Thursday 22 January 2015

MEERSCHAUM




Meerschaum: Bahan Pipa Terbaik?

Meerschaum adalah perkataan German yg bermaksud "buih lautan". Berwarna putih, ianya sangat poros dan lembut, walaupun secara amnya ia adalah batuan fosil. Komponen kimianya adalah hidrasi magnesium, silikon dan oksigen.

Ciri-ciri meerschaum adalah ringan, tahan panas, daya menyerap yg tinggi, warnanya yg cantik dan teksturnya yg lembut: yakni mudah dibentuk, diukir dan dipolish. Kebolehannya untuk menyerap jus tembakau dan bertukar dari putih gading kepada coklat matang adalah sangat bernilai dan unik.

Sebenarnya ciri terbaik meerschaum berbanding briar adalah sifat neutral rasanya: meerschaum tidak memiliki rasa dan jika anda berpipa menggunakan meerschaum, anda akan dapat menikmati rasa tembakau / blends secara total dan menyeluruh. Briar biasanya subjektif terhadap jenis briar dan kematangan blok yg digunakan, jadi masih ada sedikit rasa kayu dari briar itu di dalam sesi perpipaan. Juga sifat meershaum yg tahan panas bermakna anda tidak perlu risau akan bowl yg terbakar ketika berpipa: dengan meerschaum anda tidak perlu berhenti berpipa walaupun ianya sangat panas, kerana ianya tidak akan terbakar. Kualiti ini ditambah dengan kuantiti nya yg semakin terhad menyebabkan pipa meerschaum biasanya agak mahal dan disanjung tinggi.

Seperti yg dikatakan tadi, meerschaum adalah bahan yg sangat-sangat terhad. Boleh dikatakan ia hanya terdapat di Turki, secara tepatnya di Eskisehir, utara Ankara. Deposit di lain-lain tempat juga wujud (beberapa negara seperti Morocco, Syria dan Afrika) tetapi sangat sedikit dan tidak signifikan untuk pengeluaran industri. Kawasan perlombongannya hanya di sekitar 16km persegi sahaja di daerah itu, di mana banyak lubang-lubang digali seperti lombong emas yg kita tahu di sini. Semakin dalam sesuatu blok meerschaum itu dijumpai, semakin pure sifatnya dan semakin tinggi kualitinya. Meerschaum juga sudah digali sejak lebih seribu tahun lepas jadi boleh dikatakan bahan ini mungkin semakin sukar didapati kelak. Turki pun telah mengharamkan blok meerschaum dibawa keluar "mentah" sebelum dibentuk menjadi produk seperti pipa, ukiran buah catur dan lain-lain end product, membuktikan betapa pengeluarannya sudah semakin terhad.

Secara amnya, walaupun lembut, meerschaum memiliki daya tahan yg tinggi. Banyak meerschaum dari zaman dahulu masih disimpan baik terutamanya di muzium-muzium dan juga di tangan kolektor-kolektor tegar, menjadikannya sangat berharga. Ini telah menjadikan industri meerschaum tiruan juga melonjak naik. Antara bahan tiruan yg digunakan untuk dijual sebagai pipa meerschaum adalah gypsum, plaster of paris yg telah dikeraskan, dan habuk dari ukiran meerschaum yg dikumpulkan dan dibentuk semula. Salah satu cara untuk mengenalpasti ketulenan meerschaum adalah dengan membasahkan hujung jari anda dan menyapu bahagian dalam bowl dengan hujung jari itu: jika ada rasa sedikit lekitan (meerschaum adalah sangat poros, lembapan di jari akan diserap oleh dinding bowl nya jadi permukakan jari akan sedikit melekap di dinding bowl itu) maka besar kemungkinan itulah meerschaum yg tulen.

Walau bagaimanapun saya menasihatkan jika anda mahukan meerschaum yg betul-betul tulen, anda haruslah sanggup berbelanja sedikit lebih kerana beza harga antara pipa meerschaum tulen berbanding yg tiruan adalah agak jauh. Beberapa jenama seperti Fikri Baki, Meerqueen, Altinay, Hakan Cantekin dan lain-lain adalah antara pengeluar pipa meerschaum yg baik dan boleh dipercayai. Rata-rata harga dari pengeluar ini adalah EUR200 / Turkey Lira 400 ke atas. Boleh didapati di Grand Bazaar Istanbul dan dengan kaedah tawar-menawar, anda mungkin mampu memilikinya pada kadar yg sedikit rendah lagi. Di sana banyak pipa meerschaum dijual pada harga serendah 50 Lira (biasanya yg tiada jenama) namun adalah baik jika anda berhati-hati dan tahu apa yg anda sebenarnya mahukan.

Masih didebatkan bahawa walaupun pipa dibuat dari kayu briar, kayu oak "morta", kayu cherrywood, tanah liat, porselin, kaca, buluh, besi dan sebagainya, material-material ini tidak dapat menandingi kehebatan karakteristik meerschaum sebagai bahan unggul pipa. Bahkan meerschaum juga dinobatkan sebagai raja kepada pipa oleh kolektor-kolektor sedunia. Keunggulan rasa 100% tembakau, kecantikannya, ketahanannya dan kesukaran untuk memilikinya (mungkin di masa depan yg terdekat nanti) menjadikan pipa meerschaum adalah satu koleksi anda yg patut anda nikmati, hargai dan banggakan. Malahan, meerschaum itu mungkin akan berada di muka bumi ini lebih lama dari diri anda, menjadikannya satu legasi utk tinggalan kepada anak cucu nanti.

Thursday 15 January 2015

CYPRIAN LATAKIA

Cyprian Latakia: Pengganti Syrian?




Kehadiran Cyprian Latakia ke dunia perpipaan adalah umpama mentari muncul selepas hujan. Dunia yang resah dengan khabar buruk untuk latakia seperti perang saudara di Syria, kepupusan minat muda-mudi Syria untuk meneruskan penghasilan tradisi nenek moyang mereka, dan berita gudang simpanan latakia yg terbakar, akhirnya mampu tersenyum. Namun, selama manakah kita masih mampu tersenyum?

Cyprian latakia diproses dengan cara dan kaedah yg sama dengan Syrian, dimana daun digantung di dalam bilik yg tertutup dan pembakaran bahan-bahan tertentu seperti batang pokok oak tempatan dan beberapa herba-herba menghasilkan asap dan aroma yg melekat dan diserap oleh daun-daun latakia ini, yg secara amnya dipanggil "fire-cured". Namun, berbeza dengan Syrian latakia yg menggunakan daun tempatan "shek-el-bin", saudara versi Cyprian nya ini menggunakan daun-daun tembakau oriental iaitu Izmir dan Smyrna. Tembakau yang sama seperti yg digunakan di dlm blend-blend oriental.

Lantas anda bertanyakan kepada saya; adakah rasanya sama?

Seperti lainnya rasa masakan jika lain sayuran yg digunakan, ya, rasanya mungkin hampir sama tapi nyata ada bezanya. Sup bayam dan sup sawi pun ada kelainan rasa, kan? Penggunaan daun tembakau yg berbeza boleh menyebabkan perbezaan blend yang ketara. Kita tahu Oriental blend sepatutnya tidak menggunakan latakia, dan kita juga tahu English blend yg tulen tidak akan menggunakan tembakau oriental.

Perbezaan rasa yg ketara antara Cyprian vs Syrian Latakia ini adalah kurangnya kemanisan atau sweetness dari latakia versi Cyprian. Namun ini bukanlah semestinya sesuatu yg tidak baik, kerana kemanisan itu mungkin ditenggelami oleh buttery & creamy notes yg sememangnya sinonim dgn latakia ini. Hal ini akan dapat dirasa oleh peminat Syrian latakia secara langsung, kerana kemanisan dan "leathery" taste itu tidak hadir pada Cyprian latakia. Di sini ingin saya ulas bahawa creamy & buttery taste ini juga agak menarik dan teradun dengan baik, tidak keterlaluan jika kita andaikan bahawa mungkin ada juga pipers yg lebih menyukai Cyprian dari Syrian.

Selain itu, Cyprian latakia juga memiliki lesser-bodied taste, yg identik dengan ciri-ciri tembakau oriental. Tetapi ini diseimbangkan dengan rasa spiciness yg tidak sekuat perique tetapi lebih pronounced berbanding Syrian latakia. Perbezaan visual yg ketara adalah warna. Cyprian Latakia berwarna gelap kehitaman; juga sesuatu yg agak sinonim kepada ciri-ciri tembakau oriental.

Kembali kepada persoalan tadi, adakah rasanya sama? Jawapan saya ialah semestinya tidak! Cyprian latakia adalah suatu replacement product, bukan pengganti sebenar bagi Syrian latakia yg nyata sudah tidak diproduksikan lagi. Sebab itulah pengeluar tembakau akan melaung-laungkan tag "mengandungi Syrian Latakia" di dlm produk mereka jika ianya ada di dalam mixture mereka. Kerana bahan ini sangat terhad dan mungkin sangat berharga suatu hari nanti.

Walaupun begitu, kita tetap perlu bersyukur yg Cyprian Latakia hadir sebagai pengganti yg mantap, untuk hari muka dimana Syrian Latakia akan habis dan lenyap dari muka bumi ini.
Apa yg akan kita rindui ketika itu, adalah bau note dari tin yg sedikit pungent, leathery taste, earthy flavor dan smoking sweetness yg masih tidak dapat diperolehi dari mana-mana tembakau lain di dunia yg luas ini.

Sunday 11 January 2015

KING OF TOBACCO (UPDATE)

Syrian Latakia: King of Tobacco

Latakia, bagi sesetengah orang, adalah suatu nama yg indah. Namun secara amnya, Latakia merujuk kepada nama sebuah pekan pelabuhan di Syria, dimana suatu masa dulu aktiviti import dan export berkembang pesat.

Dari sinilah datangnya nama "Latakia" pada baccy kita yg lazat ni. Sepertimana batu firuz mendapat nama "turquoise" (which means Turkish stone, sebab dahulu batu firuz masuk ke Eropah melalui Constantinople, Turkey), Latakia juga mendapat jolokan nama dgn cara yg sama, sebab datangnya Latakia tobacco ni ke pasaran Eropah & dunia adalah melalui Port of Latakia, Syria.

Seperti yg kita dah discuss haritu, latakia sebenarnya ialah tobacco tempatan Syria, berdaun tirus dan dikenali sebagai "shek-el-bin". Tiada data mengenai rasa sebenar latakia (rasa sebenar merujuk kpd rasanya jika daun ni melalui air-curing proses shj) dan mungkin kita x akan berpeluang untuk tahu mengenainya kerana tiada plantation latakia dilaporkan sejak tahun 80an. Sejarah asalnya latakia agak unik, dikatakan ia tercipta secara x sengaja bila tobacco planter simpan shek-el-bin di dlm kepuk yg secara x sengaja terbakar. Hasilnya, tobacco yg terselamat tu, yummy....jadi latakia. Byk lagi versi bagaimana Latakia ni terjadi tapi secara umumnya, mmg bukan di plan jadi begini...

Latakia ni, secara asasnya boleh dikatakan fire-cured. Mulanya daun shek-el-bin ni dijemur hingga kering, pastu digantung di dalam kepuk dan diasapkan dgn kayu2 yg berdekatan (sejenis pokok oak renek yg ada di Syria) dan ada theory mengatakan ada campuran beberapa tumbuhan herba tempatan jugak. Baunya sebelum dibakar adalah agak tajam dan sedikit hapak. Bila siap diasap, daun2 Latakia tadi dikumpul menjadi satu bale, dicompress & diperam sekejap sebelum dipotong jadi flake. Kemudian di pack dlm guni dan sedia utk dijual di Port of Latakia.

Bila Latakia mula memasuki pasaran Eropah tidak pernah tercatat, namun campurtangan imperialisme British berlaku sekitar 1916 bila askar British membantu puak Arab utk meraih kebebasan Syria dari sisa2 empayar Ottoman. Mungkin askar-askar ini yg membawa pulang Latakia dari Syria, atau imperialisme British telah mengeksport Latakia ke England adalah antara faktor2 yg kita boleh terima. Production Latakia ni meningkat apabila pasaran Eropah mula menyukai keunikan rasanya, especially bila di blend dgn Virginia. Tak lama kemudian English blend atau mixture seperti yg kita tahu skrg pun terhasil.

Bila permintaan meningkat, pengeluaran juga meningkat. Syria telah mengeluarkan Latakia dgn pesat pada tahun 30an hingga 60an. Tak lama kemudian perang saudara meletus dan production secara automatiknya berhenti. Syria tidak lagi aman selepas itu jadi pemprosesan Latakia tidak lagi meluas. Namun, tobacco companies kebanyakannya membeli Latakia secara pukal dan menyimpannya di dlm store memasing. Even tobacco companies pun mengaku yg mereka x dpt beli Syrian latakia lagi sekarang dan apa yg anda jumpa sekarang adalah purely stok mereka yg dibeli terdahulu. So, when Latakia simpanan ni habis, mereka akan discontinue blend tersebut. Senang kan?

Selain tembakau paip, Latakia juga digunakan di dlm mixture rokok turki yg tradisional. Tapi perlu di ingatkan yang Latakia ni, sepertimana kebanyakan tobacco2 turki (Balkan), adalah bersifat keras dan tidak boleh diconsume begitu sahaja. Campuran Latakia adalah bernisbah dari sekecil 1% hingga paling tinggi 40%.

Secara fizikalnya, tembakau Latakia ni selalunya berwarna coklat gelap setelah diproses. Tin note nya akan memiliki bauan seperti daging salai, rempahan, sedikit masin air laut dan bau barbeque. Bila dibakar, rasanya agak earthy, a bit pungent, sedikit manis dan tajam. Paling tepat utk kita describe, rasanya agak leathery. Nicotine level agak moderate, malah lebih rendah berbanding virginia. Baunya yg agak keras dan sedikit pelik akan membuatkan banyak mata memandang anda tapi, rasanya yg earthy, leathery dan subtly sweet adalah amat menyenangkan.

Senario skrg melihatkan Syrian Latakia mendapat permintaan yg tinggi, jauh dari kadar bekalannya. Oleh itu, bila masa anda berpeluang utk memiliki baccy yg menggunakan Syrian Latakia, beli ajelah since baccy ni mmg rare (yes, x banyak blend yg masih menggunakan Syrian Latakia dan x banyak blender yg masih ada memilikinya), dan mungkin dlm sedekad lagi sudah x ada Syrian Latakia di muka bumi ini. Walaupun banyak english blend yg sudah mula bertukar kepada Cyprian Latakia sekarang since flavor profilenya seakan sama, Syrian tetap memiliki keistimewaan rasanya yg tersendiri dan sebagai pipesmokers kita patut lah tahu dan hayati perbezaan rasa ini.

Monday 5 January 2015

ASAS KEPADA CUTTING TEMBAKAU



Sebagai end-product, tembakau datang dgn pelbagai cutting / potongan seperti yg kita biasa jumpa. Walaupun kebanyakan cutting ni adalah berkaitan rapat dgn proses kultivasi dan cara sesuatu tembakau itu disediakan, namun ada juga cutting yg dibuat khusus utk menyenangkan pipesmokers memanipulasikan bahan komoditi ini. Mari kita lihat beberapa contoh di bawah.


READY RUBBED:
Satu proses selepas flake cut terbentuk. Tembakau flake yang "digosok" (samada dgn tangan atau dgn mesin) untuk menguraikan flake tersebut. Tekstur yg terhasil adalah untaian yg agak sederhana kasar dan tidak memiliki pola yg sekata. Pembakaran yg akan terbentuk adalah slow burning dan memerlukan moderate initial lighting (pembakaran permulaan). Ready-rubbed baccy akan cepat hilang moisture, jadi "ageing" characteristicnya adalah kurang baik berbanding flake cut.


RIBBON CUT:
Dibuat dgn mesin pemotong, tembakau dipotong menjadi untaian reben yg sederhana halus dan sekata. Dengan tekstur ini, initial lighting adalah mudah dan pola pembakaran adalah sekata, tetapi dgn pembakaran sebegini pipa biasanya mudah panas. Selalunya ribbon cut dibuat utk blend2 aromatic kerana kondisi tembakau aromatic yg lembab dek flavor casing dan percampuran gliserin. Oleh kerana ia direka utk terus digunakan tanpa perlu prep, ribbon cut senang kehilangan moisture nya, jadi kadar ketahanan ageingnya tidak begitu baik.





FLAKE CUT:
Potongan ini adalah khusus untuk pressed tobacco. Pemeraman dua atau lebih tembakau yang dicompressed untuk amalgamam flavor baccy itu menjadikannya seperti satu kek yg tebal. Ia kemudiannya dipotong kecil dan nipis menjadi kepingan segi empat yg dipanggil "flake". Flake ini boleh digesel sendiri dgn tangan untuk menjadi "ready rubbed" atau boleh dilipat kecil utk terus dimasukkan ke dlm pipa (teknik fold & stuff). Flake cut selalu dikaitkan dgn pembakaran yg perlahan & tidak panas. Ketahanan ageing sesuatu flake cut adalah baik.






BROKEN FLAKE:
Sama seperti flake tetapi dipecahkan menjadi kepingan yg lebih kecil. Tujuannya adalah supaya lebih mudah disediakan dan dinikmati. Dan disamping itu kualiti ketahanan ageing flake turut dikekalkan.













PLUG:
Plug adalah ketulan tembakau yg berbentuk segi empat dan selalunya dimampatkan secara lapisan demi lapisan. Ia kemudiannya diperam dan proses fermentation yg sgt aktif akan berlaku. Plug selalunya dilapiskan tembakau yg berlainan di tiap lapisannya, maka sebab itulah jika kita potong secara mengupas sesatu lapisan, flavor profile nya akan berbeza dgn potongan biasa.





COINS / CURLY CUT:
Curly cut ini selalu juga digelar "coins", secara asas bentuknya sama. Mengapa bentuknya seperti duit syiling adalah kerana ianya berasal dari "rope" tobacco (sila lihat rope), dipotong nipis lantas terhasil lah bentuk "coin" ini. Cutting ini jarang ditemukan sekarang namun connosseiur pipesters selalu mengatakan cutting ini dapat memberikan flavor yg terbaik dari kombinasi tembakau2 yg terlibat, kadar fermentation yg sangat baik dan tahap ketahanan ageing yg sangat tinggi.


ROPE:
Ini adalah bentuk asal "coin" cut. Tembakau kesukaan sailor ini dulu selalunya dipulas semampat mungkin di dalam kain yg nipis. Hasil pulasan ini akan memampatkan tembakau itu bersama dan proses pemeraman yg baik akan terhasil, dan ini menghasilkan "Rope" tobacco. Proses pembuatannya agak rumit dan jarang ditemukan sekarang. Rope mampu menyimpan moisture utk jangka masa yg sangat lama, jadi daya ketahanan ageing nya adalah sangat tinggi.






CUBE CUT:
Proses asalnya sama seperti pembuatan flakes namun instead dipotong menjadi kepingan segi empat flakes yg nipis, ia dipotong lebih kecil lagi hingga menghasilkan ketulan kiub kecil. Cube cut mampu mengekalkan lembapan di dlm tembakau untuk tempoh yg lebih lama, jadi persediaan yg awal / prep adalah penting sebelum ia digunakan. Flavor profile akan lebih menonjol tetapi ia selalu juga dikaitkan dgn kepanasan tinggi ketika berpipa dan kadangkala memerlukan relights yg banyak. Teknik packing pipa "gravity filling" selalunya digunakan utk cutting ini.





SHAG:
Cutting jenis ini menampilkan tembakau yg dipotong halus menjadi juraian yg very fine, seakan mihun yg dipotong pendek. Hasilnya, pembakaran yg mudah, sekata dan senang dikawal. Akan tetapi, mudah terdedah pada kepanasan jika kita tidak control puffing. Kebanyakan tembakau tempatan dipotong "shag". Dahulu, potongan shag ini biasanya melibatkan tembakau "bulk" yg murah, namun sekarang ianya lebih kepada variasi cutting.



LOOSE CUT:
Merujuk kepada tembakau yang dipotong halus, terurai menjadi bentuk yg pelbagai. Boleh jadi ready rubbed, ribbon cut, shag dan mungkin juga kombinasi antara cutting style.