Wednesday 24 December 2014

SALAM PEMBUKA BICARA

As salam untuk semua dan khasnya untuk para pipers semua.

Blog ini diwujudkan umumnya untuk para penggemar pipe di seluruh Malaysia dan khusunya untuk ahli-ahli WhatsApp "Pesta Memaip" yang telah diwujudkan oleh salah seorang legenda pipe di Kelantan iaitu Dr. Hj. Wan Zawawi b Wan Ismail yang umumnya dikenali sbg "Doc" dalam group tersebut.

 Dalam group ini banyak dibincangkan tentang tembakau yang digunakan oleh penggemar pipe dan dalam group tersebut terdapat seorang ahli yang amat-amat ahli dalam menghuraikan tentang tembakau-tembakau yang ada dalam pasaran.  Beliau yang dikenali sebagai Shahril banyak membantu ahli-ahli dalam mengenali karektor-karektor tembakau.  Melalui review-review yang telah dibuat maka terciptalah blog ini bagi tujuan para ahli group untuk membuat rujukan dan untuk menyenangkan para ahli untuk mengenalpasti jenis tembakau yang akan dibeli nanti.

Semoga ianya dapat memberi sedikit perkongsian ilmu dalam kita memilih tembakau atau lebih dikenali dengan panggilan manjanya "baccy" dan membantu kita untuk mengenali "baccy" yang ingin kita miliki.
  

No comments:

Post a Comment