Tuesday 16 August 2016

Asas Pemipa Pemula 2 : “Tounge Burn” dan Penjelasannya

Minggu lepas telah kita bincangkan akan fenomena “tounge bite” yang disebabkan oleh tindakbalas kimia antara palate dan lidah kita dengan asap tembakau pipa yang dinikmati. Itulah “gigitan”, yang agak berlainan dengan tindakbalas lidah yang pedih menerima haba yang bersuhu tinggi seperti terbakar, yang kita boleh termakan sebagai “tounge burn”. Memahami konsep “tounge bite” tadi mungkin agak sukar kerana ia berkaitan dengan komposisi kimia dan asbab yang tidak dapat kelihatan pada mata kasar. Namun memahami “tounge burn” adalah perkara yang jauh lebih mudah, dek kerana ianya nyata, fizikal dan dapat dibuktikan dengan perbuatan.

“Tounge burn” didefinisikan sebagai ketidakselesaan pada permukaan lidah dan palate yang diakibatkan oleh pendedahan kepada haba panas secara langsung atau mungkin tidak langsung tetapi pada kadar yang berterusan. Seperti yang saya katakan tempoh hari, sensasi “tounge burn” dan “tounge bite” adalah lebih kurang sama. Perbezaannya pada awal “tounge bite” anda mungkin merasakan pedih-pedih lidah tanpa sebab dan untuk “tounge burn” ianya lebih mirip kepada keadaan lidah anda apabila anda menghirup minuman yang sangat panas – lidah rasa kebas dan kelu dan kepedihan akan menyusul kemudian.

Kadar pembakaran yang sangat tinggi dan terus ke lidah mampu menyebabkan lidah terbakar – lalu terjadilah “tounge burn”

Untuk “tounge burn” ini, kesalahan diletakkan sepenuhnya kepada beberapa faktor, seperti “packing” tembakau secara terlalu ketat. “Packing” sebegini akan menyebabkan kita menyedut pipa dengan kuat demi menarik dan menghidupkan api pembakaran. Apa yang kita tidak sedar adalah tarikan / sedutan kuat tadi turut menarik haba panas ke lidah kita secara langsung lantas membakar permukaan lidah. “Packing” yang terlalu longgar juga menyebabkan haba panas pembakaran disedut masuk ke lidah dengan mudah, memberikan masalah yang sama pada pemipa.

Selain dari “packing”, sedutan yang kuat ketika menikmati pipa anda juga akan memberikan impak yang sama pada lidah. Pipa yang di”pack” dengan baik akan menghasilkan amber pembakaran yang cantik. Namun jika kita menyedutnya secara kuat dan cepat, ia adalah seperti kita memberikan angin yang banyak pada bara dimana ia akan menjadi panas dan membakar pada suhu yang lebih tinggi.

Keadaan tembakau yang terlalu lembab juga merupakan satu faktor kepada “tounge burn” dan ia bertindak dengan dua cara. Pertamanya tembakau yang agak basah akan menghasilkan haba pemanasan yang tinggi jadi ia akan membakar lidah anda. Lagi satu adalah kecenderungan anda untuk menyedut kuat demi menghidupkan tembakau yang basah – dimana jemputan haba panas ke lidah akan berlaku lagi.

“packing” tembakau terlalu ketat? Awas, anda adalah bakal mangsa “tounge burn” nanti!

Menikmati pipa hingga ke penghujung bowl adalah suatu kondisi yang sangat menyeronokkan, dengan konsentrasi nikotin dan flavor yang berlaku di situ tetapi pastikan anda berhati-hati kerana pembakaran adalah sangat hampir dengan lubang shank dan kebarangkalian untuk mendapat “tounge burn” di sini adalah agak tinggi. Pastikan anda menghembus secara perlahan dan berhemah pada ketika ini.

Mengetahui sebab-musabab tadi, kita tentu boleh mengagak jalan penyelesaian kepada “tounge burn” ini – iaitu tidak lain dan tidak bukan untuk bersabar dan menikmati sesi perpipaan anda secara perlahan! Kadar “puffing” yang anda lakukan adalah sangat penting demi mengelakkan malapetaka ini. Lagi pun, memilih untuk berpipa bermaksud anda telah memilih untuk menikmati tembakau dengan penuh hemah dan sabar – jadi kenapa anda perlu bergegas dan mencipta masalah sekarang? Relaks, “chill out” dan ambil masa anda secukupnya untuk sesebuah sesi perpipaan.

Kadar “puffing” yang tinggi dan kerap juga seringkali dikaitkan dengan kecenderungan pemipa pemula untuk mengekalkan amber di dalam bowl mereka selama mungkin. Pendek kata pemipa pemula tidak suka menyalakan pipa mereka berkali-kali, dengan tanggapan yang pemipa tahap “maestro” hanya memerlukan dua ke tiga nyalaan sahaja untuk membakar tembakau hingga ke hujung. Sebenarnya adalah biasa untuk menyalakan pipa anda sehingga banyak kali pun, kerana ia adalah normal dan “maestro” yang hanya menggunakan dua tiga nyalaan tadi bukanlah satu matlamat yang perlu dicapai setiap pemipa, walaupun ianya sangat übercool untuk menjadi sepertinya.

Sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik “packing” tembakau – ketat atau sederhana ketat atau longgar / “loose” – anda boleh mencuba kesemuanya dan kemudian padankan ia dengan kesesuaian tembakau

Jalan penyelesaian kedua adalah dengan mempelajari teknik “packing” secara lebih komprehensif. Ada bermacam teknik di luar sana seperti Frank Method, Gravity Feed, Palm Packing, Fold & Stuff, Three Steps Method dan lain-lain lagi, semua sedia untuk dipelajari. Cubalah kesemuanya dengan tembakau pilihan anda dan lihat yang mana adalah yang terbaik untuk anda. Perlu diingatkan yang bukan semua jenis tembakau adalah sesuai untuk setiap teknik, seperti Fold & Stuff hanya sesuai untuk tembakau jenis flake, jadi bereksperimenlah dan carilah teknik yang sesuai dengan anda.

Setiap tembakau sebaiknya diberikan sedikit “airtime”; “prepping” atau dianginkan secukupnya, demi menjamin kadar kelembapan yang tidak tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Tembakau yang terlalu kering juga akan membakar secara cepat dan panas, jadi sedikit keseimbangan lembapan diperlukan untuk menghasilkan sesi perpipaan yang baik. Gunakan piring / bekas terbuka yang sesuai untuk sesi “prepping” ini, tetapi jangan pula anda meletakkan tembakau anda di bawah cahaya matahari pula: suhu bilik adalah cukup baik untuk tujuan ini.

Teknik “prepping” yang baik sememangnya akan mengurangkan sedikit kadar kelembapan tembakau dan dapat mengelakkan masalah “tounge burn”

Selain dari itu, terdapat juga ura-ura yang menyatakan bahawa jenis tembakau seperti virginia memberikan “tounge burn”. Ini semua adalah karut! Memang tidak dinafikan tembakau virginia memiliki kadar gula yang agak tinggi dan berpotensi untuk

Secara tidak langsung, kita terbiasa mengaitkan semua kepedihan lidah ini sebagai “tounge bite” tetapi kini setidak-tidaknya kita tahu yang sebenarnya kedua perkara ini adalah agak berbeza. Jika “tounge bite” adalah “biological whistle” untuk memberitahu anda apa yang boleh diterima dan apa yang tidak, tounge burn pula bersifat “biological alarm clock” – memberi petanda bahawa badan kita tidak mampu menerima sesuatu secara berlebihan.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
cepat menjadi panas ketika dibakar, tetapi itu tidak semestinya berlaku. Tembakau virginia ternyata dicintai oleh majoriti pemipa dan apa yang membezakan adalah cara anda memanipulasikan tembakau versatil ini. Selalunya, virginia adalah tembakau yang sangat “pemaaf” dan mampu memberikan anda ganjaran flavor dengan kemanisan natural yang baik, jika anda bersabar dan belajar untuk menanganinya.

No comments:

Post a Comment