Monday 26 June 2017

Pipa di Hari Lebaran


Ramadan akan berlalu dan Syawal bakal menggantikannya. Walaupun sedih ditinggalkan Ramadan al Mubarak, namun pastinya kita telah pun mengambil seberapa banyak kesempatan untuk beribadat di bulan mulia itu dan sekarang adalah masa untuk kita saling berkunjung dan beramah-mesra. Pipa dan baccy selepas berbuka, pairing baccy dengan air tebu dan buah kurma sebelum tarawikh dan juga sesi susulan selepas moreh pastinya menjadi rinduan – yang akan dinikmati kelak di Ramadan yang akan datang.

Masuk bulan Syawal, yang ditunggu-tunggu oleh pemipa sejagat adalah pipa pagi raya. Sebulan berpuasa menyaksikan kita menahan nafsu dari berpipa di pagi hari, dan 1 Syawal merupakan peluang keemasan untuk melakukannya! Menikmati baccy selepas subuh ketika suasana masih hening adalah satu kedamaian yang layak diberikan hadiah Nobel untuk peacefulness yang ia berikan. Dan semua ini boleh kita lakukan di pagi 1 Syawal.


Mengenangkan kebanyakan kita adalah kaki latakia, maka adalah sangat “appropriate” untuk memulakan lebaran pemipa dengan blend latakia yang agak “smooth” seperti Dunhill’s Early Morning Pipe atau Torben Dansk Smooth Latakia. Jika anda menyukai blend yang agak manis, Smooth Latakia atau blend Frog Morton adalah pilihan yang lebih baik. Kualiti aromatik tanpa menjadi terlalu “aromatic” dari blend-blend Frog Morton sememangnya sangat versatil dan sesuai untuk banyak “occasion”.
Namun peminat tegar latakia awas! Ini mungkin adalah peluang terakhir untuk anda menikmati latakia sebelum rumah dikunjungi tetamu mulai jam 10 nanti. Tentunya di hari lebaran kita tidak mahu tetamu kita memiliki impressi yang kita sedang membakar bulu unta di dalam pipa kita bukan? Jadi pada peminat tegar latakia, blend-blend yang lebih “keras” aromanya seperti Dunhill Nightcap, Old Ironsides, Savinelli tin hijau dan Old Dublin adalah pilihan yang lebih bertepatan.
Aromatik adalah pilihan yang lebih diplomasi dan wajar apabila tetamu berada di sekeliling kita. Tentunya kita cuba sedaya upaya untuk mengimbangi bau lemang dan rendang dengan aroma baccy aromatik kita – at least itu adalah alasan terbaik untuk berpipa di dalam rumah. Beberapa blend aromatik yang popular seperti DTM’s Devil’s Holiday, Peterson Sweet Killarney dan beberapa lagi adalah pilihan automatik para pemipa Malaysia, akan tetapi terdapat juga beberapa blend baru seperti Cornell & Diehl Autumn Evening dan G.L. Pease Virginia Cream yang memiliki profil flavor yang sangat baik, disamping menjanjikan aroma bilik / room note yang jelas dan menarik.

Sebelah petang menyaksikan kita tersandar di kerusi menantikan gerombolan tetamu yang datang mulai lepas asar. Jadi kebiasaannya dari jam 3 hingga lah 4.30pm anda akan memiliki sedikit masa untuk diri sendiri. Pada waktu ini lah “nicotine fix” diperlukan dan blend-blend seperti Dunhill Three Years Mature, Dunhill Flake, Orlik Dark Strong Kentucky, McClelland Christmas Cheer, Capstan Blue, Peterson 3P atau Irish Flake adalah antara pilihan yang menarik untuk dicuba. Nikotin akan membantu dalam penghasilan adrenalin dan memberikan badan anda rasa bertenaga semula untuk melayan tetamu yang bakal tiba.
Masa rehat ini juga adalah ruang yang terbaik untuk anda melakukan sedikit pembersihan pipa-pipa yang telah digunakan tadi. Jangan membersihkan pipa sambil melayani tetamu kerana kedua mereka (pipa dan tetamu) memiliki hak untuk fokus dari anda jadi lakukannya satu-persatu. Lagipun, anda tidak mahu mengotorkan tangan anda dan bersalam dengan tetamu kemudiannya, meninggalkan jejak-jejak baccy hangit yang anda keluarkan dari pipa anda sebentar tadi.
Malam pun menjelma, dan tetamu masih berkunjungan, di dalam sela masa selepas waktu makan malam sehinggalah jam 11. Jika anda tidak sempat berpipa selepas dinner, satu sesi in-between juga adalah baik. Blend-blend berteraskan sedikit perique seperti Dunhill Elizabethan Mixture, Rattray’s Old Gowrie / Hal O the Wind, Peterson Irish Oak adalah pilihan saya yang utama. Yang paling kerap saya pack untuk sesi sebegini tentulah Dunhill Elizabethan dek kerana profil flavornya yang sedikit kompleks, dan kadar perique yang walaupun tidak “overt” tetapi masih boleh dirasai dengan baik.
Apabila malam semakin lewat, tetamu pun biasanya mulai surut dan duduk berehat sebelum tidur adalah satu lagi peluang berpipa yang jarang saya lepaskan! Blend pilihan saya pada ketika ini adalah blend Oriental, kerana tembakau oriental berkemungkinan agak tengik (berdasarkan pendapat non-smoker. Tidak semua Oriental blend bersifat begini & sukar untuk kita jangkakan kerana oriental bersifat pukal dan datang dengan pelbagai jenis daun yang diblend bersama. Sesetengah oriental memiliki room note yang manis seperti Basma contohnya) untuk dibakar di khalayak ramai. Juga blend oriental bersifat agak ringan dari segi nikotinnya dimana pada ketika sebegini saya tidak lagi memerlukan “adrenaline boost”. Antara kegemaran saya adalah McClelland Arcadia, Dunhill Standard Mixture dan Balkan Sasieni.
Begitulah sedikit sebanyak rentetan pilihan baccy di hari mulia. Dengan pilihan tembakau yang semakin pelbagai, ditambah pula dengan dedikasi pipa untuk blend spesifik yang mungkin kita amalkan, pemilihan baccy dan pipa untuk balik kampung tentunya satu keputusan yang sukar namun menyeronokkan. Sang isteri tentu tidak faham mengapa kita mengambil masa yang lama untuk memilih, memasukkan dan mengeluarkan kembali pipa dan tin baccy ke dalam beg setiap 5 minit namun bagaimana sukarnya mereka memahami F1 dan Moto GP begitulah halnya dengan hobi yang satu ini.

Salam lebaran !!!
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

No comments:

Post a Comment