Saturday 15 April 2017

My Lady Nicotine – Satu Pengagungan Tobakiana di Era Victorian (Bahagian I)

Pada tahun 1890, satu karya literasi telah diterbitkan oleh seorang penulis Scotland J.M. Barrie. Bertajuk “My Lady Nicotine”, ia adalah epitom kepada dunia tobakiana dan perpipaan secara khususnya. Tidak lama kemudian J.M. Barrie menerbitkan satu lagi karya yang menampilkan watak yang sangat popular iaitu Peter Pan dan dengan kejayaan terbabit, My Lady Nicotine mulai dipandang sepi…tetapi tidak bagi kita pemipa!
My Lady Nicotine berasal dari rentetan esei untuk majalah keluaran pada ketika itu – St James’s Gazette – dan hasilnya kemudian dibukukan. Ia mula ditulis pada ketika J.M. Barrie di lewat 20-an, dan hasil penulisan ini adalah bersifat agak jujur kerana J.M. Barrie sendiri adalah pengguna tembakau dan pemipa yang tegar dan melalui literasi ini beliau secara sangat bersahaja tetapi penuh penjiwaan menzahirkan pandangan dan penceritaanya terhadap dunia tobakiana dan perpipaan.
Penulisan awal dari J.M. Barrie ini turut dijadikan perbandingan dengan beberapa karya hebat dunia pertembakauan seperti siri Sherlock Holmes dari penulis terkenal Sir Arthur Conan Doyle. Malah, boleh dikatakan yang J.M. Barrie sebenarnya melangkau lebih jauh dari rakan baiknya Arthur Conan Doyle, dimana beliau telah pun menghasilkan satu karya yang sememangnya berteraskan dunia tembakau, perpipaan dan percerutan dengan My Lady Nicotine.
Mengapa Sherlock Holmes lebih dikenali sebagai karya agung dunia perpipaan mungkin berkait rapat dengan popularitinya yang lebih jauh dikenali berbanding My Lady Nicotine. Padahal, karya terkenal Sir Arthur Conan Doyle (yang sememangnya adalah kawan baik kepada J.M. Barrie) hanya menampilkan dunia tembakau secara selingan, dimana penggunaan tembakau pipa Holmes, Dr Watson dan watak-watak lain disekitarnya hanya diselitkan di dalam siri fiksyen terkenal itu. Akan tetapi My Lady Nicotine menampilkan dunia tembakau dan pipa secara sangat khusus dan terperinci, menjadikannya sebagai subjek teras kepada literasi berkenaan.
Sudah tentu anda tahu yang antara keagungan yang disebut-sebut di dalam karya ini adalah blend Arcadia. Blend asal yang menjadi referensi dikatakan adalah Craven’s Mixture – dan berdasarkan fakta dari blendernya Carreras Tobacco Company, J.M. Barrie sendiri adalah penggemar setia Craven Mixture dan hanya menggunakan blend tersebut secara eksklusif; jadi boleh dikatakan penulisannya dan referensinya kepada “Arcadia Mixture” adalah mengenai blend Craven Mixture ini.
Lonjakan dari literasi inilah juga yang menyebabkan Craven Mixture sangat popular dan keluarannya selepas penerbitan My Lady Nicotine menyaksikan tin Craven Mixture turut menyertakan sedikit “quote” dari karya terbabit. Mungkin, J.M. Barrie mendapat royalti yang baik dari syarikat ini, atau mungkin juga beliau mendapat bekalan percuma Craven Mixture di sepanjang hayatnya, tidak lah kita ketahui namun ia sememangnya adalah satu akreditasi yang tinggi bagi sesebuah blend untuk mendapat tempat di dalam satu penulisan yang hebat.


Tetapi apa yang lebih nyata adalah disepanjang pertengahan abad ke 20 hinggalah sekarang, banyak rejuvenasi blend yang mahu menggondong “accolade” Arcadia ciptaan J.M. Barrie ini, dan tiada satu pun yang setanding dengan fiksyennya. Pendapat peribadi saya mungkin cenderung kepada McClelland 221B Arcadia tetapi mungkin masih ada peluang untuk lain-lain pengeluar blend / blender tembakau untuk menzahirkan Arcadia dengan lebih baik dan lebih jitu.

Apa yang lebih menarik adalah referensi silang di antara kedua penulis ini tentang Arcadia Mixture – yang hadir pada kedua-dua karya agung dua sahabat ini (Sherlock Holmes dan My Lady Nicotine). Ini membuktikan yang Arthur Conan Doyle dan Barrie adalah sahabat yang sangat akrab, dan mungkin juga salah satu teman watak utama di dalam My Lady Nicotine juga menggambarkan Arthur Conan Doyle sendiri? Atau adakah watak Dr. Watson di dalam Siri Sherlock Holmes menggambarkan Barrie sendiri? 
Hal ini adalah amat menarik untuk dikaji, terutamanya kepada peminat dan pelajar “literature”.



…bersambung di bahagian II minggu hadapan ; yang menampilkan beberapa konteks lagi seperti anekdotal perpipaan zaman Victorian, sinister dan satira kemasyarakatan terhadap dunia tobakiana zaman itu, semangat setiakawan atas perpipaan dan sesuatu yang agak sama dengan temu-pipa / pipemeets seperti yang kita alami sekarang.
Jumpa di bahagian II minggu hadapan!


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Saturday 8 April 2017

Anekdot Perpipaan #7 – days of the lord…

Semenjak-dua ini teringat pula saya kepada betapa naifnya permulaan saya sebagai seorang pemipa. Tertarik kepada dunia baru menikmati tembakau yang lain dari rokok. Berpipa tidaklah “trendy” awal dekad ini, tetapi mistik tembakau di dalam tin dan membuka komponen-komponen pipa satu persatu di atas meja cafe sambil mempamirkan wajah “I know what I’m doing” adalah satu tarikan awal ke dunia perpipaan.
Mungkin saya tidaklah keseorangan. Mungkin kebanyakan kita juga sama. Kita beli sebatang pipa dan merasakan itulah pipa kita selamanya. Through the thick and thin. Tetapi tidak lama kemudian kita terus membeli dan membeli. Mungkin sekarang tidak lagi serancak dahulu tetapi ada peluang dan ada jenis yang berkenan, wang akan melayang. 
Juga timbunan tin-tin tembakau itu – idea asalnya adalah mencari satu blend yang “abadi”, yang kita boleh stock lima atau sepuluh tin dan kekal begitu. Namun, jangan harap lah. Blend-blend baru muncul bak cendawan di batang pohon getah selepas hujan renyai. Galak. Senantiasa menarik. Senantiasa kompleks. Anda tidak memerlukan gambar model-model berbikini di tepi kolam renang terpampang diatas tin tembakau untuk memastikan blend anda terjual.
Apa yang selalu saya fikirkan di sini adalah, adakah semua ini akan terhenti? Akan adakah satu senggat yang menanda aras kepada terhentinya pembelian pipa-pipa? Adakah di pipa yang ke-50? Atau sehingga kita dapat pipa Peter Heeschen “P”? Jiwa kita merintih bertanyakan bilakah kita akan berhenti, bak rintihan Ian Curtis di dalam lagu yang paling “dark” dari Joy Division – Days of The Lord – “when will it end…when will it end?”.
Jawapannya kita sendiri pun tidak akan tahu, kerana kita akan sentiasa mencipta alasan untuk memiliki sesuatu yang kita senantiasa mahukan. Sama sepertimana saya pernah membayangkan yang pipa Savinelli Leonardo Il Cavallo ini adalah pipa terakhir yang saya beli (saya tukarkan Karl Erik Bent Egg untuknya, so it better be good – and thank god it was more than good otherwise saya tangisi Karl Erik piece yang cantik itu – apatah lagi mengenangkan akan posisi pipa Karl Erik yang semakin diburu kolektor terutamanya setelah beliau meninggal).
Sama juga ketika saya overstocking McClelland 221b Arcadia dan bercadang untuk menjadikannya satu-satunya blend yang saya akan nikmati – memang ia adalah blend yang saya konsum paling banyak saban tahun, namun di mana kita mahu sorokkan keinginan terhadap Old Dublin, Red Rapparee, Old Gowrie, Sillem Black, gugusan Frog Morton dan lain-lain?
You see now, saya mencipta alasan sendiri. Inilah manusia. God gives and gives and forgives. Man gets and gets and then forgets. Begitulah. That is how human works. And I simply trying my best to be one who don’t forgets too much.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Sunday 2 April 2017

McClelland 221B Series – Arcadia

Siri terakhir yang saya keutarakan dalam rentetan McClelland 221B ini adalah Arcadia. Ia merupakan keluaran kedua selepas Black Shag dan sebelum Honeydew. Selepas blend pertama yang menampilkan “stoved virginia”, kita dihadiahkan pula dengan blend berteraskan oriental ini, sebelum siri ini ditutup dengan blend yang diproses a-la “honeydew”.
Mengikut fiksyen Sherlock Holmes, Arcadia adalah blend kegemaran Dr Watson, sekutu rapat detektif itu. Bukan sahaja di dalam karya Sherlock Holmes, Arcadia juga mendapat tempat di hati J.M. Barrie yang mengagung-agungkan blend tersebut di dalam My Lady Nicotine. Setelah nama blend ini mendapat tempat di dalam kedua-dua “literature” tersebut, tentunya ia adalah satu cabaran yang besar buat McClelland dalam menghasilkan sesuatu yang cuba untuk menyamai blend asal – lebih-lebih lagi dengan “hype” Arcadia yang dikatakan mampu membuatkan pemipa yang sangat kritikal dengan tembakau pun terdiam ketika menikmatinya. Hmm…
Dari segi komposisinya, Arcadia adalah sebuah blend oriental, dimana ia menggabungkan tembakau asas virginia dengan adunan tembakau oriental atau juga dinamakan “Turkish” (apabila daunan oriental tidak dapat dikelaskan, begitu lah jadinya). Dan satu perkara yang saya suka dengan McClelland adalah kecenderungan mereka untuk menghasilkan blend-blend oriental yang “proper” – bermakna ia bebas dari latakia. Sememangnya latakia tidak hadir di dalam komposisi blend ini, satu peluang kepada peminat oriental untuk menikmati blend “straight” tanpa gangguan.

Bau pes tomato pekat yang menyelerakan menjemput hidung apabila tin Arcadia dibuka. Ini adalah tipikal dengan McClelland – ramai pemipa yang mengadu tentang hal ini khususnya untuk blend-blend McClelland yang berkategori “straight VA”. Disebalik segala cemuhan itu, saya sebenarnya agak menyenangi bau pes tomato sebegini dan tidak mendapati yang ianya adalah terlalu “overwhelming”. Juga, berdasarkan fakta yang McClelland sememangnya terkenal dengan pengkhususan mereka di dalam blend-blend virginia, berkemungkinan besar yang proses pemeraman virginia McClelland sendiri yang menghasilkan bau pes tomato sebegini.
Sebaliknya, yang agak menghairankan saya adalah tiada bau tengik dan “swampy” yang selalunya menjadi pembayang kepada blend-blend oriental – mungkin agak “overwhelmed” dengan virginia tadi dan usahlah anda risau kerana menjelang beberapa minggu kelak bau pes tomato itu akan hilang dan bau identik oriental akan secara tidak langsung mengambil alih.

Arcadia datang di dalam bentuk ribbon cut yang agak halus. Oleh itu anda boleh terus “packing” dan menyalakan Arcadia sebaik sahaja tin anda dibuka. Namun perkara yang tidak baik tentang potongan ribbon halus sebegini adalah ia akan menjadi sedikit kering apabila tin anda berusia 4 ke 6 bulan selepas anda membukanya. Walau bagaimana pun, Arcadia akan kekal di dalam kondisi flavor yang baik meskipun ia agak kering jadi hal itu bukanlah satu masalah yang besar. Menyimpan Arcadia di dalam balang kaca yang kedap dapat menyimpan lembapan blend dengan lebih lama berbanding membiarkannya di dalam tin asal.
Flavor yang boleh didapati dari Arcadia adalah sangat menakjubkan. Saya secara kerap mendapati yang persembahan oriental Arcadia adalah sangat baik, dengan nota-nota prun masam, kemasinan dari kepingan salami, sedikit “smokiness” dari BBQ, tomato kering dan kemanisan virginia yang lazat. Ia juga agak beraroma, walaupun tidak memiliki komponen latakia di dalamnya. Helaan asapnya adalah mengasyikkan dan “retrohale” juga memberikan flavor “earthy” yang baik di rongga nasal. Kadar pembakaran Arcadia adalah sangat baik; baccy dengan tin yang baru dibuka mungkin memerlukan beberapa “relights” namun bagi yang telah dibuka beberapa bulan, sesi perpipaan dengan sekali nyalaan adalah logik.
Sepertimana dengan blend-blend lain, pemekatan rasa dan flavor akan hadir apabila sesi perpipaan sampai ke pertengahan bowl dan ke atas. Aroma oriental Arcadia akan sedikit berkurangan dan pada ketika inilah penggunaan tembakau virginia yang baik membantu dalam persembahan blend. Intensiti flavor blend juga meningkat – kesepaduan flavor “swampy”, “smoky” dan kemasinan a-la salami itu mencapai keseimbangan yang baik di takuk ini. Namun kekuatan blend masih tidak melonjak sebegitu jauh dan bersifat agak sederhana.

Sayangnya, sepertimana kebanyakan blend oriental, anda tidak akan mendapat nikotin pada kadar yang banyak dengan Arcadia. Ia juga bersifat agak sederhana dari segi kekuatan rasa tembakaunya. Ini memberikannya satu ruang yang baik sebagai tembakau pembuka selera, atau sesuatu yang anda mahukan untuk menemani hidangan teh petang bersama sepotong kek atau scones. Boleh dikatakan yang Arcadia adalah sebuah blend oriental yang agak santai dan “potent” pada masa yang sama – tidak sesantai Frog Morton On The Town dan juga tidak se”potent” Balkan Sasieni. Just nice.
Apa yang menyebabkan saya selalu kembali menghadap Arcadia setelah lima ke enam bowl blend-blend lain adalah kerana satu faktor – kepaduan flavor orientalnya yang sangat beraroma dan tulen. Asas virginia yang baik, kemasinan yang memuaskan kehendak “savoury” palate kita dan “smokiness” yang tidak terlalu kuat, ia adalah satu blend yang sangat konsisten. Sebab itulah anda boleh senantiasa mengharapkan yang terbaik dari McClelland 221B Arcadia.
Dan atas sebab itu juga, ia jarang sekali meninggalkan beg pipa saya, kemana saya pergi.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!