Sunday 10 January 2016

Top 5 "Desert Island" Baccy di Dunia Fana 2015.

Baru 10 hari berlabuh di 2016. Tirai 2015 ditutup dengan jayanya. Segala pencapaian, keluh-kesah dan anekdot-anekdot telah pun dikupas di dalam "recap" tempohari. Wajarlah kita melihat kepada 2015 sebagai titik pembelajaran yang berguna untuk menempuh hari-hari mendatang, kerana begitulah sifat pemipa budiman;.muda, tua, separuh umur, setahun jagung mahupun setengah abad, pembelajaran tidak pernah akan terhenti.

Sambil kita melihat kembali pada 2015 itu, semestinya banyak baccy-baccy baru dari pelbagai "genre" yang singgah di rak tobacconist-tobacconist tempatan, di mana kemudiannya dibakar di dalam bowl kita dan singgah pula di palate para pemipa. Juga bermacam-macam jenis persembahan diberikan; dari pembungkusan standard tin bulat atau bersegi empat, kotak kayu (Ilsted Own), pek plastik lipat (Peterson dan RAW) dan juga botol jar (Briarworks).

Perkara paling pokok, tentunya bermacam-macam flavor dan rasa yang telah kita kecapi. Ada yang manis, pahit, spicy dan creamy semuanya diredahi. Ada yang sudah pun menjadi baccy harian kita ("go-to" baccy) dan tidak kurang juga ada yang menghairankan kita (tin mungkin cantik namun baccy hambar dan menghampakan).

Bagi saya, itu semua adalah lumrah citra rasa pemipa. Tentunya dengan pertambahan seleksi baccy akan ada yang bersinar dan juga akan ada yang hambar. Juga, faktor citra rasa sendiri ini menyebabkan ada baccy yang anda suka tetapi dibenci oleh rakan pemipa lain. Tiada ultimatum di dalam hal ini jadi tepuk dada tanyalah selera anda sendiri.

Mengambil kira akan faktor itu lah, seleksi Top 5 "Desert Island" Baccy ini lahir dan semestinya penyenaraian ini adalah dari aruhan palate saya sendiri. Mungkin banyak lagi baccy-baccy yang lebih baik yang tidak tersenarai di sini. Sejajar dengan namanya, jika anda terdampar di "desert island" tentunya anda tidak membawa bersama koleksi cellar anda, bukan?

Jadi, nikmatilah sedikit penjelasan blend-blend terpilih ini secara santai, dan jika anda masih memiliki blend-blend yang tertera di bawah, saya mengesyorkan anda menyalakannya sambil membaca sebagai tanda penghargaan kita kepada daunan bangsawan pemacu kehidupan nan budiman ini.


Baccy ke-lima: PETERSON "Balkan Delight".

Walaupun bukanlah Balkan blend "proper" dek kerana tiada daunan oriental di dalamnya, blend ini mampu memberikan anda "delight" terutamanya pada waktu petang hari dan awal malam. Adunan virginia disulami perique memberikan rasa "sweet" dan "spicy" yang baik ala Irish Oak, dan ia ditambah pula dengan latakia untuk menghasilkan suatu English blend berskala sederhana-berat yang menyelesakan dan agak santai. Sederhana rendah hentaman nikotinnya. Saat paling baik untuk menikmatinya adalah sewaktu minum petang, dipasangkan dengan teh o panas Ceylon bersama biskut lemak yang dicicah. Sememangnya "delight" walaupun tiada pembayang Balkannya!


Baccy ke-empat: DREW ESTATE "Gatsby Luxury Flake".

Tahun 2015 kita dihidangkan dengan seleksi dari Drew Estate, dan walaupun "Meat Pie" lebih popular, saya agak tertarik dengan kualiti dan persembahan "Gatsby". Sejajar dengan genre "VA/Cavendish" yang memfokuskan dua jenis tembakau ini, kehebatan keduanya dizahirkan melalui sulaman yang hebat; ketajaman "bright leaves" dari virginia di"downplay"kan oleh cavendish dan kadar kemanisan dan sedikit kemasaman cavendish juga dijinakkan oleh virginia. Hasilnya, sebuah blend yang sederhana berat dengan persembahan cavendish terbaik dan memiliki kualiti "fruity" yakni kemanisan ala buahan kering yang menyelerakan. Sangat versatil, ia sesuai di mana sahaja dan pada bila-bila masa, tetapi rekomendasi saya adalah di waktu pagi selepas bersarapan bijirin cereal bersama susu - rasa "fruity" itu akan lebih jelas.


Baccy ke-tiga: DTM "Devil's Holiday".

Baccy aromatik adalah seperti "sight-seeing" bagi saya; bukan lah satu adventure atau pengembaraan seperti kompleksiti VA/per atau English mahupun Scottish, tetapi anda diberitahu ia memiliki flavor berry dan itu lah yang sepatutnya anda rasa. Devil's Holiday memberikan anda apa yang diwar-warkan olehnya - tin not berry, bau berry dan juga flavor wild berry yang hebat, sehingga mungkin anda terfikir yang ada sedikit berry kering diletakkan di dalam adunannya. Begitulah "sight-seeing", bila ke taman burung anda menjangkakan untuk melihat pelbagai spesis mergastua berwarna-warni, bukan melihat tapir di dalamnya. Sesuai pada bila-bila masa terutamanya di majlis-majlis sosial yang membenarkan penggunaan tembakau.


Baccy ke-dua: DUNHILL "Elizabethan Mixture".

Elizabethan Mixture adalah rejuvenasi blend lama yang muncul dan mencuri sedikit tumpuan peminat VA/per yang sudah sekian lama melupakannya dan berpaksikan Reiner Long Gold Flake atau Peterson Irish Oak sekarang. Walau pun tidak sebaik Long Gold Flake, Elizabethan agak "refined" di dalam kedua-dua segi (virginia dan perique) menjadikan ia sesuatu yang saya boleh terma kan sebagai "elegant smoke". Ini semua adalah kerana faktor ketinggian kualiti virginia yang digunakan. Perique nya masih menghasilkan "spiciness" untuk Elizabethan mendapat pengesahan asas "genre" VA/per, walaupun ia bukanlah perique "powerhouse". Juga agak versatil, sesuai di mana sahaja tetapi paling baik dinikmati ketika "high tea" atau pembuka selera di pipesmeet untuk meneutralkan dan menyediakan palate anda sebelum rutin Oriental / English "lat-bomb" anda bermula. Anggaplah Elizabethan seperti sup cendawan / minestrone sebelum steak anda sampai.


Baccy pertama: ASHTON "Artisan Blend".

Artisan Blend, seperti pembayang dari namanya, sememangnya dihasilkan oleh artisan blender. Di sebalik untaian ribon gelap yang menggambarkan "weapon of mass destruction" yang berisikan latakia, kita dipimpin pula ke lembah "leathery" dan "creaminess" yang mengimbas rumah ban "dark-fired" dengan daunan "Shek-el Bint" bergantungan dan asap pembakaran kayu-kayu tempatan memenuhi ruang pengeringan. Campuran tembakau Turkish tentunya membantu mengundang sedikit spiciness dan mungkin Ashton tidak mahu berkongsi akan tembakau oriental mana kah yang digunakan di dalam formula yang sangat berjaya ini. Ternyata, blend ini adalah unggul di genre English dan mampu memberi anda klu akan betapa hebatnya Syrian latakia seperti yang digembar-gemburkan itu. Sesuai untuk sesi perpipaan tengahari, petang dan malam terutamanya selepas makan malam. Namun, dek kerana kesukaran untuk mendapatkannya di sini, ia adalah blend petang Ahad / "Sunday Afternoon" saya, di dalam bilik membaca berteman timbunan tin baccy, buku dan koleksi pipa, slow puff di atas sofa empuk, sambil minda berehat tanpa memikirkan masalah lain. Mungkin akan terlena diulit Syria kemudiannya.


Semestinya, masih banyak baccy-baccy baik di luar sana namun inilah "highlights" saya pada 2015. Kongsikan highlights anda dan nanti akan kita saksikan betapa luas dan kolektifnya apresiasi pemipa terhadap daunan bangsawan ini.

Seminggu sudah kita memasuki 2016 yang dijangka getir ini...

Sudah menjadi resam setiap individu untuk memiliki resolusi tahun baru. Ada yang mahu jadi kaya, mahu melancong, mahu tambah pelaburan mahu tukar kereta baru, dan lain-lain lagi. Resolusi-resolusi sebegini adalah bagus, kerana ia sepatutnya mendorong kepada perubahan diri yang positif.

Pemipa-pemipa juga tidak terkecuali. Menaikkan taraf koleksi atau "upgrade" adalah satu perkara yang baik sekali. Namun, jangan sempitkan pemikiran anda dengan terma "upgrade" ini; ia tidak semestinya bermaksud anda perlu menambah koleksi-koleksi yang lebih mahal. Tidak semua benda yang mahal itu adalah baik. Juga kita harus ingat yang kita tidak akan mampu untuk memiliki segalanya.

Jadi, ubahlah persepsi itu mengikut minat dan kondisi koleksi kita. Adakah kita masih belum memiliki corncob? Adakah pipa-pipa kita bersepah di dalam kotak? Adakah kita masih belum memiliki pipa sandblast? Masih adakah genre baccy yang belum dicuba? Persoalan-persoalan sebegini anda lontarkan kepada diri sendiri, dan cuba cenderungkan usaha dan fokus kearah menyelesaikan persoalan-persoalan tadi.

Disini adalah resolusi-resolusi saya sendiri yang saya kongsikan, yang mungkin dapat sedikit sebanyak memberikan gambaran akan luasnya elemen-elemen perpipaan yang belum kita terokai:


1. Menghabiskan Baccy-Baccy Aromatik.
Sudah menjadi kebiasaan pemipa-pemipa pemula untuk bermula dengan aromatik, saya pun tidak terkecuali dan baccy-baccy aromatik ini kebanyakannya tersadai di cellar. Walau pun saya mengamalkan "change of pace" seminggu sekali tetapi dengan kekerapan sebegitu peluang untuk baccy-baccy ini menjadi potpourri nanti adalah besar. Jadi, saya akan cuba menambahkan giliran baccy aromatik supaya ia lebih kerap digunakan. Juga, setiap pipa baru (samada betul-betul baru atau estate) yang dibeli nanti akan dirasmikan dengan baccy aromatik selama seminggu dua, sebelum ia menjamah English atau Balkan blend.


2. Sandblast! Sandblast! Sandblast! Saya dapati kecenderungan peribadi terhadap pipa-pipa sandblast adalah agak tinggi kebelakangan ini. Jadi, mungkin saya akan memfokuskan pembelian pipa-pipa baru ke arah finishing tersebut. Lagi pun, sandblast selalunya lebih murah dari pipa smooth dan dengan kadar inflasi yang meningkat dan kejatuhan mata wang kita, ini lah caranya saya "hedge" perbelanjaan kendiri. Kalau ada rezeki lebih, barulah kejituan sandblast dari Old Antiquari yang mengenengahkan briar-briar Corsican Castello, atau kelembutan alunan "suede blast" dari Walt Cannoy akan diberi konsiderasi.


3. Penggunaan Pipecleaners Yang Optimum.
Semua orang pun tahu pipa yang baik adalah pipa yang kering dan bersih. Jadi, jangan sayangi pipecleaners anda kerana ia banyak terjual di pasaran. Pipecleaner "branded" mungkin agak mahal, jadi belilah yang sedikit murah (RM5.++ / 50's) walaupun dawainya sedikit lembut, ia mampu dijolok ke dalam pipa anda tanpa banyak masalah dan mampu menyerap lembapan dengan baik. Come on, bukannya kita mahu "reaming" dapur pipa dengan pipecleaner pun!


4. Mendapatkan Rak Pipa Yang Sesuai.
Cara kita menyimpan pipa bukan sahaja membantu dalam pengeringan pipa, malah ia adalah satu ritual perpipaan yang indah. Kita boleh menyusun pipa mengikut jenis / shape tertentu dalam setiap barisan, atau mengikut rotasi kegemaran kita (yang selalu guna di depan, yang jarang guna di belakang), atau mengikut finishing (yang "smooth" di depan, sandblast di tengah, rustic di belakang), sesuka hati kita. Bukankah seronok bila melihat pipa-pipa itu disusun dengan baik? Kerana itulah saya harus mendapatkan rak pipa yang sesuai, yang boleh menampung koleksi pipa saya.


Tidak ada salahnya jika anda beresolusi untuk mendapatkan sebuah "white spot" atau mahu terjun ke dunia "Danish Artisan", kerana ia mampu mendorong anda untuk bekerja lebih rajin demi memberi "reward" kepada diri sendiri. Ini juga adalah satu cita yang murni. Cuma kadar tukaran wang asing bermakna kita terpaksa mengeluarkan lebih wang untuk perkara-perkara sedemikian. Namun, harapan saya agar ringgit naik segera supaya kita sama-sama akan mendapat kelebihan darinya.

Saya harap, sebagai seorang pemipa budiman, anda gunakanlah peluang naik tahun ini untuk menyenaraikan resolusi anda sendiri. Nyalakan baccy aromatik dulu-dulu itu di dalam pipa pertama anda, duduk, puff-puff dan renungkanlah: lihat kembali pada koleksi kita, cukupkan apa yang patut dicukupkan dan cubalah apa yang belum dicuba.

2015 Recap : "Masukkan Horizon 2015 ke Dalam Pipa Anda".

Sehari berlalu pada 2016. Kita sibuk dengan keraian dan pesta untuk mengalu-alukan kadatangan tahun baru ini. Bermacam perancangan, beratus keazaman dan beribu resolusi dilontarkan terhadap 2016. Yang pasti, semuanya positif. Namun, kerap kali kita terlupa akan 2015 yang berlalu dengan seribu macam kenangan. Sesungguhnya jika dihimpun, banyak yang kita boleh pelajari dari 2015 dan bermacam iktibar mampu diambil.

Memfokuskan tentang dunia perpipaan & baccy di alam kita, banyak blend-blend baru yang singgah ke tanah air ini. Antaranya keempat-empat blend NYPC (Jack's Shanty, Hell's Kitchen, Bedloe Island & Bowling Green), Dan Tobacco dengan Old Ironsides, Choo Choo Train dan Hamborger Veermaster, Dunhill Baby's Bottom, Three Years Mature & Ready Rubbed, Blend-blend Hearth & Home seperti Black House, White Knight, Fusilier's Ration, Cerberus, Viprati, Magnum Opus, Larry's Blend dan juga beberapa blend dari Sutliff.

Penangan blend-blend signature Russ Oulette ini juga turut ditemani oleh blend artisanal G.L Pease iaitu Westminster, yang cukup popular di US. Saya ingin mengucapkan kudos buat Romeo Gift kerana mampu membawa blend-blend ini ke Malaysia, menambahkan lagi warna-warna di dunia perpipaan kita.

Peterson pula secara tiba-tiba menambahkan koleksi blend mereka secara banyak. Di sebalik keluaran aromatik yang biasa seperti Peterson Summertime dan Christmas, ada beberapa keluaran "khas" seperti Peterson Founder's Choice, 1865 dan Signature Flake, juga keluaran dalam pek seperti Aran, Wild Atlantic dan beberapa lagi. Memang semua ini bagaikan suatu pesta buat palate pemipa kita.

GST dan kadar tukaran asing ternyata memberi impak kepada semua dan harga baccy juga meningkat. Dunhill kini dijual pada harga sekitar RM 75 dan paling mengejutkan blend kegemaran saya Frog Morton yang dijual pada harga RM 69! Sebelum ini selalunya ia boleh didapati pada harga RM 55 dan semestinya impak sebegini memeritkan poket kita, sedar atau tidak.

Pasaran pipa juga tertakluk pada dua faktor tersebut. Ini sudah tentu akan berlaku, kerana transaksi import kebanyakan kedai adalah menggunakan USD. Walaupun begitu, harga pipa keluaran Winslow sudah pun dinaikkan sebelum GST bermula, atas arahan pihak Winslow sendiri. Mungkin sebagai pengguna kita mampu menggunakan kuasa pembeli untuk menangguhkan sementara niat jika Winslow adalah di dalam perancangan, tetapi tidak lah saya pasti akan keberkesanan strategi sebegini kerana pasaran Malaysia bukan lah besar untuk Winslow.

Berita baiknya mengenai pipa adalah pertambahan beberapa jenama yang sebelum ini jarang terdapat di sini, seperti Rattray's. Seperti kebanyakan pipa-pipa dari kejiranan England, bentuk-bentuk tradisi menjadi keutamaan dan kurang bentuk-bentuk "freehand" yang ditawarkan. Secara keseluruhan kualiti pipa keluaran Rattray's adalah baik jadi secara perlahan-lahan mungkin jenama ini mampu meraih ikutan dan minat masyarakat pemipa kita.

Apa khabarnya dengan Syria? Dengan perang saudara yang masih membelenggu mereka sejak tahun 60an, keadaan semakin serius sekarang sehinggakan ramai rakyatnya menjadi pelarian. Jika diikutkan, kita sudah pun boleh mengucapkan "bye-bye" kepada Syrian latakia. Bagaimana harus pengeluarannya diteruskan, jika negara masih tidak aman.

Malaysia juga telah mengumumkan akan penerimaan golongan pelarian ini secara berperingkat. Ini adalah satu peluang, manalah tahu mungkin ada antara pelarian yang diterima kita nanti adalah seorang penanam tembakau yang arif tentang kultivasi dan proses " fire-cured" Syrian latakia. Hantar dia ke Bachok atau Kedah dan mungkin dia boleh membantu penanam tembakau tempatan untuk menghasilkan "Malaysian Latakia" nanti!

Ternyata banyak perkara yang telah kita pelajari pada 2015 ini. Walaupun kita disarankan bertahan untuk 2016 yang tentunya lebih mencabar, banyak perkara-perkara dan produk-produk baru yang mengunjungi kita pada tahun lepas yang secara tidak langsung memberikan satu gambaran bahawa pasaran pipa, tembakau dan aksesori mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini tentunya satu bukti akan perkembangan masyarakat pemipa tempatan yang bukan setakat semakin bertambah, malahan semakin arif dalam hobi budiman mereka.

Jika saya mampu memasukkan horizon 2015 ke dalam bowl pipa saya dan menyalakannya, sudah tentu flavor yang ada adalah manis dan "creamy" dengan pertambahan blend-blend dan jenama-jenama baru untuk meluaskan pilihan dan pandangan kita, walaupun pembakarannya adalah sedikit panas yang menjurus kepada "tounge bite" dek kerana isu-isu semasa dan kenaikan kos yang membebankan para pemipa tempatan.

Anekdot Perpipaan #3 : "first smoke is the sweetest..."

Suatu hari di bulan Ramadhan itu...

Keinginan untuk berpipa ini datangnya tidak dijangka. Ia boleh jadi diajak rakan-rakan, boleh juga kerana kagum melihat watak filem bergaya mengenakan pipa. Juga mungkin, terlihat pergerakan aktiviti berpipa di Facebook atau internet.

Permulaan saya agak berlainan; seronok tetapi merasa ketinggalan apabila berpeleseran minum-minum teh tanpa pipa di mulut bersama pakcik-pakcik geng "pencen" yang masing2 mengelumit pipa sambil bercerita tentang sawit, tentang kebun pisang, tentang perkara-perkara yang jauh dari keserabutan digital di pekan kecil bernama Bidor. Liberasi ini sememangnya sesuatu yang sangat saya perlukan, memandangkan kesibukan saya bekerja sepanjang hari terubat dengan aktiviti ini saban hari minggu. Jadi, pada malam itu, saya sudah pun merancang untuk mendapatkan "satu".

Mengenangkan diri datangnya dari working class yang mendapatkan duit hanya dari hasil titik peluh bekerja, Dunhill, Castello, Ser Jacopo, Winslow dan seumpamanya bukanlah dalam lingkungan target pertama saya. Apatah lagi Danish Artisans. Peruntukan yang saya berikan untuk diri adalah RM 300; jika kurang adalah bonus untuk makan-makan dan seumpamanya. Jika kita lihat, dengan RM 300 ini bolehlah untuk mendapatkan pipa-pipa briar jenama sedikit bawah dari pertengahan. "Decent brand" lah kata orang.

Jadi, setelah menempuhi perjalanan penuh debar ke kedai pipa, menilik segala pipa yang ada (termasuklah Ferrari Design dan Dunhill, walaupun tahu ia bukan dalam lingkungan peruntukan asal), saya memilih Big Ben "Bora" yang berbentuk tidak kontemporari ini, tetapi memiliki birdseye yang cantik pada kedua belah bowl. Savinelli Pisa juga sangat menarik, namun berharga RM 350 dan sedikit tinggi melangkaui peruntukan asal ketika itu.

Mengapa tidak corn cob? Sebenarnya, jika ketika itu saya sudah menjumpai kedai yang menjual corncob, pasti saya akan makan besar pada malam itu. Pergi membeli pipa pertama dengan pengetahuan yang agak limited, corncob tidak muncul di fikiran saya ketika itu. Tetapi, ada rahmatnya. Pendapat personal saya mengatakan yang corncob ini lebih baik untuk pemipa yang sudah sedikit berpengalaman, yang mulai meneroka material lain selain briar. Ini adalah kerana corncob tidak memiliki novelti dan "longevity" untuk pemipa pemula jatuh cinta padanya; tiada grain-grain cantik, tiada birdseye untuk memukau perhatian, tiada urat-urat halus sandblasted untuk mengguris jari jemari. Jadi, pemipa pemula mungkin akan cepat jemu dan beralih arah kepada rokok semula.

Lagi pun, faktor harga corncob mungkin membuatkan pemipa pemula acuh tak acuh pada hobi ini. Briar adalah sedikit mahal jadi pemipa pemula mungkin lebih menghargai "pelaburan" yang telah dilakukan dan mengambil pendekatan yang lebih serius dalam hobi berpipa ini - sekadar pendapat saya.

Lama Big Ben itu ditilik-tilik pada jam pertama pembeliannya, sambil menghabiskan baki peruntukan tadi di kedai Nasi Ganja Ipoh, sehingga mamak-mamak di situ agak hairan. Dan saya akui sepanjang sebulan dua pertama itu, "angau" kepada pipa pertama adalah kuat. Ia dibawa ke mana saja. Birdseye nya adalah sangat memukau (berbalik kepada konsep "longevity" tadi) dan menarik untuk dilihat dan ditilik pada penataan cahaya yang berbeza-beza.

Adalah satu rahmat juga yang pipa pertama saya ini memiliki airflow yang baik, kejuruteraan pipa yang mantap dan memuaskan. Entah berapa ratus saudara kita di luar sana yang meninggalkan dunia pipa dengan tanggapan pipa adalah hobi yang sukar - selalunya disebabkan airflow yang teruk dari pipa yang berkategori "basket". Bukan teknik sahaja yang penting untuk kesinambungan berpipa tetapi jenis pipa pertama juga memainkan peranan; jika anda bernasib tidak baik untuk memiliki "basket pipe" yang datang dengan airflow yang kurang memuaskan, khatamlah segala ilmu dan teknik berpipa pun, airflownya tetap tidak baik dan nikmat berpipa tetap tidak dapat dinikmati.

Tahun demi tahun berlalu dan pipa-pipa lain datang dan pergi, pipa pertama masih kekal berkhidmat dan sedia beraksi apabila diperlukan. Sememangnya nostalgik memikirkan akan saat itu, lebih-lebih lagi keseronokan dan "thrill" pembelian pertama di mana pengetahuan kita adalah terhad tetapi kebarangkalian di hadapan adalah pelbagai. Masih, terjunan ke dunia pipa diambil tanpa sedikit pun rasa gusar.

Kalau kecundang bercinta kita disogokkan dengan pepatah "first cut is the deepest", mengapa berpipa kita tidak menggunakan "first smoke is the sweetest" ?

Dunhill - "Titik Putih" yang Unggul.

Kalau Castello dikenali sebagai pipa yang memiliki status kultus - tidak mudah diperolehi di pasaran tetapi menjadi ikutan dan pujaan ramai peminatnya - Dunhill pula adalah sedikit lain. Pendekatan Dunhill lebih kepada "mass appeal", penjenamaan dan imej premium, sesuai dengan tagline mereka "gaya, mutu, keunggulan".

Memulakan perniagaan pada awal 1900, Alfred Dunhill mengubah haluan dari industri pemotoran ke tobacconist dan pembuatan pipa. Kebetulan juga pada ketika itu kualiti pipa-pipa yang ada di pasaran adalah agak rendah. Menyedari yang konsumerisma ketika itu sudah mula menitik-beratkan kualiti dan keunikan produk, Alfred mengambil langkah yang tepat dengan memulakan perniagaan pipa dan tembakaunya.

Apa yang ada pada minda Alfred ketika itu adalah untuk menghasilkan pipa yang tahan lama, melebihi usia pemiliknya. Untuk mencapai tahap sebegitu, bahan asas yang digunakan haruslah dari yang terbaik, dibuat oleh pakar-pakar dan kawalan kualiti yang ketat perlu diikuti. Dengan itu, Alfred mula mendapatkan bekalan briar-briar yang berusia agak tua yang telah dirawat dengan baik. Pada masa yang sama, Alfred juga menggaji berbelas pipemakers untuk membentuk pipa-pipa dengan baik. Kawalan kualiti yang ketat memperkenalkan kita dengan beberapa jenama "second" seperti Hardcastle dan Parker yang asalnya merupakan bowl dari Dunhill yang walaupun baik dan berkualiti, tetapi masih tidak menepati piawaian yang sangat ketat tadi.

Dikatakan, sesebuah pipa dari Dunhill perlu melalui 90 proses dan mengambil masa hingga enam minggu sebelum ia siap dan sedia untuk jualan.

Jolokan "The White Spot" pula dikatakan terhasil secara tidak sengaja, kerana asalnya ia merupakan tanda bagi menentukan kedudukan stem pada pipa. Sejak itu, jolokan ini dikenali di seluruh dunia dan digunakan oleh Dunhill secara meluas.

Dunhill juga telah meng-revolusikan dunia perpipaan dengan beberapa konsep dan ciptaan tersendiri, antaranya "innertube" untuk mencegah air channel dari tersumbat, "oil curing" di mana briar direndam di dalam minyak tertentu sebagai satu "treatment" tambahan untuk mematangkan bowl, dan yang paling penting ialah teknik "sandblast" - yang dikatakan tercipta secara tidak sengaja tetapi terbukti berkesan dalam menyelamatkan ribuan briar yang mungkin tidak memiliki grain yang baik tetapi berkualiti tinggi untuk dijadikan bowl.

Proses sandblast tadi menghasilkan beberapa siri pipa keluaran Dunhill. Yang paling biasa ditemui adalah "Shell Briar". Siri ini disudahi dengan warna hitam untuk memaksimumkan efek sandblast pada briar Algeria yang lembut, manakala "Tanshell" yang sudah pun diberhentikan pengeluarannya pula berwarna coklat terang demi memaparkan jalinan grain dari sandblast ke atas briar Sardinia yang lebih padat. "Ruby Bark" adalah hasil blast yang sama, cuma diwarnakan merah. Sebelum "Ruby Bark", ia dinamakan "Red Bark" tetapi pengeluarannya adalah terhad dan sudah pun diberhentikan. Kini, "Red Bark" menjadi buruan kolektor dek kerana kuantiti penghasilannya yang kecil itu.

Siri sandblast Dunhill juga mempunyai beberapa variasi yang istimewa dan sukar didapati seperti "Ring Grain" - briar straight grain yang disandblastkan - menghasilkan unjuran pola straight grain dan ring grain pada permukaan bowl. Jenis briar yang sama tetapi dilengkapkan dengan stem Cumberland dan diwarnakan sedikit coklat, dinamakan "Shilling". Dunhill "County" dan "Cumberland" juga menggunakan briar yang di sandblast, cuma warna coklatnya adalah lebih terang, dipercayai kerana grain briarnya lebih menarik berbanding "Shell" walaupun tidak seistimewa"Ring Grain" dan "Shilling". Secara peribadi, saya amat menggemari efek "County" terutamanya apabila birdseye tersebar meluas di permukaan sisi bowl.

Bagi versi "smooth" pula, "Bruyere" agaknya adalah yang paling mudah dijumpai, disudahi dengan warna coklat gelap. Finishing yang sama tetapi dengan stem Cumberland, menghasilkan "Chestnut". Kemudiannya, Dunhill "Dress" adalah briar dengan finishing hitam gelap yang menampilkan ciri-ciri elegan dan sesuai untuk majlis-majlis formal. Dan juga kita ada "Amber Root" dan "Amber Flame", briar-briar smooth yang disudahi dengan warna yang agak gelap tetapi memiliki flame grain yang menarik.

Agaknya yang paling kontroversional dan paling diinginkan adalah siri Dunhill "Dead Root" a.k.a DR, di mana ini adalah "fiammata" bagi Dunhill dengan jalinan straight grain mengikut skala bintang (*). Ia disudahi dengan warna coklat terang demi memanipulasikan impak straight grain, dan boleh diklasifikan sebagai "rare" dek kerana sukarnya untuk mendapatkan briar straight grain yang sesuai. Harganya? Sudah tentu melangit. Saya pernah membelek Dunhill DR dengan dua bintang (**) di Cigars Lounge KL sedikit masa dulu, straight billiard bersaiz 5 dengan straight grain yang baik dijual pada RM 6000. Anda bayangkan harganya jika ia berbintang 7 atau 8!

Selain DR, Ring Grain dan Shilling, masih terdapat banyak lagi siri-siri Dunhill yang sukar ditemui, istimewa dan sering diburu kolektor seperti OD (Own Design A,B atau C), Magnum (saiz mega), Quaint (bentuk-bentuk hybrid), Collector (plateau briar) dan beberapa shape dan jenis lagi yang selalunya cepat terjual di pasaran, terutamanya pasaran estate kerana tahap kolektiviti Dunhill yang sememangnya baik. Namun bersedialah untuk mengempiskan wallet anda kerana walaupun estate, harganya masih lagi tinggi!

Strategi pemasaran memainkan peranan yang penting dalam kejituan jualan dan penerimaan penjenamaan atau "branding" sesuatu pipa, malahan terkadang strategi pemasaran lah yang menentukan harga, bukan harga menentukan jenis strategi yang patut diambil. Dalam konteks ini, penjenamaan Dunhill, samada di dalam produk fesyen atau tembakau mereka, adalah senantiasa "premium" dan ia jelas terpampang dengan kadar harga produk-produk mereka berbanding jenama lain yang mungkin setara dari segi kualiti.

Ia semuanya adalah tentang satu "titik putih" yang walaupun ringkas tetapi menggambarkan maskuliniti dan citarasa yang unggul.

Siri "Berdamping Dengan Blends" - Aromatik.

Banyak jenis blend aromatik yang dapat dilihat oleh seseorang pemipa di sepanjang perjalanan hidup berpipanya. Bayangkan ianya bagaikan dadih, keenakannya boleh dinikmati dengan bermacam-macam jenis perisa.

Blend aromatik biasanya memiliki komposisi asas virginia, dibantu oleh burley dan black cavendish. Tidak perlu kita ulas lagi akan peranan asas virginia, tetapi burley adalah komponen terpenting dek kerana kadar serapan perisanya yang baik. Tembakau burley inilah, walaupun masih memzahirkan rasa "nuttiness"nya, menyerap "casing" dan "dressing" dengan baik. Black cavendish pula dapat membantu memaniskan blend, dan walaupun terkadang tidak digunakan di dalam sesetengah blend aromatik, kehadirannya dapat membantu dan menyeronokkan.

Bercakap tentang "casing" dan "dressing" ini, mungkin kita boleh ulas secara ringkas. Kebanyakan tembakau aromatik memerlukan "casing" dari bahan-bahan tertentu seperti gula dan molasses, kerana ia membantu dalam penghasilan flavor yang baik bagi tembakau-tembakau asas seperti virginia dan burley. "Dressing" pula merujuk pada sentuhan akhir blend-blend aromatik, iaitu proses penambahan perisa-perisa yang ditujukan untuk blend-blend sebegini, seperti vanilla, cokelat, beri, buah-buahan dan lain-lain. "Dressing" juga membantu dalam penghasilan "room note" dan "tin note" yang baik.

Seringkali dikatakan, pemipa pemula selalunya bermula dengan blend aromatik. Ini ternyata berasas kerana saya sendiri pun mengalami nasib yang serupa. Kita bagaikan kanak-kanak di kedai permainan, mata terkebil-kebil, hati berdebar-debar dan jantung bergoncang melihat susunan tin-tin baccy aromatik yang menarik,  berwarna-warni dan bermotifkan gambar-gambar yang memikat hati.

Kegilaan terhadap baccy aromatik juga selalunya akan semakin bertambah, terutamanya apabila pemipa mula mengenal blend-blend edisi khas atau "limited edition" yang selalunya dikeluarkan oleh jenama-jenama terkenal; antaranya siri Peterson Summertime, edisi tahunan Kolhase & Kopp, McClelland Holiday Spirit saban tahun, W.O Larsen dan Samuel Gawith. Masing-masing mempamirkan persembahan tin yang memikat, flavor-flavor terbaru dan kesemuanya hanya dikeluarkan dalam jumlah yang terhad.

Namun sayang sekali kerana terkadang blend-blend aromatik disalah-ertikan. "Tounge bite" selalu dikaitkan dengan blend-blend ini dan w

Kerana itu lah saya berani mengatakan yang blend aromatik semestinya mampu memukau terutamanya apabila rasa atau flavor yang diwar-warkan dapat kita nikmati sewaktu berpipa. Beberapa blend yang biasa saya nikmati seperti contoh Winslow Harlekin, DTM Devil's Holiday, Rattray's High Society, Peterson Connoisseur's Choice, Kolhase & Kopp Pipedose 66 dan Planta Burberry mampu memberikan flavor dengan baik di mana kita dapat mengalami not-not flavor yang diura-urakan. Tentulah bagi saya, blend-blend aromatik sepatutnya memberikan kita rasa sebagaimana flavor yang di dressing kan dan ini adalah ciri penting blend sebegini.

Satu kelebihan blend aromatik adalah ianya adalah blend yang baik untuk sosialisasi. Aroma bilik dari pembakarannya mungkin tidak seharum wap dari vape, tetapi ianya jauh lebih baik berbanding blend-blend English, Scottish atau Balkan. Ada kalanya kita mahu berpipa di hotel lounge, kelab-kelab ekslusif, di bilik meeting mahupun di rumah mertua dan ipar-duai, maka blend aromatik adalah lebih mesra aromanya kepada mereka yang berada di persekitaran kita, terutamanya yang bukan pengguna tembakau.

Haruslah saya akui, sebagai seorang pemipa yang cenderung ke arena English / Balkan, blend aromatik bukanlah blend harian saya. Akan tetapi, blend-blend inilah yang akan saya isikan ke dalam bowl pipa saya setiap Jumaat atau Sabtu malam, mencari suatu situasi di mana lidah dan palate ini boleh rehat dari rutin Latakia dan Oriental harian. Inilah yang dinamakan "change of pace", sebagaimana kalau kita hari-hari makan nasi, sesekali apa salahnya menikmati pasta, steak, tandoori mahupun kueh teow kungfu?

Apa pun, blend aromatik lah yang membawa saya ke alam perpipaan dan keseronokan menikmati sesuatu blend dengan perisa yang jelas dan sedap adalah tidak ternilai. Peranan blend ini mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pemipa yang sudah "matured" mengelumit Latakia, Kentucky atau Smyrna, tetapi aromatik tetap akan mendapat tempat di hati pemipa seperti saya, walaupun dalam rotasi yang tidak kerap.
alaupun ini adalah benar, ia hanya kerap berlaku dengan blend-blend yang dressingnya terlalu banyak sehingga ia menjadi terlalu lembap. Dengan sedikit kesabaran dan pengetahuan untuk "prepping", ditambah dengan "controlled puffing", tounge bite akan dapat dielakkan. Harus diingat, casing dan dressing adalah dicipta untuk pemipa menikmati sesi perpipaan aromatik dengan baik, dan pengetahuan anda tentang teknik-teknik di atas menentukan yang anda sedang menikmati "Holiday" dari Devil's Holiday, bukan sebaliknya.

Berpipa Adalah Suatu Percutian yang Budiman.

Keseronokan berpipa selalu bertambah menarik dari semasa ke semasa. Ia bagaikan satu habitual organik, yang sentiasa berubah-ubah dan semakin kita "upgrade" diri kita menjadi pemipa yang lebih mapan, makin seronok dan makin kompleks jadinya hobi ini. Perhatian dan fokus seseorang pemipa mapan ini akan sentiasa berlegar-legar; dari pipa kemudian ke baccy dan seterusnya ke aksesori dan sebagainya. Ada sahaja yang "tak kena" - perlu diberi perhatian dan diupgrade lagi dari semasa ke semasa. Perkataan "statik" atau "plateau" seolah-olah tidak wujud bagi kami.

Kerana itulah, saya selalu mengaitkan hobi berpipa ini dengan percutian. Percutian adalah suatu perkara yang semestinya menyeronokkan sesiapapun yang terlibat. Secara amnya, apabila anda pergi bercuti tentunya anda akan bebas dari kerja harian, bebas dari masalah di tempat kerja dan masalah domestik di rumah, bebas dari kesibukan hiruk-pikuk kota, bebas dari segalanya dan tumpuan anda hanyalah pada percutian itu sahaja - lihat, eksplorasi dan nikmati saat-saat yang ada.

Boleh dikatakan, berpipa juga memiliki ciri-ciri dan konsep percutian seperti yang kita bincang tadi, kerana apa pun aktiviti yang melibatkan pipa, ia adalah satu ruang rehat yang unik. Sambil berehat, membersihkan bowl dengan pipecleaners, membuang habuk-habuk dan menggosok permukaan bowl supaya berkilat, lantas menikmati kecantikan straight atau flame grain atau corak-corak sandblast dan rustik, ianya adalah saat-saat yang indah, seperti percutian. Mungkin berjam-jam masa dihabiskan untuk proses tersebut tetapi begitulah, "it's not a waste of time if you enjoy the time you waste" kata orang...

Sebelum bertolak untuk bercuti, kita pastinya teruja mengemas bagasi, memastikan semua cukup; baju sejuk kalau ke negara sejuk, seluar mandi kalau ke pulau-pulau. Malah, kalau tak cukup barang, kita sanggup membelanjakan sedikit duit untuk melengkapkan "keperluan bercuti" ini. Berpipa juga tidak lari dari konsep ini, kita mengemas beg pipa, membersihkan pipa-pipa, memastikan kelengkapan seperti tamper, pipecleaners semua cukup, sebelum turun pipesmeet atau turun berpipa secara solo. Acara mengemas ini, yang sudah tentunya jarang-jarang mendapat tempat di kamus hidup lelaki, menjadi satu acara yang menarik dan mengujakan pula.

Keseronokan bercuti ialah apabila kita sampai di destinasi percutian. Ini lebih mengujakan sekiranya tempat itu belum pernah dikunjungi dan suatu perasaan seronok untuk eksplorasi dan melihat-lihat kita rasakan. Begitu juga halnya ketika kita membeli baccy atau blend keluaran baru; perasaan ingin tahu apakah blend baru itu lebih baik dari yang sedia ada, hebatkan penggunaan tembakaunya, sedap ke tidak flavornya, adalah juga satu eksplorasi pada kadar yang tidak kurang hebatnya. Ya, memahami rasa blend yang dibeli dan menikmati dedaun berharga yang dituai dan diperamkan, kemudian diadun dengan beberapa daunan lain, menjadikan blend itu "potent", stabil dan enak untuk diulit, itu lah destinasi kita.

Percutian juga tidak sah tanpa mengambil gambar dan posing sana sini. Tentulah gambar kita berlatar-belakangkan tempat-tempat atau scenery menarik itu akan menjadi kenangan yang indah bila dilihat semula kelak. Berpipa juga serupa. Seringkali kita lihat pemipa seronok bergambar dengan pipa -pipa mereka, dengan baccy-baccy baru dan juga gambar-gambar di pipesmeet. Nah, lihat saja gambar rakan-rakan kita di dalam whatsapp group masing-masing. Meriah bukan?

Dalam mengkaji dan meneliti persamaan hobi berpipa dengan keseronokan percutian ini, saya merasakan betapa bertuahnya kita kerana memiliki kedua-dua keseronokan ini secara serentak, apabila bersiap-siap untuk bercuti. Keseronokan tambahan yang pemipa miliki adalah dalam mengemaskan beg pipa mereka bersama-sama bagasi percutian. Kita boleh tenggelam di dalam keasyikan memilih pipa-pipa yang mahu dibawa bersama (ya, kita harus adil dan mengikuti rotasi pipa sebaik mungkin; bukan semuanya harus dibawa serentak), memilih baccy-baccy yang mahu dinikmati ketika percutian, memastikan alatan / tools semua cukup dan sebagainya. Malahan, kadangkala menyiapkan beg pipa mengambil masa yang lebih lama dari menyiapkan bagasi baju sendiri!

Sesungguhnya berpipa ini adalah suatu hobi yang menyeronokkan dan bermakna. Baik atau buruk terpulanglah kepada anda atau individu masing-masing tetapi dedikasi pemipa terhadap hobi ini sememangnya kuat dan pembudayaan berpipa adalah satu gerakan yang sangat maskulin lagi budiman (gentlemanly). Ia adalah satu percutian yang budiman bagi kami dan berilah kami peluang untuk menikmati percutian ini tanpa sebarang prejudis...

Ulasan Baccy : Mac Baren "The Solent Mixture".

Mac Baren adalah sebuah "blending house" yang versatil. Selain mengeluarkan blend-blend sendiri, mereka turut mengambil kontrak dalam mengeluarkan blend-blend bagi jenama lain. The Solent Mixture adalah sebuah penawaran English blend dari Mac Baren yang memiliki ramai peminat. Walaupun dikatakan HH Vintage Syrian adalah lebih digemari dan dipercayai memiliki komposisi yang lebih baik, namun oleh kerana limitasi untuk mendapatkan blend tersebut, ramai yang beralih kepada Solent Mixture yang ternyata lebih konsisten keberadaannya.

Blend ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri: adunan Syrian latakia yang "rare" - daun bangsawan yang pastinya menjadi igauan ramai. Ringkasan blend di belakang tin memberikan maklumat mengenai komposisi blend ini; penggunaan "sweet virginia" (kemungkinan bright leaves) dan burley, yang ditambah dengan "Mac Baren Cavendish" - di mana Mac Baren sememangnya mendabik dada dengan proses penghasilan tembakau cavendishnya yang agak tersendiri. Walaupun saya bukanlah salah seorang peminat Mac Baren Cavendish atas dasar rasanya di palate sendiri, saya tertarik untuk melihat hasil gabungan Syrian latakia dengannya kelak.

Sebaik saja tin dibuka, kita akan disapa oleh kertas jaminan kualiti dari Mac Baren yang menutup bahagian atas blend tembakau ini. Di sebaliknya, tersusun kemas ribon-ribon hitam yang berselang seli dengan untaian virginia berwarna cokelat terang dan juga burley yang agak gelap sedikit cokelatnya. Not-not enak seperti aprikot kering, plum masam, molasses manis disulami sedikit bau kayu manis dan not rempah ratus yang agak lemah tetapi jelas, dapat dihidu. Memang menyelerakan dan membuatkan saya mahu segera menikmatinya di dalam bowl Winslow Crown Collector ini.

"Charring light" adalah mudah untuk Solent Mixture kerana kondisi ribon-ribonnya agak sederhana kering walaupun tin baru dibuka. Jadi jika anda masih memerlukan prepping (saya secara peribadi selalunya akan prep selagi logik), silakan namun tidak perlu terlalu lama. Sebaik dinyalakan, tembakaunya dengan mudah menangkap api. Perkara pertama yang bermain di fikiran saya adalah "wow, kurang masam!" - seperti yang saya katakan tadi, secara peribadi saya kurang menggemari rasa masam yang selalunya hadir bersama "Mac Baren Cavendish" (nota kaki: ramai pemipa lain menyukai trademark Mac Baren Cavendish ini, yang sememangnya masam rasanya, dan ia terpulanglah pada individu). Ini secara tidak langsung menjanjikan saya sebuah blend dari Mac Baren yang saya boleh nikmati dengan baik.

Telahan saya, mungkin kemasamam Mac Baren Cavendish tadi telah dikompromikan oleh Syrian latakia yang selalunya lebih agresif. Namun sayangnya, tindakbalas ini juga telah menyebabkan Syrian latakia pun kehilangan sebahagian profil flavornya yang penting - rasa "leathery tartness" yang selalu menjadi trademark kepada Syrian latakia. Secara amnya, ianya tidaklah terlalu teruk terjejas, cuma bagi yang mengharapkan rasa "leathery" yang sedikit tengik dari Syrian latakia dan kurang ada pada Cyprian latakia, anda mungkin akan sedikit kecewa.

Hampir satu pertiga bowl, walaupun kehilangan profil "leathery" itu agak menghampakan, namun secara positifnya Mac Baren cavendish tidak lagi menganggu saya untuk menikmati keseluruhan blend ini. Justeru itu, fokus yang lebih dapat diarahkan kepada kualiti burley nya. Solent Mixture ini, bagi saya, sebagaimana janji yang tertulis di ringkasan blend, memang menggunakan burley berkualiti baik. Burley yang sering dikaitkan dengan rasa "nuttiness" ini selepas beberapa hembusan, mulai mengambil stereng dan berada di depan. Walaupun rasanya tidak lah se"refined" white burley pada Reiner Blend 71, tetapi cukup baik, full-bodied dan memuaskan. Nuttiness burley itu memang berada di depan dan dapat dikesan tanpa susah-payah.

Virginia yang digunakan tidak menampilkan kualiti virginia sebaik keluaran-keluaran McClelland dan Dunhill, yang selalunya "tangy" dan tajam. Tetapi oleh kerana kualiti burley yang ada tadi sudah cukup untuk memuaskan kita di sepanjang pelayaran dengan Solent Mixture ini, mungkin wajar juga kita memberi sedikit "exception" kera

Di penghujung bowl, Solent Mixture membuktikan yang adunannya adalah agak konsisten. Ia boleh dihisap sehingga ke dasar bowl, tidak pahit di hujung dan tidak juga sukar untuk anda mendapatkan habuk putih di hujung sesi perpaipan anda. Juga, apabila ambernya terpadam, ia agak mudah untuk dinyalakan kembali. Perlu diingat, blend yang baik bukan sekadar perlu menampilkan tembakau yang berkualiti dan rasa yang hebat, "user-friendliness" juga mesti hadir, kerana ia juga membantu dalam mencapai sesi perpipaan yang berkualiti. Jika asyik memerlukan "relight" sepanjang masa, baccy yang enak pun akan menjadi tidak bermakna, dek kerana sesi perpaipan yang sering terganggu dalam usaha untuk menyalakan amber.

Boleh disimpulkan, Solent Mixture adalah sebuah blend yang agak kompeten, "full-bodied", dengan "latakia-play" yang agak lembut hasil gabungan daunan Syrian dengan Cavendish trademark dari Mac Baren. Bagi "purists" kepada Syrian latakia anda akan sedikit kecewa kerana ekspektasi anda terhadap "leathery" Syrian latakia yang pastinya agak tinggi, tidak terolah dengan baik di sini. Namun, jangan takut, anda tetap akan dihiburkan dengan keseragaman rasa dan kelembutan burley yang memikat, dan ini disokong pula oleh virginia yang tidak terlalu "tangy". Ia seperti pergi berperang tanpa pedang tetapi bersenjatakan tukul Thor - tiada elemen tajam tetapi pukulan yang padu pula mengganti.

 Saya akui, The Solent Mixture bukanlah blend English yang sofistikated dan elegan untuk anda. Tetapi, ia adalah antara blend English yang mampu membawa burley ke depan dengan baik, satu situasi yang jarang-jarang kita dapati dari blend-blend keluaran sekarang. Ini, menjadikan gaya English nya sedikit "old fashioned".

Jadi, jika dilihat secara positifnya blend ini sudahpun memenuhi gambaran Mac Baren sendiri seperti deskripsi produk mereka ini di belakang tin: "baccy yang akan membawa anda balik ke zaman agung pelayaran, dimana aroma di udara diselaputi dengan elemen-elemen lautan, tar dan kesibukan aktiviti pelabuhan".
na bagi saya bahagian virginianya tidaklah penting sangat sekarang. Lagipun, jika "virginia-goodness" yang saya perlukan, lebih baik saya mencapai tin McClelland Christmas Cheer atau Samuel Gawith FVF yang sememangnya meletakkan virginia sebagai fokus blend mereka.

"Ghosting" - Kepuakaan di Dalam Bowl.

"Ghosting" adalah satu isu yang sering diperkatakan terutamanya ketika pemipa membeli atau ingin memiliki pipa-pipa estate. Faktor negatif ini selalunya berkait rapat dengan penjagaan sesebuah pipa ketika ia berada di tangan tuan asal, di mana tentunya sebagai pembeli, kita pemipa tidak dapat mengetahui secara mendalam akan situasi pipa estate itu sehinggalah ia berada di tangan kita sendiri.

Seringkali dinyatakan bahawa pipa estate adalah satu pasaran yang menarik, kerana bukan semua pemipa lahir disuapkan nestum dengan sudu perak untuk kita mampu membeli pipa-pipa berjenama mahal yang baru. Jadi terkadang beberapa jenama atasan atau pipa buatan artisan terkenal hanya mampu dipandang, dan pasaran estate menjanjikan harga yang jauh lebih murah dan mampu milik.

Definisi sebenar "ghosting" adalah keadaan di mana bau dan rasa tembakau lama, yang digunakan oleh pemipa asal sesebuah pipa, melekat dan tinggal di dalam pipa tersebut. Ia boleh jadi aromatik, latakia, lakeland dan sebagainya, namun yang jelas tidak ramai pemipa yang senang dengan kehadiran hantu flavor di dalam pipa mereka. Bukan sekadar perasaan kurang hygienic itu akan timbul, tetapi yang lebih dirisaukan lagi adalah kegagalan pipa tersebut untuk memberikan rasa baccy-baccy baru secara terperinci dan tepat.

Sudah tentu, pemipa asal akan dipersalahkan kerana "ghosting" memberi gambaran tentang kurangnya kesedaran untuk membersihkan pipa oleh pemipa tersebut. Masakan tidak, terkadang ada segelintir pemipa yang memang suka menbiarkan baccy mereka di dalam pipa buat masa yang lama - mungkin tidak sempat membersihkan selepas selesai berpipa atau mungkin terlupa - jadi flavor yang tinggal berkemungkinan lekat di dalam bowl.

Ada kebenarannya teori itu, tetapi keadaan tidak lah begitu mudah untuk kita membuat kesimpulan sebegitu sahaja. Ghosting boleh juga berlaku pada pipa-pipa seseorang pemipa yang rajin membersihkan pipa setiap kali selesai berpipa. Terdapat beberapa jenis baccy atau blends yang sememangnya diketahui boleh menyebabkan ghosting. Antara yang paling popular untuk dipetik di sini adalah blend-blend lakeland.

Blend-blend sebegini adalah blend berasaskan latakia tetapi memiliki "casing" tertentu, di mana ia agak aromatik dan wangi. Sesetengahnya sangat kuat hingga dikaitkan dengan potpourri dan sabun - menjelmakan terma "soapy blend". Tentunya, ia adalah sedap bagi penggemar baccy kategori ini tetapi mungkin memualkan bagi sesetengah pemipa. Jika ghosting terbentuk darinya, maka pemipa-pemipa yang bakal memiliki pipa estate tersebut pasti akan berkeluh-kesah nanti.

Secara saintifik, setiap kali kita berpipa, lembapan dari baccy dan kehangatan pembakaran akan diserap sedikit demi sedikit oleh dinding bowl dan lama-kelamaan rasa itu mungkin akan lekat. Disebabkan itu lah, kita selalu dinasihatkan untuk membersihkan pipa setiap kali selesai. Ini adalah kerana, dengan mengutamakan hygiene sebegini, anda mampu mencegah pipa dari dihantui.

Jika itu bukan cara anda, atau jika pipa yang ghosting itu adalah sebuah pipa estate yang anda baru beli, maka tentunya anda tidak boleh dipersalahkan. Mungkin salah pemipa asal, tetapi harus diingat yang pipa adalah alat peribadi seseorang dan sudah tentu kita tidak berhak untuk memaksa semua pemipa menjadi peka kepada hygiene.

Juga faktor lain yang patut kita lihat adalah sesetengah ghosting adalah baik untuk sesetengah pemipa. Ini bukan pendapat kebanyakan pemipa, tetapi memang wujud beberapa pemipa yang lebih sukakan pipa mereka berperisa lebih awal, terutamanya jika jenis ghosting itu kena pada tekak mereka. Lagi pun, mereka tidak perlu risau akan proses "break in" dan dapat terus menikmati pipa tanpa banyak kerenah.

Serba sedikit, begitulah "ghosting" dan kedudukannya di dalam masyarakat pemipa kita. Baik atau buruk, ia bergantung pada pemipa itu sendiri. Nanti di kemudian hari, kita akan bincangkan pula beberapa konsep membuang puaka, yang mungkin berguna buat pemipa-pemipa yang mula mahu berjinak dalam dunia pipa estate.