Saturday 28 March 2015

Pipa: Men's Greatest Companion.



Pipa memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia seseorang lelaki. Ia adalah penenang kepada jiwa yang gundah, pembantu dalam membentuk pemikiran yang kritis, pelayan di saat stimulasi idea-idea tercetus, dan penahan daripada tindakan terburu-buru.

Pada masa perpipaan dikaitkan dengan permasalahan dan kontemplasi pemikiran seperti tadi, pipa juga mengajar lelaki erti bersederhana (dalam packing baccy - tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar), sabar (dalam membentuk ember yang baik), dan kebersihan (dalam pembersihan pipa). Oleh kerana intim nya hubungan pipa-pemipa ini lah maka pipa selalu digelar sebagai "Men's Greatest Companion".

Sudah tentunya bila ia dilabel sedemikian, peranan pipa dikaji semula. Bagi kita pipesters semestinya kita tahu akan kewajaran accolades tersebut. Ini adalah salah satu features dimana hanya pipesters yang boleh menikmatinya; cabang-cabang konsumerisma tembakau yang lain seperti cigarsmoking, shisha dan merokok tidak memiliki feature ini.

Jadi, persoalan yang timbul di sini ialah adakah pipa itu benar-benar mampu menjadi "Men's Greatest Companion"? Sangat berjasakah pipa anda? Jika anda memiliki 30 buah pipa, adakah semuanya adalah "greatest companion" anda?

Seperti buku: tidak semua buku yang anda baca / miliki mampu memginspirasikan diri anda. Begitu juga dengan koleksi pipa. Memandangkan agak mustahil bagi pipesters untuk hanya memiliki satu pipa sahaja (dek kerana banyaknya bentuk dan design, juga perbezaan material yang meruntun jiwa kecil sang pemipa untuk mencuba sesuatu yang baru), maka adalah logik pipesters zaman ini akan memiliki sedikit "bias", yakni menyukai suatu pipa secara lebih dari yang lain atau memiliki "preferred" pipe. Iaitu: pipa yang mampu memberikan inspirasi kepada seseorang pipesters.

Pipa yang terpilih inilah, walaupun "pipe rotation" diamalkan oleh sang pemipa, akan dibawa ke mana saja: ke outstation, ke pipemeets-pipemeets, ke resorts-resorts ketika bercuti dan jarang berjauhan dari sang pemipa. Pipa-pipa begini kebiasaannya bukanlah pipa termahal atau tercantik yang sang pemipa ada, malahan mungkin ianya agak kurang terjaga. Mungkin kerana sifatnya yang bukan tercantik dan termahal, maka kurang penjagaan diperlukan lantas merundung rasa selesa yang amat sangat, sekaligus menjalin hubungan atau "bonding" yang utuh antara pemipa dan pipa.

Dari segi praktikalnya, pipa yang baik seharusnya memiliki kejuruteraan bowl yang tepat dan mampu memberikan kualiti perpipaan yang baik. Namun saya rasa acapkali kita mengenepikan soal "outlook" atau kualiti luaran pipa tersebut. Jangan lupa, penglihatan adalah salah satu nikmat kurniaan tuhan, jadi sebaiknya pipa yang cantik, memiliki grain / sandblast pattern yang indah dan memiliki bentuk idaman seperti yang kita mahukan, seharusnya diutamakan. Jangan kita memandang rendah akan faktor ini; dari pengalaman saya, tiada perkara yang mampu mengurangkan stress pabila terperangkap di dalam jem ketika pulang dari kerja, selain dari mengusap-usap body Castello bulldog with silver army bit saya, dimana stress itu bagaikan keluar dari badan saya melalui jari jemari yang mengusap Sea Rock rustication nya yang craggy dan kasar...sekadar suatu contoh.

Tentunya, hasil dari "bonding"ini menjalinkan hubungan pipa-pemipa yang mapan; anda pack baccy & light bilamana perlu dan mampu menikmati keunggulan baccy walau dalam keadaan yang rumit. Tidak ramai pemipa yang memiliki pipa "on-the-go" ini kerana limitasi harian seperti waktu bekerja, meeting dan sebagainya. Namun, pipa yang bersifat "men's greatest companion" semestinya mampu menzahirkan hal ini.

Seorang kenalan pipa saya, seorang pensioner yang hidup di pekan kecil secara sederhana, sangat selesa dengan pipa "greatest companion" nya, sebuah Poker kecil buatan tempatan (katanya dari seorang pakcik di Simpang Renggam, Johor, sekitar tahun 80an) yang dapur bowlnya sangat kecil satu isian tembakau secara full bowl hanya mampu bertahan selama 30 minit sahaja. Setiap sesi perpipaan, beliau dengan serius sekali membersihkan airflow Poker nya kerana ianya terlalu kecil dan mudah untuk tersumbat. Namun, beliau sangat selesa dengan Poker tersebut, walaupun status sebenar kenalan saya ini adalah "jutawan senyap"; tanah beratus ekar dan duit berkepuk-kepuk di dalam bank. Bukanlah beliau tidak mampu untuk membeli pipa baru, namun beliau sudah pun memilih "greatest companion" nya. Tiada sesiapa yang mampu mengubah hakikat itu. Apa yang penting, beliau gembira dengan pipa nya, betul kan?

Dari itu, tahulah kita bahawa walau bagaimana banyak pun pipa yang kita ada, akan ada satu yang ternyata stand-out dari yang lain; selesa, terbukti baik, indah pada mata kita dan senang untuk dibawa ke mana saja. Jadi perlukah kita masih memiliki pipa-pipa yang lain? Ya, semestinya! Jika tidak, kita akan "abuse" pipa tersayang tadi dengan penggunaan hari-hari tanpa rehat yang wajar, lantas mengundang kerosakan yang sepatutnya boleh dielakkan dengan kaedah "pipe rotation" ini.

Sekarang, renungkanlah pipa-pipa anda dan ambil lah satu untuk diisikan dengan tembakau dan dinyalakan. Ketika anda menikmati kepulan asap dan alunan rasa tembakau yang anda nyalakan, mungkin anda akan mendapat ilham tentang salah satu dari pipa-pipa anda yang ternyata lebih anda senangi dari yang lain...

Friday 13 March 2015

PETERSON IRISH OAK

Blend-blend dari Peterson merupakan antara yang paling dikenali di dunia. Ini sebenarnya dibantu oleh faktor distribution dan pemasaran yang baik. Kemana saja kita pergi, blend Peterson pasti mudah ditemui. Baik aromatic, virginia blends mahupun English blends, Peterson memiliki kesemuanya, walaupun mereka lebih dikenali dengan blend-blend aromatics dan agak terhad di bahagian latakia.

Peterson Irish Oak adalah antara offering yang sangat "bright" dari blend-blend mereka. Datang dengan tin standard 50g berwarna hijau terang, ianya mudah dikenali. Pelekat tin menyatakan "A rich blend of Brazilian & African Virginia leaf with Cavendish and rare Louisiana Perique". Hmm...Sebenarnya Peterson juga tidak banyak mengeluarkan blend Virginia / Perique jadi kesangsian akan kemahiran atau expertise mereka dalam blend-blend sebegini adalah amat mencurigakan saya.

Dahulu, diberitakan Peterson menggunakan Thailand burley di dalam blend yang sama tetapi mungkin kerana produksi Thailand burley yang sudah pupus, maka ia tidak lagi digunakan. Sayangnya tiada living sample yang mampu kita gunakan sebagai kayu ukuran untuk membezakan tekstur rasa yang asal dengan versi yang ada sekarang. 

Sebaik sahaja penutup tin dibuka, bau / tin note yang menjemput hidung anda adalah dari rerumput kering, jerami padi, raisin dan sedikit citrusy. Ini adalah petanda kepada ciri-ciri tin note Virginia / Perique yang baik. Tembakau nya pula hadir dalam bentuk ribbon cut, menjadikannya mudah untuk di pack kedalam bowl dan kadar moisture pun agak rendah: sesuai untuk di hisap secara impromptu / apabila perlu.

Kadar moisture inilah yang membantu charring lights yang baik pada permulaan sesi berpipa. Sebaik saja bara "amber" diperolehi, asap yang menerpa masuk ke palate adalah dari pembakaran tembakau bermutu, yang menghasilkan rasa tembakau Virginia yang berkualiti "hay-like" seperti Reiner Gold, Bell's Three Nuns dan Dunhill Elizabethan Mixture. "Hay note" dari Irish Oak adalah agak tinggi sebenarnya, jadi pada mereka yang sukakan tembakau dengan note sebegini, ini adalah suatu faktor yang penting.

Boleh dikatakan, tekstur rasa Irish Oak adalah agak sama seperti Dunhill Elizabethan Mixture. Malah, di peringkat awal perpipaan, sukar untuk kita membezakan antara satu sama lain. Sebagai penggemar Elizabethan Mixture, saya turut gembira dengan hal ini. Namun, masuk ke tengah bowl, perbezaan yang agak ketara mula dirasai. Saya dapati ke"spician" dan tahap kepedasan Irish Oak adalah agak strong dan intense. Ini sudah pastinya tindakbalas dari campuran perique yang sememangnya saya sudah kesan kehadirannya pada awal perpipaan lagi. Ternyata alunan spiciness perique nya lebih pronounce dan intensitinya meningkat di pertengahan perbowlan. Mungkin inilah nuansa rasa Va/Per yang dicari-cari oleh penggemar perique tetapi bagi saya intensitinya agak tinggi dan tajam. Yang pasti, ianya bukan "Straight St James" perique; jika tidak masakan harganya agak murah, jadi kebarangkalian adalah ianya menggunakan "Acadian" perique, pada kadar yang mungkin agak tinggi.

Oleh kerana datangnya Irish Oak adalah dalam bentuk ribbon cut dan kadar casingnya mungkin minimum atau tiada langsung, maka pembakaran baccy adalah mudah dan lancar hingga ke hujung bowl. Intensiti perique sedikit mendatar pada tahap ini, namun kehadirannya masih boleh dirasai walaupun pada lidah newbies. Dalam pada itu, flavor-flavor profil seperti nuttiness dan kismis salai yang tidak masam dapat dikecapi di sini. Di level hujung ini interplay antara dua karakter Virginia dari daerah yang berlainan agak menarik dan memberikan pengalaman perpipaan yang baik. Tiada masalah untuk mendapatkan habuk putih bersih di hujung perpipaan dengan Irish Oak.

Diberitakan bahawa tembakau Irish Oak ini juga menerima "casking" treatment di dalam barrel oak. Satu fakta yang mungkin sedikit sebanyak membuka sedikit selera dan appetite sense kita, dimana saya tidak menafikan akan kehadiran bauan dan smoking notes yang sedikit "woodsy" dimana note oak barrel itu mungkin juga diserap oleh baccy di sepanjang proses "casking" seperti yang diberitahu tadi. Di sini, ianya agak menarik.

Kesimpulannya, boleh dikatakan yang Irish Oak lebih hampir kepada Elizabethan Mixture, tetapi lebih pedas (dan mungkin lebih kick - bergantung pada penafsiran individu). Walaupun tekstur rasa Va/Per nya tidak selengkap Reiner Gold dan tidak se-elegant Three Nuns, namun kehadiran perique yang banyak mampu membuatkan pencinta perique menjadi follower tetap blend ini. 
Dengan situasi sekarang di mana baccy-baccy Peterson sentiasa ada di rak-rak tobacconist tempatan, ditambah pula dengan harga yang agak mampu milik, pipesters bolehlah menikmati suatu blend yang mungkin kita boleh kategori kan sebagai "perique powerhouse" ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Friday 6 March 2015

NIKMAT SI PEMIPA



Tabiat? Hobi? Isi masa lapang? Santai? Bergaya? Mulut nak menggamit sesuatu? Nak masuk dalam suatu komuniti?

Semua ini adalah antara jawapan kita sebagai pemipa. Paling tidak, jawapan yang terpaksa diberi kepada sang isteri. Saya yakin, ramai isteri yang tidak faham hobi baru suaminya. Yelah, dari merokok tetiba menggamit pipa ke sana sini. Sedapur pipa pulak berlangsung selama sejam. Terkadang lebih. Berbanding dengan merokok dulu, satu sesi lima minit pun dah lama.

Walau bagaimanapun, jangan salahkan mereka. Mereka tidak dapat menilai nikmat berpipa vs nikmat merokok. Banyak positif dari negatif. Antara yang kita dapat, sedar atau tidak sedar:

1) Nikmat memiliki pipa.
Pipa bukannya benda yang murah. Jarang yang puluhan, biasanya ratusan dan terkadang ribuan. Nikmat memiliki pipa ini akan luput pabila pipa tersebut hilang atau rosak sahaja. Tiada nikmat dalam memiliki rokok, kecuali ketika naik motor dan terperangkap dalam hujan di bawah jambatan atau flight over.

2) Nikmat memilih shape dan finishing pipa.
Bulldog, Pot, Rhodesian, Prince, Lovat, Hawkbill, Bent Apple etc, semuanya cantik mengikut selera masing-masing, dalam bentuk smooth, sandblasted atau rusticated. Rokok hanya terhad berbentuk silinder dan sentiasa bersaiz 2 inci setengah. Tiada rokok sepanjang Churchwarden pernah dibuat dan dijual kepada umum...

3) Nikmat memilih baccy.
Virginia, Perique, Latakia, Oriental, Cavendish, Burley, Kentucky, Maduro dan ribuan blends gabungan dari tembakau-tembakau ini menghantui sang pemipa. Rokok hanya terhad kepada Virginia dan burley sahaja. Dan jangan lupa kepada tembakau aromatics yang tiada terhad flavor nya...

4) Nikmat "cellaring" baccy.
Tembakau pipa, makin disimpan makin sedap flavor dan tekstur rasanya. Malahan, terkadang bila sesuatu blends diberhentikan pengeluaran nya, harga blend tersebut naik berganda. Rokok jika disimpan, masuk angin lah jawabnya.

5) Nikmat berkongsi baccy ketika pipemeets.
Tembakau pipa dicipta untuk dikongsi. Perkongsian ketika pipemeet membuka kepada pelbagai topik-topik yang menarik. Rokok hanya nikmat dikongsi oleh pelajar asrama sahaja.

6) Nikmat menyelenggarakan pipa.
Pipa yang baik adalah pipa yang bersih. Kita pemipa sentiasa mencuci pipa umpama suatu instrumen yang penting kepada lelaki seperti juga kereta, kayu golf, alatan musik dan lain-lain. Rokok adalah bahan pakai-buang yang tidak perlu diselenggara.

7) Nikmat menilik-nilik pipa di hujung minggu.
Pipa yang tersayang dibelai rapi, digosok dengan wax sehingga bersinar lantas menampakkan grain briarnya yang cantik. Sedar tak sedar, dah dekat sejam kita menilik pipa kita. Rokok pula tak perlu lah dibelai dan dibelek-belek, nanti kemek.

Justeru itu kita tentunya sedar betapa pentingnya pipa kepada kita. Banyak nikmat yang diberikan dari nya, selari dengan banyaknya masa dan usaha kita menjaganya. Sesungguhnya, pipa yang baik akan terus kekal menemani kita hingga ke hari tua nanti.