Sunday 11 January 2015

KING OF TOBACCO (UPDATE)

Syrian Latakia: King of Tobacco

Latakia, bagi sesetengah orang, adalah suatu nama yg indah. Namun secara amnya, Latakia merujuk kepada nama sebuah pekan pelabuhan di Syria, dimana suatu masa dulu aktiviti import dan export berkembang pesat.

Dari sinilah datangnya nama "Latakia" pada baccy kita yg lazat ni. Sepertimana batu firuz mendapat nama "turquoise" (which means Turkish stone, sebab dahulu batu firuz masuk ke Eropah melalui Constantinople, Turkey), Latakia juga mendapat jolokan nama dgn cara yg sama, sebab datangnya Latakia tobacco ni ke pasaran Eropah & dunia adalah melalui Port of Latakia, Syria.

Seperti yg kita dah discuss haritu, latakia sebenarnya ialah tobacco tempatan Syria, berdaun tirus dan dikenali sebagai "shek-el-bin". Tiada data mengenai rasa sebenar latakia (rasa sebenar merujuk kpd rasanya jika daun ni melalui air-curing proses shj) dan mungkin kita x akan berpeluang untuk tahu mengenainya kerana tiada plantation latakia dilaporkan sejak tahun 80an. Sejarah asalnya latakia agak unik, dikatakan ia tercipta secara x sengaja bila tobacco planter simpan shek-el-bin di dlm kepuk yg secara x sengaja terbakar. Hasilnya, tobacco yg terselamat tu, yummy....jadi latakia. Byk lagi versi bagaimana Latakia ni terjadi tapi secara umumnya, mmg bukan di plan jadi begini...

Latakia ni, secara asasnya boleh dikatakan fire-cured. Mulanya daun shek-el-bin ni dijemur hingga kering, pastu digantung di dalam kepuk dan diasapkan dgn kayu2 yg berdekatan (sejenis pokok oak renek yg ada di Syria) dan ada theory mengatakan ada campuran beberapa tumbuhan herba tempatan jugak. Baunya sebelum dibakar adalah agak tajam dan sedikit hapak. Bila siap diasap, daun2 Latakia tadi dikumpul menjadi satu bale, dicompress & diperam sekejap sebelum dipotong jadi flake. Kemudian di pack dlm guni dan sedia utk dijual di Port of Latakia.

Bila Latakia mula memasuki pasaran Eropah tidak pernah tercatat, namun campurtangan imperialisme British berlaku sekitar 1916 bila askar British membantu puak Arab utk meraih kebebasan Syria dari sisa2 empayar Ottoman. Mungkin askar-askar ini yg membawa pulang Latakia dari Syria, atau imperialisme British telah mengeksport Latakia ke England adalah antara faktor2 yg kita boleh terima. Production Latakia ni meningkat apabila pasaran Eropah mula menyukai keunikan rasanya, especially bila di blend dgn Virginia. Tak lama kemudian English blend atau mixture seperti yg kita tahu skrg pun terhasil.

Bila permintaan meningkat, pengeluaran juga meningkat. Syria telah mengeluarkan Latakia dgn pesat pada tahun 30an hingga 60an. Tak lama kemudian perang saudara meletus dan production secara automatiknya berhenti. Syria tidak lagi aman selepas itu jadi pemprosesan Latakia tidak lagi meluas. Namun, tobacco companies kebanyakannya membeli Latakia secara pukal dan menyimpannya di dlm store memasing. Even tobacco companies pun mengaku yg mereka x dpt beli Syrian latakia lagi sekarang dan apa yg anda jumpa sekarang adalah purely stok mereka yg dibeli terdahulu. So, when Latakia simpanan ni habis, mereka akan discontinue blend tersebut. Senang kan?

Selain tembakau paip, Latakia juga digunakan di dlm mixture rokok turki yg tradisional. Tapi perlu di ingatkan yang Latakia ni, sepertimana kebanyakan tobacco2 turki (Balkan), adalah bersifat keras dan tidak boleh diconsume begitu sahaja. Campuran Latakia adalah bernisbah dari sekecil 1% hingga paling tinggi 40%.

Secara fizikalnya, tembakau Latakia ni selalunya berwarna coklat gelap setelah diproses. Tin note nya akan memiliki bauan seperti daging salai, rempahan, sedikit masin air laut dan bau barbeque. Bila dibakar, rasanya agak earthy, a bit pungent, sedikit manis dan tajam. Paling tepat utk kita describe, rasanya agak leathery. Nicotine level agak moderate, malah lebih rendah berbanding virginia. Baunya yg agak keras dan sedikit pelik akan membuatkan banyak mata memandang anda tapi, rasanya yg earthy, leathery dan subtly sweet adalah amat menyenangkan.

Senario skrg melihatkan Syrian Latakia mendapat permintaan yg tinggi, jauh dari kadar bekalannya. Oleh itu, bila masa anda berpeluang utk memiliki baccy yg menggunakan Syrian Latakia, beli ajelah since baccy ni mmg rare (yes, x banyak blend yg masih menggunakan Syrian Latakia dan x banyak blender yg masih ada memilikinya), dan mungkin dlm sedekad lagi sudah x ada Syrian Latakia di muka bumi ini. Walaupun banyak english blend yg sudah mula bertukar kepada Cyprian Latakia sekarang since flavor profilenya seakan sama, Syrian tetap memiliki keistimewaan rasanya yg tersendiri dan sebagai pipesmokers kita patut lah tahu dan hayati perbezaan rasa ini.

No comments:

Post a Comment