Sunday 29 October 2017

“ritual de lo habitual”

Dari keinginan ia berkembang menjadi satu kemestian dan seterusnya menjadi rutin yang tidak lama kemudian bertukar menjadi satu ritual.
Ia mengambil masa yang agak panjang untuk sesebuah hobi menjadi habit. Dan apabila ia sudah pun menjadi satu habit, kaedah dan keterbiasan pada satu sela masa dan ruang pula akan menjadikan ia satu ritual. Dan kita pasti tahu yang ritual memerlukan “devotion”, dan devotion itulah yang membentuk kita menjadi seorang insan yang berguna, dengan matlamat dan pendapat kita yang tersendiri.
Begitulah halnya kita dengan hobi berpipa ini. Banyak perkara yang kita lakukan telah dari awal dahulu telah pun menjadi satu rutin kepada diri kita, terutamanya apabila perkara itu dilakukan berulang-ulang kali. Ia sering berlaku secara tidak sedar seperti contohnya seorang pemipa yang sudah terbiasa tamping tembakau di dalam bowl dengan stail “membukit” – yakni membentuk satu timbunan meninggi di bahagian tengah tembakau dan menekan bahagian tepi supaya ia lebih terkedalam. 
Saya sendiri tidak terkecuali. Saya sangat menyukai stail tamping sebegini dan percaya ia akan dapat membantu saya mendapatkan ember yang lebih baik berbanding dengan hanya menekan rata. Padahal, penghasilan ember dan kawalannya juga bergantung-harap kepada kadar kelembapan tembakau, cara ia dipek kedalam bowl, kadar sedutan dan seribu satu faktor lagi namun itulah ritual yang sukar untuk saya tinggalkan walaupun tiada pembuktian sains tentang packing membukit ini.
 
Acapkali juga kita akan merasakan seperti “serba tak kena” apabila sesuatu perkara yang biasa dilakukan itu kita tinggalkan, meninggalkan simptom-simptom seperti resah, badan gatal-gatal, tergaru-garu di sana sini dan tidak tentu arah. Ini boleh terjadi terutamanya apabila kebiasaan itu melibatkan sesuatu yang hygienic seperti aktiviti membersihkan airway shank dan bowl dengan pipecleaner setiap kali selepas selesai berpipa. Pemipa yang terbiasa dengan aktiviti sebegini akan secara automatik mengeluarkan pipecleaners selepas sesi perpipaannya tamat dan akan mengalami perasaan kurang senang seperti simptom-simptom di atas sekiranya pipa yang masih belum dibersihkan ada di dalam beg pipa mereka.
Tiada benar atau salah di dalam hal kebersihan dan hygienic ini sebenarnya, kerana membiarkan bowl dengan baki tembakau pipa juga mungkin adalah satu ritual kepada pemipa lain. Hal ini berlaku terutamanya kepada pemipa yang sangat memuja sesetengah blend. Demi memastikan pipa mereka diselaputi dengan flavor yang mereka sangat sukakan itu, mereka akan meninggalkan bowl semalaman, hanya untuk dibersihkan pada keesokan harinya. Sudah tentu, pipa adalah hak individu dan Kita tidak berhak untuk menegur ritual-ritual persendirian sebegini.
Malah, sesetengah ritual adalah agak “abusive” seperti seorang rakan rapat yang suka mengetuk pipa di bucu meja setiapkali selesai membersihkan pipanya! Katanya ia memberikan satu “sense of cleanliness” kerana beliau berjaya menggugurkan abu yang degil yang berkemungkinan melekat di dasar bowl pipanya. Sudah tentu saya tidak menafikan hak beliau untuk membersihkan pipa milik beliau sendiri, walaupun pendekatannya mungkin adalah agak ekstremis dan sadis. Walau bagaimanapun, saya berterima kasih kepada tuhan yang tidak membuka pintu hati kawan saya tadi untuk menggunakan pipa meerschaum setakat ini. Kalau tidak, what a waste!

Antara ritual lain yang lebih mudah difahami adalah cara seseorang pemipa menguruskan tembakau berbentuk flake. Semua orang memiliki preferensi tersendiri namun ritual yang selalu kita dapat lihat adalah ketika seseorang pemipa itu meleraikan flake mereka satu persatu. Terkadang mereka kelihatan seperti agak asyik dengan aktiviti itu; cuba menghasilkan output ribbon sebaik mungkin di atas tudung tin tembakau mereka. Sesetengah mereka akan go to the extreme dengan carikkan tembakau “single ply” dan ramai yang sudah cukup berpuas hati dengan proses “rubbing” untuk menghasilkan “broken flake”.
Bagaimana pendapat saya? Saya juga terkadang akan melibatkan diri di dalam ritual ini. There’s always something special tentang bauan rerumput dan jerami lembap dari flake straight virginia ketika ia dicarik-carik yang meruntun jiwa merindui masa-masa berharga sesi perpipaan. Menikmati saat-saat sebegini, ditambah pula dengan sesi perpipaan yang baik selepasnya, adalah satu nikmat dunia yang sukar untuk saya gambarkan.
Terkadang kita pemipa dahagakan elemen komplikasi di dalam hobi perpipaan ini. Kita tidak mahu konsep perpipaan menjadi banal dan tidak menarik sepertimana rokok – yang hanya melibatkan elemen membeli dan mengguna sahaja. Golongan pemipa selalunya adalah mereka yang sangat menghargai sumber tembakau dan tahu bagaimana untuk menikmati tumbuhan ciptaan tuhan ini dengan sangat baik dan bergaya.. Dan yang lebih penting, nikmat sebegini tidak hanya terbatas kepada sesi intra-smoke sahaja, pre dan post juga adalah sebuah rentetan nikmat berpanjangan, menjadikannya satu ritual yang dituruti dan dinanti-nantikan oleh para pemipa saban hari.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Saturday 21 October 2017

Ulasan Baccy : Drucquer & Sons Levant Mixture

“Levant” memberikan satu unjuran geografi yang sangat menarik. The Levant adalah sebuah wilayah besar yang bersejarah, yang merangkumi negara-negara Mediterranean utara seperti Greece dan gugusan kepulauannya, Cyprus dan Turkey hinggalah ke separuh semenanjung Arab seperti Syria, Iran, Lebanon, Jordan, Israel dan Palestin. Levant Mixture pula merujuk kepada blend tobacco house Drucquer & Sons yang paling terkenal dan ramai peminatnya. 
Jika kita “rewind” ke sedikit masa dahulu, Levant Mixture adalah sebuah mixture yang agak popular. Malah, blend ini juga menerima beberapa tribut, cuba dijelmakan semula oleh beberapa blending house lain dan yang masih ada di pasaran sekarang adalah Rainer Levant keluaran Seattle Pipe Club. Hanya blend-blend yang tersohor sahaja yang akan diemulasikan oleh blending-blending house lain dan ia memberikan indikasi akan kebaikan blending Levant Mixture itu sendiri.
Jika dilihat pada dokumen resepi Drucquer terdahulu, Syrian latakia adalah satu komponen asal Levant Mixture akan tetapi dengan tahap keberadaan Syrian latakia yang semakin kritikal sekarang, penggantiannya dengan Cyprian adalah dijangka. Asas blend adalah terbina dari bright dan red virginia yang dapat dilihat jelas di dalam tin. Penggunaan Izmir di dalam blend ini mengklasifikasikannya sebagai sebuah Balkan powerhouse, yang saya rasakan agak signifikan juga memandangkan bauan sweet hickory yang dapat dihidu dari nota tin tentunya datang dari daun oriental yang hebat ini.
Nota nyata yang terbit sebaik sahaja tin Levant Mixture dibuka adalah BBQ yang smoky, sedikit hickory yang manis, jerk meat, campfire smells yang agak leathery, bibit-bibit pisang salai yang memiliki nota kemasaman dan grassy yang jelas datang dari red dan bright virginia. Levant Mixture datang dengan ribbon cut, yang memiliki kelembapan yang sangat minimum anda tidak perlu untuk prepping tembakau ini sebelum mengepeknya ke dalam bowl pipa anda. Dan ribbonnya juga agak springy apabila dipek. Pembakaran juga mudah dilakukan.
Cyprian latakia adalah infantri yang berada di hadapan, sebaik sahaja pembakaran lengkap dan ember terhasil. Flavor leathery yang agak jelas terhasil di sini, agak bold dan “captivating”. Nota “campfire” yang bersulam “creaminess” dan “tangy” dari virginia menambahkan lagi untaian warna-warni flavor dari Levant Mixture. Aroma latakia adalah “at its fullest” setanding Dunhill Nightcap disini, akan tetapi faktor “creaminess” tadi memberikan saya pembayang Dunhill 965 dan sedikit memento virginia aruhan McClelland yang selalu mewarnai siri Christmas Cheer mereka. Malah, saya dapat menghidu sedikit “ketchup smell” menerusi retrohale. Ini semestinya adalah perkara yang sangat baik buat peminat blend-blend berunsurkan English yang padat dengan aksi virginia.
Dengan penguasaan kedua flavor ini, adalah sukar untuk saya mencari nota-nota balkan atau oriental di dalamnya. Mungkin anda akan dapat menjumpai kompleksiti yang lebih baik dengan Inns of Court atau The Devil’s Own, dan biarkan sahaja Levant Mixture melanda palate anda secara “full throttle” dengan jalinan latakia dan virginia. Sedikit spiciness yang melanda palate juga adalah satu “welcoming addition” pada Levant. Peliknya, perique tidak pula tersenarai di dalam komponen tembakau Levant. Jadi, komponen apakah yang memberikan penataan pedas tersebut? Virginia yang terlalu “tangy”? Ia adalah satu persoalan yang masih saya tidak dapat jawapannya.
Secara teknikalnya ia memiliki ciri-ciri seperti Nightcap – mungkin agak “mellow” tetapi penataan flavor sedikit sebanyak menjurus ke arah blend berkenaan. Akan tetapi pada saya creaminess dari Levant Mixture adalah jauh lebih jelas, dan tidak salah rasanya apabila saya lebih mudah melabelkan Levant Mixture sebagai “a creamier version of Nightcap”. Dos nikotin yang diterapkan oleh Levant mixture juga adalah agak baik – anda akan dapat merasakannya namun ia tidaklah sekuat Nightcap.
Bercakap tentang soal perbandingan Levant Mixture atau mana-mana latakia-laden blend terhadap Nightcap, ia mungkin adalah suatu perbandingan yang mudah, kerana keberadaan Nightcap adalah agak stabil dan popularitinya memungkinkan kebanyakan pemipa pernah mencubanya walau sebowl, dan mudah untuk faham jika ia digunakan sebagai blend perbandingan. Akan tetapi, saya berpendapat yang perbandingan lebih baik adalah terhadap Rainier Levant dari Seattle Pipe Club, satu atribusi dari Joe Lankford terhadap blend asal Levant Mixture dari Drucquer itu.
Secara amnya, boleh dikatakan yang G.L. Please berjaya mengemulasikan semula Levant Mixture dengan sangat baik, walaupun tanpa komponen penting iaitu Syrian latakia. Pada kebanyakan kita yang tidak pasti bagaimana rasanya blend Levant Mixture yang asal, Pease masih berjaya menghasilkan satu blend yang agak potent, yang akan membuatkan anda terigau-igau dan menjadi kecur air liur apabila anda terdengar nama “Levant” disebut-sebut. Which actually you all are lucky sebab nama “Levant” itu sudah jarang sekali digunakan sekarang.

Dengan blend yang sebegini solid, Levant Mixture mungkin adalah sebuah starting point yang sangat baik jika anda mahu menelusuri projek “remake” atau emulasi semula blend-blend Drucquer & Sons di kemudian hari. 

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Anekdot Perpipaan #9 : Come Up And See Me (Make Me Smile)

Lima tahun lepas saya mempunyai pilihan, samada memiliki Castello Hawkbill atau Ser Jacopo Gem Series dengan insignia Giancarlo Guidi. Memikirkan akan Castello Hawkbill masih dikeluarkan dan Gian tentunya tidak akan kembali hidup untuk membuat pipa, saya memilih Ser Jacopo Dalla Gemma dengan insignia Gian. Satu keputusan yang tepat kerana pipa-pipa Ser Jacopo hasil tangan Giancarlo Guidi sememangnya semakin mahal dan diburu kolektor. 
Namun apa yang saya tidak sedari adalah sikap saya yang memandang rendah akan tahap rarity shape hawkbill dari Castello itu kerana ia ternyata sangat sukar untuk ditemui. Atau lebih tepat lagi, sukar untuk menemukan pipa Hawkbill, apatah lagi dari Castello, yang sedia untuk dijual. Kalau ada, biasanya ia terjual pada masa yang sangat cepat. What’s really happen? Atau what went wrong?
Jika kita sedar akan kadar permintaan atau demand pada sesebuah pipa hawkbill, ia adalah sangat tinggi. Terdapat beberapa kolektor berprofil tinggi yang memfokuskan koleksi mereka terhadap shape ini. Dan tidak kurang juga ribuan kolektor-kolektor yang, paling tidak, mahu memiliki satu hawkbill sebagai “sampel”, terutamanya hawkbill yang dilahirkan dari tempat bentuk itu dicipta, yakni Castello. Tambahkan pula gerombolan ini dengan peminat-peminat Castello sendiri yang kebanyakannya tanpa segan silu akan menyatakan kepada anda betapa mereka mahukan sebuah hawkbill dari Cantù. Peluang kelihatan seakan sangat tipis.
Jadi, anda boleh bayangkan sekarang akan gambaran “demand” kepada sesebuah hawkbill. Sayugia itulah, apabila saya akhirnya berjaya untuk “landing that bird down”, ia adalah satu kepuasan mutlak seseorang pemipa yang sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata. Well, anda semua pastinya tahu bagaimana rasanya apabila pipa buruan anda berada di tangan bukan? Tambahan pula buruan itu menelan masa hingga lima tahun!
Memperkatakan tentang Castello hawkbill pula, ia tentunya bukan dihasilkan oleh tangan satu artisan tertentu sahaja. Memang terdapat beberapa variasi hawksbill dari Castello, dan variasi itu bukanlah “official” akan tetapi lebih kepada air tangan artisan itu sendiri. Bukan semua hawkbill dihasilkan sepertimana yang kita mahukan, dan ia kebiasaannya menjurus kepada preferensi tersendiri. 
Bagi saya, hawkbill sepatutnya digambarkan sebagai “bent tomato yang secara tiba-tiba menjadi agak horny, dengan lentikan bent shank yang bermula sebaik sahaja ia sampai di aras yang sama dengan rim bowl, dan lentikan itu disambung oleh stem yang memiliki panjang pada kadar satu per empat keseluruhan shank dan stem”. Go figure!
Terdapat juga beberapa hawkbill dari Castello yang memiliki stem yang agak panjang (sepertiga), shank yang tidak melentik seperti ulasan di atas, shank yang terlalu kurus, dan permulaan shank dari bowl yang tidak “flush”. Masih, hawkbill-hawkbill sebegini terjual pantas namun seperti yang saya perkatakan, ia bukan preferensi saya dan bukan juga template hawkbill Castello yang biasa. Tepuk dada dan tanya selera.
Memiliki pipa hawkbill, bagi saya, adalah salah satu nikmat-nikmat kecil perpipaan yang memberikan kepuasan yang tidak terhingga. Lebih-lebih lagi hawkbill ini datangnya dari bengkel artisan dimana bentuknya diciptakan. Ia adalah satu reward ke atas satu pemburuan yang panjang, yang hampir nampak mustahil pada mulanya. 
Dan sudah tentu setiap kali saya memegangnya, it will make me smile…


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Anekdot Perpipaan #9 : Come Up And See Me (Make Me Smile)

Lima tahun lepas saya mempunyai pilihan, samada memiliki Castello Hawkbill atau Ser Jacopo Gem Series dengan insignia Giancarlo Guidi. Memikirkan akan Castello Hawkbill masih dikeluarkan dan Gian tentunya tidak akan kembali hidup untuk membuat pipa, saya memilih Ser Jacopo Dalla Gemma dengan insignia Gian. Satu keputusan yang tepat kerana pipa-pipa Ser Jacopo hasil tangan Giancarlo Guidi sememangnya semakin mahal dan diburu kolektor. 
Namun apa yang saya tidak sedari adalah sikap saya yang memandang rendah akan tahap rarity shape hawkbill dari Castello itu kerana ia ternyata sangat sukar untuk ditemui. Atau lebih tepat lagi, sukar untuk menemukan pipa Hawkbill, apatah lagi dari Castello, yang sedia untuk dijual. Kalau ada, biasanya ia terjual pada masa yang sangat cepat. What’s really happen? Atau what went wrong?
Jika kita sedar akan kadar permintaan atau demand pada sesebuah pipa hawkbill, ia adalah sangat tinggi. Terdapat beberapa kolektor berprofil tinggi yang memfokuskan koleksi mereka terhadap shape ini. Dan tidak kurang juga ribuan kolektor-kolektor yang, paling tidak, mahu memiliki satu hawkbill sebagai “sampel”, terutamanya hawkbill yang dilahirkan dari tempat bentuk itu dicipta, yakni Castello. Tambahkan pula gerombolan ini dengan peminat-peminat Castello sendiri yang kebanyakannya tanpa segan silu akan menyatakan kepada anda betapa mereka mahukan sebuah hawkbill dari Cantù. Peluang kelihatan seakan sangat tipis.
Jadi, anda boleh bayangkan sekarang akan gambaran “demand” kepada sesebuah hawkbill. Sayugia itulah, apabila saya akhirnya berjaya untuk “landing that bird down”, ia adalah satu kepuasan mutlak seseorang pemipa yang sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata. Well, anda semua pastinya tahu bagaimana rasanya apabila pipa buruan anda berada di tangan bukan? Tambahan pula buruan itu menelan masa hingga lima tahun!
Memperkatakan tentang Castello hawkbill pula, ia tentunya bukan dihasilkan oleh tangan satu artisan tertentu sahaja. Memang terdapat beberapa variasi hawksbill dari Castello, dan variasi itu bukanlah “official” akan tetapi lebih kepada air tangan artisan itu sendiri. Bukan semua hawkbill dihasilkan sepertimana yang kita mahukan, dan ia kebiasaannya menjurus kepada preferensi tersendiri. 
Bagi saya, hawkbill sepatutnya digambarkan sebagai “bent tomato yang secara tiba-tiba menjadi agak horny, dengan lentikan bent shank yang bermula sebaik sahaja ia sampai di aras yang sama dengan rim bowl, dan lentikan itu disambung oleh stem yang memiliki panjang pada kadar satu per empat keseluruhan shank dan stem”. Go figure!
Terdapat juga beberapa hawkbill dari Castello yang memiliki stem yang agak panjang (sepertiga), shank yang tidak melentik seperti ulasan di atas, shank yang terlalu kurus, dan permulaan shank dari bowl yang tidak “flush”. Masih, hawkbill-hawkbill sebegini terjual pantas namun seperti yang saya perkatakan, ia bukan preferensi saya dan bukan juga template hawkbill Castello yang biasa. Tepuk dada dan tanya selera.
Memiliki pipa hawkbill, bagi saya, adalah salah satu nikmat-nikmat kecil perpipaan yang memberikan kepuasan yang tidak terhingga. Lebih-lebih lagi hawkbill ini datangnya dari bengkel artisan dimana bentuknya diciptakan. Ia adalah satu reward ke atas satu pemburuan yang panjang, yang hampir nampak mustahil pada mulanya. 
Dan sudah tentu setiap kali saya memegangnya, it will make me smile…


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Sunday 8 October 2017

“The Castello Compendium” – Bahagian VI – Signifikasi Castello Kepada Perpipaan Itali & Dunia

Sebagaimana signifikasi meerschaum kepada Turki, begitulah briar kepada Itali. 
imej dari fregole.com

Negara yang memiliki 28% perokok itu (pengguna tembakau mungkin mencapai 40% – jika kita mengambil kira pemipa & pencerut, malah mungkin lebih lagi kerana dengan jenama-jenama seperti Castello, Radice, Savinelli, Becker, Ser Jacopo, Viprati, Don Carlos, Brebbia dan berpuluh lagi, pasti wujud satu golongan besar yang menggunakan pipa di sana) sememangnya sinonim dengan dunia pertembakauan. Cuma apa yang tiada di Itali adalah penanaman tembakau itu sendiri, walaupun mereka dikurniakan dengan tanaman erica arborea dan menghasilkan pelbagai jenis dan jenama pipa dengannya.
“Jika saya menghadiri jemputan kawan non-smokers yang tidak membenarkan saya merokok di rumahnya selepas makan malam, mungkin itu adalah masanya untuk mencari kawan yang lain” ujar Giuliano Bianucci, president kelab “Association of Polite Smokers and Tolerant Nonsmokers” yang berpusat di Milan. Bagaimana sebuah kelab dengan mandat sebegitu wujud juga adalah satu pendedahan menarik, semacam “tell-tale sign” akan ketaksuban Itali terhadap konsumasi tembakau.
 
Marcelo Mastroianni – the legend
Italian cukup dikenali dengan “love affair” mereka terhadap tembakau; mereka akan “lights” di mana sahaja mereka suka, asap tembakau melintasi leret mata mereka dan itu satu keadaan yang sangat-sangat bergaya. Konjurasi swagger dan sexiness ini adalah apa yang Castello telah terapkan di dalam dunia perpipaan.. Itali adalah segalanya tentang gaya dan penampilan.
Tidak hairan ia datang dari sana kerana mereka menghabiskan 30% dari pendapatan mereka untuk gaya – fesyen dan clothing misalnya – dan bagi seseorang pemipa tentulah ia akan turut melibatkan pembelian pipa yang baru, lebih baik mutu dan buatannya. Dikatakan di Itali, “private life” adalah sangat terhad; jiran tetangga dan rakan taulan tahu dan peka dengan setiap apa yang anda pakai jadi soal gaya adalah sangat penting.
Budaya inilah yang berada di sekitar proses pembuatan setiap pipa Castello. Saya tidak perlu merujuk kepada banyak contoh; anda hanya perlu melihat kepada keindahan flow dan penggayaan sebuah pipa Castello untuk menikmati keseksian sesebuah pipa.
Namun, seksi dan gaya tidak akan menjamin hidup yang sempurna jika pipa yang dihasilkan tidak menepati standard dan kualiti yang diperlukan. Malah, ia juga adalah “lifeless” jika pipa itu tidak memberikan “smoking qualities” seperti yang kita mahukan. Di sinilah Castello membuktikan yang mereka adalah “more than meets the eye”. Mari kita lihat beberapa aspek kualiti dan sumbangan Castello kepada dunia perpipaan sejagat;
1. Penggunaan stem akrilik – Zaman pasca perang memang mendorong kreativiti kepada umat manusia. Jika Peterson memperkenalkan Spigot kepada pemipa, Castello memainkan peranan yang lebih besar dengan membawa masuk bahan akrilik di dalam dunia perpipaan. Sebelum itu, vulcanite adalah bahan utama untuk stem pipa dan Carlo Scotti, menjadi seorang “gentlemen” yang diakui oleh ramai pipemakers yang pernah bekerja dengannya, tentu tidak mahu stem pipa keluarannya berwarna kusam, pudar dan dinaiki oksidasi. Bahan lucite yang diperkenalkan Castello menjamin stem pipa kekal berada di dalam keadaan senantiasa berkilat dan “maintenance-free”, yang sekarang digunapakai oleh mungkin 75% pengeluar pipa sedunia.

2. Open airflow – pipa-pipa Castello memang sangat terkenal dengan konsep “open airflow” mereka. Bukaan draft hole bagi setiap Castello adalah 4mm ke atas, malah sesetengahnya mungkin pergi hingga ke 4.3-4.5mm. Cukup besar namun ia berjaya di dalam memberikan pengalaman perpipaan yang sangat baik untuk pengguna dan peminat mereka. Banyak pipemaker lain yang turut menerapkan konsep open airflow ini setelah Castello berjaya mempeloporinya di mata dunia.
3. Integrasi 100% handmade – Castello sememangnya berbangga dengan integrasi 100% handmade mereka, dimana setiap pipa yang dihasilkan adalah 100% dari proses pembuatan mereka sendiri. Jauh dari “manufacturing concept” yang mengagihkan proses pembuatan kepada beberapa proses kecil seperti lain-lain jenama pipa, setiap buah pipa Castello adalah hasil dari usaha salah seorang dari artisan mereka; dari pemilihan briar, membentuk bangunan dan shape pipa, hingga lah ke pembuatan stem.
4. Air cured briar – Setiap briar yang Castello gunakan kebiasaannya telah pun menerima proses curing biasa dan ditambah pula dengan air curing selama paling awal 8 tahun. Sudah tentu hasilnya dapat dilihat pada “smoking qualities” yang mampu diraih oleh setiap pipa yang mereka hasilkan. Sukar untuk kita temui sebuah pipa Castello yang tidak mampu memberikan kualiti ini. Castello juga menggunakan briar-briar yang terbaik, dan ini diakui oleh ramai pipemaker lain seperti Paolo Becker contohnya, yang mengatakan “Castello will always use the best briar possible because they can afford it”.
5. Bentuk dan finishing baru yang sangat “defining” – Castello juga telah mencipta beberapa bentuk yang kini popular dan dihasilkan semula oleh banyak pipemaker lain. Hawkbill / donkeynut dan shape #55 (bent pot dengan hidung yang terkedepan) sering dijelmakan semula oleh para artisan dan jenama pipa-pipa lain diserata dunia. Ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh Castello terhadap dunia perpipaan kita sekarang. Selain itu, finishing seperti Sea Rock dan Natural Vergin juga adalah amat popular di kalangan para artisan – hasil rustik yang kasar dengan penataan warna gelap dibelakang, dan finishing natural yang memberikan kita kebebasan untuk membina “patina” sendiri a-la meerschaum – kreatif dan menarik!
imej dari smokingpipes.com
Satu, jika kita boleh klasifikasikan ia sebagai “drawbacks” bagi Castello, adalah soal harga. Saya masih teringat akan kali pertama membuat keputusan untuk membeli pipa Castello. Ia adalah agak mahal dan di sepanjang perjalanan pulang ke hotel saya terfikir adakah saya mampu untuk menanggung penderitaan apabila membeli sesuatu sebegini mahal hanya untuk kepuasan mata sahaja. Memang ianya adalah sangat cantik dan “oozes quality” dari segi pembuatannya. 
 
Resah gelisah saya itu berakhir apabila saya menyalakan tembakau di dalamnya buat kali pertama. That magical moment – betapa mudahnya untuk menyalakan ember, leka diulit flavor-flavor terbaik dari blend yang tidak pernah didapati dengan pipa-pipa lain, menyedut kembali pipa selepas dua minit membiarkannya “idle” dan masih berjaya mengekalkan ember tanpa perlu relight – ini semua adalah association kepada quota “smoke like a dream” yang kita selalu dengar!
Dari pengalaman saya sendiri, setiap Castello yang saya miliki berpotensi besar untuk menjadi pipa terbaik saya, sesetengahnya memberikan saya “magical moments in pipesmoking” (tidak perlu relight, menzahirkan flavor-flavor tembakau dengan sangat baik, ember yang bertahan lama; sama ada sekaligus atau mana-mana kombinasi di setiap sesi perpipaan). Ia sememangnya tidak pernah mengecewakan.
“Among smokers, the Castello pipe is a true cult object which is often purchased for the simple pleasure of owning one, or for a collection.” (Anna Grandori, Organization and Economic Behavior, 2001, 320).

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Tuesday 3 October 2017

“The Castello Compendium” – Bahagian V – Special Finishing yang Merentas Siri

Kali ini kita akan mengupas pula finishing-finishing istimewa dari Castello, dimana finishing-finishing ini ditawarkan di dalam segenap siri-siri Castello yang telah kita lihat pada minggu-minggu lepas.
Natural Vergin
imej dari Cup O’ Joes
Siri ini adalah lebih kepada “sub-siri” kerana ia adalah satu jawapan kepada permintaan peminat-peminat Castello. Preferensi Itali kepada all things natural terkadang terbawa-bawa hingga ke perincian yang agak kecil. Mereka tidak menyukai “pre-carb bowl” dan jarang sekali pipa buatan Itali yang datang dengan “pre-carb”. Pada yang lebih ekstrem, mereka mahukan pipa dengan finishing yang alami / natural. Ia boleh didapati di dalam bentuk “Sea Rock” ataupun “Old Antiquari” sahaja. Dikhabarkan terdapat juga Natural Vergin di dalam finishing smooth, namun itu mungkin adalah agak terhad pengeluarannya.
Mula dikeluarkan pada tahun 60an, Natural Vergin adalah siri yang menampilkan pipa dengan permukaan yang tidak disadur dengan warna atau coating. Ia memberi peluang kepada pipa itu untuk menerima coloration dari proses pembakaran dan penyerapan tembakau dari briar sendiri, sepertimana yang ditonjolkan oleh pipa-pipa meerschaum. Ini memberikan satu ruang yang menarik buat peminat-peminat meerschaum yang selalunya “thrilled” untuk melihat hasil coloration itu berlaku, dimana kini mereka boleh melihatnya dengan siri Natural Vergin ini.
Pi
imej dari Smokingpipes.com

Pengkelasan “Pi” merujuk kepada finishing campuran ke atas sesebuah pipa Castello. Kebiasaannya campuran finishing ini merangkumi rusticated dan smooth. Atau mungkin lebih mudah untuk diterangkan adalah seperti sebuah Sea Rock yang turut dihiasi permukaan smooth. Atau terkadang kadar permukaan smooth nya lebih banyak berbanding bahagian yang dirustifikasikan.
Bukanlah sebuah pengeluaran “regular run” dan juga bukanlah sesuatu yang “rare”, pipa-pipa dengan pengkelasan Pi ini dapat memberikan ruang yang terbaik untuk para artisan Castello berkarya. Mereka dapat menggunakan efek smooth untuk menampilkan unjuran grain yang baik pada sesebuah bahagian briar dan menggunakan rustifikasi Sea Rock untuk bahagian yang kurang menarik grainnya.
Sculpted
Sculpted atau terkadang juga dipanggil “spiral carve” adalah satu percambahan idea dari artisan-artisan Castello terhadap finishing pipa-pipa mereka. Mula menemui peminat Castello pada 1989, pipa-pipa dengan finishing ini menampilkan sisi-sisi panel yang diukir rata pada pipa-pipa yang mereka rasakan sesuai untuk menerima finishing ini. Hasilnya, sebuah pipa yang menarik dengan sisi-sisi panel yang memberikan efek spiral yang menambahkan lagi seri pada permukaan briar yang sudah pun sangat cantik.
Bagaimana mereka memilih pipa untuk finishing ini, tidaklah kita ketahui kerana pada permulaannya kita sangkakan yang ia sesuai kepada pipa-pipa bersaiz besar namun terdapat juga pipa-pipa dengan saiz kk dan kkk yang menerima finishing sculpted. Kebiasaannya pipa-pipa sculpted datang dalam bentuk smooth dan ia tidak banyak dikeluarkan saban tahun.
Aristocratica
imej dari Bollitopipe.it
Siri ini pada asalnya adalah pipa-pipa yang dikhususkan untuk pemberian kepada tetamu terhormat atau sahabat kepada Castello, yang diilhamkan oleh Scotti sejak 1968 lagi. Kesemua pipa Aristocratica yang dihadiahkan oleh firma pipa Itali ini diabadikan di dalam buku simpanan mereka dan dikatakan kurang dari 100 buah telah dihasilkan. Ia sangat mudah dikenali, dengan bahagian atas rim yang digelapkan.
Dan pada tahun 2008 Castello mula menawarkan siri ini kepada para peminat dan ia mulai dikeluarkan secara khusus dan terhad, di mana sekali-sekala anda akan menemui penawaran ini walaupun selalunya ia cepat terjual.
LOB
LOB adalah satu siri terhad yang “accidental” akan tetapi sangat “brilliant”. Ia sebenarnya adalah satu koleksi pipa-pipa Castello milik individu yang besar (namun tidak diketahui jumlahnya) yang diperolehi semula oleh Castello pada kemudian harinya. Disebalik menyimpan pipa-pipa “unsmoked” ini di muzium pipa mereka, Castello bertindak untuk menawarkan koleksi ini kepada para peminat dan melabelkan pipa-pipa ini sebagai LOB – untuk Legendary Old Briar.
Tentunya dari segi pemasaran dan marketing ia juga adalah sangat “brilliant”, tetapi yang lebih perlu kita fokuskan adalah satu peluang keemasan untuk menikmati pipa-pipa yang diperbuat pada sedikit masa dahulu, yang bukan sahaja “represent” pembuatan pipa pada ketika itu – dimana “mass production” adalah sesuatu yang agak ofensif, dan penghasilan barangan adalah lebih menekankan kepada soal mutu dan kualiti. Malah, tentunya briar-briar yang digunakan untuk menghasilkan pipa-pipa ini adalah dari yang terpilih, cukup matang dan cukup rawatan keatasnya.
Kurang dari 15 buah yang ditemui di pasaran disepanjang pemerhatian saya, penawaran LOB adalah sangat menarik dan penawaran sebegini tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana firma perpipaan lain, menjadikannya sangat rare dan unik, sesuai untuk diceritakan lepak di dalam satu artikel yang khusus.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

“The Castello Compendium” – Bahagian IV – Keluaran Khas & Rarities

 Kita telah pun melihat kepada siri-siri standard dari Castello pada dua keluaran Compendium ini pada minggu-minggu lepas. Sedikit sebanyak, sudah tentu kita dapat gambarkan akan penghasilan pipa-pipa dari bengkel artisanal ulung Itali itu, sama ada yang biasa mahupun yang agak sukar untuk diperolehi.
Kali ini, marilah kita lihat dengan lebih jelas akan siri-siri khusus pula – yakni siri-siri yang tidak dikeluarkan secara banyak, sesetengahnya mungkin masih diberi peruntukan pengeluaran namun pada skala peratusan yang agak kecil manakala sebahagian lagi adalah tidak menentu kerana memerlukan kualiti briar yang sangat “exceptional” ataupun menggunakan bahan-bahan tambahan yang sukar untuk dicari atau proses-proses pembuatan yang rumit dan memakan masa.
x) Perla Nera
Jika Dunhill boleh menggayakan sleek design dan sharp look dengan siri “Dress” mereka, Castello Perla Nera adalah jawapan Italiano kepada segmen tersebut. Ia adalah pipa yang sangat sesuai untuk di bawa ke majlis-majlis rasmi, sangat complimenting akan tuxedo ataupun blazer hitam gelap yang anda mungkin kenakan.
Biarpun ia hanya berwarna hitam gelap yang berkilat, Perla Nera bukanlah mudah untuk dihasilkan. Artisan di Castello mengaplikasikan lapisan demi lapisan coating, dikatakan sangat banyak dan sudah tentu berdasarkan pengalaman peribadi saya (bahagian rim Dublin Perla Nera saya terhantuk di bucu tajam tingkap kaca ketika saya membuang habuk keluar – walaupun rim pipa sedikit kemik namun lapisan coatingnya masih hitam tanpa sedikit pun kayu briar kelihatan!), saya agak pasti yang lapisan coatingnya memang sangat banyak.
Dek kerana kerumitan di dalam aplikasi lapisan coating ini, Perla Nera memakan banyak masa untuk dihasilkan dan ia tidak dikeluarkan secara meluas – sekaligus menjadikan ia satu buruan buat kolektor tegar Castello. Ia memiliki unjuran harga yang sejajar dengan gred “Collection”.


xi) Le Dune
Le Dune adalah siri terbaru dari Castello, mula menemui peminat pada tahun 2016. Le Dune mengaspirasikan suasana hening di padang pasir, dengan angin yang bertiup membelah debuan pasir sehalus sutera, menjadikan permukaannya membentuk lapisan demi lapisan berbalam diserata permukaannya. Ketenangan, keheningan dan kedamaian – efek inilah yang mahu dicapai oleh para artisan di Cantù.
imej dari smokingpipes.com
Apa yang mahu digambarkan sudah tentunya kedamaian yang dikecapi ketika kita berpipa. Le Dune hadir di dalam beberapa warna seperti hitam, light tan dan maroon, yang menyemarakkan lagi tekstur permukaannya. Sudah tentu bukan mudah untuk mereka menghasilkan permukaan Le Dune yang menarik ini, dimana dikatakan ia melibatkan satu proses yang panjang dengan penggunaan alatan tambahan.
Castello Le Dune, walaupun hadir di dalam finishing rusticated, adalah agak kompleks untuk dihasilkan – oleh itu dari segi grading ianya sejajar dengan Castello Collection, yang kita boleh perhatikan dari struktur harganya yang sama.
xii) Castello Preziosa
Siri ini adalah pembuktian yang lebih kukuh ke atas kaitan pipa dengan sexiness – yang diabadikan dengan sangat baik melalui pilihan bahan Kimberlite – sejenis batuan yang sukar ditemui, yang biasanya akan ada di sekitar batu permata diamond dan memiliki keindahan ira seperti kayuan yang baik.
Mulai dikeluarkan pada awal 70an, Castello Preziosa menggunakan briar-briar terpilih yang akan dikemaskan dengan floc Kimberlite ini (dan terkadang beberapa jenis batuan yang menarik turut digunakan) dan dikatakan kurang dari 10 briar ditemukan dengan finishing ini saban tahun – memandangkan tidak banyak kimberlite yang boleh ditemukan, apatah lagi yang memiliki corak menarik untuk menjadikannya sesuai sebagai bahan floc. 
Sudah tentu setiap Castello Preziosa adalah sangat menarik dan istimewa, sepertimana unjuran maksud namanya yakni “precious”…


xiii) Epoca
Siri ini adalah antara siri istimewa yang terawal dibangunkan oleh Carlo Scotti, yakni sejak dari tahun 60an lagi. Jika kita melihat kepada sampel-sampel awal Epoca, ia lebih menjurus kepada ukiran timbul yang kasar sebelum dimajukan kepada ukiran seakan cairan lilin yang menuruni permukaan bowl. Namun ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Epoca ini terhasil dengan tiga bentuk – permukaan kayu yang kasar (banyak pada Epoca versi awal), cairan lilin (yang agak standard bagi Epoca) dan susunan kayu atap (sangat jarang ditemui)..
imej dari smokingpipes.com
Juga dikatakan yang siri Epoca ini telah pun diberhentikan dan digantikan dengan Castello Flame, satu siri yang terhasil dari evolusi rupabentuk Epoca itu sendiri.
xiv) Flame
imej dari smomingpipes.com
Flame adalah siri istimewa Castello yang menampilkan rupabentuk yang menawan, penggunaan masa yang istimewa dan hampir bersifat ritual dan kepakaran yang sangat istimewa. Ia bermula agak lewat – pada sekitar tahun 2000 – dan dikatakan adalah evolusi kepada siri Epoca sebelumnya.
Penghasilan ukiran flame ini hanya dilakukan oleh seorang artisan Castello sahaja – dimana Franco Coppo adalah agak cerewet di dalam menentukan hasil sesebuah Castello Flame jadi pengkhususan sebegini tentunya diperlukan. Ia juga hanya dihasilkan pada waktu pagi ketika cahaya matahari menyinari tempat pembuatan pipa Flame ini dan ukirannya dilakukan dengan sangat perlahan, menjadikan sesebuah projek Flame akan menelan masa sehingga tiga minggu untuk dihasilkan. Menggabungkan ukiran dan finishing permukaan smooth dengan unjuran grain yang baik pada masa yang sama adalah sangat sukar, maka dengan itu tidak hairanlah ia memakan masa sebegitu lama.
Siri pipa Flame diberikan nombor khas dek kerana pengeluarannya yang sangat terhad. Ia tergolong di dalam kategori pipa dengan finishing berukir yang termahal di dalam kelasnya. Walaupun harganya begitu, siri ini cepat terjual di pasaran kerana peminat Castello tentunya menghargai skill dan workmanship yang tercurah ke atasnya.
xv) Pezzo Unico
imej dari smokingpipes.com
Ini adalah siri terhad yang memerlukan anda memujuk, mengugut atau memaksa Kino untuk menjualnya. Pezzo Unico adalah pipa-pipa Castello yang tersimpan rapi di dalam mini muzium pipa mereka. Kebiasaannya ia merangkumi pipa-pipa yang betul-betul cantik, sempurna dan unik, dimana Franco Coppo / Kino sendiri merasakan yang ia sesuai untuk digolongkan di dalam koleksi muzium mereka.
Namun terdapat waktu dan ketikanya apabila koleksi pipa-pipa ini dapat dijual, biasanya melibatkan pujuk rayu dek kerana ketegasan Kino di dalam mengekalkan simpanan mini muzium Castello ini. Walaupun agak komikal, ini menyebabkan tiada pihak yang dapat meramal berapa buah Pezzo Unico yang dapat dijual saban tahun, menjadikan status “rarity”nya lebih tinggi dan kritikal.
Satu perkara yang pasti adalah setiap Pezzo Unico datang dengan sijil yang menyatakan tempoh ia keluar dari muzium Castello dan sudah tentu adalah satu “investment”, terutamanya jika disimpan “unsmoked”..


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!