Saturday 26 November 2016

Burley “doppio zero” Bersama Missouri Pride

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"2F072C62-105A-48B3-B3FF-537F5353F287_1480003492026","width":844,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"source":"editor","origin":"gallery","height":984,"subsource":"done_button","total_editor_time":59,"brushes_used":0}Darn, agak lama juga sebelum teringat betapa blend burley telah tiada dalam rotasi bulanan saya. Sedar tidak sedar, Solani Aged Burley Flake sudah pun sampai ke flake terakhirnya baru-baru ini, dan dek kerana utuhnya flake ini (ia sentiasa lembap dan berminyak dari awal tin dibuka hingga ke flake terakhir – anda boleh salute Solani untuk itu) hasrat untuk menggodek cebisan-cebisan flake lerai untuk sesi perpipaan kecemasan sebelum tin gantian dibeli adalah sangat hampa dan tak kesampaian.
Saya, sebagai seorang pemipa cuai mendapati diri tidak terpanggil untuk meng”cellar”kan Solani Aged Burley Flake sebelum ini, hanya kerana faktor keberadaannya yang sangat mudah didapati atau “readily available” di mana-mana kedai tembakau seantero Malaya. Agak “foolish” sebenarnya kerana sudah banyak kejadian dan tragedi berlaku di depan mata kita – sepertimana berlaku kepada blend-blend Robert McConnell, Mac Baren Solent Mixture dan Ashton Artisan Blend. Apabila perkara ini terjadi, tangis darahlah kita semahunya.
Paling terbaru yang menimpa dunia tembakau burley adalah tragedi Mac Baren Burley London Blend yang sudah pun dihentikan pengeluarannya. Sebuah blend Burley yang agak “rich” dan sedikit “tangy” namun begitulah hakikat kehidupan, yang baik akan pergi dan pencarian blend-blend pengganti pun akan bermula lagi. It’s a “vicious cycle” di luar sana.
Bercakap tentang Burley; jika anda mengikuti artikel-artikel lama saya semestinya ia terlabel rapi sebagai “pipesmoker’s best kept secret” atau lebih tepat lagi “the most underrated tobacco”. Ini kerana tidak banyak blend-blend Burley dikeluarkan oleh blending-blending house berbanding gugusan blend aromatik dan virginia.
Namun dunia Burley mendapat sedikit kegembiraan baru-baru ini apabila Missouri Meerschaum mengeluarkan beberapa blend tembakau mereka sendiri yang turut menampilkan sebuah blend Burley. Diblend oleh master blender Russ Oulette untuk Missouri Meerschaum, siri ini menampilkan empat jenis Blend yang menggunakan nama-nama pipa corn cob Missouri Merschaum sendiri. Selain dari blend Burley tadi yakni Missouri Pride, anda juga boleh mendapatkan Great Dane (aromatik berinspirasikan Danish blending), American Patriot (Balkan-style), dan Country Gentlemen (VA/per). Juga terdapat Independence Day, blend aromatik edisi terhad kepada 1776 unit yang datang dalam tin bulat.
Saya dapat menikmati Missouri Pride ini dengan baik walaupun ia bukanlah sebuah blend Burley potent sepertimana Edgeworth Sliced dan Solani Aged Burley Flake. Akan tetapi, dek kerana kurangnya blend yang berteraskan tembakau burley dipasaran, anything Burley is most welcomed – menarik untuk dicuba dan mungkin bersifat agak “selamat” atau “in safe waters” dek kerana persepsi dan pengharapan / anticipation dari para peminat Burley adalah lebih menjurus kepada peringkat pertengahan, dibelenggu dengan kurangnya pilihan yang ada di tangan. Jika kita mahu mengkategorikan Missouri Pride sebagai VA/Bur juga mungkin kurang tepat, kerana Burley adalah tembakau primer di dalam blend ini.
Missouri Pride ini datang dalam bentuk yang agak bercelaru – broken flake dan ready-rubbed. Flake-flake yang telah berpecah ini adalah agak kering dan pembakaran boleh menjadi panas pada bila-bila masa. Anda tentu tahu tentang karakteristik “Burley bite” dan hisapan perlahan / “slow cadence” akan menyelamatkan anda dari bite tersebut. Walaupun note “nutty” identik Burley itu hanya hadir dalam kadar yang sedikit di dalam blend ini, note-note seperti buah fig dan prune masam diolah dengan baik oleh Missouri Pride. Disepanjang sesi-sesi perpipaan saya dengannya, ia menunjukkan potensi blend Burley yang halus dan “refined” – agak lembut dengan permainan “strength” nya dan tekstur rasa keseluruhan yang baik dan memuaskan.
Missouri Pride mampu untuk menjadi blend Burley rotasi mingguan anda dan sifatnya yang sedikit “loose” dan ringan membuatnya sebuah Blend yang sesuai untuk dinikmati sambil membuat pekerjaan seharian seperti memancing atau berkayak di sepanjang sungai, di dalam bowl Missouri Meerschaum Cob yang sememangnya sesuai dengan activities-aktiviti sedemikian. Tekstur rasanya yang halus juga dapat menarik ramai “burley-newcomers” untuk mengenali variasi tembakau jenis ini dengan lebih dekat lagi.
Dek kerana keringnya broken flake ini, saya tidak akan mengesyorkan untuk prep time yang terlalu lama. Lagipun, “topping” atau flavor tambahan yang dikatakan ada bersama blend ini adalah sangat minimal, bukanlah dari jenis “syrupy” aromatik yang memerlukan kadar prepping yang cukup untuk mengurangkan kelembapan “topping” tersebut. Jadi, jika kita sememangnya mahu menjadikan blend ini sebagai blend “outdoor” yang senang dicapai, dipek di dalam pipa terus tanpa prepping ketika memancing atau berkhemah (tentunya sukar untuk prep tembakau di dalam keadaan sedemikian), ianya adalah sangat sesuai sekali.
Tentunya agak menarik untuk kita saksikan bagaimana blend ini akan bertindak-balas dengan sedikit “shelf-life” – mungkin tiga ke enam bulan lagi. Sebelum ia mencapai ke tahap itu, kita boleh “enjoy” terlebih dahulu penawaran baru Burley ini dengan pemikiran dan hati yang terbuka.


pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Thy Pursue of Dementia Dreams – Pengkolektivitian Pipa Falcon

Di dalam dunia perpipaan, logam tidak pernah mengatasi kecantikan alami ira-ira kayu dan animasi sentuhan yang mampu diberikan olehnya. Sebab itu minat kepada pipa-pipa besi seperti Falcon, Kirsten dan yang sewaktu dengannya adalah subjektif kepada keadaan dan senario semasa.
Mengejar Falcon adalah ibarat mengejar mimpi dan bayang – anda tahu bayang-bayang akan sentiasa ada tetapi apabila dihampiri, ia semakin menjauh, sedepa dua dari kenyataan. Anda sering terfikir yang tahap kolektiviti Falcon akan padam setelah pesanan peti surat “custom bowl” anda sampai. Bowlsheet. Kita pemipa tidaklah seringkas itu.
Hal ini diakui oleh beberapa “Falconeers” yang memperkasakan koleksi Falcon mereka dengan idea-idea unik dan tersendiri. Seperti head honcho MyPSJ saudara Saiful Haizan yang tampil dengan bowl Falcon berbentuk dublin dari material corn cob ini. Ia adalah one-of-a-kind material bagi Falcon dan semestinya keunikan bahan ini menjadi perbualan peminat-peminat Falcon – a conversational piece!


Begitu juga dengan saudara Fizan “Howler Wolves” dari MSP yang turut memiliki bowl custom untuk Falcon. Ianya adalah pencetus kepada “passion” yang mendalam dan keunikan (ditemani rapat oleh praktikaliti pipa Falcon itu sendiri) adalah satu pencarian yang tidak pernah terbatas. Bowl-bowl customs hanya menambahkan lagi marak api pengkolektivitian dan pencarian pipa Falcon bagi pemipa-pemipa “passionate” seperti mereka ini!
Tidak sampai beberapa jam selepas artikel Falcon minggu lepas keluar, saya telah ditanyakan oleh seorang kawan di whatsapp group tentang Falcon saya yang memiliki “logo” berbentuk burung Falcon (mungkin hampir menyerupai) tentang status pipa Falcon tersebut – adakah ia keluaran terhad atau “special edition”?
Sebenarnya, sejak membeli Falcon estate itu saya sendiri cuba sedaya upaya untuk memastikan versi Falcon yang manakah yang memiliki logo Falcon di central plug tetapi pencarian internet saya buntu. Dari itu saya membuat hipothesis yang logo tersebut adalah buatan sendiri dari pemilik asal pipa tersebut. Falcon itu juga datang dengan bowl a-la Rhodesian yang memiliki fuller tinggi – ia adalah bowl custom dan ini menguatkan lagi hipotesis saya. Ternyata, tiada apa yang dapat menghalang seseorang peminat Falcon dari menzahirkan obsesinya dengan pipa itu, sehinggakan central plug pun menjadi mangsa grafiti perpipaan!
Memang terdapat beberapa “die hard fans” yang menumpukan 100% pengkolektivitian mereka terhadap pipa Falcon. Mereka ini tidak memperdulikan langsung akan straight grain, ring grain atau pun birdseye (sememangnya sukar untuk menemukan bowl-bowl Falcon yang memiliki grain-grain baik). Keseronokan mereka berlegar pada kombinasi bowl vs body Falcon dan ia adalah agak unik untuk pengkolektivian pipa-pipa jenis ini.
Sebelum dilanda the pursue of this dementia dreams, dahulu sebelum memiliki satu, saya pernah memikirkan sejenak tentang Falcon…dan urgh, this pipe is rather ugly. Menyemat Falcon di bibir dan membelek-belek diri di cermin, macam ada yang tak kena. Sehingga sekarang, saya masih agak terkedu jika memikirkan diri bertuxedo hitam gelap, dengan pocket square satin dilipat rapi menampakkan sedikit bahagian segitiganya, berkasut kulit double monk strap hitam gelap sambil menggamit pipa Falcon. Slightly out of place, rasanya. Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi itulah yang saya rasakan.
Akan tetapi tanpa tuxedo, Savile Row suits dan gentlemanly gears yang tradisi, penonjolan maskuliniti melalui perkara-perkara rumit dan kejuruteraan bahan juga adalah satu dimensi dunia “alpha male” yang telah dikaji dan dibuktikan sahih sejak berzaman. Sebab itu naluri kita akur dan condong kepada dunia permotoran, ragbi, WWF. Kita suka membelek enjin kereta dan mengetuk sesuatu di dalamnya. Jadi, membersihkan pipa Falcon juga turut menyumbang kepada agenda maskuliniti ini. Ia adalah besi, rumit dan kotor – teori ideal jejaka macho metropolitan.
Ini – semua kompleksiti Falcon mencerminkan maskuliti ini – adalah agak kontrari dengan imej Falcon yang asal. Berwarna krom yang sama, ringan, murah dan setiap bahagian ganti boleh dibeli secara berasingan, Falcon adalah pipa untuk “the working class”. Tidak pernah mereka pedulikan tentang kolektiviti dan semua perkara berpaksikan model “archetypical” yang berulang-ulang monotoninya.
Tetapi, desas-desus dan cerita-cerita lisan tentang pekerja-pekerja fasiliti Falcon dahulu yang banyak menjalankan eksperimentasi dengan bahagian-bahagian pipa Falcon memberikan kita banyak kebarangkalian untuk terjumpa “hidden gems”; pipa-pipa Falcon lama yang unik, istimewa dan “one of a kind”, semuanya menanti untuk ditemui di ceruk-ceruk kedai antik, flea market dan online store / sellers diserata dunia.
Pencarian konfigurasi tidak standard Falcon sebegini adalah sentiasa menarik dan penuh debaran. Finders keepers, bak kata orang…
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Monday 14 November 2016

Falcon : Revolusi Pipa Amerikana

​Di tengah-tengah hutan merah-keperangan pipa-pipa briar yang menjadi tunjang produksi dan kolektiviti dunia perpipaan sekarang, pipa Falcon adalah agak mudah dibezakan. Dengan kilauan aluminium tuang yang berkilat memukau, “anodized body” yang utuh, badan yang ringan dan kepelbagaian kombinasi bowl yang boleh dipadankan bila-bila masa, ia kelihatan seperti mampu untuk menggoncang pasaran pipa briar. Namun, ia tidaklah sebegitu mudah seperti yang disangka.
 
Falcon pipes bermula dengan idea untuk menghasilkan pipa yang ringan, asap sejuk, penjagaan yang minima dan kos pemilikan yang ekonomi. Dengan menerapkan konsep kondensasi sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah “gurgling”, ia telah dicipta oleh seorang jurutera dari Indiana US yang bernama Kenley Bugg pada 1936 dan dipatenkan pada 1945. Sepertimana pendekatan jurutera yang klise – Bugg tidak mengendahkan faktor kolektiviti pada awal perniagaan mereka jadi bentuk pipa Falcon adalah sangat identik dan “standard”. Malahan, pilihan bowl yang ada juga adalah sangat minimal pada ketika itu. Apa yang lebih ditekankan oleh Bugg adalah praktikaliti, yakni sistem pipa Falcon itu sendiri.
Pipa Falcon dibuat di USA dan sangat popular sehinggakan pada 1954 dianggarkan sebanyak 6 juta pipa Falcon telah terjual di sana. Tetapi selepas perang dunia ke-2 terdapat isu tentang imej Falcon di mana ia sedikit sebanyak menggugat dominasi mereka di US dan Falcon pantas bertindak dengan memindahkan produksi mereka ke England pada 1963 dan kebetulan juga ketika itu peminat pipa England mulai menerima Falcon dengan baik. Taktik ini berjaya menyelamatkan pipa Falcon dan dengan itu boleh dikatakan pipa Falcon yang bertulis hanya “Falcon” adalah keluaran USA sebelum 1963 dan yang bertulis “made in England” adalah pengeluaran selepas 1963.
Dari dahulu hingga sekarang, pipa Falcon menekankan konsep mesra pembersihan – dimana prosesnya agak mudah pemipa hanya perlu membersihkan humidome (bahagian aluminium di bawah bowl dimana cecair akan terkumpul) dan bahagian dalam shank. Terdapat aksesori “O ring” yang hanya perlu diletakkan di “central plug” yang terletak di tengah humidome untuk menyerap lembapan dan bahagian dalam shank boleh dibersihkan dengan pipecleaner biasa.
Jika seseorang pemilik Falcon adalah pemalas, risiko pembentukan kek di luar kawal hanya akan mengancam keselamatan bowl Falcon sahaja (dan sekiranya ia retak, anda boleh menukar bowl baru dengan kos yang minimum). Ini berbeza dengan pipa briar dimana risiko bowl retak yang mungkin berlaku jika kek dibiarkan tebal adalah berbahaya kepada keseluruhan pipa itu.
Seperti yang kita sedia maklum, pipa Falcon adalah amat ringan dan sesuai untuk dibawa ke mana saja. Ini secara tidak langsung bermakna ia baik untuk pemipa yang suka menggamit pipa di bibir. Faktor ini menjadikan Falcon sebuah pipa outdoor yang agak mantap – ia amat sesuai untuk aktiviti luaran yang lasak seperti memancing, berkhemah, jungle trekking dan lain -lain. Anda tentu tidak mahu pipa briar anda rosak dan tercalar ketika anda terlibat di dalam aktiviti-aktiviti sebegini, bukan?
Walau bagaimanapun, dengan bentuk yang sama tentunya pipa Falcon kelihatan agak membosankan dan kurang faktor kolektibilitinya. Menyedari akan kekurangan mereka dari segi ini, Falcon telah pun mengeluarkan beberapa siri bowl yang berbeza dari segi bentuk dan “finishing”. Maka dengan itu lahirlah bentuk-bentuk bowl Falcon yang lebih baru seperti Hyperbole, Sniffer, Istanbul dan beberapa lagi yang agak berbeza dari bentuk-bentuk standard mereka yakni Dublin, Bulldog, Apple, Algiers dan lain-lain.
Namun memandangkan pasaran pipa Falcon ini adalah besar, kepelbagaian bowl sahaja tidak lah mencukupi. Body juga perlu dipelbagaikan dan ini diterapkan dengan pengeluaran “Hunter series” yang memiliki body berwarna hitam dan siri anodized yang berwarna merah-kecoklatan. Tidak cukup dengan itu, untuk menghangatkan lagi faktor kolektibilitinya Falcon juga mengeluarkan siri “Shillelagh” iaitu siri edisi terhad, yang dikatakan hanya 400 unit sahaja pengeluarannya. Ini adalah suatu tanda yang Falcon juga sedar akan kehendak pasaran pipa yang mahukan kelainan dan pembaharuan pada rupabentuk dan persembahan produk.
Terkadang anda akan terjumpa dengan beberapa bowl Falcon yang agak “rare” seperti bowl meerschaum penuh, meerschaum-lined (bowl meerschaum-lined adalah keluaran standard Falcon dahulu namun sekarang mungkin sudah tidak dikeluarkan lagi), bowl bergrafik dan berwarna, bowl dengan bahan yang unik bagi Falcon seperti bowl cob dan juga bowl-bowl yang diluar bentuk standard. Kebanyakan jenis-jenis ini adalah “custom made” – jarang ditemukan dan sudah tentu ianya sangat indah memandangkan ia berbeza dan unik berbanding lautan Falcon bowl lain yang sangat standard dan hanya berdasarkan beberapa bentuk sama yang berulang-ulang.
Sesetengah kolektor Falcon juga suka memburu Falcon yang diperbuat di US (hanya tertulis “Falcon” sahaja) kerana keluaran itu hanya terhad kepada tempoh operasi fasiliti pembuatan pipa Falcon di US pasca 1960an dan mungkin sedikit sukar untuk ditemui hari ini. Bagi pengkaji sejarah atau pemipa yang meminati Falcon, tentunya amat menggembirakan untuk memiliki Falcon keluaran kedua-dua negara yakni US dan England kerana ia tentunya akan melengkapkan koleksi pipa Falcon mereka.
Tidak cukup dengan itu, terdapat juga sebilangan Falcon “die hard fans” yang menyadurkan emas, perak atau bahan lain ke atas anodized aluminum badan Falcon mereka! Ini semua sudah tentu menjurus kepada minat dan penggayaan, demi kelainan dari segi rupabentuk dan peningkatan tahap kolektiviti Falcon itu sendiri. Jika terdapat sebab-sebab tambahan seperti untuk penyejukan yang lebih menyeluruh atau penambahbaikan daya tahan permukaan Falcon mereka, ia tidaklah diketahui dan amatlah menarik untuk dikaji dengan lebih mendalam.
Satu masalah bagi pipa Falcon ini adalah ianya diperbuat dari aluminium. Sesetengah pemipa tidak menggemari besi atau material yang “inanimated”. Mereka merasakan yang kayu briar itu adalah “hidup”, penuh dengan grain atau birdseye dan kerana ianya dari pokok, ia lebih alami. Selain dari bowl, pipa Falcon mungkin tidak mempunyai banyak tarikan lain tetapi dari segi kualiti smoking yang mampu diberikannya, ia tidak diragukan. Walau apa pun preferensi kita, saya percaya adalah lebih baik untuk memiliki paling tidak satu pipa Falcon kerana harganya agak berpatutan (terutamanya yang estate) dan perbezaan dari segi material dan penjagaannya mampu memberikan satu dimensi perpipaan yang menarik buat semua.
Walaupun “appeal” dari pipa Falcon ini adalah minimum, sebagai seorang pemipa suatu hari nanti anda akan berevolusi dan mula menanam minat secara diam-diam terhadap pipa besi ini. Saya sendiri pernah terfikir akan betapa buruknya pipa Falcon ini sebelum ia menarik minat saya pada suatu hari yang damai. Penjagaan yang mudah, ringan, mampu milik dan keupayaannya untuk memberikan kualiti perpipaan yang kering dan baik adalah ciri-ciri utama untuk pipa “outdoor” yang tahan lasak, sekaligus menjadi faktor praktikal yang mengatasi faktor rupa luaran pipa jenis ini.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Monday 7 November 2016

Mengenali Pipa Billiard Dengan Lebih Dekat

“Siapa ada pipa billiard sila angkat tangan!”
Jika soalan itu diajukan di dalam dewan kuliah yang dipenuhi pemipa, maka akan kelihatanlah tangan-tangan berbulu memenuhi ruangan dewan. Malah, mungkin yang ponteng kuliah juga akan mengangkat tangan di dormatori masing-masing!
Begitulah umumnya pipa billiard kepada kita pemipa. Ia adalah bentuk yang paling asas sehinggakan jika kita menyuruh masyarakat umum bukan pemipa untuk melukis sebuah pipa, berkemungkinan besar pipa yang bakal dilukisnya adalah berbentuk billiard.
Ciri-ciri klasik pipa billiard adalah bermula dengan bowl silinder yang lurus dan tidak terlalu besar, dimana terkadang bowlnya sedikit melengkung ke dalam pada bahagian rim dan bawah bowl. Shank billiard biasanya adalah bulat berbentuk “pensil” yang ukurannya sama panjang dengan ketinggian bowl, dan stem menirus yang berukuran setengah dari keseluruhan panjang pipa. Ia boleh datang samada dalam bentuk lurus atau bengkok. Tanpa alunan lenggok-lenggok sukar seperti “curvature” Zulu atau “forward canted bowl” ala Cutty, dan juga tanpa tambahan kemasan-kemasan perabot lain seperti “fuller” pada Rhodesian atau “dagu” Cavalier, bentuk billiard tentunya kelihatan bersahaja, mudah dan asas.
Senang untuk kita mengagak yang nama billiard itu mungkin berasal dari bentuk shank nya yang kelihatan seperti kayu billiard, namun kebanyakan pipa lain juga memiliki bentuk shank yang sama. Juga teori ini tidak dapat memperjelaskan akan variasi bent billiard. Walaupun sebegitu, ia sangat diminati ramai terutamanya penulis-penulis seperti C.S. Lewis dan J.R.R. Tolkien; mungkin kerana kepanjangan shank dan stemnya dari bowl tidak mengganggu penglihatan mereka ketika menulis. Ini adalah praktikaliti yang baik dan sangat benar terutamanya apabila ia dikilas ke tepi ketika menulis.
Variasi pipa billiard pula merangkumi beberapa bentuk seperti stack billiard (billiard dengan bowl yang tinggi), pot (billiard dengan bowl yang cetek tetapi lebar), panel billiard (billiard dengan sisi yang bersegi), Oom Paul (bent billiard yang sangat “acute” bengkoknya), dan chubby / stubby billiard (billiard dengan bowl dan shank yang “gemuk”). Ia juga boleh datang dengan variasi stem saddle yang sepadannya mendapat jolokan “saddle billiard”. Sebagai bentuk yang boleh dikategorikan antara yang tertua, fantasi pemipa terhadap billiard tentunya adalah sangat menebal, lantaran banyaknya variasi yang tercipta dengan bentuk ini.
Selain itu bentuk pipa variasi lain yang dikenalpasti menggunakan bangunan billiard adalah Canadian (yang kemudiannya mencapah ke beberapa bentuk lain seperti Liverpool, Lovat dan Lumberman). Jenis Canadian ini mengaspirasikan kepanjangan shank dan stem billiard dari bowlnya, cuma apa yang berbeza adalah shank keluarga Canadian dipanjangkan dan hasilnya tentulah stem Canadian pula yang menjadi pendek. Dengan kepanjangan ini, samada kombinasi shank dan stem billiard atau rekonstruksi Canadian, sesi perpipaan yang sejuk adalah dijangka kerana asap panas akan melalui laluan yang agak panjang dan berkemungkinan dapat disejukkan sebelum ia sampai ke palate kita.
Walaupun sekali imbas billiard adalah bentuk yang paling mudah dan “simple” bagi ramai pemipa, tetapi sebenarnya ia adalah bentuk yang paling komplikated. Sebagai bentuk yang popular, ia terdedah kepada banyak personalisasi dan interpresi seni rekabentuk sehinggakan Ia selalu menjadi bahan perdebatan. Malah, banyak pipemaker yang mengatakan akan kesukaran untuk mendapatkan bentuk billiard yang sempurna. Masakan tidak, dengan banyaknya variasi dan percambahan bentuk dari billiard, sudah tentu mencari bentuk yang hakiki adalah sukar bukan?
Sudah tentu sekali dengan variasi yang banyak, pipa billiard akan memiliki pengaruh dan pendekatan yang sedikit berlainan apabila ia dibuat oleh pipemaker British, Italy, Danish dan Amerika. Pada pendapat saya bentuk yang paling menghampiri bentuk billiard asal tentulah datang dari pipa-pipa buatan British, dimana kebanyakan billiard yang kita dapat lihat di tangan kita dan katalog-katalog lama adalah bersifat “keras” dan mengikut deskripsi asas dengan penuh disiplin. Billiard-billiard sebegini mencerminkan maskuliniti dan ketegasan rekabentuk yang matang dan berseni, disebalik kekerasan tersebut. Sebenarnya, ia terpulang pada preferensi kita dan apa yang menarik minat kita.
Biar apa pun preferensi pemipa, bentuk billiard diakui tergolong di antara bentuk-bentuk yang banyak berjasa dalam dunia pembuatan pipa. Ia adalah satu bentuk yang melancarkan seratus varian lain dan memberikan banyak aspirasi di dalam dunia perpipaan – satu penemuan yang patut dibanggakan dan dimiliki oleh setiap pemipa – itu pun sekiranya anda masih belum memiliki satu pun pipa billiard!
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!