Monday 26 June 2017

Pipa di Hari Lebaran


Ramadan akan berlalu dan Syawal bakal menggantikannya. Walaupun sedih ditinggalkan Ramadan al Mubarak, namun pastinya kita telah pun mengambil seberapa banyak kesempatan untuk beribadat di bulan mulia itu dan sekarang adalah masa untuk kita saling berkunjung dan beramah-mesra. Pipa dan baccy selepas berbuka, pairing baccy dengan air tebu dan buah kurma sebelum tarawikh dan juga sesi susulan selepas moreh pastinya menjadi rinduan – yang akan dinikmati kelak di Ramadan yang akan datang.

Masuk bulan Syawal, yang ditunggu-tunggu oleh pemipa sejagat adalah pipa pagi raya. Sebulan berpuasa menyaksikan kita menahan nafsu dari berpipa di pagi hari, dan 1 Syawal merupakan peluang keemasan untuk melakukannya! Menikmati baccy selepas subuh ketika suasana masih hening adalah satu kedamaian yang layak diberikan hadiah Nobel untuk peacefulness yang ia berikan. Dan semua ini boleh kita lakukan di pagi 1 Syawal.


Mengenangkan kebanyakan kita adalah kaki latakia, maka adalah sangat “appropriate” untuk memulakan lebaran pemipa dengan blend latakia yang agak “smooth” seperti Dunhill’s Early Morning Pipe atau Torben Dansk Smooth Latakia. Jika anda menyukai blend yang agak manis, Smooth Latakia atau blend Frog Morton adalah pilihan yang lebih baik. Kualiti aromatik tanpa menjadi terlalu “aromatic” dari blend-blend Frog Morton sememangnya sangat versatil dan sesuai untuk banyak “occasion”.
Namun peminat tegar latakia awas! Ini mungkin adalah peluang terakhir untuk anda menikmati latakia sebelum rumah dikunjungi tetamu mulai jam 10 nanti. Tentunya di hari lebaran kita tidak mahu tetamu kita memiliki impressi yang kita sedang membakar bulu unta di dalam pipa kita bukan? Jadi pada peminat tegar latakia, blend-blend yang lebih “keras” aromanya seperti Dunhill Nightcap, Old Ironsides, Savinelli tin hijau dan Old Dublin adalah pilihan yang lebih bertepatan.
Aromatik adalah pilihan yang lebih diplomasi dan wajar apabila tetamu berada di sekeliling kita. Tentunya kita cuba sedaya upaya untuk mengimbangi bau lemang dan rendang dengan aroma baccy aromatik kita – at least itu adalah alasan terbaik untuk berpipa di dalam rumah. Beberapa blend aromatik yang popular seperti DTM’s Devil’s Holiday, Peterson Sweet Killarney dan beberapa lagi adalah pilihan automatik para pemipa Malaysia, akan tetapi terdapat juga beberapa blend baru seperti Cornell & Diehl Autumn Evening dan G.L. Pease Virginia Cream yang memiliki profil flavor yang sangat baik, disamping menjanjikan aroma bilik / room note yang jelas dan menarik.

Sebelah petang menyaksikan kita tersandar di kerusi menantikan gerombolan tetamu yang datang mulai lepas asar. Jadi kebiasaannya dari jam 3 hingga lah 4.30pm anda akan memiliki sedikit masa untuk diri sendiri. Pada waktu ini lah “nicotine fix” diperlukan dan blend-blend seperti Dunhill Three Years Mature, Dunhill Flake, Orlik Dark Strong Kentucky, McClelland Christmas Cheer, Capstan Blue, Peterson 3P atau Irish Flake adalah antara pilihan yang menarik untuk dicuba. Nikotin akan membantu dalam penghasilan adrenalin dan memberikan badan anda rasa bertenaga semula untuk melayan tetamu yang bakal tiba.
Masa rehat ini juga adalah ruang yang terbaik untuk anda melakukan sedikit pembersihan pipa-pipa yang telah digunakan tadi. Jangan membersihkan pipa sambil melayani tetamu kerana kedua mereka (pipa dan tetamu) memiliki hak untuk fokus dari anda jadi lakukannya satu-persatu. Lagipun, anda tidak mahu mengotorkan tangan anda dan bersalam dengan tetamu kemudiannya, meninggalkan jejak-jejak baccy hangit yang anda keluarkan dari pipa anda sebentar tadi.
Malam pun menjelma, dan tetamu masih berkunjungan, di dalam sela masa selepas waktu makan malam sehinggalah jam 11. Jika anda tidak sempat berpipa selepas dinner, satu sesi in-between juga adalah baik. Blend-blend berteraskan sedikit perique seperti Dunhill Elizabethan Mixture, Rattray’s Old Gowrie / Hal O the Wind, Peterson Irish Oak adalah pilihan saya yang utama. Yang paling kerap saya pack untuk sesi sebegini tentulah Dunhill Elizabethan dek kerana profil flavornya yang sedikit kompleks, dan kadar perique yang walaupun tidak “overt” tetapi masih boleh dirasai dengan baik.
Apabila malam semakin lewat, tetamu pun biasanya mulai surut dan duduk berehat sebelum tidur adalah satu lagi peluang berpipa yang jarang saya lepaskan! Blend pilihan saya pada ketika ini adalah blend Oriental, kerana tembakau oriental berkemungkinan agak tengik (berdasarkan pendapat non-smoker. Tidak semua Oriental blend bersifat begini & sukar untuk kita jangkakan kerana oriental bersifat pukal dan datang dengan pelbagai jenis daun yang diblend bersama. Sesetengah oriental memiliki room note yang manis seperti Basma contohnya) untuk dibakar di khalayak ramai. Juga blend oriental bersifat agak ringan dari segi nikotinnya dimana pada ketika sebegini saya tidak lagi memerlukan “adrenaline boost”. Antara kegemaran saya adalah McClelland Arcadia, Dunhill Standard Mixture dan Balkan Sasieni.
Begitulah sedikit sebanyak rentetan pilihan baccy di hari mulia. Dengan pilihan tembakau yang semakin pelbagai, ditambah pula dengan dedikasi pipa untuk blend spesifik yang mungkin kita amalkan, pemilihan baccy dan pipa untuk balik kampung tentunya satu keputusan yang sukar namun menyeronokkan. Sang isteri tentu tidak faham mengapa kita mengambil masa yang lama untuk memilih, memasukkan dan mengeluarkan kembali pipa dan tin baccy ke dalam beg setiap 5 minit namun bagaimana sukarnya mereka memahami F1 dan Moto GP begitulah halnya dengan hobi yang satu ini.

Salam lebaran !!!
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Father Day’s Special ; Keinginan Kebapaan 2017

The day to celebrate our fatherhood menjelma kembali!
 
Seperti biasa ia memberikan kita peluang untuk menitipkan sedikit ingatan kepada bapa yang banyak berkorban “di sebalik tabir” buat kita (pengorbanan ibu mudah dan banyak yang kita nampak, namun hati dan sayang seorang bapa tiada siapa yang mampu menebaknya kerana bapa tidak berair mata – bapa harus tabah dan cekal demi keluarga).
Sudah tentu hadiah bukanlah apa yang bapa kita pinta tetapi ingatan itu lah yang sangat penting dan bermakna buat seorang bapa. Akan tetapi, sudah tentu kegembiraan seorang bapa menjadi jauh lebih bermakna jika kita dapat membaca sedikit-sebanyak apa yang beliau mahukan.
Sebagai seorang pemipa yang sudah berkeluarga, saya juga adalah seorang bapa (in fact, baru sahaja menimang cahaya mata bulan lepas – the Fatherhood of May!) dan berikut adalah impian atau keinginan kebapaan di dunia fana untuk tahun 2017 ini;
1. Castello Hawkbill – Liga tahun lepas saya memiliki satu peluang untuk memiliki Castello Hawkbill dan tanpa saya sedari penolakan saya menyebabkan saya masih lagi “hunting” hingga ke hari ini! Kita akan menceritakan akan hal itu di artikel “hawkbill” yang akan disiarkan kemudian nanti, dan tatkala ini saya masih lagi memburu shape yang juga dikenali sebagai “donkeynut” ini yang dikatakan berasal dari kilang Castello sendiri. This would make a perfect Father Day’s gift for any pipesmokers!
imej dari Pittsburgh Pipe Club
 
2. Peterson Amber Spigot – Ia sebenarnya terhasil bagaikan satu “incident” – seseorang menemui stok amber lama yang tersimpan rapi (dengan dokumentasi pembelian etc) di kilang Peterson, memberikan cadangan untuk penghasilan pipa dengan stem amber ini dan walla ia terhasil! It was so hot (penggunaan amber, Peterson yang betul-betul special dan limited serta bilangan kolektor Peterson yang ramai) sehinggakan kesemua stok Peterson Amber Spigot habis terjual dalam masa kurang dari tiga minggu ia dikeluarkan.
imej dari Peterson Pipe Notes / smokingpipes
3. Aksentuasi Buddha Belly Bamboo – Pipa dengan bamboo selalu memberikan imej oriental yang bergabung baik dengan briar terutamanya jenis sandblast. Namun, penemuan Buddha Bamboo sedikit masa dahulu sebagai satu lagi variasi untuk shank pipa adalah sangat kreatif dan push your oriental borders to a new level of “intimacy”. Hahaha not with the monks really tetapi Buddha Belly Bamboo sememangnya cantik – ia agak besar, dengan ruas yang membulat dan jarak antara ruas yang pendek memberikan satu flow yang lebih organik dan lebih harmoni.
imej dari smokingpipes.com
4. Balkan Sobranie – Saya boleh bayangkan akan saat-saat yang mengujakan apabila kita dapat mengepek dan menyalakan baccy-baccy legenda terdahulu seperti Balkan Sobranie – menikmati keunggulan tembakau dan blending lama sambil ingatan menyorot tentang keberadaan baccy itu sedikit masa dahulu. Many people swear over it dan pemipa veteran selalu menceritakan mengenainya – sama ada bragging atau lamenting it’s not the point already. Mungkin jika kita cuba sekarang, ia adalah sebaik Arcadia atau Balkan Sasieni akan tetapi sehingga ia betul-betul berlaku, kita tidak akan mengetahuinya…
imej dari Dutch Pipe Smoker
 
5. Steady stock of The Solent – seperti yang kita tahu MacBaren telah memberhentikan pengeluaran beberapa blend kereta dan The Solent Mixture adalah antara yang paling terkenal dan ditangisi pemergiannya. Syrian latakia dan bekalannya yang semakin merosot dikatakan adalah punca utama kepada “such uncalled discontinuance” sebegini. Pada mereka yang rajin mencari, masih terdapat sedikit bulk supply di sana sini namun untuk mendapatkan versi tin adalah agak sukar dan mustahil sekarang.
6. Joseph Rodgers Gentleman’s Smokers Knife with Staghorn Inlay – Kaum bapa sememangnya suka untuk leka dengan smoking parnaphelia – apparatus berpipa yang penting dan selalu dibawa kemana sahaja. It’s compliments what we are doing, dan kita kaum bapa suka untuk take pride di dalam perincian hobi dan disinilah terletaknya nilai pipesmoker’s knife/tamper/pick dari Joseph Rodgers ini kepada anda. Maskulin, detailed dan diulit aksentuasi tanduk staghorn, ia adalah satu alat yang mencerminkan keperibadian seorang bapa yang teliti.
imej dari smokingpipes.com
7. Sillem’s Old Boy Linea Epoque Sterling – Sillem sememangnya adalah satu brand aksesori yang sangat memukau. There’s prestige, luxurious association to it, tanpa ke”posh”an Porsche atau “glittering red” Ferrari disekitarnya. Ia lebih kepada pandemonik smoking parnaphelia overlord yang memberikan penampilan mistik dan classy – sepertimana pemetik api Old Boy Linea yang diperbuat dari perak sterling ini. Ramai classy smokers yang smitten dengan jenama aksesori ini dan ia sememangnya di dalam kelasnya yang tersendiri.
imej dari smokingpipes.com

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Friday 9 June 2017

Banyak perkara boleh berlaku di dalam jangkamasa dua tahun. Anda mungkin telah bertukar tempat kerja. Atau mungkin telah naik pangkat. Mungkin telah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata pertama. Dan siapa sangka, ia betul-betul mengambil masa dua tahun untuk saya menjengah kembali Baby’s Bottom?
 
 
Sebelum ini, saya ada menceritakan di dalam blog tentang dua revival penting Dunhill, iaitu Three Years Matured dan My Mixture Baby’s Bottom. Ia mengambil masa tiga ke enam bulan untuk blend itu sampai ke tobakonis kita. Penantian itu agak menghampakan buat permulaannya kerana Dunhill tidak mengekalkan ilustrasi asal gambar bayi sepertimana Baby’s Bottom dikenali dahulu. Sebaliknya, ia adalah ilustrasi My Mixture 965, dan “965” digantikan dengan BB1938 – dimana Dunhill tidak menggunakan nama “Baby’s Bottom” lagi demi untuk mengurangkan risiko penarikan penjenamaan atas dasar ketidaksesuaiannya dan sensitiviti masyarakat zaman ini.
Penggunaan tiga jenis asas Virginia yang berlainan warna – Red, Orange dan Lemon Virginia adalah teras blend, sebelum Cyprian latakia diadun bersamanya untuk menghasilkan satu blend yang memiliki nuansa warna yang menarik. Ia tentunya agak berlainan dengan My Mixture 965, yang menampilkan penggunaan bright virginia dari Macedonia dan tambahan brown cavendish. Sementara kita membicarakan tentang komposisi blend tadi, nota-nota virginia yang tajam dan “tangy” diselaputi oleh nota Cyprian latakia yang agak woodsy dan “smokey” telah pun naik, menjadikannya satu gabungan yang menakjubkan.
Dan ternyata tidak lama kemudian, Baby’s Bottom membakar dengan baik di dalam bowl pipa saya. Saya agak lega bila mendapati yang flavor asas My Mixture 965 iaitu “smoky” dan “campfire-like” masih dapat dikesan di dalam Baby’s Bottom. Cuma sudah tentu penyampaian “extra-smokiness” yang identik dengan amy Mixture 965 tidak dapat dizahirkan di sini. Adakah ia bersangkut-paut dengan ketidakhadiran brown cavendish atau Macedonian bright? Sudah tentu itu adalah faktor terpenting memandangkan komposisinya adalah sedikit berlainan. Baby’s Bottom yang suatu ketika dahulu hanya boleh didapatkan di England sememangnya dihasilkan sebagai “smoother cousin” untuk My Mixture 965 terutamanya bagi mereka yang mahukan sedikit kelembutan disebalik blend epik tersebut.
Dan perkara itulah yang Baby’s Bottom bawakan kepada kita – kelembutan dan “smoother taste” yang palate kita mampu rasai. Pada firasat saya, kelembutan rasa itu terhasil dek kerana faktor “creaminess” yang sememangnya unik buat blend ini. Cyprian Latakia yang bergabung dengan tiga jenis virginia tadi adalah sangat “creamy” dan sedikit manis. “Creaminess” yang berlebihan akan bertindak sebagai “masking” dan me”muted”kan “tanginess” dan rasa tajam virginia jadi dari sinilah kelembutan ekstra itu terhasil. Fenomena ini menjadi satu “highlight” buat Baby’s Bottom dan ia juga merupakan idea asal kenapa namanya adalah sedemikian.
Masuk ke pertengahan hingga ke hujung bowl, sedikit “spiciness” juga dapat dikesan. Walaupun tidak terlalu nyata seperti blend-blend berteraskan perique, ia memberikan satu dimensi yang menarik buat Baby’s Bottom. Blend ini juga bersifat agak “light” dan lebih rendah kadar nikotinnya berbanding My Mixture 965. Kerana itulah bagi saya blend ini adalah lebih santai dan lebih versatil – boleh dinikmati di sepanjang hari. Akan tetapi untuk menyalakannya sebagai “after-dinner smoke”, ia mungkin sedikit ringan dan tidak begitu berkesan bagi mereka yang mahukan sesuatu yang lebih “potent” pada ketika itu – maka nyalakanlah My Mixture 965 atau Nightcap mahupun Old Ironsides sebagai alternatif dan simpan Baby’s Bottom untuk santai petang hari minggu.
Jadi, boleh dikatakan apa yang anda akan dapat dengan Baby’s Bottom adalah flavor-flavor asas My Mixture 965 seperti yang anda biasa nikmati, disaluti dengan “creaminess” tambahan yang menyenangkan palate dan sedikit “spiciness” di pertengahan bowl hingga ke hujung. Profil sebegini menjadikannya sangat baik dan sesuai untuk penggemar Cyprian latakia yang mahukan lebih dimensi kelembutan, walaupun sebaliknya ia mungkin tidak dapat memuaskan My Mixture “purists” yang boleh merasai kehilangan “extra smokiness” daripada blend kesukaan mereka itu. Apa pun preferensi anda, My Mixture Baby’s Bottom adalah satu revival yang sangat baik dan wajar untuk diterokai.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!

Monday 5 June 2017

Siri Bergelumang Dengan Ira Briar : Ira Api (Flame Grain)

Tidak lama dahulu kita melihat dengan lebih dekat akan fenomena mata beburung atau lebih dikenali dengan jolokan “birdseye”. Kali ini Kita akan bergelumang dengan sejenis ira yang dinamakan “flame grain” atau ira api.
Ira api yakni flame grain adalah satu tingkatan ira yang berada di takuk sedikit bawah dari straight grain. Seperti yang dicadangkan oleh namanya, ira api memiliki bentuk unjuran ira yang kelihatan seperti liuk api yang sedang menyala – sedikit senget dan seperti terbuai dek angin. Dari situlah nama “flame grain” dikaitkan dengannya.

Unjuran ira flame grain tidak membawa kadar birdseye yang padat di bahagian bawah dan atasnya. Ataupun boleh dikatakan tidaklah sepadat birdseye yang berada di atas dan bawah unjuran straight grain. Namun taburan birdseye yang agak menjarak juga agak menarik kerana ia masih mampu memberikan ilusi 3D sepertimana unjuran birdseye yang rapat. Malah, sesetengah birdseye yang bercorak cantik akan dapat dinikmati dengan lebih lagi dek kerana jarak yang tidak terlalu “dense” dengan birdseye-birdseye lain.
Menyentuh hal itu, flame grain tidak kurang menariknya berbanding straight grain. Cuma sepertimana yang kita tahu, struktur harga pipa mengikut unjuran grain menjadikan straight grain lebih mahal dan lebih diburu oleh para kolektor. Namun pipa-pipa yang memiliki unjuran flame grain juga adalah menarik untuk dilihat. Seorang rakan perpipaan saya pernah mengatakan yang beliau lebih menyukai pipa-pipa flame grain yang baginya lebih “animated” – mungkin kerana kelihatan seperti mata api dan lapisan-lapisan grain menjadikannya seperti bergerak atau lembut pada penglihatan – berbanding pipa-pipa berunjuran straight grain yang baginya kelihatan lebih “kaku”. Saya percaya mungkin ramai antara kita yang juga bersependapat dengan beliau, menjadikan unjuran flame grain juga memiliki ramai peminatnya yang tersendiri.
Sama ada kita bersetuju atau tidak, flame grain sebenarnya adalah lebih menarik untuk ditemui pada beberapa bentuk pipa yang tertentu, terutamanya yang bersifat menirus di atas dan bawah seperti bentuk Cauldron. Bentuk yang memiliki perincian dengan sedikit “curvatures” seperti calabash juga akan menjadi lebih menarik dengan unjuran flame grain. Dan tentunya yang paling baik adalah pada pipa-pipa berbentuk blowfish, dimana unjuran flame grain akan nampak sangat “lively” seolah-olah seperti air yang mengalir turun dari badan ikan buntal ketika ia melompat keluar dari permukaan air. Satu fenomena perpipaan yang sangat mengasyikkan!
Bercakap tentang pipa dengan flame grain, terdapat beberapa jenama pipa yang memang mengabadikan grain ini di dalam siri mereka, seperti Peterson (siri Flame Grain), Kaywoodie (Flame Grain), Stanwell (Flame Grain) dan Dunhill Amber Flame. Sudah tentu flame grain dengan unjuran terbaik dan paling rapat diutamakan di dalam penghasilan pipa-pipa ini, kerana kesemuanya adalah di dalam gred tinggi – hanya di bawah Straight Grain sahaja. Malah, Dunhill Amber Flame tergolong di antara pipa yang jarang untuk dijumpai dan memiliki tiga gred (One Flame hingga Three Flames). Untuk menemui Three Flames terjual di kedai adalah hampir tidak munasabah sama sekali!
Disebalik pengkhususan dalam pengkategorian grain untuk segmentasi harga sesebuah pipa, flame grain kekal menarik untuk pemipa menjamu mata, membelek-belek unjuran mata apinya sambil menikmati blend-blend kegemaran mereka. Masih adalah sebuah nikmat dari seketul briar yang sangat menakjubkan.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!