Thursday 25 December 2014

MacBaren the Solent Mixture


     MacBaren the Solent Mixture (tSM) adalah antara English blend keluarannya yg ramai peminat. Walaupun HH Vintage Syrian (VS) adalah lebih digemari & mempunyai komposisi yang baik, namun oleh kerana blend tu agak limited, ramai yg beralih kepada tSM yg ternyata lebih konsisten supply nya. Blend ni memiliki keistimewaannya yg tersendiri: adunan syrian latakia yg rare, yg pastinya menjadi igauan ramai. Walaupun kandungan Latakianya x sesignifikan VS, adunan rasanya tetap menarik untuk dicuba dan pastinya akan memuaskan.
      Sebaik saja tin dibuka, satu cover statement jaminan quality dari Mac Baren menutup tobacco yg tersusun kemas di belakangnya. Tin note yg berbau sedikit mcm apricot kering, sour plum, molasses dan sedikit spiciness. Dari segi komposisi blend, penggunaan Mac Baren cavendish adalah lebih banyak - ini dapat dilihat dgn mata kasar, as banyak ribbon hitam di dlm tin berbanding latakia yg berwarna coklat gelap dan burley / virginia yg lebih terang coklatnya.

     tSM sgt mudah utk dihandle: baccy nya cepat kering dan x perlu di prep lama. Sebaik dinyalakan, tembakaunya senang di light dan mudah diurus dgn tamper. First thought yg saya fikirkan ialah "kurang masam!" - personally saya mmg kurang menggemari blend keluaran MacBaren sebab MacBaren memang terkenal / take great pride dlm preparing cavendish nya yg tersendiri, yg agak masam dan kurang saya senangi (note: ramai org suka trademark MacBaren ni, yg selalu masam2 sikit rasanya, terpulang pada individu). Namun dlm blend tSM ni, ternyata "masamness" itu dah dikompromikan oleh Syrian Latakia secara halus. Tindakbalas ini juga telah menyebabkan Syrian Latakia pun agak kehilangan sebahagian flavor profile nya yg penting - tiada rasa "leathery tartness" yg selalu menjadi trademark kpd Syrian Latakia. Tetapi flavor profile nya tidak lah teruk terjejas, cuma bagi tekak yg dah biasa diulit Syrian Latakia, "leathery" taste tu adalah identik dan penting dan yang pasti SM tidak mampu untuk memberikannya kepada anda.
     Hampir satu pertiga bowl, walaupun kehilangan leathery taste tu agak menghampakan, namun MacBaren cavendish tidak lagi menganggu saya (sepertimana blend MacBaren yg lain mcm Scottich Mixture dll). Justeru itu, fokus yg lebih dapat diarahkan kepada detecting kualiti burley yg terdapat dlm blend ni. tSM, bagi saya, sebagaimana janji yg tertulis di depan cover tinnya, memang menggunakan burley yg berkualiti baik. Ia mmg memuaskan palate pipesmokers dengan full bodied tobacco taste yg bagi saya mmg betul2 filling dan almost perfect. Mmg ini lah ciri2 burley yg berkualiti tinggi, yang biasanya kita boleh associate dgn produksi burley Malawi.

      Virginia yg digunakan tidak menampilkan kualiti virginia "kelas atasan" sepertimana blender like McClelland dan Dunhill selalu tampilkan. Oleh kerana kualiti burley yg ada tadi sudah cukup untuk memuaskan kita disepanjang pelayaran dengan tSM ni, bagi saya bahagian virginianya tidaklah penting sangat. Sudah tentu, jika virginia-goodness yg saya perlukan saya akan mencapai tin McClelland Christmas Cheer atau SG FVF instead.
      Blend ni juga agak consistent, boleh dihisap until the bottom of the bowl, tidak pahit di hujung dan tak sukar utk dapatkan white ash di hujung sesi perpaipan. Bila terpadam, mudah utk di relight semula. Perlu diingat, blend yg baik bukan hanya perlu menampilkan tobacco yg berkualiti dan rasa yg hebat, user-friendliness mesti juga ada. Jika kita asyik kena relight je sepanjang masa, akan menyebabkan sesi perpaipan yg kurang berkualiti, tidak relaxing & agak terganggu.

     Boleh disimpulkan, SM adalah sebuah blend yg agak competent, memiliki full body taste yang enak dan sedikit submissive in MacBaren trademark cavendish, dengan Latakia play yang agak lembut tapi indah. Bagi latakia hardcore (biasanya digelar latakiophile) anda akan sedikit kecewa, tambahan pula expectation terhadap Syrian latakia pastinya agak tinggi, since kebanyakan mereka memburu "leathery" taste di lidah masing2. Walaupun tidaklah blend english seperti yg kita harapkan, saya percaya ia tetap memberi kepuasan full bodied burley dan sedikit latakia tanginess sudah pun memenuhi hasrat blender seperti tulisan di belakang tin nya, "baccy yg akan membawa anda balik ke zaman agung pelayaran, dimana udara bercampur baur dgn bau lautan, tar dan kesibukan pelabuhan".

No comments:

Post a Comment