Wednesday 29 July 2015

McClelland Frog Morton “Frog Morton”

imageCraftbury Series dari McClelland mengenengahkan blend-blend berteraskan latakia yang lembut, sederhana-kuat untuk pemipa yang tidak menggemari blend-blend latakia padu atau “lat-bomb”. Ia juga disasarkan sebagai blend-blend latakia yang moderate dan lembut, sesuai untuk dinyalakan pada setiap masa. Secara tak langsung, ramai pula pemipa pemula mendapati siri ini adalah baik sebagai pengenalan kepada Latakia dek kerana kelembutan rasanya dan ciri-ciri semi-aromatiknya yang menunjangi arus blend “crossover”.


Sebagai blend flagship siri Frog Morton ini, FM Original adalah mixture utama yang ditambah itu dan ini pada blend-blend FM seterusnya. Memandangkan perhatian dan populariti siri ini banyak bergantung pada percambahan blend asal FM, sudah tentunya ia digunakan sebagai “blue print” dan pihak McClelland sendiri amat berpuas hati dengan kelima-lima blends yang melengkapkan Frog Morton di dalam Craftsbury’s Series ini.
imageBauan seperti plum masam, mocha dan fragranted latakia menyapa hidung anda apabila penutup tin dibuka. Tembakaunya yang berbentuk ribbon cut kelihatan seperti agak lembap dan berwarna gelap kehitaman. Biarpun hanya latakia dan virginia yang dikatakan muncul di dalam blend ini, saya rasakan sedikit black cavendish dan oriental mungkin hadir.


Nyalaan selepas charring light adalah sangat mudah. Ini agak mengejutkan kerana tembakaunya agak lembap. Dari segi rasa, FM Original adalah tembakau yang agak simple dan lurus. Permainan nasal adalah sangat baik: secara personal ia mengingatkan saya akan pertemuan pertama saya dengan latakia, dengan note earthy dan musky tetapi manis dan eksotik. Inilah bau “campfire” ataupun unggun api ketika berkhemah, yang selalu dikaitkan dengan Cyprian latakia. Note dasarnya adalah agak kasar, dengan permainan latakia yang seakan-akan keratin terbakar – yang peliknya saya agak menyukai note ini – diselang dengan sedikit rasa koko dan coffee yang agak musky.

image
Tekstur rasa tidak banyak berubah pada pertengahan bowl namun sedikit demi sedikit profil flavornya hilang bila perjalanan menghampiri penamat. Sebelum ia tamat, anda bertemankan flavor yang serupa dengan kepulan asap putih yang banyak. Cool smoke ini adalah sangat lembut, menemani anda hingga ke penghujung. FM Original ternyata diadun dengan dedaun virginia yang berkualiti: mendapatkan habuk putih adalah mudah sekali. Kadar nikotin blend ini adalah agak rendah, jadi sebagaimana kita tidak mengharapkan lat-bomb di sini, begitu jua dengan nikotin.


Walaupun diadun dengan latakia dan dedaunan oriental yang lain, FM Original adalah agak manis, earthy dan santai. Bagi saya, ia memiliki kualiti “dessert” dan memuaskan kita dengan kombinasi kemanisan tadi ditambah dengan permainan nasal dengan note campfire yang sangat mengujakan. Perlu ditekankan blend ini adalah sangat lembut, ia mungkin akan mengecewakan peminat-peminat blend English yang biasanya lebih keras.
Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa FM Original mungkin adalah pelopor kepada blend-blend berteraskan konsep “crossover” ini, dimana hala tujunya adalah English blend tetapi dengan pendekatan lebih mesra-aromatik. Dimensi ini adalah sangat penting kepada pemipa pemula yang mahu mengembangkan palate mereka kepada lebih banyak blend-blend di luar sana.

Sunday 12 July 2015

Asas Pemipa Pemula : Pipa.

Permulaan untuk berpipa adalah suatu seruan yang datang dari bermacam-macam segi: nak berhenti rokok, nak merasai ratusan blend-blend yang berlainan, nak nampak "dato", nak tarik classy girls dan sebagainya.

Semestinya ada alunan "coolness" disitu jadi pemipa pemula (newbies) biasanya akan terburu-buru membeli pipa pertama mereka tanpa menyedari pilihan mereka itu mungkin akan berakhir di dalam stor atau lebih buruk lagi, menghentikan matlamat perpipaan mereka.

Justeru itu, pilihan pipa pertama adalah sangat-sangat penting. Namun, apakah kriteria yang perlu dilihat? Mari kita bincangkan.

1) harga - pipa adalah instrument yang sangat penting, jadi trick nya di sini ialah untuk mendapatkan pipa yang baik pada harga yang tidak terlalu mahal. Jangan terlalu kedekut dengan membeli pipa murah @ basket pipe, hobi pipa anda akan berkubur kerana jika nasib tidak baik, buatan pipa basket adalah sangat teruk sekali, memberikan pengalaman ngeri kepada anda. Pendapat saya, sesuatu disekitar RM150-300 adalah sesuai. Terlalu mahal pun akan merugikan, jika anda dapati nanti tidak mahu meneruskan hobi ini.

2) material - bahan yang terbaik untuk pemipa pemula adalah semestinya briar. Briar dapat memberikan kemanisan rasa baccy dengan baik. Juga briar cantik untuk dipandang dan dibelai. Meerschaum kurang sesuai kerana kerumitan menjaganya dan coloration semulajadinya mungkin akan menjengkelkan pemipa pemula. Juga harganya agak mahal.

3) filter atau non-filter - Pipa berfilter adalah lebih baik bagi pemipa pemula. Ini adalah kerana mereka cenderung untuk menghisap dengan kuat dan berkemungkinan besar untuk menghasilkan wet smoke. Filter mampu untuk sedikit sebanyak menyerap air dan lembapan di dalam pipa.

4) bowl shape - Sebenarnya perkara ini jarang diberi perhatian. Namun rata-rata berpendapat bowl jenis "U" adalah sangat universal, sesuai untuk pemipa pemula yang selalunya cenderung kepada baccy aromatik bercutting ribbon cut atau ready rubbed. Bowl jenis "V" pula adalah baik untuk flake, dan terkadang boleh mengundang masalah untuk pemipa pemula dengan ribbon cut.

Pengalaman saya sendiri semasa mula berpipa dan menggunakan bowl "V" ini adalah sangat menyeksakan. Pipa Savinelli Leonardo ini menggigit lidah dan palate saya seperti ikan piranhas. Mujurlah saya sabar dan apabila bowl ini sudah di break-in, rasa yang baik terbit darinya dan sengsara biting tadi terhenti begitu saja. Anda bayangkan sekiranya ini pipa pertama saya, pasti saya berbalik kepada rokok semula!

Itulah sedikit sebanyak yang saya boleh kongsikan mengenai bab pipa untuk pipa pemula ini. Nanti kita akan berbincang pula mengenai baccy dan lain-lain aspek permulaan pipa di masa akan datang.

Friday 3 July 2015

STEM VULCANITE


Penggunaan stem vulcanite sememangnya tidak meluas kebelakangan ini. Sejak acrylic tercipta, pemipa-pemipa baru lebih cenderung kepada bahan baru ini yang free-maintenance dan berkilat. Walaupun begitu, peminat stem vulcanite masih memilih material ini terutamanya mereka yang suka mengigit stem, kerana ia memiliki feel yang lebih baik di mulut dan gigi.

Vulcanite stem memiliki satu kelemahan: oksidasi. Vulcanite stem yang terbiar lama tanpa penjagaan biasanya akan terdedah kepada masalah ini. Perlu diingat vulcanite adalah sejenis rubber compound yang menjadikannya lembut dan selesa digigit. Bahan inilah yang memberikan rasa sulfur hangit bila teroksidasi.

Banyak kaedah boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Rendaman stem ke dalam Oxyclean atau Obsidian Oil adalah cara yang mudah, namun bahan-bahan ini tiada di Malaysia. Penggunaan carnauba wax, sandpaper dan buffing, rendaman clorox juga boleh digunakan namun kaedah-kaedah ini agak "kasar", kelak stem yang berharga akan terhakis dan silap-silap logo di stem akan lesap.

Kaedah yang saya gunakan adalah approach "lembut" - stem akan kekal pada bentuk asal & logo tidak terhakis. Apa yang anda perlu hanyalah pipestem polish atau wax, mineral oil & kainv
Pipestem wax / polish : ada dijual di tobacconist-tobacconist sekitar anda. Apa-apa brand pun takpa.

Mineral Oil : ada dijual di kedai-kedai hardware. Yang saya gunakan ialah dari Ikea, minyak yang digunakan untuk melembapkan dan merawat papan pemotong daging.

Kain - yang wooly macam combed cotton.

Langkah 1:
Sapukan pipestem polish / wax ke serata pipestem secara pusaran, ala mengewax kereta.

Langkah 2 :
Biarkan seketika, lebih kurang 15 minit.

Langkah 3 :
Gunakan kain tadi untuk mengelap polish / wax yang telah pun kering. Kerana wax adalah komponen yang abrasif, saya cadangkan gosokan itu janganlah terlalu kuat.

Langkah 4 :
Lumurkan mineral oil di serata permukaan pipestem. Mineral oil sesuai bagi saya kerana ia neutral - tiada bau, rasa dan partikel lain yang mungkin mengganggu proses nyah-oksidasi.

Langkah 5 :
Biarkan seketika (lebih kurang 30 minit) dan lap sehingga kering. Lakukan sekali sehari dan inshaAllah anda akan mendapat kembali kehitaman vulcanite seperti stem baru dalam jangkamasa 3-5 hari.

Seterusnya, apa yang penting ialah pencegahan. Saya masih lakukan proses ini sekali setiap dua bulan dan setakat ini oksidasi tidak berlaku pagi terhadap pipestem saya.

Walaupun agak leceh, tetapi feel stem vulcanite di bibir itu memang sangat lembut dan menyelesakan.
Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langah 4

Hearth & Home Black House

Hearth & Home adalah antara blending house terkenal yang menampilkan Russ Oulette sebagai master blendernya. Sebaris dengan G.L. Pease dari GL Pease Artisanal Tobacco, Henrik Halberg dari MacBaren dan Craig Tarler dari Cornell & Diehl, kepakaran Russ memang sangat-sangat dinantikan oleh dunia perpipaan dan Black House adalah satu blend yang melonjakkan lagi namanya.

Berasal dari satu pertandingan mencipta baccy yang mirip kepada Balkan Sobranie yang terkenal suatu masa dahulu, Black House menampilkan penggunaan Cyprian latakia yang didukung oleh darker virginia yang agak jarang diketengahkan kebelakangan ini. Penggunaan dedaun Oriental seperti Basma dan Yenidje, selain dari air cured burley, dark fired kentucky dan sedikit black cavendish turut hadir untuk memberikan variasi rasa.

Tin note dari blend ini adalah sejambak bungaan oriental - bauan spicy dan smoky bersilih ganti dengan bau kismis dari black cavendish, ditemani sedikit bau plum masam yang sangat ringan. Psikologi nama blend ini dan warna tin nya membayangkan sesuatu yang berat dan keras, dimana tidaklah saya nafikan akan beratnya bau spicy dan smokynya, namun hakikatnya Black House ini bukanlah "lat-bomb" ala Dunhill Nightcap, Maltese Falcon dan Old Ironsides yang sememangnya brooding dan earthy. Ianya lebih menjurus kearah kategori medium-to-heavyweight ala Reiner English, Rattrays Black Mallory dan Solani Black & White.

Sebaik api zippo mencucuh tembakau di dalam bowl, kepulan asap biru-putih menyelubungi muka. Pembakaran darker virginia berlaku sekarang dan base ini melonjakkan flavor Cyprian latakia secara langsung. Creaminess yang sangat jelas membentuk rasa di palate dan lidah kita. Adakah ini kerana bantuan dari daun oriental Yenidje yang terkenal tangy dan sedikit strong itu atau asimilasi Cyprian latakia dengan darker virginia? Saya rasa mungkin keduanya memainkan peranan. Sedikit tartness dari Basma juga dapat dirasai, yang menambahkan kompleksiti di dalam blend ini.

Di sepanjang permulaan bowl, nuansa rasa latakia bergabung dengan dedaun oriental, menghasilkan creaminess yang disusuli sedikit manis hasil bantuan black cavendish. Kehadiran perique makin dirasai di hujung bowl. Yang lebih menarik, hentaman nikotin yang sangat memuaskan hadir di pertengahan bowl hingga ke hujung, dari dark-fired kentucky. Inilah antara sebab mengapa blend ini sesuai untuk dilabel sebagai blend Cyprian latakia middleweight terbaik: rasa creaminess yang jelas, gabungan smokiness dan kadar nikotin yang memuaskan bukanlah suatu kombinasi yang mudah untuk didapatkan dari blend-blend sedia ada. Jika dihisap bowl-to-bowl dengan Reiner English, anda akan dapat membezakan kompleksiti dan kemanisan Black House berbanding Reiner walaupun similariti itu masih ada, kerana asas blend (virginia, Cyprian latakia, Kentucky) adalah sama.

Konsistensi flavor yang baik, dari awal hingga ke akhir bowl adalah sesuatu yang dapat kita harapkan dari blend ini. Asapnya yang selembut baldu dan penuh perisa memang sangat mengujakan deria rasa kita. Di akhir bowl saya dapati inilah antara Balkan blend yang sedap dan penuh kick - dimana kebanyakan Balkan blend biasanya agak ringan. Apa pun, ternyata usaha yang dicurahkan oleh Russ tidak sia-sia dan wajarlah ia memenangi pertandingan di Chicagoland itu, kerana Black House memang memberikan sensasi rasa yang unggul pada pencinta blend-blend Balkan, walaupun anda tidak pernah merasai Balkan Sobranie sebelum ini.