Saturday 28 March 2015

Pipa: Men's Greatest Companion.



Pipa memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia seseorang lelaki. Ia adalah penenang kepada jiwa yang gundah, pembantu dalam membentuk pemikiran yang kritis, pelayan di saat stimulasi idea-idea tercetus, dan penahan daripada tindakan terburu-buru.

Pada masa perpipaan dikaitkan dengan permasalahan dan kontemplasi pemikiran seperti tadi, pipa juga mengajar lelaki erti bersederhana (dalam packing baccy - tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar), sabar (dalam membentuk ember yang baik), dan kebersihan (dalam pembersihan pipa). Oleh kerana intim nya hubungan pipa-pemipa ini lah maka pipa selalu digelar sebagai "Men's Greatest Companion".

Sudah tentunya bila ia dilabel sedemikian, peranan pipa dikaji semula. Bagi kita pipesters semestinya kita tahu akan kewajaran accolades tersebut. Ini adalah salah satu features dimana hanya pipesters yang boleh menikmatinya; cabang-cabang konsumerisma tembakau yang lain seperti cigarsmoking, shisha dan merokok tidak memiliki feature ini.

Jadi, persoalan yang timbul di sini ialah adakah pipa itu benar-benar mampu menjadi "Men's Greatest Companion"? Sangat berjasakah pipa anda? Jika anda memiliki 30 buah pipa, adakah semuanya adalah "greatest companion" anda?

Seperti buku: tidak semua buku yang anda baca / miliki mampu memginspirasikan diri anda. Begitu juga dengan koleksi pipa. Memandangkan agak mustahil bagi pipesters untuk hanya memiliki satu pipa sahaja (dek kerana banyaknya bentuk dan design, juga perbezaan material yang meruntun jiwa kecil sang pemipa untuk mencuba sesuatu yang baru), maka adalah logik pipesters zaman ini akan memiliki sedikit "bias", yakni menyukai suatu pipa secara lebih dari yang lain atau memiliki "preferred" pipe. Iaitu: pipa yang mampu memberikan inspirasi kepada seseorang pipesters.

Pipa yang terpilih inilah, walaupun "pipe rotation" diamalkan oleh sang pemipa, akan dibawa ke mana saja: ke outstation, ke pipemeets-pipemeets, ke resorts-resorts ketika bercuti dan jarang berjauhan dari sang pemipa. Pipa-pipa begini kebiasaannya bukanlah pipa termahal atau tercantik yang sang pemipa ada, malahan mungkin ianya agak kurang terjaga. Mungkin kerana sifatnya yang bukan tercantik dan termahal, maka kurang penjagaan diperlukan lantas merundung rasa selesa yang amat sangat, sekaligus menjalin hubungan atau "bonding" yang utuh antara pemipa dan pipa.

Dari segi praktikalnya, pipa yang baik seharusnya memiliki kejuruteraan bowl yang tepat dan mampu memberikan kualiti perpipaan yang baik. Namun saya rasa acapkali kita mengenepikan soal "outlook" atau kualiti luaran pipa tersebut. Jangan lupa, penglihatan adalah salah satu nikmat kurniaan tuhan, jadi sebaiknya pipa yang cantik, memiliki grain / sandblast pattern yang indah dan memiliki bentuk idaman seperti yang kita mahukan, seharusnya diutamakan. Jangan kita memandang rendah akan faktor ini; dari pengalaman saya, tiada perkara yang mampu mengurangkan stress pabila terperangkap di dalam jem ketika pulang dari kerja, selain dari mengusap-usap body Castello bulldog with silver army bit saya, dimana stress itu bagaikan keluar dari badan saya melalui jari jemari yang mengusap Sea Rock rustication nya yang craggy dan kasar...sekadar suatu contoh.

Tentunya, hasil dari "bonding"ini menjalinkan hubungan pipa-pemipa yang mapan; anda pack baccy & light bilamana perlu dan mampu menikmati keunggulan baccy walau dalam keadaan yang rumit. Tidak ramai pemipa yang memiliki pipa "on-the-go" ini kerana limitasi harian seperti waktu bekerja, meeting dan sebagainya. Namun, pipa yang bersifat "men's greatest companion" semestinya mampu menzahirkan hal ini.

Seorang kenalan pipa saya, seorang pensioner yang hidup di pekan kecil secara sederhana, sangat selesa dengan pipa "greatest companion" nya, sebuah Poker kecil buatan tempatan (katanya dari seorang pakcik di Simpang Renggam, Johor, sekitar tahun 80an) yang dapur bowlnya sangat kecil satu isian tembakau secara full bowl hanya mampu bertahan selama 30 minit sahaja. Setiap sesi perpipaan, beliau dengan serius sekali membersihkan airflow Poker nya kerana ianya terlalu kecil dan mudah untuk tersumbat. Namun, beliau sangat selesa dengan Poker tersebut, walaupun status sebenar kenalan saya ini adalah "jutawan senyap"; tanah beratus ekar dan duit berkepuk-kepuk di dalam bank. Bukanlah beliau tidak mampu untuk membeli pipa baru, namun beliau sudah pun memilih "greatest companion" nya. Tiada sesiapa yang mampu mengubah hakikat itu. Apa yang penting, beliau gembira dengan pipa nya, betul kan?

Dari itu, tahulah kita bahawa walau bagaimana banyak pun pipa yang kita ada, akan ada satu yang ternyata stand-out dari yang lain; selesa, terbukti baik, indah pada mata kita dan senang untuk dibawa ke mana saja. Jadi perlukah kita masih memiliki pipa-pipa yang lain? Ya, semestinya! Jika tidak, kita akan "abuse" pipa tersayang tadi dengan penggunaan hari-hari tanpa rehat yang wajar, lantas mengundang kerosakan yang sepatutnya boleh dielakkan dengan kaedah "pipe rotation" ini.

Sekarang, renungkanlah pipa-pipa anda dan ambil lah satu untuk diisikan dengan tembakau dan dinyalakan. Ketika anda menikmati kepulan asap dan alunan rasa tembakau yang anda nyalakan, mungkin anda akan mendapat ilham tentang salah satu dari pipa-pipa anda yang ternyata lebih anda senangi dari yang lain...

No comments:

Post a Comment