Tuesday 3 October 2017

“The Castello Compendium” – Bahagian V – Special Finishing yang Merentas Siri

Kali ini kita akan mengupas pula finishing-finishing istimewa dari Castello, dimana finishing-finishing ini ditawarkan di dalam segenap siri-siri Castello yang telah kita lihat pada minggu-minggu lepas.
Natural Vergin
imej dari Cup O’ Joes
Siri ini adalah lebih kepada “sub-siri” kerana ia adalah satu jawapan kepada permintaan peminat-peminat Castello. Preferensi Itali kepada all things natural terkadang terbawa-bawa hingga ke perincian yang agak kecil. Mereka tidak menyukai “pre-carb bowl” dan jarang sekali pipa buatan Itali yang datang dengan “pre-carb”. Pada yang lebih ekstrem, mereka mahukan pipa dengan finishing yang alami / natural. Ia boleh didapati di dalam bentuk “Sea Rock” ataupun “Old Antiquari” sahaja. Dikhabarkan terdapat juga Natural Vergin di dalam finishing smooth, namun itu mungkin adalah agak terhad pengeluarannya.
Mula dikeluarkan pada tahun 60an, Natural Vergin adalah siri yang menampilkan pipa dengan permukaan yang tidak disadur dengan warna atau coating. Ia memberi peluang kepada pipa itu untuk menerima coloration dari proses pembakaran dan penyerapan tembakau dari briar sendiri, sepertimana yang ditonjolkan oleh pipa-pipa meerschaum. Ini memberikan satu ruang yang menarik buat peminat-peminat meerschaum yang selalunya “thrilled” untuk melihat hasil coloration itu berlaku, dimana kini mereka boleh melihatnya dengan siri Natural Vergin ini.
Pi
imej dari Smokingpipes.com

Pengkelasan “Pi” merujuk kepada finishing campuran ke atas sesebuah pipa Castello. Kebiasaannya campuran finishing ini merangkumi rusticated dan smooth. Atau mungkin lebih mudah untuk diterangkan adalah seperti sebuah Sea Rock yang turut dihiasi permukaan smooth. Atau terkadang kadar permukaan smooth nya lebih banyak berbanding bahagian yang dirustifikasikan.
Bukanlah sebuah pengeluaran “regular run” dan juga bukanlah sesuatu yang “rare”, pipa-pipa dengan pengkelasan Pi ini dapat memberikan ruang yang terbaik untuk para artisan Castello berkarya. Mereka dapat menggunakan efek smooth untuk menampilkan unjuran grain yang baik pada sesebuah bahagian briar dan menggunakan rustifikasi Sea Rock untuk bahagian yang kurang menarik grainnya.
Sculpted
Sculpted atau terkadang juga dipanggil “spiral carve” adalah satu percambahan idea dari artisan-artisan Castello terhadap finishing pipa-pipa mereka. Mula menemui peminat Castello pada 1989, pipa-pipa dengan finishing ini menampilkan sisi-sisi panel yang diukir rata pada pipa-pipa yang mereka rasakan sesuai untuk menerima finishing ini. Hasilnya, sebuah pipa yang menarik dengan sisi-sisi panel yang memberikan efek spiral yang menambahkan lagi seri pada permukaan briar yang sudah pun sangat cantik.
Bagaimana mereka memilih pipa untuk finishing ini, tidaklah kita ketahui kerana pada permulaannya kita sangkakan yang ia sesuai kepada pipa-pipa bersaiz besar namun terdapat juga pipa-pipa dengan saiz kk dan kkk yang menerima finishing sculpted. Kebiasaannya pipa-pipa sculpted datang dalam bentuk smooth dan ia tidak banyak dikeluarkan saban tahun.
Aristocratica
imej dari Bollitopipe.it
Siri ini pada asalnya adalah pipa-pipa yang dikhususkan untuk pemberian kepada tetamu terhormat atau sahabat kepada Castello, yang diilhamkan oleh Scotti sejak 1968 lagi. Kesemua pipa Aristocratica yang dihadiahkan oleh firma pipa Itali ini diabadikan di dalam buku simpanan mereka dan dikatakan kurang dari 100 buah telah dihasilkan. Ia sangat mudah dikenali, dengan bahagian atas rim yang digelapkan.
Dan pada tahun 2008 Castello mula menawarkan siri ini kepada para peminat dan ia mulai dikeluarkan secara khusus dan terhad, di mana sekali-sekala anda akan menemui penawaran ini walaupun selalunya ia cepat terjual.
LOB
LOB adalah satu siri terhad yang “accidental” akan tetapi sangat “brilliant”. Ia sebenarnya adalah satu koleksi pipa-pipa Castello milik individu yang besar (namun tidak diketahui jumlahnya) yang diperolehi semula oleh Castello pada kemudian harinya. Disebalik menyimpan pipa-pipa “unsmoked” ini di muzium pipa mereka, Castello bertindak untuk menawarkan koleksi ini kepada para peminat dan melabelkan pipa-pipa ini sebagai LOB – untuk Legendary Old Briar.
Tentunya dari segi pemasaran dan marketing ia juga adalah sangat “brilliant”, tetapi yang lebih perlu kita fokuskan adalah satu peluang keemasan untuk menikmati pipa-pipa yang diperbuat pada sedikit masa dahulu, yang bukan sahaja “represent” pembuatan pipa pada ketika itu – dimana “mass production” adalah sesuatu yang agak ofensif, dan penghasilan barangan adalah lebih menekankan kepada soal mutu dan kualiti. Malah, tentunya briar-briar yang digunakan untuk menghasilkan pipa-pipa ini adalah dari yang terpilih, cukup matang dan cukup rawatan keatasnya.
Kurang dari 15 buah yang ditemui di pasaran disepanjang pemerhatian saya, penawaran LOB adalah sangat menarik dan penawaran sebegini tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana firma perpipaan lain, menjadikannya sangat rare dan unik, sesuai untuk diceritakan lepak di dalam satu artikel yang khusus.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

No comments:

Post a Comment