Wednesday 24 December 2014

PENGENALAN KEPADA ASAS TOBACCO BLENDS

Blends atau mixture adalah end-product tembakau. Kebanyakan tembakau konsumer (yg kita beli dari kedai / tobacconist) adalah blends / mixture. Jarang sekali sesuatu tembakau itu digunakan secara propriety (100% dari satu jenis tembakau sahaja), kecuali kes2 khas seperti pure virginia / burley yg dikultivasi dari sesuatu tempat yg istimewa sahaja (contohnya McClelland Christmas Cheer series). Malahan, campuran dua atau lebih tembakau yg sama tetapi dari lokaliti yg berlainan juga termasuk dlm kategori blends dan mixture (contohnya Mac Baren HH Mature Virginia - campuran lebih 20 jenis virginia dari pelbagai lokaliti!).

Di bawah adalah senarai blends & mixtures yg kita biasa jumpa.


AROMATIC BLENDS :
      Aromatic blends biasanya melibatkan kombinasi tembakau burley, virginia dan cavendish. Burley merupakan komponen penting oleh kerana sifatnya yg mampu menyerap flavor dan casing tambahan, virginia sebagai base baccy dan cavendish untuk memberikan sedikit roundness kepada blend. Selalunya aromatic blend tidak memiliki full bodied flavor, virginia sweetness mahupun burley nuttiness, namun flavor tambahan sepatutnya memberikan anda impresi baik terhadap flavor itu & bau dari asap selalu nya adalah, yes, aromatic.


VIRGINIA BLENDS (VA) :
      Full Virginia leaves. 100% virginia, cuma perbezaan rasa antara blends adalah variasi daun Virginia dari sesuatu tempat (old belt, middle belt, yellow belt) & cara Virginia leaves tu disediakan (stoved, fermented, air-cured, flue-cured, compressed, cased etc). Contoh seperti McClelland Christmas Cheers series, SG Full Virginia Flake, McBaren Mature Virginia, Peterson Perfect Plug, Peterson Irish Flake, Dunhill Flake etc.


VIRGINIA + PERIQUE BLENDS (VA/PER) : 
     Virginia + perique. Variasi rasa virginia seperti yg diterangkan tadi uniquely menghasilkan full-flavor yg berlainan profil bila bersepadu dgn perique (yg sedikit pedas-pedas sedap). Perique hanya 5% shj nisbah campuran maximum sebab kalau lebih pedas sgt & unsmokable. Tambahan pulak production perique is very limited, so harganya pun mahal. Contoh blend seperti Dunhill Elizabethan Mixture, Three Nuns, Reiner Blend no 71 (Reiner Gold), Escudo Navy Flake dll.


BURLEY BLENDS :
      Menjurus kepada blend yg terdiri drpd burley tobacco only. Burley tidak memiliki kadar sugar yg banyak, tapi nicotine nya sederhana tinggi dan selalunya digunakan sbg condiments baccy lain, especially aromatic sebab burley mampu menyerap casing & flavoring. Namun burley alone, akan menjadi burley blends dan burley tobacco mmg selalunya dikaitkan dgn flavor "nuttiness" iaitu seperti after-taste kekacang. Terdiri dari dua variasi iaitu "red burley" dan "white burley". Contoh burley blends adalah seperti McBaren London Burley Blend, GLP Barbary Coast (a bit flavored) & Solani Aged Burley Flake.


KENTUCKY BLENDS :
      Natural burley ni biasanya diproses air-cured. Kalau fire cured, akan menghasilkan "kentucky" tobacco sebab sinonimnya ia banyak diproses di daerah Kentucky USA (bukan di restoran KFC ye). Hasilnya, rasa yg unik & berbeza dari burley, dan kadar nicotine yg sangat tinggi sesuai utk yg nak layan "high" lebih...contoh blend yg mengandungi Kentucky: Robert McConnell Scottish Cake, C&D Pennington Gap (available in Malaysia ), Orlik Dark Strong Kentucky (xde kat Malaysia).


ENGLISH BLEND :
      Karakter "sweet-smoking" Virginia jika dipadukan dgn "BBQ smokiness" yg menjadi trademark flavor Latakia, maka terhasil lah English blend. Kebiasaannya English blend ni agak heavy, namun paduan dua tobacco tadi menghasilkan flavor yg agak unik dan lain dari apa yg sedia ada, jadi ianya mendapat sambutan & digemari ramai. Campuran latakia paling minimum ialah 1%, kebiasaannya 5%, tetapi kadangkala ada blend yg menggunakan latakia sehingga 40% (blend yg menjurus kearah lebih Latakia content ni digelar "lat-bomb" usually). Cool smoking, creamy campfire taste (Cyprian Latakia) atau leathery BBQ tasting (the rare Syrian latakia) dan kekadang rasa mcm jerk meat or BBQ-spiced, is the normal attributes of English blends. Contoh: SG Squadron Leader, Dunhill London Mixture, Dunhill My Mixture, Ashton Artisan Blend, Dunhill Nightcap (lat-bomb).


CROSSOVER BLENDS :

      Mcm yg kita discuss baru2 ni, crossover blend menjurus ke arah lighter & more flavoured English blend. So dia x se-heavy English blends yg lain so newbie to English blend yg baru convert dari aromatic baccy akan rasa selesa dgn blend2 mcm ni. Boleh dikatakan as pengenalan to English blend. Selalunya, crossover blends akan memiliki kandungan cavendish tobacco yg tinggi, plus virginia, some oriental & latakia. Contoh: Frog Morton series, Sillem Black etc.


ORIENTAL BLEND :
      Blend ini mengenengahkan penggunaan tembakau oriental secara meluas. Tembakau oriental, atau "spiced tobacco" mcm yenidji, xanthi, drama, katerini, smyrna, izmir, sokhoum biasanya digunakan di dlm oriental blends, dan ditunjangi oleh virginia. Sesetengah blend yg menjurus kepada sesuatu tembakau secara khusus mungkin menggunakan nama tembakau tersebut (contohnya McClelland Yenidji Supreme) tetapi ia tetap tergolong dlm oriental blend. Flavor utama oriental blend adalah swampy-smokey dan kadang2 sedikit masin, light to medium-bodied dan kadar nikotin yg rendah. Oriental blend tidak mengandungi latakia. Contoh blend adalah seperti Robert McConnell Oriental, McClelland 221b Arcadia etc.


BALKAN BLEND :
      Balkan blends adalah blend yg berada di tengah2 oriental blend dan english blend. Pure Balkan blends masih menggunakan virginia sebagai asas blend, digabungkan dengan oriental dan turut mengandungi latakia. Hasilnya, blend yang tidak se-strong English blends, namun lebih full bodied dari oriental blend walaupun flavor oriental blend itu dikekalkan. Asimilasi tembakau oriental dan latakia juga agak unik dan memberikan kepuasan & keenakannya yg tersendiri. Contoh balkan blends ialah Bill Bailey Balkan Blends,  SG Balkan Flake dan SG Skiff Mixture.


SCOTTISH BLEND :
       Ramai yg confuse, namun Scottish blend ni tidak sama dgn English blend. Virginia & Latakia still ada, cuma tambahan Cavendish & sedikit oriental tobacco menghasilkan Scottish blend. Rasanya? Heavy sikit dari Balkan blend, lighter dan sweeter dari English blend, tapi lebih full-bodied dan sedikit berperisa. Contoh: Davidoff Scottish Blend & McBaren Scottish Mixture.


LAKELAND BLEND :
      Lakeland blend ni merujuk kpd blend2 yg berteraskan floral scent, yg famous di sekitar Lakeland, UK. Mungkin taste baccy sana or style dan cara baccy di situ diproses membuatkan dia rasa mcm tu. Khabarnya zaman dulu ada peraturan draconian yg melarang baccy x boleh letak flavor sesuka hati, so lakeland style ni antara yg dibenarkan & famous ketika itu. Skrg, pipesters biasanya either hate or love this blend, ada yg cakap rasa sabun, ada yg cakap mcm potpourri. Gawith & Hoggard (xda jual di sini) byk mengeluarkan blend2 berteraskan Lakeland ni. Selain tu, SG 1792 flake & SG RB Plug (ada di Malaysia) adalah contoh blend2 yg influenced by Lakeland style.

1 comment:

  1. Ada ke perasa yg manis2. Kalau ada boleh suggest brand x bro

    ReplyDelete