Almanak & refleksi perpipaan Malaya
Di
tengah-tengah hutan merah-keperangan pipa-pipa briar yang menjadi
tunjang produksi dan kolektiviti dunia perpipaan sekarang, pipa Falcon
adalah agak mudah dibezakan. Dengan kilauan aluminium tuang yang
berkilat memukau, “anodized body” yang utuh, badan yang ringan dan
kepelbagaian kombinasi bowl yang boleh dipadankan bila-bila masa, ia
kelihatan seperti mampu untuk menggoncang pasaran pipa briar. Namun, ia tidaklah sebegitu mudah seperti yang disangka.
Falcon
pipes bermula dengan idea untuk menghasilkan pipa yang ringan, asap
sejuk, penjagaan yang minima dan kos pemilikan yang ekonomi. Dengan
menerapkan konsep kondensasi sebagai jalan penyelesaian terhadap masalah
“gurgling”, ia telah dicipta oleh seorang jurutera dari Indiana US yang
bernama Kenley Bugg pada 1936 dan dipatenkan pada 1945. Sepertimana
pendekatan jurutera yang klise – Bugg tidak mengendahkan faktor
kolektiviti pada awal perniagaan mereka jadi bentuk pipa Falcon adalah
sangat identik dan “standard”. Malahan, pilihan bowl yang ada juga
adalah sangat minimal pada ketika itu. Apa yang lebih ditekankan oleh
Bugg adalah praktikaliti, yakni sistem pipa Falcon itu sendiri.
Jika
seseorang pemilik Falcon adalah pemalas, risiko pembentukan kek di luar
kawal hanya akan mengancam keselamatan bowl Falcon sahaja (dan
sekiranya ia retak, anda boleh menukar bowl baru dengan kos yang
minimum). Ini berbeza dengan pipa briar dimana risiko bowl retak yang
mungkin berlaku jika kek dibiarkan tebal adalah berbahaya kepada
keseluruhan pipa itu.
Walau
bagaimanapun, dengan bentuk yang sama tentunya pipa Falcon kelihatan
agak membosankan dan kurang faktor kolektibilitinya. Menyedari akan
kekurangan mereka dari segi ini, Falcon telah pun mengeluarkan beberapa
siri bowl yang berbeza dari segi bentuk dan “finishing”. Maka dengan itu
lahirlah bentuk-bentuk bowl Falcon yang lebih baru seperti Hyperbole,
Sniffer, Istanbul dan beberapa lagi yang agak berbeza dari bentuk-bentuk
standard mereka yakni Dublin, Bulldog, Apple, Algiers dan lain-lain.
Namun
memandangkan pasaran pipa Falcon ini adalah besar, kepelbagaian bowl
sahaja tidak lah mencukupi. Body juga perlu dipelbagaikan dan ini
diterapkan dengan pengeluaran “Hunter series” yang memiliki body
berwarna hitam dan siri anodized yang berwarna merah-kecoklatan. Tidak
cukup dengan itu, untuk menghangatkan lagi faktor kolektibilitinya
Falcon juga mengeluarkan siri “Shillelagh” iaitu siri edisi terhad, yang
dikatakan hanya 400 unit sahaja pengeluarannya. Ini adalah suatu tanda
yang Falcon juga sedar akan kehendak pasaran pipa yang mahukan kelainan
dan pembaharuan pada rupabentuk dan persembahan produk.
Tidak
cukup dengan itu, terdapat juga sebilangan Falcon “die hard fans” yang
menyadurkan emas, perak atau bahan lain ke atas anodized aluminum badan
Falcon mereka! Ini semua sudah tentu menjurus kepada minat dan
penggayaan, demi kelainan dari segi rupabentuk dan peningkatan tahap
kolektiviti Falcon itu sendiri. Jika terdapat sebab-sebab tambahan
seperti untuk penyejukan yang lebih menyeluruh atau penambahbaikan daya
tahan permukaan Falcon mereka, ia tidaklah diketahui dan amatlah menarik
untuk dikaji dengan lebih mendalam.
Walaupun
“appeal” dari pipa Falcon ini adalah minimum, sebagai seorang pemipa
suatu hari nanti anda akan berevolusi dan mula menanam minat secara
diam-diam terhadap pipa besi ini. Saya sendiri pernah terfikir akan
betapa buruknya pipa Falcon ini sebelum ia menarik minat saya pada suatu
hari yang damai. Penjagaan yang mudah, ringan, mampu milik dan
keupayaannya untuk memberikan kualiti perpipaan yang kering dan baik
adalah ciri-ciri utama untuk pipa “outdoor” yang tahan lasak, sekaligus
menjadi faktor praktikal yang mengatasi faktor rupa luaran pipa jenis
ini.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment