Sunday 14 May 2017

Sofistikasi Geometrikal Dari Kaywoodie “Fine Line”

Kaywoodie adalah satu jenama pipa keluaran USA yang memiliki sejarah yang sangat menarik dan mendalam. Pada asalnya, ia adalah satu siri dari pipa keluaran Kaufman Brothers. Kemudian popularitinya menyebabkan nama Kaywoodie terus digunakan sebagai satu siri besar yang ekstensif sejak awal 1920an.
Pada masa yang sama, Kaywoodie juga adalah satu firma pengeluar pipa yang sangat inovatif. Banyak sistem yang dicipta oleh mereka seperti stem getah yang dilengkapi “Inbore Tube” dari aluminium (untuk kondensasi dan penyejukan) dan sistem “Drinkless” yang popular itu, disebalik binaan-binaan pipa yang cantik menawan.
Apa yang kita mahu lihat hari ini bukanlah sejarah dan ilustrasi perpipaan Kaywoodie, akan tetapi kita akan fokus kepada satu keluaran istimewa dari mereka iaitu “Fine Line”. Fine Line bukanlah satu keluaran premium dari mereka seperti Straight Grain atau Flame Grain. Ia lebih merupakan siri untuk kategori pertengahan tetapi menampilkan kejituan kejuruteraan pipa yang sama seperti siri-siri atas.

 
Fine Line, seperti unjuran namanya menampilkan briar yang diberikan sentuhan ukiran garis lurus yang sederhana dalam. Pola sebegini menyebabkan briar sesebuah Fine Line masih mampu menunjukkan corak grain briar dan pada masa yang sama membawa keindahan corak geometri pada badan pipanya.


Corak geometri yang ditampilkan dengan siri Fine Line ini adalah antara yang agak unik di dalam dunia perpipaan. Kita biasa melihat “finishing” seperti smooth, rusticated dan black tetapi finishing Fine Line ini adalah lain dari yang biasa. Unjuran geometrinya memang menarik, memberikan penampilan yang lebih kemas dan “sharp” kepada keseluruhan bentuk pipa. Ramai yang menggelarnya rusticated akan tetapi itu lebih tepat untuk diberikan kepada pipa-pipa “pettinated” keluaran L’Anatra, yang tampil dengan rustifikasi bercirikan garisan geometrikal sebegini namun lebih halus.

Sayang sekali Fine Line hanya dikeluarkan dalam dua dekad sahaja, yakni dari 1956 hinggalah ke 1976. Oleh itu di sepanjang dua dekad itu pengeluaran Fine Line hanyalah mungkin beberapa ratus unit sahaja. Ini menjadikan spesimen-spesimen Fine Line menjadi buruan kolektor-kolektor pipa; sama ada yang memang meminati ciri-ciri unik “geometrical wonders” ala Fine Line ataupun peminat Kaywoodie yang semakin ramai terutamanya apabila para kolektor US mula memandang Kaywoodie sebagai pembuat pipa tempatan mereka.

Apa pun gelaran untuk teknik ini, gaya finishing Kaywoodie Fine Line adalah menarik untuk dibelek-belek dan paling nyata ia juga agak sofistikated – lebih-lebih lagi memandangkan Fine Line hadir pada awal 50an lagi.

 









A true collector’s item.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Mikro-Ekonomik Baccy & Pemipa

Konsep mikro-ekonomik selalu diaplikasikan oleh kita pemipa. Boleh dikatakan, pemipa zaman sekarang adalah tergolong antara mereka yang bijak dan pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan sosio-ekonomik semasa, terutamanya di dalam konteks yang melibatkan perihal perpipaan.
Melihat kepada pola pembelian tembakau / baccy di kalangan kita pemipa, ia sememangnya adalah satu olahan yang sangat menarik. Mengapa saya mengatakan sedemikian? Ini kerana kebanyakan kita pemipa sebenarnya memiliki kecenderungan tersendiri dalam pembelian baccy kita. Dan pola yang terhasil ini tidak semestinya sama walaupun kita dan rakan pemipa kita memiliki preferensi yang serupa di dalam pemilihan baccy.
Mari kita tinjau beberapa klasifikasi pemipa yang bersangkutan dengan pola mikro-ekonomik ini dengan lebih dekat;
1. The Hoarder – Pernahkah anda melalui situasi dimana anda mahu berjumpa dengan tobakonis setiap hujung minggu? Apabila anda mulai melihat tobakonis anda seperti shaman dan merasa sangat perlu untuk membeli baccy baru saban minggu, anda mungkin tergolong di dalam kategori The Hoarder. Golongan ini secara tidak sedar akan membina empayar baccy di cellarnya secara “massive”, dan mereka akan terus membeli dan membeli terutamanya jika ada baccy baru yang masuk ke pasaran. Selagi mereka tidak melupakan belanja dapur, nafkah dan susu anak – it is still very okay. Malah, mereka adalah sangat bertuah kerana pilihan baccy untuk dinikmati pada sesuatu masa adalah sangat luas.

2. The Hedger – Golongan ini adalah mereka yang berfikiran jauh. The Hedger amat peka pada pertukaran matawang asing, inflasi dan jatuh naik harga baccy. Mereka akan melakukan pembelian pada masa dan situasi yang amat sesuai. Kita semua sedia maklum akan faktor-faktor seperti kenaikan duti import tembakau, naik-turun Ringgit berlawanan dengan US Dollar, pembelian pukal untuk menjimatkan kos pengeposan dan sebagainya namun The Hedger adalah jauh lebih arif berkenaan hal-hal sebegini. Jika anda memiliki kawan pemipa yang tergolong sebagai The Hedger ini, anda sangat bertuah kerana anda hanya perlu mengikut pola pembelian mereka untuk mendapatkan kelebihan “hedging”.
3. The Prospector – Sekarang mari kita lihat pada golongan pelabur hartanah di dalam dunia perpipaan, The Prospector. Mereka adalah kunci kepada baccy-baccy “rare” kerana mereka sangat arif tentang keberadaan sesebuah blend dan brand. The Prospector tahu blend manakah yang akan dihentikan pengeluarannya dalam sedikit masa lagi, dan mereka akan mulai membeli blend / baccy tersebut pada kadar yang banyak. Mereka juga tahu di kedai manakah baccy-baccy yang sukar didapati masih tersimpan, malah mereka juga mungkin membeli lebih untuk dijual semula kemudiannya. Jika anda memiliki rakan pemipa yang tergolong di kalangan The Prospector, saya usulkan anda mengekorinya kemana dia pergi. Mungkin anda akan mendapat sedikit sebanyak pembayang baccy manakah yang akan dihentikan pengeluarannya kelak dan di manakah anda masih mampu untuk membelinya.
4. The Journeyman – Kategori ini adalah khusus bagi mereka yang ada kecenderungan untuk mencuba semua jenis blend yang pernah wujud di dunia ini. Sebenarnya, mencuba segala jenis blend adalah nikmat yang tidak terhingga untuk kita pemipa. Dan itulah apa yang The Journeyman lakukan. Mereka memiliki tahap inkuisitif dan rasa ingin tahu yang sangat tinggi, terutamanya apabila blend-blend baru dikeluarkan di pasaran. Malah, pada tahap yang ekstrem mereka boleh digelar “the baccy romeo” kerana tidak “setia” – mereka tidak memiliki “go to” baccy yang spesifik, dan senantiasa bergelumang dengan baccy baru. Golongan ini sangat menarik untuk didampingi kerana palate mereka agak terlatih; walaupun kita memiliki kecenderungan palate masing-masing, namun mereka mampu memberikan pendapat tentang sesebuah baccy dari pelbagai sudut.
5. The Thrifter – Siapa yang tidak sayangkan duit? Berpipa bukanlah satu pembudayaan hobi yang murah, jadi sudah tentu kita terpaksa bermain dengan faktor kos, dan dari sinilah wujudnya The Thrifter. Golongan ini tahu dan peka akan bila masanya sesetengah tobakonis akan mengadakan jualan murah. Selain itu, The Thrifter juga agak mahir di dalam pembelian online – mereka tahu bila sesetengah diskaun perayaan seperti Black Friday, Christmas dan lain-lain akan berlaku di dalam sesetengah online tobacconists. Pendek kata dalam kegawatan ekonomi seperti sekarang, mengikut jejak The Thrifter akan menjadikan anda seorang pemipa yang trendy dan classy tanpa perlu merobek saku anda dengan teruk.

Sememangnya menarik untuk mengetahui tentang karakter-karakter pemipa berdasarkan mikro-ekonomik baccy ini. Sama ada anda tergolong di salah satu daripadanya atau mungkin gabungan dua atau tiga karakter, hanya anda yang mengetahuinya.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Pipa Di Hari Minggu

Selain dari hari gaji (payday), hari minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. 
Bagi golongan bekerja, hari minggu adalah kesempatan terbaik untuk berehat. Ramai antara kita yang mengambil kesempatan sebegini untuk bangun sedikit lambat, setelah lima hari bangun awal pagi untuk berlumba-lumba mengelakkan kesesakan lalulintas (yang sebenarnya tidak boleh dielakkan pun). Ada yang mengambil peluang ini untuk ke pasar membeli barang keperluan dapur. Dan tidak kurang yang bangun awal untuk menyediakan sarapan DIY dan memasangkannya dengan sebowl pipa di permulaan hari.
Hari minggu sebenarnya memberikan banyak “leeway” kepada saya di dalam pemilihan baccy. Ini kerana anda tahu yang anda tidak bekerja pada hari itu, jadi dengan masa yang ada anda akan bebas untuk melakukan rotasi baccy dan pipa, dan mungkin boleh melayan tiga ke lima bowl untuk sehari suntuk. Jadi, masa yang sebegini lah yang saya perlukan untuk melayan baccy-baccy yang istimewa, yang di luar “go to” saya seperti Robert McConnell Red Virginia ini. Saya suka untuk memulakan hari dengan sesuatu yang “potent” dan sedikit “fulfilling” jadi Red Virginia ini adalah antara blend yang saya kerap pack dan light bersama sedikit jus epal atau oren untuk menyegarkan palate di awal hari hujung minggu.

Apabila palate telah pun segar dan sarapan telah dinikmati, ia adalah masa terbaik untuk mencuba blend-blend terbaru yang semakin kerap muncul di pasaran kita. Saya tiada ketetapan untuk sesi tengahari hari minggu yang spesifik, akan tetapi blend-blend yang menjengah “curiosity” saya seperti contohnya Briarworks dengan Pete’s Beard – dimana Briarworks mula mengeluarkan baccy mereka sendiri sejak tahun lepas – adalah sangat baik untuk dicuba. Mengenangkan masa yang panjang adalah milik anda, anda juga boleh menikmati blend-blend sebegini secara perlahan-lahan sambil menganalisa akan flavornya, komposisinya dan membuat keputusan sama ada anda mahu “hoard” dan menyimpan beberapa tin sementara ia masih terjual (kita akan tengok “hoarding” dan beberapa faktor mikro-ekonomik baccy pada minggu hadapan) atau tidak.
Petang hari minggu pula adalah “tea time” yang tidak wajar untuk seseorang pemipa lepaskan! Selalunya saya akan mengatur hi-tea secara kendiri dengan pilihan teh yang luas, untuk dipadankan dengan sedikit “titbits” seperti kek, scones, cucur atau goreng pisang. Ia adalah masa yang paling kompleks di hujung minggu – mengatur dan memasang teh untuk disesuaikan dengan baccy adalah kerja rumit kerana banyak pilihan dan padanan yang perlu dipertimbangkan. Jadi kebiasaannya saya akan “stick” dengan baccy / blend yang bersesuaian dengan teh pilihan.
Malam hari minggu juga adalah istimewa. Sama ada kita mengunjungi temupipa-temupipa tempatan, berpipa bersama beberapa rakan sambil menonton “live football” atau menikmatinya dengan aman di beranda rumah, ia adalah lebih kepada “ambience” thing dan anda memerlukan baccy yang tidak terlalu kompleks untuk disediakan, senang untuk dipacking dan juga mudah untuk dibawa. Disebalik situasi yang tidak menuntut blend secara spesifik sebegini, saya tetap memiliki beberapa preferensi, contohnya Semois. Ia mudah untuk dibawa, agak kering, berbentuk ribon halus yang sangat mudah untuk dinyalakan dan diselenggarakan dan turut memberikan rasanya yang unggul. Untuk berpipa di beranda sambil ditiup bayu hutan simpan dan tasik – it is the perfect baccy for the job.
Terkadang pada awal minggu seperti hari Isnin atau Selasa, ketika bersiap-siap untuk ke tempat kerja, saya membayangkan akan indahnya pagi hujung minggu yang damai, dimana kita memiliki pilihan sama ada mahu bangun berjogging atau “briskwalking”, mencapai joran untuk ke sungai atau tasik-tasik berdekatan, keluar mencari roti canai atau nasi lemak sedap, atau hanya berlingkar kembali di dalam selimut sehingga jam 10. Dan yang paling “striking” adalah mengorek “cellar” anda selama sejam hanya untuk mencari beberapa blend yang anda mahu susunkan dari pagi hingga ke malam.

Situasi sebegitu adalah sangat mendamaikan dan “welcoming” untuk minda mana-mana pemipa pun. Sila nikmatinya dengan baik.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!