Pada
masa yang sama, Kaywoodie juga adalah satu firma pengeluar pipa yang
sangat inovatif. Banyak sistem yang dicipta oleh mereka seperti stem
getah yang dilengkapi “Inbore Tube” dari aluminium (untuk kondensasi dan
penyejukan) dan sistem “Drinkless” yang popular itu, disebalik
binaan-binaan pipa yang cantik menawan.
Fine
Line, seperti unjuran namanya menampilkan briar yang diberikan sentuhan
ukiran garis lurus yang sederhana dalam. Pola sebegini menyebabkan
briar sesebuah Fine Line masih mampu menunjukkan corak grain briar dan
pada masa yang sama membawa keindahan corak geometri pada badan pipanya.
Sayang
sekali Fine Line hanya dikeluarkan dalam dua dekad sahaja, yakni dari
1956 hinggalah ke 1976. Oleh itu di sepanjang dua dekad itu pengeluaran
Fine Line hanyalah mungkin beberapa ratus unit sahaja. Ini menjadikan
spesimen-spesimen Fine Line menjadi buruan kolektor-kolektor pipa; sama
ada yang memang meminati ciri-ciri unik “geometrical wonders” ala Fine
Line ataupun peminat Kaywoodie yang semakin ramai terutamanya apabila
para kolektor US mula memandang Kaywoodie sebagai pembuat pipa tempatan
mereka.
Apa
pun gelaran untuk teknik ini, gaya finishing Kaywoodie Fine Line adalah
menarik untuk dibelek-belek dan paling nyata ia juga agak sofistikated –
lebih-lebih lagi memandangkan Fine Line hadir pada awal 50an lagi.
A true collector’s item.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment