan perak untuk aksentuasi-aksentuasi yang secara umumnya sangat berkesan. Ini dapat kita lihat hadir pada siri-siri premium mahupun yang semi-premium mereka.

Antara siri yang menggunakan bahan perak dan terkadang emas ini adalah Supreme Gold / Silver Mounted, Spigot, Silver Cap / Lids, dan Deluxe Silver Mounted.

Supreme Gold & Silver Mounted adalah siri yang paling premium dalam kelas ini, menggunakan briar terbaik dan selalunya bergrain lurus atau flame, ia bukan senang dilihat dek kerana pengeluaran yang agak terhad. Demi menampilkan grain yang baik tadi, finishing yang selalu digunakan adalah "clear" yakni cerah. Spigot pula adalah siri pipa-pipa yang memiliki saduran perak atau emas pada bahagian hujung stem dan juga pada bahagian permulaan shank. Ia sentiasa memiliki military stem dan hujung stem itu semestinya adalah menirus.

Siri Silver Caps / Lids pula menampilkan penggunaan perak / emas pada kadar yang paling banyak - ia digunakan pada penutup bowl dan kebiasaannya agak tebal dan memiliki engsel yang menyambungkan penutup tadi kepada bowl briar. Penataan hallmark perak tadi biasanya terdapat di penutup perak tersebut. Saya kurang pasti akan keperluan penutup ini kepada kita (kecuali anda suka berpipa di kawasan yang berangin atau anda DGT-lover yang mementingkan kebersihan dan tidak mahu kelkatu atau lain-lain unggas masuk ke dalam bowl pipa anda apabila ia ditinggalkan semalaman. Deluxe Silver Mounted pula adalah jenis military bit biasa dan turut mendapat hallmark di bahagian perak terbabit.


Speciality Pipes

Pipa-pipa dari siri ini pula menampilkan bentuk-bentuk yang istimewa - lain dari Classic Range dan dek kerana ia tidak dikeluarkan secara banyak seperti bentuk-bentuk lain di dalam Classic Range, ia adalah agak terhad dan menjadi buruan kolektor juga. Mungkin ia lebih sesuai diklasifikasikan sebagai bentuk (berbanding siri), tetapi Speciality Pipes ini tidak pula dimasukkan ke dalam siri-siri lain, jadi agak sesuai juga ia diasingkan demi pengecaman yang mudah.

Tankard dan Barrel memiliki bentuk asas shape poker, dimana tankard bagi saya adalah poker kepada Peterson, manakala Barrel pula adalah poker dengan bahagian atas dan bawah sedikit menirus (seperti tong barrel oak). Secara jujur tidak pernah pula saya temui kedua-dua ini dijual di Malaysia, kecuali do you pasaran estate.

Belgique pula adalah berbentuk seperti billiard kecil dengan bowl yang sedikit terkedepan, dan memiliki stem yang seperti saddle bit yang panjang. Calabash pula adalah saudara dekat yang bent seperti bentuk calabash dan memiliki bowl a-la dublin. Kemungkinan besar keduanya ada di sini, kerana saya pernah melihat Calabash satu ketika dulu. Churchwarden pula adalah satu siri speciality yang agak unik, dengan stem panjang dan bentuk yang tidak asing lagi bagi kita. Juga, hanya ditemukan di sini secara estate, jadi keberadaan bentuk ini di pasaran pipa kita masih menjadi tanda tanya.

Jauh dari selesai, masih terdapat lagi kepelbagaian siri lain yang ditawarkan oleh Peterson kepada peminat-peminat pipa mereka. Apa yang belum kita bincangkan adalah siri-siri kommemoratif yang dikeluarkan istimewa dan siri-siri "Collection" yang ditawarkan di dalam bentuk set - tetapi biasanya dijual secara berasingan oleh tobacconist-tobacconist kerana sukar untuk mencari pemipa yang mahukan satu set secara langsung. Ini semua, akan kita bincangkan pula pada minggu depan.

Sesungguhnya kita masih berada di tengah-tengah lautan tawaran Peterson yang sangat luas...

Monday 6 June 2016

"The Peterson Quartet" : Pipa Peterson - Sejarah dan Inovasi dari Dublin.


Umumnya pemipa sedunia semua tahu dan kenal akan nama Peterson. Pipemaker dari Ireland ini telah pun berada di dalam industri perpipaan sejak dari 1865 lagi. Dengan lebih 150 tahun menyeluk pekasam di dalam bidang pembuatan pipa dan tembakau pipa, tentunya peranan Peterson di dalam dunia perpipaan adalah sangat signifikan.

Yang menariknya, walaupun tradisi Irish dijulang dan penggunaan nama-nama bersignifikasi Celts diaplikasikan secara menyeluruh di segenap sudut produk mereka, pengasas Peterson bukanlah orang tempatan. Kapp bersaudara adalah dua warganegara German yang merantau dari Bavaria ke Ireland, dan disana mereka menjalankan kerja-kerja mengukir pipa di samping membuka kedai pipa mereka sendiri di Grafton Street, Dublin sejak 1865.

Tidak lama kemudian mereka mengambil seorang warga Latvia bernama Charles Peterson, yang juga seorang pipemaker berbakat, sebagai salah seorang pekerja mereka, khusus untuk mengambil pesanan-pesanan "high end" dari luar negeri - berpipa adalah sangat popular pada ketika itu, dimana Kapp bersaudara sendiri pun tidak menang tangan dengan pesanan-pesanan yang diterima mereka. Ternyata, gabungan bakat luar biasa Charles Peterson dalam pembuatan pipa dan lingkungan pemasaran Kapp bersaudara menghasilkan banyak inovasi-ininovasi yang inovatif dan menarik, yang bakal mewarnakan dunia perpipaan sejagat.

Boleh dikatakan yang syarikat Kapp bersaudara pada ketika itu adalah satu syarikat pembuatan pipa yang agresif sehingga ia bukan sahaja mendapat pesanan luar negara dengan kerap, malahan turut mampu untuk mendapatkan kontrak membekalkan pipa kepada tentera British. Ini adalah satu pencapaian yang sangat bermakna, dimana Kapp bersaudara seterusnya dapat mara untuk menjadi sebuah firma perpipaan yang agak berjaya dan didaftarkan sebagai syarikat sendirian berhad. Ini membuka peluang kepada Charles Peterson yang juga amat meminati aspek perniagaan di dalam pembuatan pipa ini untuk membeli saham syarikat secara sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan, beliau berjaya mengumpul saham-saham syarikat sehingga cukup untuk dirinya menjadi salah seorang pemilik syarikat secara sah, hinggalah akhirnya nama syarikat pun ditukarkan kepada "Kapp & Peterson".

Seperti yang dikatakan di atas tadi, tidak lama selepas Charles bergabung tenaga dengan mereka, inovasi mula mendapat tempat dalam firma pipa ini. Maka dengan itu terciptalah Peterson System Pipes, satu sistem kawalan lembapan dan penyejukan pipa ciptaan mereka yang dipatenkan pada 1891. Tidak lama kemudian, "P-Lip" pula dicipta dan turut dipatenkan - satu sistem stem yang mengelakkan dilema "toungebite" yang sering menghantui pemipa-pemipa dengan menghalakan asap sedutan pipa ke arah atas / ke palate dan menjauhi sedutan tepat ke lidah.

Dari sini jugalah muncul desas-desus kontroversi mengenai "military mount" - penggunaan salutan material seperti perak atau nikel (terkadang emas) di bahagian pembukaan shank yang membolehkan stem dicabut ketika pipa masih panas tanpa membahayakan sambungan tenon dan mortise. Peterson dikatakan adalah syarikat yang bertanggungjawab mempopularkan kemasan stem-shank ini, hasil dari idea askar-askar di medan perang yang membaiki pipa mereka dengan kelongsong peluru dek kerana kekurangan bahan di zon-zon peperangan. Namun, ia tidak pula dipatenkan oleh Peterson, jadi mengambil kira akan kecenderungan Peterson untuk mematenkan ciptaan-ciptaan mereka pada ketika itu, ada kemungkinan yang perihal penciptaan military mount ini hanyalah mitos sahaja. Namun, dari sejarah dan katalog-katalog lama boleh dikatakan yang Peterson agak kerap dalam mengeluarkan "military mount" ini.

Peterson pada awal ini masih lagi tidak mengeluarkan siri-siri khusus (akan kita bincangkan variasi siri-siri keluaran Peterson di artikel lain kelak) jadi pilihan yang ada masih bersifat umum dan "mass market", membuatkan ianya senang diterima oleh segenap lapisan masyarakat pada waktu itu. Cuma terdapat beberapa pengeluaran pipa-pipa dari bahan clay, morta dan cherrywood pada sekitar perang dunia ke-2 dek kerana kurangnya bahan kayu briar pada ketika itu.

Sejak kematian keluarga asal pada awal 70an, Peterson telah melalui beberapa pertukaran pemilik dan mengharungi zaman-zaman yang tidak begitu produktif. Namun semua ini berubah pada tahun 1992, dimana firma itu dibeli oleh Tom Palmer, seorang akauntan dan juga pemipa yang sangat meminati dunia perpipaan. Pendekatan Tom adalah lebih kepada diversifikasi dan kepelbagaian penawaran untuk dunia perpipaan yang lebih mencabar, dek kerana pemipa zaman ini lebih kompleks, lebih berpengetahuan dan sangat peka pada harga dan kualiti. Jadi keseimbangan antara praktikaliti, kualiti dan fungsi, ditambah sedikit "rencah" yakni seni pembuatan dan element Celts (yang terdapat pada nama-nama siri seperti Rosslare, Killarney, Rock of Cashel, Galway, Aran, Kildare, Kapmeer, Tyrone dan lain-lain) adalah matlamat Tom dan hala tuju yang segar buat Peterson.

Tom juga telah menambah beberapa perkara baru saban tahun seperti siri Pipe of the Year, siri St. Patrick's Day, Siri Fisherman dan beberapa kreasi blend baru seperti koleksi-koleksi blend St. Patrick, Peterson Special Reserve, Peterson Summertime, Balkan Delights dan lain-lain. Beliau percaya yang pipa adalah sejenis produk konsumer yang mahukan pembaharuan dan pengkoleksian dari semasa ke semasa.

Kerana itulah kita dapat melihat yang produk Peterson, sama ada pipa atau tembakau, berdiri di setiap tahap perbelanjaan konsumer - dari siri yang mampu-milik, pertengahan, hinggalah ke edisi terhad dengan harga premium. Jadi semua pemipa boleh memiliki pipa Peterson sekiranya mereka mahu, dan pemipa veteran yang masih menyimpan nilai sentimen pipa Peterson terdahulu juga masih mampu untuk menikmati acuan yang serupa - jika tidak pada bentuk, mungkin pada tradisi penghasilannya.

Kini, melalui proses pemasaran dan pengagihan yang meluas dan pembuatan pipa yang mencakupi segenap lapisan minat dan kemampuan perbelanjaan pemipa, jenama pipa Irish yang berpusat di Sallynoggin ini boleh berbangga dengan kehadiran produk-produk mereka di seluruh pelusuk dunia. Dikatakan, Peterson menguasai 15% dari jualan pipa sedunia dan itu bukanlah satu peratusan yang kecil.