Tidak
lama dahulu kita melihat dengan lebih dekat akan fenomena mata beburung
atau lebih dikenali dengan jolokan “birdseye”. Kali ini Kita akan
bergelumang dengan sejenis ira yang dinamakan “flame grain” atau ira
api.
Ira
api yakni flame grain adalah satu tingkatan ira yang berada di takuk
sedikit bawah dari straight grain. Seperti yang dicadangkan oleh
namanya, ira api memiliki bentuk unjuran ira yang kelihatan seperti liuk
api yang sedang menyala – sedikit senget dan seperti terbuai dek angin.
Dari situlah nama “flame grain” dikaitkan dengannya.
Unjuran
ira flame grain tidak membawa kadar birdseye yang padat di bahagian
bawah dan atasnya. Ataupun boleh dikatakan tidaklah sepadat birdseye
yang berada di atas dan bawah unjuran straight grain. Namun taburan
birdseye yang agak menjarak juga agak menarik kerana ia masih mampu
memberikan ilusi 3D sepertimana unjuran birdseye yang rapat. Malah,
sesetengah birdseye yang bercorak cantik akan dapat dinikmati dengan
lebih lagi dek kerana jarak yang tidak terlalu “dense” dengan
birdseye-birdseye lain.


Menyentuh
hal itu, flame grain tidak kurang menariknya berbanding straight grain.
Cuma sepertimana yang kita tahu, struktur harga pipa mengikut unjuran
grain menjadikan straight grain lebih mahal dan lebih diburu oleh para
kolektor. Namun pipa-pipa yang memiliki unjuran flame grain juga adalah
menarik untuk dilihat. Seorang rakan perpipaan saya pernah mengatakan
yang beliau lebih menyukai pipa-pipa flame grain yang baginya lebih
“animated” – mungkin kerana kelihatan seperti mata api dan
lapisan-lapisan grain menjadikannya seperti bergerak atau lembut pada
penglihatan – berbanding pipa-pipa berunjuran straight grain yang
baginya kelihatan lebih “kaku”. Saya percaya mungkin ramai antara kita
yang juga bersependapat dengan beliau, menjadikan unjuran flame grain
juga memiliki ramai peminatnya yang tersendiri.
Sama
ada kita bersetuju atau tidak, flame grain sebenarnya adalah lebih
menarik untuk ditemui pada beberapa bentuk pipa yang tertentu,
terutamanya yang bersifat menirus di atas dan bawah seperti bentuk
Cauldron. Bentuk yang memiliki perincian dengan sedikit “curvatures”
seperti calabash juga akan menjadi lebih menarik dengan unjuran flame
grain. Dan tentunya yang paling baik adalah pada pipa-pipa berbentuk
blowfish, dimana unjuran flame grain akan nampak sangat “lively”
seolah-olah seperti air yang mengalir turun dari badan ikan buntal
ketika ia melompat keluar dari permukaan air. Satu fenomena perpipaan
yang sangat mengasyikkan!
Bercakap
tentang pipa dengan flame grain, terdapat beberapa jenama pipa yang
memang mengabadikan grain ini di dalam siri mereka, seperti Peterson
(siri Flame Grain), Kaywoodie (Flame Grain), Stanwell (Flame Grain) dan
Dunhill Amber Flame. Sudah tentu flame grain dengan unjuran terbaik dan
paling rapat diutamakan di dalam penghasilan pipa-pipa ini, kerana
kesemuanya adalah di dalam gred tinggi – hanya di bawah Straight Grain
sahaja. Malah, Dunhill Amber Flame tergolong di antara pipa yang jarang
untuk dijumpai dan memiliki tiga gred (One Flame hingga Three Flames).
Untuk menemui Three Flames terjual di kedai adalah hampir tidak
munasabah sama sekali!
Disebalik
pengkhususan dalam pengkategorian grain untuk segmentasi harga sesebuah
pipa, flame grain kekal menarik untuk pemipa menjamu mata,
membelek-belek unjuran mata apinya sambil menikmati blend-blend
kegemaran mereka. Masih adalah sebuah nikmat dari seketul briar yang
sangat menakjubkan.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment