
Peterson
Irish Oak adalah antara offering yang sangat "bright" dari blend-blend
mereka. Datang dengan tin standard 50g berwarna hijau terang, ianya
mudah dikenali. Pelekat tin menyatakan "A rich blend of Brazilian &
African Virginia leaf with Cavendish and rare Louisiana Perique".
Hmm...Sebenarnya Peterson juga tidak banyak mengeluarkan blend Virginia /
Perique jadi kesangsian akan kemahiran atau expertise mereka dalam
blend-blend sebegini adalah amat mencurigakan saya.
Dahulu,
diberitakan Peterson menggunakan Thailand burley di dalam blend yang
sama tetapi mungkin kerana produksi Thailand burley yang sudah pupus,
maka ia tidak lagi digunakan. Sayangnya tiada living sample yang mampu
kita gunakan sebagai kayu ukuran untuk membezakan tekstur rasa yang asal
dengan versi yang ada sekarang.
Sebaik
sahaja penutup tin dibuka, bau / tin note yang menjemput hidung anda
adalah dari rerumput kering, jerami padi, raisin dan sedikit citrusy.
Ini adalah petanda kepada ciri-ciri tin note Virginia / Perique yang
baik. Tembakau nya pula hadir dalam bentuk ribbon cut, menjadikannya
mudah untuk di pack kedalam bowl dan kadar moisture pun agak rendah:
sesuai untuk di hisap secara impromptu / apabila perlu.
Kadar
moisture inilah yang membantu charring lights yang baik pada permulaan
sesi berpipa. Sebaik saja bara "amber" diperolehi, asap yang menerpa
masuk ke palate adalah dari pembakaran tembakau bermutu, yang
menghasilkan rasa tembakau Virginia yang berkualiti "hay-like" seperti
Reiner Gold, Bell's Three Nuns dan Dunhill Elizabethan Mixture. "Hay
note" dari Irish Oak adalah agak tinggi sebenarnya, jadi pada mereka
yang sukakan tembakau dengan note sebegini, ini adalah suatu faktor yang
penting.
Boleh
dikatakan, tekstur rasa Irish Oak adalah agak sama seperti Dunhill
Elizabethan Mixture. Malah, di peringkat awal perpipaan, sukar untuk
kita membezakan antara satu sama lain. Sebagai penggemar Elizabethan
Mixture, saya turut gembira dengan hal ini. Namun, masuk ke tengah bowl,
perbezaan yang agak ketara mula dirasai. Saya dapati ke"spician" dan
tahap kepedasan Irish Oak adalah agak strong dan intense. Ini sudah
pastinya tindakbalas dari campuran perique yang sememangnya saya sudah
kesan kehadirannya pada awal perpipaan lagi. Ternyata alunan spiciness
perique nya lebih pronounce dan intensitinya meningkat di pertengahan
perbowlan. Mungkin inilah nuansa rasa Va/Per yang dicari-cari oleh
penggemar perique tetapi bagi saya intensitinya agak tinggi dan tajam.
Yang pasti, ianya bukan "Straight St James" perique; jika tidak masakan
harganya agak murah, jadi kebarangkalian adalah ianya menggunakan
"Acadian" perique, pada kadar yang mungkin agak tinggi.
Oleh
kerana datangnya Irish Oak adalah dalam bentuk ribbon cut dan kadar
casingnya mungkin minimum atau tiada langsung, maka pembakaran baccy
adalah mudah dan lancar hingga ke hujung bowl. Intensiti perique sedikit
mendatar pada tahap ini, namun kehadirannya masih boleh dirasai
walaupun pada lidah newbies. Dalam pada itu, flavor-flavor profil
seperti nuttiness dan kismis salai yang tidak masam dapat dikecapi di
sini. Di level hujung ini interplay antara dua karakter Virginia dari
daerah yang berlainan agak menarik dan memberikan pengalaman perpipaan
yang baik. Tiada masalah untuk mendapatkan habuk putih bersih di hujung
perpipaan dengan Irish Oak.
Diberitakan
bahawa tembakau Irish Oak ini juga menerima "casking" treatment di
dalam barrel oak. Satu fakta yang mungkin sedikit sebanyak membuka
sedikit selera dan appetite sense kita, dimana saya tidak menafikan akan
kehadiran bauan dan smoking notes yang sedikit "woodsy" dimana note oak
barrel itu mungkin juga diserap oleh baccy di sepanjang proses
"casking" seperti yang diberitahu tadi. Di sini, ianya agak menarik.
Kesimpulannya,
boleh dikatakan yang Irish Oak lebih hampir kepada Elizabethan Mixture,
tetapi lebih pedas (dan mungkin lebih kick - bergantung pada penafsiran
individu). Walaupun tekstur rasa Va/Per nya tidak selengkap Reiner Gold
dan tidak se-elegant Three Nuns, namun kehadiran perique yang banyak
mampu membuatkan pencinta perique menjadi follower tetap blend ini.
Dengan
situasi sekarang di mana baccy-baccy Peterson sentiasa ada di rak-rak
tobacconist tempatan, ditambah pula dengan harga yang agak mampu milik,
pipesters bolehlah menikmati suatu blend yang mungkin kita boleh
kategori kan sebagai "perique powerhouse" ini pada bila-bila masa dan di
mana sahaja.
No comments:
Post a Comment