Sunday 28 December 2014

SOLANI WHITE & BLACK (BLEND 763)





      Solani adalah antara blend yg kita boleh dapati di Malaysia. Walaupun tidak semua blendnya memasuki pasaran kita, White & Black (SWB) adalah blend yg sangat diperlukan di sini, lantaran janji Syrian latakia yg jarang didapati ini akan meruntun jiwa2 yg kacau.

      Datang dgn persembahan tin yg berwarna silver dan putih, pakejnya agak kemas dan senang dilihat dari kaunter tobacconist yg membawa produk ini. Dari tin, kita hanya diberitahu tentang ianya adalah english blend, dengan campuran virginia dan latakia, RR. RR disini merujuk kepada "ready rubbed" sebagai indikasi bentuk tembakau yg sudah pun digosok, sedia untuk dimasukkan ke dalam bowl pipa anda.

      Bila tin dibuka, bau plum masam dan sedikit pastri bakar dikesan. Datangnya tembakau ini di dalam bentuk broken flake, jadi sedikit kelembapan sepatutnya dapat dirasai dan mungkin sedikit prep utk jangkamasa yg singkat (1-2 jam) adalah memadai. Namun, jika anda mahu terus packing ke dlm bowl pun tidak mengapa.

      SWB mudah dinyalakan, walaupun tidak semudah blends yg dtg di dlm bentuk ribbon cut. Nyalaan permulaan (first lighting) adalah baik, asap putih berkepul naik dan sweet flavor dari black cavendish mula menerjah palate anda, bersaing dengan spiciness dan smokiness dari Syrian latakia. Virginia nya agak lambat ke depan, tetapi saya masih dapat mengesan flavornya yg berada di belakang dan memainkan peranan seperti asas / base kepada dua flavor terdahulu. Interplay flavor dari dua komponen tembakau ini sangat menarik, dan virginia sebagai base memastikan komposisi rasa ini tidak hollow dan ringan. Jalinan flavor yg indah ini kekal hingga ke hujung suku bowl.

      Kebiasaannya, dgn SWB ini setiap suku bowl saya perlukan relight. Ketika ia hampir masuk ke pertengahan bowl, virginia mula memainkan peranan di depan, menggantikan nuansa black cavendish + Syrian latakia tadi yg semakin samar ke belakang. Walaupun begitu, Syrian latakia tidaklah terus hilang dan masih memainkan peranan penting. Juga saya dapati kadar nikotin SWB adalah sederhana. Mujurlah virginia yg digunakan dapat memberikan roundness flavor profile utk blend ini, jadi masih ada punch disepanjang perpipaan.

      Sampai di hujung bowl, adunan black cavendish dan Syrian latakia sudah pun lemah dan virginia kekal di depan sampai ke garisan penamat. Tiada kepahitan di hujung bowl, pembakaran yg berlaku adalah sempurna. Abu putih yg sekata mudah didapati dgn SWB, bermakna kualiti tembakau yg digunakan adalah baik. Dari awal hingga akhir, SWB memang memuaskan dan anda tahu keinginan untuk mencapai tin putih silver yg kemas ini agak sukar dibendung.

      Adalah penting untuk kita sedari bahawa SWB ini bukanlah 100% English blend seperti yg kita sangka dan seperti yg dilabel pengeluar. Ini kerana komposisi blend ini yg menggunakan black cavendish sebagai salah satu komponen tembakaunya. Seperti yg kita sudah maklum, campuran virginia sebagai asas blend, Syrian latakia dan black cavendish sepatutnya menghasilkan Scottish blend. Namun mungkin kerana black cavendish yg dicampur itu adalah dlm kuantiti yg minimal, atau keupayaan Syrian latakia mengubah flavor profile cavendish tadi telah pun menghasilkan satu English mixture yg sedikit manis. Suatu hasil yg menarik dan tidak terdapat pada kebanyakan English blends.

     Nuansa flavor Syrian latakia bertemu black cavendish menghasilkan profile yg agak menakjubkan. Mungkin inilah yg melontarkan SWB balik ke label English blend, dimana nuansa flavor ini menenggelamkan over-sweet tasting yg menjadi trademark Scottish blend. Ini tentunya jarang berlaku kerana sepanjang ingatan saya tiada Scottish blend yg menggunakan Syrian latakia sebelum ini.

      Dengan ini bolehlah kita simpulkan bahawa SWB adalah English blend yg sedikit sweet tasting, dipenuhi dengan kebaikan Syrian latakia yg semakin sukar didapati, dan dapat memberikan anda keenakan baccy dari suatu sudut yg sedikit berlainan. Keunikan gabungan flavor yg terhasil dari adunan jitu Syrian latakia dan black cavendish bakal membawa anda ke satu dimensi perpipaan yg pastinya menarik dan berbeza.

Thursday 25 December 2014

PETERSON SWEET KILLARNEY



     Sweet Killarney antara blend aro yg manis, sweet smelling and probably sweet tasting. Normally tobacconist akan recommend newbie dgn blend ni sebab ia akan memberi pengalaman pipesmoking yg menarik & newbies akan seronok & try blend2 lain. Tetapi, pengalaman pipesmoking melalui blend ni lebih tertumpu kpd aesthetic factor, iaitu the scent. Dari segi adunan base baccy iaitu Virginia, nothing special there.
     Kadangkala blend seperti Sweet Killarney ni is a good blend utk kita lawati sekali sekala. Terms yg digunakan adalah blend utk "change of pace". Yelah, hari2 Latakia & full flavor pun boring gak lelama nanti...

     So, apa yg saya boleh katakan, Sweet Killarney ni agak sedap tapi kurang "punch" nya. Sesuai utk santai bersama non-smokers, yg mungkin akan appreciate bau nya yg wangi sambil kita ngepuff.

Pendapat peribadi saya...😁

MacBaren the Solent Mixture


     MacBaren the Solent Mixture (tSM) adalah antara English blend keluarannya yg ramai peminat. Walaupun HH Vintage Syrian (VS) adalah lebih digemari & mempunyai komposisi yang baik, namun oleh kerana blend tu agak limited, ramai yg beralih kepada tSM yg ternyata lebih konsisten supply nya. Blend ni memiliki keistimewaannya yg tersendiri: adunan syrian latakia yg rare, yg pastinya menjadi igauan ramai. Walaupun kandungan Latakianya x sesignifikan VS, adunan rasanya tetap menarik untuk dicuba dan pastinya akan memuaskan.
      Sebaik saja tin dibuka, satu cover statement jaminan quality dari Mac Baren menutup tobacco yg tersusun kemas di belakangnya. Tin note yg berbau sedikit mcm apricot kering, sour plum, molasses dan sedikit spiciness. Dari segi komposisi blend, penggunaan Mac Baren cavendish adalah lebih banyak - ini dapat dilihat dgn mata kasar, as banyak ribbon hitam di dlm tin berbanding latakia yg berwarna coklat gelap dan burley / virginia yg lebih terang coklatnya.

     tSM sgt mudah utk dihandle: baccy nya cepat kering dan x perlu di prep lama. Sebaik dinyalakan, tembakaunya senang di light dan mudah diurus dgn tamper. First thought yg saya fikirkan ialah "kurang masam!" - personally saya mmg kurang menggemari blend keluaran MacBaren sebab MacBaren memang terkenal / take great pride dlm preparing cavendish nya yg tersendiri, yg agak masam dan kurang saya senangi (note: ramai org suka trademark MacBaren ni, yg selalu masam2 sikit rasanya, terpulang pada individu). Namun dlm blend tSM ni, ternyata "masamness" itu dah dikompromikan oleh Syrian Latakia secara halus. Tindakbalas ini juga telah menyebabkan Syrian Latakia pun agak kehilangan sebahagian flavor profile nya yg penting - tiada rasa "leathery tartness" yg selalu menjadi trademark kpd Syrian Latakia. Tetapi flavor profile nya tidak lah teruk terjejas, cuma bagi tekak yg dah biasa diulit Syrian Latakia, "leathery" taste tu adalah identik dan penting dan yang pasti SM tidak mampu untuk memberikannya kepada anda.
     Hampir satu pertiga bowl, walaupun kehilangan leathery taste tu agak menghampakan, namun MacBaren cavendish tidak lagi menganggu saya (sepertimana blend MacBaren yg lain mcm Scottich Mixture dll). Justeru itu, fokus yg lebih dapat diarahkan kepada detecting kualiti burley yg terdapat dlm blend ni. tSM, bagi saya, sebagaimana janji yg tertulis di depan cover tinnya, memang menggunakan burley yg berkualiti baik. Ia mmg memuaskan palate pipesmokers dengan full bodied tobacco taste yg bagi saya mmg betul2 filling dan almost perfect. Mmg ini lah ciri2 burley yg berkualiti tinggi, yang biasanya kita boleh associate dgn produksi burley Malawi.

      Virginia yg digunakan tidak menampilkan kualiti virginia "kelas atasan" sepertimana blender like McClelland dan Dunhill selalu tampilkan. Oleh kerana kualiti burley yg ada tadi sudah cukup untuk memuaskan kita disepanjang pelayaran dengan tSM ni, bagi saya bahagian virginianya tidaklah penting sangat. Sudah tentu, jika virginia-goodness yg saya perlukan saya akan mencapai tin McClelland Christmas Cheer atau SG FVF instead.
      Blend ni juga agak consistent, boleh dihisap until the bottom of the bowl, tidak pahit di hujung dan tak sukar utk dapatkan white ash di hujung sesi perpaipan. Bila terpadam, mudah utk di relight semula. Perlu diingat, blend yg baik bukan hanya perlu menampilkan tobacco yg berkualiti dan rasa yg hebat, user-friendliness mesti juga ada. Jika kita asyik kena relight je sepanjang masa, akan menyebabkan sesi perpaipan yg kurang berkualiti, tidak relaxing & agak terganggu.

     Boleh disimpulkan, SM adalah sebuah blend yg agak competent, memiliki full body taste yang enak dan sedikit submissive in MacBaren trademark cavendish, dengan Latakia play yang agak lembut tapi indah. Bagi latakia hardcore (biasanya digelar latakiophile) anda akan sedikit kecewa, tambahan pula expectation terhadap Syrian latakia pastinya agak tinggi, since kebanyakan mereka memburu "leathery" taste di lidah masing2. Walaupun tidaklah blend english seperti yg kita harapkan, saya percaya ia tetap memberi kepuasan full bodied burley dan sedikit latakia tanginess sudah pun memenuhi hasrat blender seperti tulisan di belakang tin nya, "baccy yg akan membawa anda balik ke zaman agung pelayaran, dimana udara bercampur baur dgn bau lautan, tar dan kesibukan pelabuhan".

TIPS UNTUK MEERSCHAUM

Tiruan pakai resin. Very dangerous. Tapi senang nak detect. Basahkan jari dan lalukan dalam bowl. Kalau rasa mcm sangkut sikit, itu meerschaum.



SYRIAN LATAKIA

     Latakia sebenar nya ialah tobacco tempatan Syria, berdaun tirus dan dikenali sebagai "shek-el-bin". Tiada data mengenai rasa sebenar latakia (rasa sebenar merujuk kpd rasa nya jika daun ni melalui air-curing proses shj) dan mungkin kita x akan berpeluang untuk tahu mengenainya kerana tiada plantation latakia dilaporkan sejak tahun 80an. Sejarahnya asal latakia agak unik, dikatakan ia tercipta secara x sengaja bila tobacco planter simpan shek-el-bin di dlm kepuk yg secara x sengaja terbakar. Hasilnya, tobacco yg terselamat tu, yummy....jadi latakia. Byk lagi versi bagaimana Latakia ni terjadi tapi secara umumnya, mmg bukan di plan jadi begini...

     Latakia ni, secara asasnya boleh dikatakan fire-cured. Mulanya daun shek-el-bin ni dijemur hingga kering, pastu digantung di dalam kepuk dan diasapkan dgn kayu2 yg berdekatan (sejenis pokok oak renek yg ada di Syria) dan ada theory mengatakan ada campuran beberapa tumbuhan herba tempatan jugak. Bau nya sebelum dibakar adalah agak tajam dan sedikit hapak. Bila siap diasap, daun2 Latakia tadi dikumpul menjadi satu bale, dicompress & diperam sekejap sebelum dipotong jadi flake. Kemudian di pack dlm guni dan sedia utk dijual di Port of Latakia.

     Bila Latakia mula memasuki pasaran eropah tidak pernah tercatat, namun campurtangan imperialisme British berlaku sekitar 1916 bila askar British membantu puak arab utk meraih kebebasan Syria dari sisa2 empayar Ottoman. Mungkin askar2 ni yg membawa pulang Latakia dari syria, atau imperialisme british telah mengeksport Latakia ke england adalah antara faktor2 yg kita boleh terima. Production Latakia ni meningkat apabila pasaran eropah mula menyukai keunikan rasa nya, especially bila di blend dgn Virginia. Tak lama kemudian English blend atau mixture seperti yg kita tahu skrg pun terhasil.
     Bila permintaan meningkat, pengeluaran juga meningkat. Syria telah mengeluarkan Latakia dgn pesat pada tahun 30an hingga 60an. Tak lama kemudian perang saudara meletus dan production secara automatik nya berhenti. Syria tidak lagi aman selepas itu jadi pemprosesan Latakia tidak lagi meluas. Namun, tobacco companies kebanyakannya membeli Latakia secara pukal dan menyimpan nya di dlm store memasing. Even tobacco companies pun mengaku yg mereka x dpt beli Syrian latakia lagi sekarang dan apa yg anda jumpa sekarang adalah purely stok mereka yg dibeli terdahulu. So, when Latakia simpanan ni habis, mereka akan discontinue blend tersebut. Senang kan?

     Selain tembakau paip, Latakia juga digunakan di dlm mixture rokok turki yg tradisional. Tapi perlu di ingatkan yang Latakia ni, sepertimana kebanyakan tobacco2 turki (Balkan), adalah bersifat keras dan tidak boleh diconsume begitu sahaja. Campuran Latakia adalah bernisbah dari sekecil 1% hingga paling tinggi 40%.

     Secara fizikal nya, tembakau Latakia ni selalunya berwarna coklat gelap setelah diproses. Tin note nya akan memiliki bauan seperti daging salai, rempahan, sedikit masin air laut dan bau barbeque. Bila dibakar, rasanya agak earthy, a bit pungent, sedikit manis dan tajam. Paling tepat utk kita describe, rasanya agak leathery. Nicotine level agak moderate, malah lebih rendah berbanding virginia. Bau nya yg agak keras dan sedikit pelik akan membuatkan banyak mata memandang anda tapi, rasanya yg earthy, leathery dan subtly sweet adalah amat menyenangkan.
      Senario skrg melihatkan Syrian Latakia mendapat permintaan yg tinggi, jauh dari kadar bekalan nya. Oleh itu, bila masa anda berpeluang utk memiliki baccy yg menggunakan Syrian Latakia, beli ajelah since baccy ni mmg rare (yes, x byk blend yg masih menggunakan Syrian Latakia dan x byk blender yg masih ada memilikinya), dan mungkin dlm sedekad lagi sudah x ada Syrian Latakia di muka bumi ini. Walaupun byk english blend yg sudah mula bertukar kepada Cyprian Latakia sekarang since flavor profilenya seakan sama, Syrian tetap memiliki keistimewaan rasanya yg tersendiri dan sebagai pipesmokers kita patut lah tahu dan hayati perbezaan rasa ini.

ANATOMY OF A PIPE BOWL


McCLELLAND & FROG MORTON

     Lebih kurang sedekad lepas McClelland telah mengeluarkan blend2 "crossover" yg disasarkan khusus pada aromatic smokers yg mahu beralih arah ke English blend. Kebiasaan nya sukar bagi aro-smokers ni utk terus consume true, rough English blend yg kebiasaannya memiliki kandungan latakia yg tinggi ( kekadang digelar "lat-bomb") so crossover blend adalah lebih forgiving dan sesuai untuk tekak & palate mereka.

     Namun, pada ketika itu McClelland tidak menyedari yg Frog Morton (FM) series ini akan menjadi salah satu series keluarannya yg bestseller dan hits dikalangan pipesmokers sedunia. Sekaligus mengenepikan dakwaan sesetengah pihak yang McClelland tidak mampu mengeluarkan latakia-based baccy yg sedap & bermutu tinggi. Memang selama ini pun, McClelland agak sinonim dgn pengeluaran virginia tobacco blends yg amat baik. Pendekata, jika org cari virginia blend org akan cari McClelland, jika nak English blend org akan cari reputable English blend mixer like GL Pease, Samuel Gawith, Erik Stokkebye dll.

     Sedikit tentang FM series: series ni consist of empat blends yg almost similar tapi sedikit berbeza dari segi tobacco composition memasing. FM Across The Pond (FM ATP) ni sebenarnya adalah blend FM yg original, cuma ditambah dengan sedikit daun Syrian Latakia yg rare dan mengujakan. Hasilnya, kehebatan rasa FM crossover yg di-amplify dgn ke-smokian dan keagungan Syrian Latakia.

     Bukak tin, anda dijemput dgn aroma Latakia yg spicy tapi agak harum. Pun dikesan tartness smell dari stoved virginia & sweet plum smell dari cavendish. FM series dtg dengan ribbon cut, ready rubbed so yg perlu hanyalah sedikit airing utk keringkan sikit kadar kelembapan yg sedia ada.

     First light, aroma Latakia dan black cavendish yg semulajadi fragranted menjemput palate anda. Jika anda biasa dgn FM series, anda tahu yg smokiness latakianya adalah agak sweet-tasting tetapi dgn addition of Syrian Latakia dlm FM ATP ni, walau pun sikit, mengurangkan kemanisan tersebut in a very good way. Hasilnya, anda dapat merasa profile flavor2 seperti spicey smoke, leathery kind of smoke. Sepanjang slow cadence of puffing, ada foreplay antara Syrian Latakia dan oriental leaves yg saling berjalin dimana anda akan rasa dua2 tobacco ni saling ke depan untuk occasionally memberi rasa leathery smokey dan sedikit swampy smokey, sbg support kpd base black cavendish sweetness taste yg ada di belakang.

     Dek kerana kelembapan tadi, FM ATP kekadang memerlukan lebih relights. Tapi flavor profilenya tetap utuh hingga ke hujung bowl. Sesiapa yg expect nicotine hit yg tinggi akan hampa, sebab kadar nicotine nya agak rendah, make it a very nice casual smoking baccy.

     Anda perlu ada keempat2 FM untuk merasa difference of mixture profile of these series, tapi yang pastinya FM series akan memberikan pendekatan yg berbeza tentang crossover blend, dan secara x langsung ia memghidupkan genre crossover yg selama ini tidak begitu dipedulikan oleh latakia lovers.



Wednesday 24 December 2014

PIPA-OLOGY & CHRISTMAS





Menjelang Christmas, byk pipers around the world yg seronok. Ramai yg plan utk tambah collection pipe & baccy mereka during festive season ni. Dari segi sosio-economy nya kita pun faham, time ni bonus dah dekat nak dapat, org keje gomen pun dpt gaji awal dan sebagainya. Tobacco dan pipemaking companies pun byk yg mengambil kesempatan ni dgn mengeluarkan Christmas-inspired pipes & blends. Antara contoh Peterson Christmas Pipes, Dunhill Christmas Pipes dan bagi baccy blends pulak most notably McClelland Christmas Cheers, Peterson Christmas Ltd Edition dan SG X-mas blends. Tobacconist stores pun byk buat sales during Christmas, a-la sale Raya Aidilfitri kita la kan. So logically, bila ada demand, akan ada la supply nya.

Tapi tahu kah kita kenapa Christmas celebration ni sinonim dgn piping?

      Antara andaian yg kita boleh buat ialah Christmas ni is the best times utk org yg celebrate ni bertukar2 hadiah. Di dlm setiap rumah org kristian akan ada mock pine tree yg berhias, dan selalunya pagi Christmas derang akan taruk hadiah bawah pokok tu. So ini lah masa yg sesuai utk hadiah kan pipe baru or Christmas-themed baccy kpd bapa or datuk mereka.

      Andaian kedua, Christmas ni sejuk. Salji merupakan peranan penting dlm Christmas, sebagaimana penting nya lemang dlm sesuatu hari raya. So bila dah sejuk tu mmg syok la mengelumit pipe kat beranda sambil tgk salji jatuh. Kena pulak dgn blends yg Christmas-inspired yg selalunya menerapkan flavor2 seperti cinnamon, apple, cherry dsb, laagi syok. Bayangkan duduk atas kerusi malas di depan beranda rumah eropah anda, sambil mengepuff cinnamon flavored baccy dan bernirvana melalui Dunhill straight bulldog, mengusap2 rustication shape nya yg agak craggy dan suam2, sambil meneguk English tea yg panas. Pergh.....

Namun, semua itu adalah andaian...

      Sebab utama kenapa Christmas sgt sinonim dgn pipesmoking adalah sebab maskot Christmas sendiri, iaitu Santa Claus, sentiasa menggamit pipes di dlm mulutnya! Yes, Santa Claus pun adalah seorang pipester!

      Imej Santa Claus yg original memang sentiasa berpiping. Jadi, dari dulu lg mmg santa clause (dan christmas, secara amnya) mmg sgt sinonim dgn pipesmoking.

      Namun awal 2000 ada bantahan dari anti smokers in USA yg x senang dengan imej Santa berpiping ni, yg dikatakan boleh membawa mesej yg tidak sihat pada kanak2...so, byk gambar dan imej santa yg baru tidak menggamit pipe di mulut seperti biasa.

      Walau bagaimana pun, setiap Christmas pasti dinantikan oleh pipesters x kira agama dan bangsa sebab offeringnya (blends & pipes) unik dan banyak!!!

McCLELLAND "HONEYDEW"


"Honeydew" ialah keluaran ketiga dari siri McClelland 221b. Siri ni menengahkan 3 jenis baccy yg berinspirasikan baccy yg ada dlm kisah detektif terkenal ni.

     Nama honeydew ni mungkin misleading utk newbies: ianya bukan baccy aromatic yg berflavor buah honeydew. Namun dlm tobacco industry, "honeydew" ni merujuk kpd baccy yg diperam dgn molasses. Penapaian secara natural daun light Virginia (Virginia daun cerah yg selalunya dibiar tumbuh agak lama sikit sblm dituai) ini bertindakbalas dgn molasses tersebut, menghasilkan extra sweet baccy yg unik.

     Bila anda buka tin, bau yg enak terus menerpa kalbu. Baccy ni dtg dlm keadaan broken flake, so terpulang samada nak dibuat cubes atau dirub jadi broken ribbons. Saya dah buka tin ni dekat setahun tapi moisture level still there, x terlalu kering dan x terlalu basah. Mmg perfect condition for a good smoke.

     Taste baccy ni agak creamy dan buttery-sweet. Sedikit aroma honey dapat di detect sepanjang puffing session. Walau pun nicotine kick tu x sehebat baccy yg terhasil dari daun dark virginia, tobacco body nya perfect dan memuaskan. Selain tu baccy ni pun sgt consistent, flavor profile nya kekal until the end of the bowl.

     Hasil pemeraman dgn molasses ni, baccy ni x memiliki rasa atau bau hay atau bread, sepertimana yg selalu kita dapat dari kebanyakan Virginia blend. Tp ini sebenarnya agak bagus as kita boleh concentrate pada honey element yg mmg khusus ada pada honeydew baccy seperti ini.

     Pada pandangan saya, honeydew style baccy ni mmg dicipta utk aromatic pipers yg baru nak berjinak2 dlm arena full virginia baccy. So kita boleh assume yg blend ni was a very good crossover blend. Medium nicotine level but almost full-bodied pun mmg bagus utk aromatic pipers, as ia tak mengejutkan mereka dgn baccy yg tetiba je heavy in nicotine (yg sukar diterima tekak aromatic-based pipers especially yg newbies) tapi ia dapat memberi gambaran yg utuh tentang tekstur rasa sesebuah virginia blends.

     Blend mcm ni mmg sesuai & syok utk santai sambil tgk tv atau santai di balcony tengok kebun teh dan yg seumpamanya.

FROG MORTON - ACROSS THE POND


      Lebih kurang sedekad lepas McClelland telah mengeluarkan blend2 "crossover" yg disasarkan khusus pada aromatic smokers yg mahu beralih arah ke English blend. Kebiasaan nya sukar bagi aro-smokers ni utk terus consume true, rough English blend yg kebiasaannya memiliki kandungan latakia yg tinggi ( kekadang digelar "lat-bomb") so crossover blend adalah lebih forgiving dan sesuai untuk tekak & palate mereka.

      Namun, pada ketika itu McClelland tidak menyedari yg Frog Morton (FM) series ini akan menjadi salah satu series keluarannya yg bestseller dan hits di kalangan pipesmokers sedunia. Sekaligus mengenepikan dakwaan sesetengah pihak yang McClelland x mampu mengeluarkan latakia-based baccy yg sedap & bermutu tinggi. Mmg selama ini pun, McClelland agak sinonim dgn pengeluaran virginia tobacco blends yg amat baik. Pendekata, jika org cari virginia blend org akan cari McClelland, jika nak English blend org akan cari reputable English blend mixer like GL Pease, Samuel Gawith, Erik Stokkebye dll.

      Sedikit tentang FM series: series ni consist of empat blends yg almost similar tapi sedikit berbeza dari segi tobacco composition memasing. FM Across The Pond (FM ATP) ni sebenarnya adalah blend FM yg original, cuma ditambah dengan sedikit daun Syrian Latakia yg rare dan mengujakan. Hasilnya, kehebatan rasa FM crossover yg di-amplify dgn ke-smokian dan keagungan Syrian Latakia.

      Bukak tin, anda dijemput dgn aroma Latakia yg spicy tapi agak harum. Pun dikesan tartness smell dari stoved virginia & sweet plum smell dari cavendish. FM series dtg dengan ribbon cut, ready rubbed so yg perlu hanyalah sedikit airing utk keringkan sikit kadar kelembapan yg sedia ada.

      First light, aroma Latakia dan black cavendish yg semulajadi fragranted menjemput palate anda. Jika anda biasa dgn FM series, anda tahu yg smokiness latakianya adalah agak sweet-tasting tetapi dgn addition of Syrian Latakia dlm FM ATP ni, walau pun sikit, mengurangkan kemanisan tersebut in a very good way. Hasilnya, anda dapat merasa profile flavor2 seperti spicey smoke, leathery kind of smoke. Sepanjang slow cadence of puffing, ada foreplay antara Syrian Latakia dan oriental leaves yg saling berjalin dimana anda akan rasa dua2 tobacco ni saling ke depan untuk occasionally memberi rasa leathery smokey dan sedikit swampy smokey, abg support kpd base black cavendish sweetness taste yg ada di belakang.

      Dek kerana kelembapan tadi, FM ATP kekadang memerlukan lebih relights. Tapi flavor profile nya tetap utuh hingga ke hujung bowl. Sesiapa yg expect nicotine hit yg tinggi akan hampa, sebab kadar nicotine nya agak rendah, make it a very nice casual smoking baccy.

      Anda perlu ada keempat2 FM untuk merasa difference of mixture profile of these series, tapi yang pastinya FM series akan memberikan pendekatan yg berbeza tentang crossover blend, dan secara x langsung ia memghidupkan genre crossover yg selama ini tidak begitu dipedulikan oleh latakia lovers.

PENGENALAN KEPADA ASAS TOBACCO BLENDS

Blends atau mixture adalah end-product tembakau. Kebanyakan tembakau konsumer (yg kita beli dari kedai / tobacconist) adalah blends / mixture. Jarang sekali sesuatu tembakau itu digunakan secara propriety (100% dari satu jenis tembakau sahaja), kecuali kes2 khas seperti pure virginia / burley yg dikultivasi dari sesuatu tempat yg istimewa sahaja (contohnya McClelland Christmas Cheer series). Malahan, campuran dua atau lebih tembakau yg sama tetapi dari lokaliti yg berlainan juga termasuk dlm kategori blends dan mixture (contohnya Mac Baren HH Mature Virginia - campuran lebih 20 jenis virginia dari pelbagai lokaliti!).

Di bawah adalah senarai blends & mixtures yg kita biasa jumpa.


AROMATIC BLENDS :
      Aromatic blends biasanya melibatkan kombinasi tembakau burley, virginia dan cavendish. Burley merupakan komponen penting oleh kerana sifatnya yg mampu menyerap flavor dan casing tambahan, virginia sebagai base baccy dan cavendish untuk memberikan sedikit roundness kepada blend. Selalunya aromatic blend tidak memiliki full bodied flavor, virginia sweetness mahupun burley nuttiness, namun flavor tambahan sepatutnya memberikan anda impresi baik terhadap flavor itu & bau dari asap selalu nya adalah, yes, aromatic.


VIRGINIA BLENDS (VA) :
      Full Virginia leaves. 100% virginia, cuma perbezaan rasa antara blends adalah variasi daun Virginia dari sesuatu tempat (old belt, middle belt, yellow belt) & cara Virginia leaves tu disediakan (stoved, fermented, air-cured, flue-cured, compressed, cased etc). Contoh seperti McClelland Christmas Cheers series, SG Full Virginia Flake, McBaren Mature Virginia, Peterson Perfect Plug, Peterson Irish Flake, Dunhill Flake etc.


VIRGINIA + PERIQUE BLENDS (VA/PER) : 
     Virginia + perique. Variasi rasa virginia seperti yg diterangkan tadi uniquely menghasilkan full-flavor yg berlainan profil bila bersepadu dgn perique (yg sedikit pedas-pedas sedap). Perique hanya 5% shj nisbah campuran maximum sebab kalau lebih pedas sgt & unsmokable. Tambahan pulak production perique is very limited, so harganya pun mahal. Contoh blend seperti Dunhill Elizabethan Mixture, Three Nuns, Reiner Blend no 71 (Reiner Gold), Escudo Navy Flake dll.


BURLEY BLENDS :
      Menjurus kepada blend yg terdiri drpd burley tobacco only. Burley tidak memiliki kadar sugar yg banyak, tapi nicotine nya sederhana tinggi dan selalunya digunakan sbg condiments baccy lain, especially aromatic sebab burley mampu menyerap casing & flavoring. Namun burley alone, akan menjadi burley blends dan burley tobacco mmg selalunya dikaitkan dgn flavor "nuttiness" iaitu seperti after-taste kekacang. Terdiri dari dua variasi iaitu "red burley" dan "white burley". Contoh burley blends adalah seperti McBaren London Burley Blend, GLP Barbary Coast (a bit flavored) & Solani Aged Burley Flake.


KENTUCKY BLENDS :
      Natural burley ni biasanya diproses air-cured. Kalau fire cured, akan menghasilkan "kentucky" tobacco sebab sinonimnya ia banyak diproses di daerah Kentucky USA (bukan di restoran KFC ye). Hasilnya, rasa yg unik & berbeza dari burley, dan kadar nicotine yg sangat tinggi sesuai utk yg nak layan "high" lebih...contoh blend yg mengandungi Kentucky: Robert McConnell Scottish Cake, C&D Pennington Gap (available in Malaysia ), Orlik Dark Strong Kentucky (xde kat Malaysia).


ENGLISH BLEND :
      Karakter "sweet-smoking" Virginia jika dipadukan dgn "BBQ smokiness" yg menjadi trademark flavor Latakia, maka terhasil lah English blend. Kebiasaannya English blend ni agak heavy, namun paduan dua tobacco tadi menghasilkan flavor yg agak unik dan lain dari apa yg sedia ada, jadi ianya mendapat sambutan & digemari ramai. Campuran latakia paling minimum ialah 1%, kebiasaannya 5%, tetapi kadangkala ada blend yg menggunakan latakia sehingga 40% (blend yg menjurus kearah lebih Latakia content ni digelar "lat-bomb" usually). Cool smoking, creamy campfire taste (Cyprian Latakia) atau leathery BBQ tasting (the rare Syrian latakia) dan kekadang rasa mcm jerk meat or BBQ-spiced, is the normal attributes of English blends. Contoh: SG Squadron Leader, Dunhill London Mixture, Dunhill My Mixture, Ashton Artisan Blend, Dunhill Nightcap (lat-bomb).


CROSSOVER BLENDS :

      Mcm yg kita discuss baru2 ni, crossover blend menjurus ke arah lighter & more flavoured English blend. So dia x se-heavy English blends yg lain so newbie to English blend yg baru convert dari aromatic baccy akan rasa selesa dgn blend2 mcm ni. Boleh dikatakan as pengenalan to English blend. Selalunya, crossover blends akan memiliki kandungan cavendish tobacco yg tinggi, plus virginia, some oriental & latakia. Contoh: Frog Morton series, Sillem Black etc.


ORIENTAL BLEND :
      Blend ini mengenengahkan penggunaan tembakau oriental secara meluas. Tembakau oriental, atau "spiced tobacco" mcm yenidji, xanthi, drama, katerini, smyrna, izmir, sokhoum biasanya digunakan di dlm oriental blends, dan ditunjangi oleh virginia. Sesetengah blend yg menjurus kepada sesuatu tembakau secara khusus mungkin menggunakan nama tembakau tersebut (contohnya McClelland Yenidji Supreme) tetapi ia tetap tergolong dlm oriental blend. Flavor utama oriental blend adalah swampy-smokey dan kadang2 sedikit masin, light to medium-bodied dan kadar nikotin yg rendah. Oriental blend tidak mengandungi latakia. Contoh blend adalah seperti Robert McConnell Oriental, McClelland 221b Arcadia etc.


BALKAN BLEND :
      Balkan blends adalah blend yg berada di tengah2 oriental blend dan english blend. Pure Balkan blends masih menggunakan virginia sebagai asas blend, digabungkan dengan oriental dan turut mengandungi latakia. Hasilnya, blend yang tidak se-strong English blends, namun lebih full bodied dari oriental blend walaupun flavor oriental blend itu dikekalkan. Asimilasi tembakau oriental dan latakia juga agak unik dan memberikan kepuasan & keenakannya yg tersendiri. Contoh balkan blends ialah Bill Bailey Balkan Blends,  SG Balkan Flake dan SG Skiff Mixture.


SCOTTISH BLEND :
       Ramai yg confuse, namun Scottish blend ni tidak sama dgn English blend. Virginia & Latakia still ada, cuma tambahan Cavendish & sedikit oriental tobacco menghasilkan Scottish blend. Rasanya? Heavy sikit dari Balkan blend, lighter dan sweeter dari English blend, tapi lebih full-bodied dan sedikit berperisa. Contoh: Davidoff Scottish Blend & McBaren Scottish Mixture.


LAKELAND BLEND :
      Lakeland blend ni merujuk kpd blend2 yg berteraskan floral scent, yg famous di sekitar Lakeland, UK. Mungkin taste baccy sana or style dan cara baccy di situ diproses membuatkan dia rasa mcm tu. Khabarnya zaman dulu ada peraturan draconian yg melarang baccy x boleh letak flavor sesuka hati, so lakeland style ni antara yg dibenarkan & famous ketika itu. Skrg, pipesters biasanya either hate or love this blend, ada yg cakap rasa sabun, ada yg cakap mcm potpourri. Gawith & Hoggard (xda jual di sini) byk mengeluarkan blend2 berteraskan Lakeland ni. Selain tu, SG 1792 flake & SG RB Plug (ada di Malaysia) adalah contoh blend2 yg influenced by Lakeland style.

ASAS KEPADA VARIASI TEMBAKAU

 Virginia :
Tembakau utama dlm majoriti mixture / blends. Virginia memiliki kadar lembapan mineral yg tinggi jadi flavor yg terhasil adalah agak manis dan fragranted, seterusnya disukai ramai. Dengan itu, ia ditanam secara meluas dan menjadi tunjang utama kebanyakan blend2 tembakau. Virginia selalunya melalui proses air-curing atau sun-cured (di jemur). Tanah memainkan peranan yg penting dlm kultivasi virginia jadi kepelbagaian flavor juga dipengaruhi oleh faktor itu.


Burley :
Tembakau ini amat sesuai digunakan sebagai bahan utama automatic blends, kerana kemampuan nya untuk menyerap flavor adalah tinggi. Jika digunakan sebagai blends yg tersendiri, kadar nikotin nya agak sederhana. Namun, burley tidak memiliki kadar gula yg tinggi jadi kemanisan virginia itu tidak terdapat di dalam burley. Terdiri dari dua variasi, iaitu "white burley" & "red burley".


Kentucky :
Sebenarnya ini x boleh dikategorikan sebagai tembakau tersendiri, sebab "Kentucky tobacco" merupakan burley yg melalui proses fire-curing. Proses ini menghasilkan tembakau yg berwarna gelap dan mempunyai kadar nikotin yg agak tinggi. Mungkin sebab itu, ia jarang muncul di dlm blends2 yg ada sekarang tapi jika anda memerlukan tembakau yg mampu untuk memberikan "drousie feeling", kentucky adalah yg terbaik.


Cavendish :
Tiada tembakau yg bernama "cavendish". Ia adalah proses penapaian daun burley / virginia dan bahan berasaskan gula ringkas seperti molasses atau liquorice, dan kemudian ditambah casing syrup / gula. Kita boleh katakan ianya umpama menghasilkan tembakau melalui proses "honeydew" dan kemudian memberikannya casing lagi. Ianya kemudian diperam & dipotong sebagai flakes. Natural cavendish ni jika di toasted sampai jadi hitam, akan menghasilkan"black cavendish" yg rasanya agak refined. Perbezaannya? Mcm sugar vs brown sugar lah, berlainan sikit rasanya. Banyak blender tembakau menghasilkan sendiri cavendish tobacco mereka dan boleh dikatakan setiap brand memiliki sedikit kelainan yg tersendiri, sebab proses casing ni masing2 carry out ikut cara mereka sendiri.


Perique :
Tembakau yg agak keras rasanya. Memiliki kandungan nikotin yg sederhana, dan selalunya dikaitkan dgn rasa "spiciness" iaitu sedikit kepedasan dan edge yg tajam. Proses kultivasi nya adalah unik untuk perique sahaja, tiada tembakau lain yg diproses seumpamanya. Hanya ditanam di beberapa tempat di daerah Louisiana, USA dan hanya 5% dari produksi tembakau dunia. Nisbah campuran dlm blends / mixture hanyalah sekitar 1%. Antara tembakau yg mencatat harga pasaran yg tinggi dan terhad kuantitinya.


Oriental :
Sesuai dgn nama nya, tembakau oriental byk didapati di area2 seperti Turki, Macedonia, Greece, Albania & Balkan countries. Kebanyakan tembakau oriental memiliki flavor yg agak savoury, spicy dan semacam berempah. Biasanya ditanam secara kecil-kecilan mengikut lokaliti masing2. Antara yg selalu kita dapati ialah jenis Izmir, Smyrna, Katerini, Drama, Xanthi, Yenidji, Sokhoum dan lain2. Selalu terdapat dalam Oriental / Balkan blends dan kadang2 digunakan di dlm English blends.


Latakia :

King of tobacco. Terma "latakia" sebenarnya adalah market slang yg merujuk kpd end-product. Herbalogist tidak akan recognize nama ini. Sumber yg tunggal iaitu daun "shek-el-bin" hanya diperolehi dari Syria sahaja. Sebagai tembakau tempatan yg berdaun tirus, "shek-el-bin" dituai dan melalui proses fire-curing yg melibatkan pokok2 renek dan herba2 tempatan utk menjadikan nya sebagai latakia sepertimana yg kita nikmati today. Memiliki rasa smoky, bbq-ish, leathery dan creamy, latakia digunakan secara meluas dalam English blends dan kadang2 Oriental / Balkan blends. Namun dominasi flavor yg kuat menyebabkan hanya 1%-40% nisbah campuran sahaja digunakan, dan selalunya 5% dlm majoriti English blends.


Maduro :
Antara tembakau yg termahal di dunia, maduro bersifat full-bodied, berwarna coklat-kehitaman, memiliki "spiciness" tetapi tidak sama seperti perique, aromanya sangat "musky" dan kualiti pembakaran adalah sangat baik. Ditanam di daerah Habana & Santa Clara (Cuba) & Puerto Rico, maduro biasanya hanya dituai bila ia betul2 ranum. Ia juga hanya ditanam di tempat yg teduh & selalunya digunakan sebagai tembakau curut. Oleh kerana itu harganya sangat mahal, jarang2 blend yg menggunakan maduro sebagai campuran tembakau pipa mereka.

SALAM PEMBUKA BICARA

As salam untuk semua dan khasnya untuk para pipers semua.

Blog ini diwujudkan umumnya untuk para penggemar pipe di seluruh Malaysia dan khusunya untuk ahli-ahli WhatsApp "Pesta Memaip" yang telah diwujudkan oleh salah seorang legenda pipe di Kelantan iaitu Dr. Hj. Wan Zawawi b Wan Ismail yang umumnya dikenali sbg "Doc" dalam group tersebut.

 Dalam group ini banyak dibincangkan tentang tembakau yang digunakan oleh penggemar pipe dan dalam group tersebut terdapat seorang ahli yang amat-amat ahli dalam menghuraikan tentang tembakau-tembakau yang ada dalam pasaran.  Beliau yang dikenali sebagai Shahril banyak membantu ahli-ahli dalam mengenali karektor-karektor tembakau.  Melalui review-review yang telah dibuat maka terciptalah blog ini bagi tujuan para ahli group untuk membuat rujukan dan untuk menyenangkan para ahli untuk mengenalpasti jenis tembakau yang akan dibeli nanti.

Semoga ianya dapat memberi sedikit perkongsian ilmu dalam kita memilih tembakau atau lebih dikenali dengan panggilan manjanya "baccy" dan membantu kita untuk mengenali "baccy" yang ingin kita miliki.