Banyak
perkara boleh berlaku di dalam jangkamasa dua tahun. Anda mungkin telah
bertukar tempat kerja. Atau mungkin telah naik pangkat. Mungkin telah
berkahwin dan dikurniakan cahaya mata pertama. Dan siapa sangka, ia betul-betul mengambil masa dua tahun untuk saya menjengah kembali Baby’s Bottom?
Sebelum
ini, saya ada menceritakan di dalam blog tentang dua revival penting
Dunhill, iaitu Three Years Matured dan My Mixture Baby’s Bottom. Ia
mengambil masa tiga ke enam bulan untuk blend itu sampai ke tobakonis
kita. Penantian itu agak menghampakan buat permulaannya kerana Dunhill
tidak mengekalkan ilustrasi asal gambar bayi sepertimana Baby’s Bottom
dikenali dahulu. Sebaliknya, ia adalah ilustrasi My Mixture 965, dan
“965” digantikan dengan BB1938 – dimana Dunhill tidak menggunakan nama
“Baby’s Bottom” lagi demi untuk mengurangkan risiko penarikan
penjenamaan atas dasar ketidaksesuaiannya dan sensitiviti masyarakat
zaman ini.
Dan
perkara itulah yang Baby’s Bottom bawakan kepada kita – kelembutan dan
“smoother taste” yang palate kita mampu rasai. Pada firasat saya,
kelembutan rasa itu terhasil dek kerana faktor “creaminess” yang
sememangnya unik buat blend ini. Cyprian Latakia yang bergabung dengan
tiga jenis virginia tadi adalah sangat “creamy” dan sedikit manis.
“Creaminess” yang berlebihan akan bertindak sebagai “masking” dan
me”muted”kan “tanginess” dan rasa tajam virginia jadi dari sinilah
kelembutan ekstra itu terhasil. Fenomena ini menjadi satu “highlight”
buat Baby’s Bottom dan ia juga merupakan idea asal kenapa namanya adalah
sedemikian.
Jadi,
boleh dikatakan apa yang anda akan dapat dengan Baby’s Bottom adalah
flavor-flavor asas My Mixture 965 seperti yang anda biasa nikmati,
disaluti dengan “creaminess” tambahan yang menyenangkan palate dan
sedikit “spiciness” di pertengahan bowl hingga ke hujung. Profil
sebegini menjadikannya sangat baik dan sesuai untuk penggemar Cyprian
latakia yang mahukan lebih dimensi kelembutan, walaupun sebaliknya ia
mungkin tidak dapat memuaskan My Mixture “purists” yang boleh merasai
kehilangan “extra smokiness” daripada blend kesukaan mereka itu. Apa pun
preferensi anda, My Mixture Baby’s Bottom adalah satu revival yang
sangat baik dan wajar untuk diterokai.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment