
Semua
ini adalah antara jawapan kita sebagai pemipa. Paling tidak, jawapan
yang terpaksa diberi kepada sang isteri. Saya yakin, ramai isteri yang
tidak faham hobi baru suaminya. Yelah, dari merokok tetiba menggamit
pipa ke sana sini. Sedapur pipa pulak berlangsung selama sejam.
Terkadang lebih. Berbanding dengan merokok dulu, satu sesi lima minit
pun dah lama.
Walau
bagaimanapun, jangan salahkan mereka. Mereka tidak dapat menilai nikmat
berpipa vs nikmat merokok. Banyak positif dari negatif. Antara yang kita
dapat, sedar atau tidak sedar:
1) Nikmat memiliki pipa.
Pipa
bukannya benda yang murah. Jarang yang puluhan, biasanya ratusan dan
terkadang ribuan. Nikmat memiliki pipa ini akan luput pabila pipa
tersebut hilang atau rosak sahaja. Tiada nikmat dalam memiliki rokok,
kecuali ketika naik motor dan terperangkap dalam hujan di bawah jambatan
atau flight over.
2) Nikmat memilih shape dan finishing pipa.
Bulldog,
Pot, Rhodesian, Prince, Lovat, Hawkbill, Bent Apple etc, semuanya
cantik mengikut selera masing-masing, dalam bentuk smooth, sandblasted
atau rusticated. Rokok hanya terhad berbentuk silinder dan sentiasa
bersaiz 2 inci setengah. Tiada rokok sepanjang Churchwarden pernah
dibuat dan dijual kepada umum...
3) Nikmat memilih baccy.
Virginia,
Perique, Latakia, Oriental, Cavendish, Burley, Kentucky, Maduro dan
ribuan blends gabungan dari tembakau-tembakau ini menghantui sang
pemipa. Rokok hanya terhad kepada Virginia dan burley sahaja. Dan jangan
lupa kepada tembakau aromatics yang tiada terhad flavor nya...
4) Nikmat "cellaring" baccy.
Tembakau
pipa, makin disimpan makin sedap flavor dan tekstur rasanya. Malahan,
terkadang bila sesuatu blends diberhentikan pengeluaran nya, harga blend
tersebut naik berganda. Rokok jika disimpan, masuk angin lah jawabnya.
5) Nikmat berkongsi baccy ketika pipemeets.
Tembakau
pipa dicipta untuk dikongsi. Perkongsian ketika pipemeet membuka kepada
pelbagai topik-topik yang menarik. Rokok hanya nikmat dikongsi oleh
pelajar asrama sahaja.
6) Nikmat menyelenggarakan pipa.
Pipa
yang baik adalah pipa yang bersih. Kita pemipa sentiasa mencuci pipa
umpama suatu instrumen yang penting kepada lelaki seperti juga kereta,
kayu golf, alatan musik dan lain-lain. Rokok adalah bahan pakai-buang
yang tidak perlu diselenggara.
7) Nikmat menilik-nilik pipa di hujung minggu.
Pipa
yang tersayang dibelai rapi, digosok dengan wax sehingga bersinar
lantas menampakkan grain briarnya yang cantik. Sedar tak sedar, dah
dekat sejam kita menilik pipa kita. Rokok pula tak perlu lah dibelai dan
dibelek-belek, nanti kemek.
Justeru
itu kita tentunya sedar betapa pentingnya pipa kepada kita. Banyak
nikmat yang diberikan dari nya, selari dengan banyaknya masa dan usaha
kita menjaganya. Sesungguhnya, pipa yang baik akan terus kekal menemani
kita hingga ke hari tua nanti.
No comments:
Post a Comment