Thursday 15 January 2015

CYPRIAN LATAKIA

Cyprian Latakia: Pengganti Syrian?




Kehadiran Cyprian Latakia ke dunia perpipaan adalah umpama mentari muncul selepas hujan. Dunia yang resah dengan khabar buruk untuk latakia seperti perang saudara di Syria, kepupusan minat muda-mudi Syria untuk meneruskan penghasilan tradisi nenek moyang mereka, dan berita gudang simpanan latakia yg terbakar, akhirnya mampu tersenyum. Namun, selama manakah kita masih mampu tersenyum?

Cyprian latakia diproses dengan cara dan kaedah yg sama dengan Syrian, dimana daun digantung di dalam bilik yg tertutup dan pembakaran bahan-bahan tertentu seperti batang pokok oak tempatan dan beberapa herba-herba menghasilkan asap dan aroma yg melekat dan diserap oleh daun-daun latakia ini, yg secara amnya dipanggil "fire-cured". Namun, berbeza dengan Syrian latakia yg menggunakan daun tempatan "shek-el-bin", saudara versi Cyprian nya ini menggunakan daun-daun tembakau oriental iaitu Izmir dan Smyrna. Tembakau yang sama seperti yg digunakan di dlm blend-blend oriental.

Lantas anda bertanyakan kepada saya; adakah rasanya sama?

Seperti lainnya rasa masakan jika lain sayuran yg digunakan, ya, rasanya mungkin hampir sama tapi nyata ada bezanya. Sup bayam dan sup sawi pun ada kelainan rasa, kan? Penggunaan daun tembakau yg berbeza boleh menyebabkan perbezaan blend yang ketara. Kita tahu Oriental blend sepatutnya tidak menggunakan latakia, dan kita juga tahu English blend yg tulen tidak akan menggunakan tembakau oriental.

Perbezaan rasa yg ketara antara Cyprian vs Syrian Latakia ini adalah kurangnya kemanisan atau sweetness dari latakia versi Cyprian. Namun ini bukanlah semestinya sesuatu yg tidak baik, kerana kemanisan itu mungkin ditenggelami oleh buttery & creamy notes yg sememangnya sinonim dgn latakia ini. Hal ini akan dapat dirasa oleh peminat Syrian latakia secara langsung, kerana kemanisan dan "leathery" taste itu tidak hadir pada Cyprian latakia. Di sini ingin saya ulas bahawa creamy & buttery taste ini juga agak menarik dan teradun dengan baik, tidak keterlaluan jika kita andaikan bahawa mungkin ada juga pipers yg lebih menyukai Cyprian dari Syrian.

Selain itu, Cyprian latakia juga memiliki lesser-bodied taste, yg identik dengan ciri-ciri tembakau oriental. Tetapi ini diseimbangkan dengan rasa spiciness yg tidak sekuat perique tetapi lebih pronounced berbanding Syrian latakia. Perbezaan visual yg ketara adalah warna. Cyprian Latakia berwarna gelap kehitaman; juga sesuatu yg agak sinonim kepada ciri-ciri tembakau oriental.

Kembali kepada persoalan tadi, adakah rasanya sama? Jawapan saya ialah semestinya tidak! Cyprian latakia adalah suatu replacement product, bukan pengganti sebenar bagi Syrian latakia yg nyata sudah tidak diproduksikan lagi. Sebab itulah pengeluar tembakau akan melaung-laungkan tag "mengandungi Syrian Latakia" di dlm produk mereka jika ianya ada di dalam mixture mereka. Kerana bahan ini sangat terhad dan mungkin sangat berharga suatu hari nanti.

Walaupun begitu, kita tetap perlu bersyukur yg Cyprian Latakia hadir sebagai pengganti yg mantap, untuk hari muka dimana Syrian Latakia akan habis dan lenyap dari muka bumi ini.
Apa yg akan kita rindui ketika itu, adalah bau note dari tin yg sedikit pungent, leathery taste, earthy flavor dan smoking sweetness yg masih tidak dapat diperolehi dari mana-mana tembakau lain di dunia yg luas ini.

No comments:

Post a Comment