Kita
telah pun melihat kepada siri-siri standard dari Castello pada dua
keluaran Compendium ini pada minggu-minggu lepas. Sedikit sebanyak,
sudah tentu kita dapat gambarkan akan penghasilan pipa-pipa dari bengkel
artisanal ulung Itali itu, sama ada yang biasa mahupun yang agak sukar
untuk diperolehi.
Kali
ini, marilah kita lihat dengan lebih jelas akan siri-siri khusus pula –
yakni siri-siri yang tidak dikeluarkan secara banyak, sesetengahnya
mungkin masih diberi peruntukan pengeluaran namun pada skala peratusan
yang agak kecil manakala sebahagian lagi adalah tidak menentu kerana
memerlukan kualiti briar yang sangat “exceptional” ataupun menggunakan
bahan-bahan tambahan yang sukar untuk dicari atau proses-proses
pembuatan yang rumit dan memakan masa.
x) Perla Nera
Jika
Dunhill boleh menggayakan sleek design dan sharp look dengan siri
“Dress” mereka, Castello Perla Nera adalah jawapan Italiano kepada
segmen tersebut. Ia adalah pipa yang sangat sesuai untuk di bawa ke
majlis-majlis rasmi, sangat complimenting akan tuxedo ataupun blazer
hitam gelap yang anda mungkin kenakan.
xi) Le Dune
imej dari smokingpipes.com |
Apa
yang mahu digambarkan sudah tentunya kedamaian yang dikecapi ketika
kita berpipa. Le Dune hadir di dalam beberapa warna seperti hitam, light
tan dan maroon, yang menyemarakkan lagi tekstur permukaannya. Sudah
tentu bukan mudah untuk mereka menghasilkan permukaan Le Dune yang
menarik ini, dimana dikatakan ia melibatkan satu proses yang panjang
dengan penggunaan alatan tambahan.
Castello
Le Dune, walaupun hadir di dalam finishing rusticated, adalah agak
kompleks untuk dihasilkan – oleh itu dari segi grading ianya sejajar
dengan Castello Collection, yang kita boleh perhatikan dari struktur
harganya yang sama.
xii) Castello Preziosa
Siri
ini adalah pembuktian yang lebih kukuh ke atas kaitan pipa dengan
sexiness – yang diabadikan dengan sangat baik melalui pilihan bahan
Kimberlite – sejenis batuan yang sukar ditemui, yang biasanya akan ada
di sekitar batu permata diamond dan memiliki keindahan ira seperti
kayuan yang baik.
Sudah tentu setiap Castello Preziosa adalah sangat menarik dan istimewa, sepertimana unjuran maksud namanya yakni “precious”…
xiii) Epoca
imej dari smokingpipes.com |
Juga
dikatakan yang siri Epoca ini telah pun diberhentikan dan digantikan
dengan Castello Flame, satu siri yang terhasil dari evolusi rupabentuk
Epoca itu sendiri.
xiv) Flame
Flame
adalah siri istimewa Castello yang menampilkan rupabentuk yang menawan,
penggunaan masa yang istimewa dan hampir bersifat ritual dan kepakaran
yang sangat istimewa. Ia bermula agak lewat – pada sekitar tahun 2000 –
dan dikatakan adalah evolusi kepada siri Epoca sebelumnya.
Penghasilan
ukiran flame ini hanya dilakukan oleh seorang artisan Castello sahaja –
dimana Franco Coppo adalah agak cerewet di dalam menentukan hasil
sesebuah Castello Flame jadi pengkhususan sebegini tentunya diperlukan.
Ia juga hanya dihasilkan pada waktu pagi ketika cahaya matahari
menyinari tempat pembuatan pipa Flame ini dan ukirannya dilakukan dengan
sangat perlahan, menjadikan sesebuah projek Flame akan menelan masa
sehingga tiga minggu untuk dihasilkan. Menggabungkan ukiran dan
finishing permukaan smooth dengan unjuran grain yang baik pada masa yang
sama adalah sangat sukar, maka dengan itu tidak hairanlah ia memakan
masa sebegitu lama.
Siri
pipa Flame diberikan nombor khas dek kerana pengeluarannya yang sangat
terhad. Ia tergolong di dalam kategori pipa dengan finishing berukir
yang termahal di dalam kelasnya. Walaupun harganya begitu, siri ini
cepat terjual di pasaran kerana peminat Castello tentunya menghargai
skill dan workmanship yang tercurah ke atasnya.
xv) Pezzo Unico
imej dari smokingpipes.com |
Namun
terdapat waktu dan ketikanya apabila koleksi pipa-pipa ini dapat
dijual, biasanya melibatkan pujuk rayu dek kerana ketegasan Kino di
dalam mengekalkan simpanan mini muzium Castello ini. Walaupun agak
komikal, ini menyebabkan tiada pihak yang dapat meramal berapa buah
Pezzo Unico yang dapat dijual saban tahun, menjadikan status “rarity”nya
lebih tinggi dan kritikal.
Satu
perkara yang pasti adalah setiap Pezzo Unico datang dengan sijil yang
menyatakan tempoh ia keluar dari muzium Castello dan sudah tentu adalah
satu “investment”, terutamanya jika disimpan “unsmoked”..
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment