Friday 26 August 2016

Peterson : Irish Oak

Blend-blend dari Peterson merupakan antara yang paling dikenali di dunia. Ini sebenarnya dibantu oleh faktor pengedaran dan pemasaran yang baik. Kemana saja kita pergi, blend tembakau pipa Peterson pasti mudah ditemui. Baik aromatik, virginia, va/per, mahupun English blends, Peterson memiliki kesemuanya, walaupun mereka lebih dikenali dengan blend-blend aromatik dan persembahan mereka agak terhad di bahagian English / latakia.
Peterson Irish Oak adalah antara offering yang sangat “bright” dari blend-blend mereka yang lain. Datang dengan tin standard 50g berwarna hijau terang, ianya mudah dikenali. Pelekat tin menyatakan “A rich blend of Brazilian & African Virginia leaf with Cavendish and rare Louisiana Perique”. Hmm…Sebenarnya Peterson juga tidak banyak mengeluarkan blend Virginia / Perique atau va/per jadi kesangsian saya akan kemahiran atau “expertise” mereka dalam blend-blend sebegini adalah amat mencurigakan.
Dahulu, diberitakan Peterson menggunakan burley kultivasi Thailand di dalam blend yang sama tetapi mungkin kerana produksi burley tersebut yang mungkin sudah pun pupus, maka ia tidak lagi digunakan. Sayangnya tiada “living sample” yang mampu kita gunakan sebagai kayu ukuran untuk membezakan tekstur rasa yang asal dengan versi yang ada sekarang, jika tidak pastinya kita dapat mengetahui akan kelebihan burley kultivasi Thailand ini – tambahan lagi ia datang dari sebuah negara yang tidak terkenal dengan penghasilan tembakau komersil (walaupun rakyat tempatan kita di negeri-negeri sempadan sudah biasa menikmati tembakau kultivasi Thailand sejak berzaman lagi).
bauan “citrusy” yang hadir dari campuran bright virginia dan perique ini adalah sangat menarik selera kita
Sebaik sahaja penutup tin dibuka, bau / tin not yang menjemput hidung anda adalah dari rerumput kering, jerami padi, raisin dan sedikit “citrusy”. Ini adalah petanda kepada ciri-ciri tin not bright virginia yang baik. Tembakaunya pula hadir dalam bentuk potongan ribon, menjadikannya mudah untuk dipack kedalam bowl dan kadar kelembapan pun agak rendah: sesuai untuk dinikmati segera.
Kadar kelembapan inilah yang membantu charring lights yang baik pada permulaan sesi berpipa. Sebaik saja bara “amber” diperolehi, asap yang menerpa masuk ke palate adalah dari pembakaran tembakau bermutu – tembakau virginia yang berbau jerami atau “hay-like” seperti Bell’s Three Nuns dan Dunhill Elizabethan Mixture. “Hay note” dari Irish Oak adalah agak tinggi sebenarnya, jadi pada mereka yang sukakan tembakau dengan not sebegini, ini adalah satu petanda yang baik.
Boleh dikatakan, tekstur rasa Irish Oak pada peringkat awal adalah agak sama seperti Dunhill Elizabethan Mixture. Ini mengingatkan saya kepada beberapa desas-desus tentang persamaan rasa antara kedua blend ini. Sebagai penggemar Elizabethan Mixture, saya turut gembira dengan hal ini. Namun, masuk ke tengah bowl, perbezaan yang agak ketara mula dirasai. Saya dapati “spiciness” dan tahap kepedasan Irish Oak adalah agak “strong” dan “intense”. Ini sudah pastinya tindakbalas dari campuran perique yang sememangnya saya sudah kesan kehadirannya pada awal perpipaan lagi. 
dengan hanya menyatakan campuran ” perique” tanpa melibatkan ” straight St James”, boleh dikatakan yang sensasi kepedasan itu datangnya dari kadar percampuran perique yang agak banyak
Ternyata alunan “spiciness” periquenya lebih “pronounced” dan intensitinya meningkat di pertengahan perpipaan. Mungkin inilah nuansa rasa va/per yang dicari-cari oleh penggemar perique tetapi bagi saya intensitinya adalah agak tinggi dan tajam. Yang pasti, ianya bukan “Straight St James” perique; jika tidak masakan harganya agak murah, jadi kebarangkalian adalah ianya menggunakan “Acadian” perique pada kadar yang mungkin agak tinggi.
Oleh kerana datangnya Irish Oak adalah dalam bentuk potongan ribon yang agak kering, maka pembakaran baccy adalah mudah dan lancar hingga ke hujung bowl. Intensiti perique sedikit mendatar pada hujung bowl, namun kehadirannya masih boleh dirasai walaupun pada lidah newbies. Dalam pada itu, flavor-flavor profil seperti “nuttiness” dan bijirin, ditemani rasa kismis salai yang tidak terlalu masam – hasil campuran cavendish – dapat dikecapi di sini. Di penghujung ini juga “interplay” antara dua karakter virginia dari dua negara yang berlainan agak menarik dan memberikan pengalaman perpipaan yang baik. Setelah amber terpadam, tiada masalah untuk mendapatkan habuk putih bersih di hujung perpipaan dengan Irish Oak.
Diberitakan bahawa tembakau Irish Oak ini juga menerima “casking” treatment di dalam barrel oak. Satu fakta yang mungkin sedikit sebanyak membuka sedikit selera dan “appetite sense” kita, dimana saya tidak menafikan akan kehadiran bauan dan “smoking notes” yang sedikit “woody” dan “earthy” sementelahan not-not barrel oak itu mungkin diserap oleh baccy di sepanjang proses “casking” tersebut. Dimensi yang dibawakan, walaupun mungkin separuh adalah permainan minda kita sendiri, adalah agak menarik dan imaginatif.
nama yang digunakan yang memberitahu akan proses pemerapan baccy di dalam barrel oak sememangnya agak menarik dan unik untuk blend va/per setakat ini
Kesimpulannya, boleh dikatakan yang keseluruhan rasa dan flavor dari Irish Oak adalah lebih hampir kepada Elizabethan Mixture, hanya ia jauh lebih pedas (dan mungkin lebih “kick” penataan periquenya – bergantung pada penafsiran individu). Walaupun tekstur rasa va/per nya tidak selembut Reiner Gold dan tidak kompleks seperti penawaran Elizabethan, namun kehadiran perique yang banyak mampu membuatkan pencinta perique menjadi “follower” tetap blend ini. 
Dengan situasi sekarang, di mana baccy-baccy Peterson sentiasa ada di rak-rak tobacconist tempatan, ditambah pula dengan harga yang agak mampu milik, para pemipa bolehlah menikmati suatu blend yang mungkin kita boleh kategorikan sebagai “perique powerhouse” ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Tidakkah itu sesuatu yang baik untuk kita semua?
faktor keberadaan Irish Oak yang mudah didapati dan pada harga yang berpatutan menjadikannya satu blend va/per yang strategik untuk dijadikan “go-to” baccy anda
.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

1001 Tembakau di Atas Dulang Perak : Apa Anda Harus Lakukan Dengannya?

Untungnya pemipa zaman sekarang!

Jauh lebih setengah abad yang lepas, diversiti blend yang ada untuk pemipa rasanya boleh dibilang dengan jari. Berbeza dengan hari ini, di mana jika anda hanya membeli 5% dari keseluruhan diversiti blend yang ada di kedai tembakau pun, duit di poket anda pula yang boleh dibilang dengan jari…
Sebanyak mana diversiti yang boleh kita jangkakan dari rupa dan kelompok etnik manusia, begitulah jua halnya dengan baccy. Datangnya mereka dari beberapa kumpulan daun yang asas, kemudian berlaku bercambahan benih, percantuman tunas, hibrid dan penghasilan variasi baru yang lain dari segi rupa, struktur daun dan komposisi biologikalnya.
Begitulah halnya bila kemajuan teknologi dan sektor pertanian bergabung. Seperti mana kita melihat contoh perkembangan hasil durian kita; dari durian kampung, dimajukan ke D24, kemudian datang bermacam jenis dan hybrid seperti D101, udang merah, musang king dan lain-lain. Yang mendapat manfaat dari semua ini adalah kita sebagai pembeli, pengguna dan konsumer.

 

kaedah pemprosesan tembakau iaitu “curing” juga adalah berbeza-beza dan menghasilkan produk akhir dengan rasa yang unik dan bervariasi
 
 
Sekiranya percambahan benih itu masih kurang seronok, terdapat pula pelbagai kaedah kultivasi dan “curing” yang berlainan untuk menambah diversiti kepada variasi yang ada. Flue-cured, fire-cured, sun-cured dan pelbagai lagi dipergunakan oleh pengusaha tembakau sebelum ia di jual kepada pembekal. 
Penghasilan fire-cured ala Latakia yang memerlukan penggunaan bahan bakar tertentu juga sebenarnya mampu membuka banyak ruang kepada dimensi rasa yang baru – mengapa terhad kepada bahan bakar terdahulu seperti kayu api dari pokok-pokok renek sahaja? Mengapa tidak menggunakan elemen-elemen lain seperti bunga atau buah yang telah dikeringkan sebagai bahan bakar tambahan? Atau rempahan seperti kayu manis atau jintan? Lihat, betapa meluasnya konsep dark-fired jika ia betul-betul dikaji untuk eksplorasi.
Penghasilan virginia pula sudah lama pun bergantung-harap pada kondisi tanah dan kultivasi tempatan, demi penghasilan variasi virginia yang memiliki perbezaan rasa yang ketara. Lain “belt” asal sesuatu virginia itu lain kondisi minyak mineral nya, lain kuantiti glukosnya. Yellow virginia dengan red virginia pun banyak perbezaannya, dengan kadar glukos yang sangat berbeza jika diblend dengan tembakau lain pastinya memberi dimensi rasa yang tersendiri.

lokaliti virginia adalah sangat meluas – ia bertindak balas dengan baik sekali pada kadar nutrisi tanah dan cuaca persekitaran, lantas memberikan variasi rasa yang sangat menarik
Dari Virginia hingga ke Georgia, kemudian ada juga yang datang dari Brazil, Tanzania, Mysore, malahan negara Asia Pasifik seperti Malaysia, Indonesia (dengan 30% peratusan kasar pengeluaran virginia), mungkin Philippines dan juga Thailand. Bayangkan jika sekali sekala datang sesebuah blend yang menonjolkan penggunaan daun virginia dengan ringkasan yang menarik seperti “…feel the punch of this full-bodied virginia from the coastal region of Bachok”, atau “…made of virginia hand-plucked from the mineral-rich plains of Bojonegoro in East Java…”, tentunya menarik bukan? 
Itu belum lagi kita menjenguk puluhan jenis tembakau oriental yang ditanam secara kecil-kecilan di serata Eropah timur. Izmir dan Smyrna selalu kita jumpa (itu pun dalam bentuk Cyprian latakia) dan Basma (kerana Frog Morton On The Town mudah didapati di sini). Bagaimana dengan Katerini, Drama, Mahalla, Samsun Yenidje, Sokhoum, Bashi Bagli? Itu pun, mungkin banyak lagi tembakau-tembakau oriental kultivasi setempat yang kita akan terjumpa walaupun tidak diketahui kewujudannya, jika anda mudik Selat Bosphorus ke pedalaman Turki atau menyeberang laut mencari di sekitar persisiran Greece.
Tidak lama kemudian, kita dikejutkan pula dengan Semois! Bagaikan satu enigma baru dunia perpaipan, Semois dibelai bak kucing manja oleh pemipa barat, malah ramai yang menjadikannya sebagai “go-to baccy”. Ia menghimbau zaman maskulin perpipaan dulu-dulu dengan rasa full-bodied yang sedikit keras. Ia ibarat sheriff yang berkuasa di pekan koboi, jika diletakkan di sebelah blend-blend aromatik di rak tembakau anda. Jadi, tiga ke lima tahun lagi siapakan tahu, akan ditemui sebuah lagi kultivasi tembakau “standalone” dari Port Au Prince atau Casablanca?

burley adalah jenis tembakau yang sangat “low profile” dan “underrated” – kepelbagaiannya yang kurang adalah kerana kurangnya penerokaan terhadap tembakau burley itu sendiri
 
Berbalik kita ke tembakau asas, di mana ada satu daun yang jarang sekali dipandang pemipa – burley. Semestinya burley digunakan secara meluas di dalam blend aromatik, dek kerana kadar penyerapan flavor yang mampu diberikan olehnya. Tetapi tahukah anda yang blend-blend yang berteraskan burley sebagai tembakau primer juga mampu memberikan pengalaman perpipaan yang begitu baik sekali? Mungkin rasanya tidak “spot-on” seperti virginia dan latakia, tetapi sangat baik untuk mereka yang mahukan flavor asli tembakau, sedikit “nuttiness” dan mungkin “buttery”, dengan kadar nikotin yang agak memberangsangkan.
Bercakap tentang burley blend ini, mungkin salah blending-blending house juga kerana tidak menawarkan banyak seleksi dari kelompok daun ini, namun untuk berfikiran terbuka mereka juga bereaksi dengan kehendak pasaran – di mana kurangnya perhatian dari kita pemipa maka sudah tentu blending house juga tidak akan mengeluarkan banyak pilihan untuk blend burley. Secara peribadi, saya rasakan burley mampu untuk berevolusi dan potensi yang ada padanya adalah sangat tinggi – sesuatu yang mungkin akan kita bincangkan suatu hari nanti.
Di antara kita juga pasti ramai yang telah mencuba blend-blend yang berinspirasikan cigar, di mana penggunaan daun-daun cigar diterapkan di dalam komposisi blend. Ini juga adalah satu “blue ocean” yang belum habis diterokai, kerana setakat ini kebanyakan blend-blend seperti ini hanya ada sedikit sahaja, dan majoritinya menggunakan daunan Maduro. Bagaimana dengan variasi lain seperti Criollo, Corojo, Oscuro, atau Connecticut Shade? Jadi, eksplorasi “hybrid” tembakau pipa dengan daunan cigar ini juga sebenarnya tidaklah begitu meluas. Masih ada ruang untuk lebih perincian di dalam kategori ini.
explorasi tembakau curut / cigar di dalam dunia tembakau pipa adalah sangat-sangat kurang dan bersifat “one dimensional” – sesuatu yang agak malang kerana terdapat banyak lagi jenis tembakau curut yang tidak pernah dibakar di dalam dapur pipa sehingga kini
Adakah anda merasakan yang evolusi blend aromatik sudah terhenti setakat itu sahaja? Selain dari infusion flavor-flavor yang biasa melalui teknik “casing”, “dressing” hinggalah ke “casking” dalam tong barrel-barrel tertentu, aromatik sememangnya mementingkan bau dan rasa. Pada bahagian rasa, blend-blend aromatik hanya berjaya membawa flavor dari “casing” sahaja, namun peliknya tidak banyak blending house yang mahu menghasilkan aromatik yang memuaskan, setidak-tidaknya “medium bodied” dan dengan sedikit hentaman nikotin. Adakah ia mustahil?
Di peringkat pemipa yang sudah merasai kebanyakan blend kita selalu bercakap tentang kelemahan yang ada pada blend aromatik, dan peliknya tidak ada blending house yang mahu (atau mungkin mampu) menghasilkan blend aromatik yang mampu menjawab segala kehendak pemipa tadi. Atau, mungkin beberapa sudah pun memasuki “pipeline” – kita tunggu dan lihat.
Dunia tembakau adalah senantiasa organik. Kita memiliki banyak perbezaan rasa pada jenis daun yang sama, hanya kerana ia ditanam di tempat lain atau dikultivasi dengan cara yang berbeza. Dengan 1001 macam potensi yang dimiliki oleh daunan bangsawan ini, janganlah kita pemipa pula menjadi paranoid dengan membataskan deria kita dengan sesebuah blend tertentu sahaja. 
anda merasakan yang tembakau “honeydew” bermaksud ia diperisakan dengan tembikai susu? Fikirkan semula kerana “honeydew” adalah satu proses penyediaan tembakau yang melibatkan proses pemeraman dengan liquorice dan molasses sehingga satu flavor yang unik terhasil
Baca, fahami, cuba, beli, bereksperimentasi, hayati, nikmati dan kongsi lah blend-blend yang belum anda terfikir untuk capai, selagi mana anda mampu. Kerana tiada apa yang lebih malang bagi seseorang pemipa melainkan untuk menyedari yang dia sangat menyukai sesuatu blend yang sudah pun dalam proses untuk ditamatkan pengeluarannya. 
Time and tobacco waits for no man…
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Tuesday 16 August 2016

Asas Pemipa Pemula 2 : “Tounge Burn” dan Penjelasannya

Minggu lepas telah kita bincangkan akan fenomena “tounge bite” yang disebabkan oleh tindakbalas kimia antara palate dan lidah kita dengan asap tembakau pipa yang dinikmati. Itulah “gigitan”, yang agak berlainan dengan tindakbalas lidah yang pedih menerima haba yang bersuhu tinggi seperti terbakar, yang kita boleh termakan sebagai “tounge burn”. Memahami konsep “tounge bite” tadi mungkin agak sukar kerana ia berkaitan dengan komposisi kimia dan asbab yang tidak dapat kelihatan pada mata kasar. Namun memahami “tounge burn” adalah perkara yang jauh lebih mudah, dek kerana ianya nyata, fizikal dan dapat dibuktikan dengan perbuatan.

“Tounge burn” didefinisikan sebagai ketidakselesaan pada permukaan lidah dan palate yang diakibatkan oleh pendedahan kepada haba panas secara langsung atau mungkin tidak langsung tetapi pada kadar yang berterusan. Seperti yang saya katakan tempoh hari, sensasi “tounge burn” dan “tounge bite” adalah lebih kurang sama. Perbezaannya pada awal “tounge bite” anda mungkin merasakan pedih-pedih lidah tanpa sebab dan untuk “tounge burn” ianya lebih mirip kepada keadaan lidah anda apabila anda menghirup minuman yang sangat panas – lidah rasa kebas dan kelu dan kepedihan akan menyusul kemudian.

Kadar pembakaran yang sangat tinggi dan terus ke lidah mampu menyebabkan lidah terbakar – lalu terjadilah “tounge burn”

Untuk “tounge burn” ini, kesalahan diletakkan sepenuhnya kepada beberapa faktor, seperti “packing” tembakau secara terlalu ketat. “Packing” sebegini akan menyebabkan kita menyedut pipa dengan kuat demi menarik dan menghidupkan api pembakaran. Apa yang kita tidak sedar adalah tarikan / sedutan kuat tadi turut menarik haba panas ke lidah kita secara langsung lantas membakar permukaan lidah. “Packing” yang terlalu longgar juga menyebabkan haba panas pembakaran disedut masuk ke lidah dengan mudah, memberikan masalah yang sama pada pemipa.

Selain dari “packing”, sedutan yang kuat ketika menikmati pipa anda juga akan memberikan impak yang sama pada lidah. Pipa yang di”pack” dengan baik akan menghasilkan amber pembakaran yang cantik. Namun jika kita menyedutnya secara kuat dan cepat, ia adalah seperti kita memberikan angin yang banyak pada bara dimana ia akan menjadi panas dan membakar pada suhu yang lebih tinggi.

Keadaan tembakau yang terlalu lembab juga merupakan satu faktor kepada “tounge burn” dan ia bertindak dengan dua cara. Pertamanya tembakau yang agak basah akan menghasilkan haba pemanasan yang tinggi jadi ia akan membakar lidah anda. Lagi satu adalah kecenderungan anda untuk menyedut kuat demi menghidupkan tembakau yang basah – dimana jemputan haba panas ke lidah akan berlaku lagi.

“packing” tembakau terlalu ketat? Awas, anda adalah bakal mangsa “tounge burn” nanti!

Menikmati pipa hingga ke penghujung bowl adalah suatu kondisi yang sangat menyeronokkan, dengan konsentrasi nikotin dan flavor yang berlaku di situ tetapi pastikan anda berhati-hati kerana pembakaran adalah sangat hampir dengan lubang shank dan kebarangkalian untuk mendapat “tounge burn” di sini adalah agak tinggi. Pastikan anda menghembus secara perlahan dan berhemah pada ketika ini.

Mengetahui sebab-musabab tadi, kita tentu boleh mengagak jalan penyelesaian kepada “tounge burn” ini – iaitu tidak lain dan tidak bukan untuk bersabar dan menikmati sesi perpipaan anda secara perlahan! Kadar “puffing” yang anda lakukan adalah sangat penting demi mengelakkan malapetaka ini. Lagi pun, memilih untuk berpipa bermaksud anda telah memilih untuk menikmati tembakau dengan penuh hemah dan sabar – jadi kenapa anda perlu bergegas dan mencipta masalah sekarang? Relaks, “chill out” dan ambil masa anda secukupnya untuk sesebuah sesi perpipaan.

Kadar “puffing” yang tinggi dan kerap juga seringkali dikaitkan dengan kecenderungan pemipa pemula untuk mengekalkan amber di dalam bowl mereka selama mungkin. Pendek kata pemipa pemula tidak suka menyalakan pipa mereka berkali-kali, dengan tanggapan yang pemipa tahap “maestro” hanya memerlukan dua ke tiga nyalaan sahaja untuk membakar tembakau hingga ke hujung. Sebenarnya adalah biasa untuk menyalakan pipa anda sehingga banyak kali pun, kerana ia adalah normal dan “maestro” yang hanya menggunakan dua tiga nyalaan tadi bukanlah satu matlamat yang perlu dicapai setiap pemipa, walaupun ianya sangat übercool untuk menjadi sepertinya.

Sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik “packing” tembakau – ketat atau sederhana ketat atau longgar / “loose” – anda boleh mencuba kesemuanya dan kemudian padankan ia dengan kesesuaian tembakau

Jalan penyelesaian kedua adalah dengan mempelajari teknik “packing” secara lebih komprehensif. Ada bermacam teknik di luar sana seperti Frank Method, Gravity Feed, Palm Packing, Fold & Stuff, Three Steps Method dan lain-lain lagi, semua sedia untuk dipelajari. Cubalah kesemuanya dengan tembakau pilihan anda dan lihat yang mana adalah yang terbaik untuk anda. Perlu diingatkan yang bukan semua jenis tembakau adalah sesuai untuk setiap teknik, seperti Fold & Stuff hanya sesuai untuk tembakau jenis flake, jadi bereksperimenlah dan carilah teknik yang sesuai dengan anda.

Setiap tembakau sebaiknya diberikan sedikit “airtime”; “prepping” atau dianginkan secukupnya, demi menjamin kadar kelembapan yang tidak tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Tembakau yang terlalu kering juga akan membakar secara cepat dan panas, jadi sedikit keseimbangan lembapan diperlukan untuk menghasilkan sesi perpipaan yang baik. Gunakan piring / bekas terbuka yang sesuai untuk sesi “prepping” ini, tetapi jangan pula anda meletakkan tembakau anda di bawah cahaya matahari pula: suhu bilik adalah cukup baik untuk tujuan ini.

Teknik “prepping” yang baik sememangnya akan mengurangkan sedikit kadar kelembapan tembakau dan dapat mengelakkan masalah “tounge burn”

Selain dari itu, terdapat juga ura-ura yang menyatakan bahawa jenis tembakau seperti virginia memberikan “tounge burn”. Ini semua adalah karut! Memang tidak dinafikan tembakau virginia memiliki kadar gula yang agak tinggi dan berpotensi untuk

Secara tidak langsung, kita terbiasa mengaitkan semua kepedihan lidah ini sebagai “tounge bite” tetapi kini setidak-tidaknya kita tahu yang sebenarnya kedua perkara ini adalah agak berbeza. Jika “tounge bite” adalah “biological whistle” untuk memberitahu anda apa yang boleh diterima dan apa yang tidak, tounge burn pula bersifat “biological alarm clock” – memberi petanda bahawa badan kita tidak mampu menerima sesuatu secara berlebihan.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
cepat menjadi panas ketika dibakar, tetapi itu tidak semestinya berlaku. Tembakau virginia ternyata dicintai oleh majoriti pemipa dan apa yang membezakan adalah cara anda memanipulasikan tembakau versatil ini. Selalunya, virginia adalah tembakau yang sangat “pemaaf” dan mampu memberikan anda ganjaran flavor dengan kemanisan natural yang baik, jika anda bersabar dan belajar untuk menanganinya.

Sunday 7 August 2016

Asas Pemipa Pemula : "Tounge Bite" dan Penjelasannya.

Sebagai pemipa pemula, mengalami "tongue bite" dan "tounge burn" adalah perkara yang hampir pasti berlaku pada beberapa minggu pertama berpipa. Mungkin sesetengah kita adalah sangat bertuah dan tidak pernah mengalami, tetapi kebanyakan pemipa tidak akan terlepas darinya.

Saya sendiri turut mengalami "tounge bite" dan "tounge burn" pada hari ketiga berpipa. Setelah beberapa lama, barulah saya tahu yang saya mengalami "tounge burn" pada hari ketiga dan "tounge bite" pada beberapa bulan kemudian. Adakah anda tahu perbezaan antara keduanya?

Terdapat banyak pendapat tentang "tounge bite" dan "tounge burn" ini, dan walaupun sebab musabab terjadinya kedua-dua kondisi ini adalah berbeza, ia masih merujuk kepada komplikasi lidah dan ketidakselesaan yang sama. Jadi, tidak hairanlah jika ada pemipa yang mengatakan kedua-dua "tongue bite" dan "tounge burn" itu adalah sama. Ada yang mengatakan "tounge burn" adalah hasil dari kejadian "tounge bite" pada lidah pemipa, dan ada juga yang mengatakan yang hanya "tounge bite" wujud dan "tounge burn" adalah salah. Walau bagaimana sekali pun semua ini mahu didefinasikan, kita haruslah mengalami masalah-masalah perpipaan sebegini dengan lidah kita sendiri, barulah kita boleh meletakkan ia di tempat yang sepatutnya.

"Tounge Bite" adalah satu keadaan malang dimana lidah pemipa dapat merasakan sakit seperti luka-luka kecil dan sedikit bisa-bisa. Ini adalah agak berbeza dengan "tounge burn" yang sebenarnya adalah keadaan lidah yang sudah sakit disebabkan terdedah kepada haba panas dari hisapan pipa secara berterusan. Menggunakan tembakau yang terlalu basah, packing yang terlalu ketat, kadar sedutan yang terlalu kuat dan beberapa faktor lagi merupakan punca utama "tounge burn" ini. Kita akan lihat "tounge burn" dengan lebih lanjut pada minggu depan, dan sekarang marilah kita kembali kepada perkara pokok "tounge bite" ini.

Suka untuk saya mengaitkan komposisi kimia yang berlaku di dalam mulut seseorang pemipa kepada masalah "tounge bite" ini, kerana dikatakan yang keadaan sesetengah tembakau yang agak beralkali (dengan nilai pH yang tinggi) memungkinkan dan menjadi pemacu kepada kejadian "tongue bite". Mungkin kita boleh mengaitkan keadaan blend-blend burley yang agak beralkali (kurangnya kadar gula di dalam burley bermakna kuranglah kehadiran asid) sebagai pemangkin kepada "tounge bite" tetapi secara harfiahnya ia tidaklah semudah itu.

Sebagai contoh, saya masih mendapat "tounge bite" setiap kali menggunakan DTM Gold of Mysore, walaupun mengetahui yang blend tersebut tidak menggunakan burley dan virginia dari Mysore adalah memiliki kadar gula yang agak tinggi. Juga, perkara yang sama berlaku pada Pipedose 66 (walaupun saya memang berkeinginan untuk membelinya kerana "design" tin nya yang menawan, saya pendamkan hasrat itu disebabkan oleh baccynya yang menggigit setiap kali saya mencuba) dan beberapa blend aromatik dari Kohlhase & Kopp.

Agak memeningkan apabila keadaan sebegini berlaku kepada kita pemipa, dimana sudah tentu hasrat setiap pemipa adalah untuk bebas menikmati setiap baccy pilihannya pada bila-bila masa yang ditentukan oleh mood pemipa itu sendiri. Kurangnya pemahaman terhadap fenomena "tongue bite" pada ketika itu menyebabkan saya sedikit hampa kerana terbelenggu oleh perasaan tidak mampu untuk menikmati blend-blend Kohlhase & Kopp lagi.

Ianya mengambil masa yang agak lama untuk memahami tindakbalas kimia sendiri. Secara amnya, kita akur akan tindakbalas badan kita dengan persekitaran dan material yang bersentuhan. Sebagai contoh, ada antara kita yang kulitnya naik gatal-gatal apabila mengenakan pakaian dari "combed cotton", dan ada yang naik ruam kemerahan di bibir apabila memakan udang galah. Misteri alergi badan dengan persekitaran adalah satu variasi kemanusiaan yang menarik dan bersifat pengabdian diri (abdication) - kita mungkin mampu untuk menguasai, memiliki dan membeli tetapi seberani manakah kita boleh menjamin yang diri kita mampu untuk menikmati?

Remedi untuk mengelakkan "tounge bite" ini adalah memasangkan sesi perpipaan dengan minuman-minuman yang bersifat asidik seperti jus limau, kopi, black tea atau green tea. Secara saintifiknya, ia mungkin dapat meneutralkan sedikit kadar alkali sesebuah blend apabila asapnya memasuki mulut kita. Dengan penurunan kadar pH di situ, reaksi kimia yang menyebabkan "tounge bite" mungkin akan lebih lemah dan berkurangan.

Bagi saya, remedi terbaik bagi "tongue bite" adalah - beralihlah kepada blend atau tembakau yang lebih selesa kepada lidah anda. Tiada gunanya memaksa diri untuk menerima sesuatu yang badan kita tidak mampu menanganinya. Berita baiknya adalah keadaan lidah kita mampu untuk berubah mengikut keadaan. Alergi kepada makanan mungkin adalah lebih serius dan sukar berubah dek kerana ia terpaksa melalui proses pencernaan, tetapi alergi kepada blend atau tembakau mungkin bersifat sementara dan memerlukan sedikit keterbiasaan diri (terutamanya lidah dan palate) kepada tembakau itu.

Tiada gunanya kita memaksa lidah menerima sesuatu yang tidak boleh diterimanya, tetapi sekali sekala cuba lah nyalakan baccy yang memberikan anda "tounge bite" tadi, hisap secara perlahan-lahan dan berhenti sekiranya "tounge bite" masih berlaku. Cuba dengan pipa yang berlainan, teknik packing yang berlainan, sela masa "prepping" yang berlainan malah mungkin dengan api yang berlainan (mancis, "lighter" atau "torch lighter").

Tidak lama nanti pasti akan datang saat dimana anda mampu menikmati baccy tersebut dengan baik dan pada ketika itu nikmat berkat dari kesabaran anda adalah sangat berbaloi. Saya pernah menyatakan yang kebanyakan blend akan mengalami sedikit perubahan (yang selalunya positif) apabila diberi sedikit masa di atas rak (shelf time) jadi mungkin juga anda bakal mampu menikmati baccy-baccy yang bermasalah ini pada sedikit masa lagi. Apa yang perlu kita ada adalah semangat untuk rajin mencuba dan terus mencuba.



pack 'em, light 'em, and blow smoke rings outta 'em!