
Seringkali dinyatakan bahawa pipa estate adalah satu pasaran yang
menarik, kerana bukan semua pemipa lahir disuapkan nestum dengan sudu
perak untuk kita mampu membeli pipa-pipa berjenama mahal yang baru. Jadi
terkadang beberapa jenama atasan atau pipa buatan artisan terkenal
hanya mampu dipandang, dan pasaran estate menjanjikan harga yang jauh
lebih murah dan mampu milik.
Definisi sebenar "ghosting" adalah keadaan di mana bau dan rasa tembakau
lama, yang digunakan oleh pemipa asal sesebuah pipa, melekat dan
tinggal di dalam pipa tersebut. Ia boleh jadi aromatik, latakia,
lakeland dan sebagainya, namun yang jelas tidak ramai pemipa yang senang
dengan kehadiran hantu flavor di dalam pipa mereka. Bukan sekadar
perasaan kurang hygienic itu akan timbul, tetapi yang lebih dirisaukan
lagi adalah kegagalan pipa tersebut untuk memberikan rasa baccy-baccy
baru secara terperinci dan tepat.
Sudah tentu, pemipa asal akan dipersalahkan kerana "ghosting" memberi
gambaran tentang kurangnya kesedaran untuk membersihkan pipa oleh pemipa
tersebut. Masakan tidak, terkadang ada segelintir pemipa yang memang
suka menbiarkan baccy mereka di dalam pipa buat masa yang lama - mungkin
tidak sempat membersihkan selepas selesai berpipa atau mungkin terlupa -
jadi flavor yang tinggal berkemungkinan lekat di dalam bowl.
Ada kebenarannya teori itu, tetapi keadaan tidak lah begitu mudah untuk
kita membuat kesimpulan sebegitu sahaja. Ghosting boleh juga berlaku
pada pipa-pipa seseorang pemipa yang rajin membersihkan pipa setiap kali
selesai berpipa. Terdapat beberapa jenis baccy atau blends yang
sememangnya diketahui boleh menyebabkan ghosting. Antara yang paling
popular untuk dipetik di sini adalah blend-blend lakeland.
Blend-blend sebegini adalah blend berasaskan latakia tetapi memiliki
"casing" tertentu, di mana ia agak aromatik dan wangi. Sesetengahnya
sangat kuat hingga dikaitkan dengan potpourri dan sabun - menjelmakan
terma "soapy blend". Tentunya, ia adalah sedap bagi penggemar baccy
kategori ini tetapi mungkin memualkan bagi sesetengah pemipa. Jika
ghosting terbentuk darinya, maka pemipa-pemipa yang bakal memiliki pipa
estate tersebut pasti akan berkeluh-kesah nanti.
Secara saintifik, setiap kali kita berpipa, lembapan dari baccy dan
kehangatan pembakaran akan diserap sedikit demi sedikit oleh dinding
bowl dan lama-kelamaan rasa itu mungkin akan lekat. Disebabkan itu lah,
kita selalu dinasihatkan untuk membersihkan pipa setiap kali selesai.
Ini adalah kerana, dengan mengutamakan hygiene sebegini, anda mampu
mencegah pipa dari dihantui.
Jika itu bukan cara anda, atau jika pipa yang ghosting itu adalah sebuah
pipa estate yang anda baru beli, maka tentunya anda tidak boleh
dipersalahkan. Mungkin salah pemipa asal, tetapi harus diingat yang pipa
adalah alat peribadi seseorang dan sudah tentu kita tidak berhak untuk
memaksa semua pemipa menjadi peka kepada hygiene.
Juga faktor lain yang patut kita lihat adalah sesetengah ghosting adalah
baik untuk sesetengah pemipa. Ini bukan pendapat kebanyakan pemipa,
tetapi memang wujud beberapa pemipa yang lebih sukakan pipa mereka
berperisa lebih awal, terutamanya jika jenis ghosting itu kena pada
tekak mereka. Lagi pun, mereka tidak perlu risau akan proses "break in"
dan dapat terus menikmati pipa tanpa banyak kerenah.
Serba sedikit, begitulah "ghosting" dan kedudukannya di dalam masyarakat
pemipa kita. Baik atau buruk, ia bergantung pada pemipa itu sendiri.
Nanti di kemudian hari, kita akan bincangkan pula beberapa konsep
membuang puaka, yang mungkin berguna buat pemipa-pemipa yang mula mahu
berjinak dalam dunia pipa estate.
No comments:
Post a Comment