Sebagai end-product, tembakau datang dgn pelbagai cutting / potongan
seperti yg kita biasa jumpa. Walaupun kebanyakan cutting ni adalah
berkaitan rapat dgn proses kultivasi dan cara sesuatu tembakau itu
disediakan, namun ada juga cutting yg dibuat khusus utk menyenangkan
pipesmokers memanipulasikan bahan komoditi ini. Mari kita lihat beberapa
contoh di bawah.
READY RUBBED:
Satu proses selepas flake cut terbentuk. Tembakau flake yang "digosok"
(samada dgn tangan atau dgn mesin) untuk menguraikan flake tersebut.
Tekstur yg terhasil adalah untaian yg agak sederhana kasar dan tidak
memiliki pola yg sekata. Pembakaran yg akan terbentuk adalah slow
burning dan memerlukan moderate initial lighting (pembakaran permulaan).
Ready-rubbed baccy akan cepat hilang moisture, jadi "ageing"
characteristicnya adalah kurang baik berbanding flake cut.
RIBBON CUT:
Dibuat dgn mesin pemotong, tembakau dipotong menjadi untaian reben yg
sederhana halus dan sekata. Dengan tekstur ini, initial lighting adalah
mudah dan pola pembakaran adalah sekata, tetapi dgn pembakaran sebegini
pipa biasanya mudah panas. Selalunya ribbon cut dibuat utk blend2
aromatic kerana kondisi tembakau aromatic yg lembab dek flavor casing
dan percampuran gliserin. Oleh kerana ia direka utk terus digunakan
tanpa perlu prep, ribbon cut senang kehilangan moisture nya, jadi kadar
ketahanan ageingnya tidak begitu baik.
FLAKE CUT:
Potongan ini adalah khusus untuk pressed tobacco. Pemeraman dua atau
lebih tembakau yang dicompressed untuk amalgamam flavor baccy itu
menjadikannya seperti satu kek yg tebal. Ia kemudiannya dipotong kecil
dan nipis menjadi kepingan segi empat yg dipanggil "flake". Flake ini
boleh digesel sendiri dgn tangan untuk menjadi "ready rubbed" atau boleh
dilipat kecil utk terus dimasukkan ke dlm pipa (teknik fold &
stuff). Flake cut selalu dikaitkan dgn pembakaran yg perlahan &
tidak panas. Ketahanan ageing sesuatu flake cut adalah baik.

Sama seperti flake tetapi dipecahkan menjadi kepingan yg lebih kecil.
Tujuannya adalah supaya lebih mudah disediakan dan dinikmati. Dan
disamping itu kualiti ketahanan ageing flake turut dikekalkan.
PLUG:
Plug adalah ketulan tembakau yg berbentuk segi empat dan selalunya
dimampatkan secara lapisan demi lapisan. Ia kemudiannya diperam dan
proses fermentation yg sgt aktif akan berlaku. Plug selalunya dilapiskan
tembakau yg berlainan di tiap lapisannya, maka sebab itulah jika kita
potong secara mengupas sesatu lapisan, flavor profile nya akan berbeza
dgn potongan biasa.
COINS / CURLY CUT:

ROPE:
Ini adalah bentuk asal "coin" cut. Tembakau kesukaan sailor ini dulu
selalunya dipulas semampat mungkin di dalam kain yg nipis. Hasil pulasan
ini akan memampatkan tembakau itu bersama dan proses pemeraman yg baik
akan terhasil, dan ini menghasilkan "Rope" tobacco. Proses pembuatannya
agak rumit dan jarang ditemukan sekarang. Rope mampu menyimpan moisture
utk jangka masa yg sangat lama, jadi daya ketahanan ageing nya adalah
sangat tinggi.
CUBE CUT:
Proses asalnya sama seperti pembuatan flakes namun instead dipotong
menjadi kepingan segi empat flakes yg nipis, ia dipotong lebih kecil
lagi hingga menghasilkan ketulan kiub kecil. Cube cut mampu mengekalkan
lembapan di dlm tembakau untuk tempoh yg lebih lama, jadi persediaan yg
awal / prep adalah penting sebelum ia digunakan. Flavor profile akan
lebih menonjol tetapi ia selalu juga dikaitkan dgn kepanasan tinggi
ketika berpipa dan kadangkala memerlukan relights yg banyak. Teknik
packing pipa "gravity filling" selalunya digunakan utk cutting ini.
SHAG:

LOOSE CUT:
Merujuk kepada tembakau yang dipotong halus, terurai menjadi bentuk yg
pelbagai. Boleh jadi ready rubbed, ribbon cut, shag dan mungkin juga
kombinasi antara cutting style.
No comments:
Post a Comment