Saturday 2 May 2015

ALIRAN UDARA PIPA

Setiap instrument yang melakukan pembakaran seharusnya memiliki aliran udara yang baik. Benda sebegini, kita semua pun belajar di dalam fizik form 4 dulu. Oleh kerana pembakaran melibatkan oksigen, maka logik lah aliran udara itu sangat penting.

Namun kompleksnya perpipaan ini, lubang airhole yang besar tak semestinya bermakna aliran udara pipa tu bagus dan baik. Banyak lagi faktor yang perlu dilihat seperti sudut lubang draught hole, saiz / diameter lubang shanks atau chamber dan sebagainya. Ini lah cabang-cabang kejuruteraan pipa yang sepatutnya menjadi asas kepada seseorang pipemakers, untuknya berkarya dan menghasilkan pipa-pipa yang berkualiti tinggi.

Sebagai pemipa konsumer, kita tidak perlu lah mengetahui secara terperinci mengenai dimensi-dimensi kejuruteraan pipa tersebut. Cukup dengan mengamalkan beberapa petua, kita mampu menikmati pipa walaupun pipa kita tidak memiliki kadar optimum untuk aliran udara yang sesuai. Seperti yang kita tahu, pipe cleaner test sebelum membeli pipa sebenarnya dapat membantu kita memilih pipa yang tidak memiliki halangan di dalam lubang aliran udaranya. Ini adalah sangat basic dan perlu diamalkan.

Jika dibenarkan (selalunya tidak dibenarkan oleh tobacconists atas dasar kesucian pipa & hygiene), anda juga sepatutnya mencuba menyedut pipa baru (kosong / tanpa baccy di dalamnya) untuk mendengar jika ada bunyi yang akan terhasil. Bunyi yang terhasil menandakan ada turbulence atau kecelaruan arah angin di dalam ruang aliran udara pipa tersebut, dimana kelak ia akan mengundang kepada gurgling dan hot smokes. Pipa yang baik tidak sepatutnya menghasilkan bunyi bila disedut.

Begitu juga halnya dengan kepentingan membersihkan aliran udara ini setiap kali berpipa. Deposit tar dan minyak akan berada di dalam lubang shanks pipa anda setiap kali sesi perpipaan anda tamat. Terkadang, apabila anda "hisap basah" atau gurgling, saliva anda pun turut sama di dalam. Membersihkan deposit ini adalah penting kerana jika dibiarkan lama ianya akan mengeras dan lambat laun meminimakan lubang shanks yang sedia ada.

Cara kita packing baccy juga sangat penting. Baccy yang dipack terlalu ketat akan menyebabkan kita menghisap secara kuat, lantas mencipta turbulence di dalam shanks dan ini secara tak langsung menjemput tongue bite. Baccy yang dipack secara sangat loose pula akan menyebabkan kita lose control of the puffing dan api ember bara di dalam bowl akan senang terpadam. Secara amnya, saya mengesyorkan supaya kita test dulu sedutan selepas packing, dan hendaklah kita rasa daya sedutan itu seperti resistance ketika menyedut air dari straw. Bila saya puas hati dengan tahap ini, barulah api dicucuh ke baccy.

Sebenarnya open airdraw sesuatu pipa dapat membantu kita meningkatkan kualiti perpipaan. Namun begitu kebanyakan pipa di pasaran selalunya memiliki airdraw yang sangat sempit. Ini adalah suatu kaedah pembuatan pipa yang memang diamalkan dari dulu tanpa sebab yang dapat dipastikan asal usulnya. Tetapi mujurlah kebelakangan ini terdapat banyak artisan yang mengetahui tentang kebaikan aliran udara yang cukup, dan membuat pipa-pipa mereka dengan open airdraw.

Aliran udara pipa yang baik dapat membekalkan oksigen yang cukup untuk membantu pengekalan pembakaran baccy di dalam bowl, dan pada masa yang sama membantu pipesters menyedut dengan kadar yang relax dan perlahan. Aliran udara yang sebegini mampu menolong amber baccy anda bertahan lebih lama. Bayangkan anda menyedut baccy di dalam pipa yang memiliki aliran udara sebegini, kemudian meletakkan pipa anda seminit dua untuk ke dapur mengambil kopi dan bila anda kembali dan mencapai pipa tersebut lantas menyedutnya, baccy anda masih berbara dan kepulan asap masih dapat dihasilkan! 

Itu lah kenikmatan berpipa yang unggul, hasil dari aliran udara pipa yang baik.