Friday 26 August 2016

Peterson : Irish Oak

Blend-blend dari Peterson merupakan antara yang paling dikenali di dunia. Ini sebenarnya dibantu oleh faktor pengedaran dan pemasaran yang baik. Kemana saja kita pergi, blend tembakau pipa Peterson pasti mudah ditemui. Baik aromatik, virginia, va/per, mahupun English blends, Peterson memiliki kesemuanya, walaupun mereka lebih dikenali dengan blend-blend aromatik dan persembahan mereka agak terhad di bahagian English / latakia.
Peterson Irish Oak adalah antara offering yang sangat “bright” dari blend-blend mereka yang lain. Datang dengan tin standard 50g berwarna hijau terang, ianya mudah dikenali. Pelekat tin menyatakan “A rich blend of Brazilian & African Virginia leaf with Cavendish and rare Louisiana Perique”. Hmm…Sebenarnya Peterson juga tidak banyak mengeluarkan blend Virginia / Perique atau va/per jadi kesangsian saya akan kemahiran atau “expertise” mereka dalam blend-blend sebegini adalah amat mencurigakan.
Dahulu, diberitakan Peterson menggunakan burley kultivasi Thailand di dalam blend yang sama tetapi mungkin kerana produksi burley tersebut yang mungkin sudah pun pupus, maka ia tidak lagi digunakan. Sayangnya tiada “living sample” yang mampu kita gunakan sebagai kayu ukuran untuk membezakan tekstur rasa yang asal dengan versi yang ada sekarang, jika tidak pastinya kita dapat mengetahui akan kelebihan burley kultivasi Thailand ini – tambahan lagi ia datang dari sebuah negara yang tidak terkenal dengan penghasilan tembakau komersil (walaupun rakyat tempatan kita di negeri-negeri sempadan sudah biasa menikmati tembakau kultivasi Thailand sejak berzaman lagi).
bauan “citrusy” yang hadir dari campuran bright virginia dan perique ini adalah sangat menarik selera kita
Sebaik sahaja penutup tin dibuka, bau / tin not yang menjemput hidung anda adalah dari rerumput kering, jerami padi, raisin dan sedikit “citrusy”. Ini adalah petanda kepada ciri-ciri tin not bright virginia yang baik. Tembakaunya pula hadir dalam bentuk potongan ribon, menjadikannya mudah untuk dipack kedalam bowl dan kadar kelembapan pun agak rendah: sesuai untuk dinikmati segera.
Kadar kelembapan inilah yang membantu charring lights yang baik pada permulaan sesi berpipa. Sebaik saja bara “amber” diperolehi, asap yang menerpa masuk ke palate adalah dari pembakaran tembakau bermutu – tembakau virginia yang berbau jerami atau “hay-like” seperti Bell’s Three Nuns dan Dunhill Elizabethan Mixture. “Hay note” dari Irish Oak adalah agak tinggi sebenarnya, jadi pada mereka yang sukakan tembakau dengan not sebegini, ini adalah satu petanda yang baik.
Boleh dikatakan, tekstur rasa Irish Oak pada peringkat awal adalah agak sama seperti Dunhill Elizabethan Mixture. Ini mengingatkan saya kepada beberapa desas-desus tentang persamaan rasa antara kedua blend ini. Sebagai penggemar Elizabethan Mixture, saya turut gembira dengan hal ini. Namun, masuk ke tengah bowl, perbezaan yang agak ketara mula dirasai. Saya dapati “spiciness” dan tahap kepedasan Irish Oak adalah agak “strong” dan “intense”. Ini sudah pastinya tindakbalas dari campuran perique yang sememangnya saya sudah kesan kehadirannya pada awal perpipaan lagi. 
dengan hanya menyatakan campuran ” perique” tanpa melibatkan ” straight St James”, boleh dikatakan yang sensasi kepedasan itu datangnya dari kadar percampuran perique yang agak banyak
Ternyata alunan “spiciness” periquenya lebih “pronounced” dan intensitinya meningkat di pertengahan perpipaan. Mungkin inilah nuansa rasa va/per yang dicari-cari oleh penggemar perique tetapi bagi saya intensitinya adalah agak tinggi dan tajam. Yang pasti, ianya bukan “Straight St James” perique; jika tidak masakan harganya agak murah, jadi kebarangkalian adalah ianya menggunakan “Acadian” perique pada kadar yang mungkin agak tinggi.
Oleh kerana datangnya Irish Oak adalah dalam bentuk potongan ribon yang agak kering, maka pembakaran baccy adalah mudah dan lancar hingga ke hujung bowl. Intensiti perique sedikit mendatar pada hujung bowl, namun kehadirannya masih boleh dirasai walaupun pada lidah newbies. Dalam pada itu, flavor-flavor profil seperti “nuttiness” dan bijirin, ditemani rasa kismis salai yang tidak terlalu masam – hasil campuran cavendish – dapat dikecapi di sini. Di penghujung ini juga “interplay” antara dua karakter virginia dari dua negara yang berlainan agak menarik dan memberikan pengalaman perpipaan yang baik. Setelah amber terpadam, tiada masalah untuk mendapatkan habuk putih bersih di hujung perpipaan dengan Irish Oak.
Diberitakan bahawa tembakau Irish Oak ini juga menerima “casking” treatment di dalam barrel oak. Satu fakta yang mungkin sedikit sebanyak membuka sedikit selera dan “appetite sense” kita, dimana saya tidak menafikan akan kehadiran bauan dan “smoking notes” yang sedikit “woody” dan “earthy” sementelahan not-not barrel oak itu mungkin diserap oleh baccy di sepanjang proses “casking” tersebut. Dimensi yang dibawakan, walaupun mungkin separuh adalah permainan minda kita sendiri, adalah agak menarik dan imaginatif.
nama yang digunakan yang memberitahu akan proses pemerapan baccy di dalam barrel oak sememangnya agak menarik dan unik untuk blend va/per setakat ini
Kesimpulannya, boleh dikatakan yang keseluruhan rasa dan flavor dari Irish Oak adalah lebih hampir kepada Elizabethan Mixture, hanya ia jauh lebih pedas (dan mungkin lebih “kick” penataan periquenya – bergantung pada penafsiran individu). Walaupun tekstur rasa va/per nya tidak selembut Reiner Gold dan tidak kompleks seperti penawaran Elizabethan, namun kehadiran perique yang banyak mampu membuatkan pencinta perique menjadi “follower” tetap blend ini. 
Dengan situasi sekarang, di mana baccy-baccy Peterson sentiasa ada di rak-rak tobacconist tempatan, ditambah pula dengan harga yang agak mampu milik, para pemipa bolehlah menikmati suatu blend yang mungkin kita boleh kategorikan sebagai “perique powerhouse” ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Tidakkah itu sesuatu yang baik untuk kita semua?
faktor keberadaan Irish Oak yang mudah didapati dan pada harga yang berpatutan menjadikannya satu blend va/per yang strategik untuk dijadikan “go-to” baccy anda
.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

No comments:

Post a Comment