Untungnya pemipa zaman sekarang!
Jauh
lebih setengah abad yang lepas, diversiti blend yang ada untuk pemipa
rasanya boleh dibilang dengan jari. Berbeza dengan hari ini, di mana
jika anda hanya membeli 5% dari keseluruhan diversiti blend yang ada di
kedai tembakau pun, duit di poket anda pula yang boleh dibilang dengan
jari…
Sebanyak
mana diversiti yang boleh kita jangkakan dari rupa dan kelompok etnik
manusia, begitulah jua halnya dengan baccy. Datangnya mereka dari
beberapa kumpulan daun yang asas, kemudian berlaku bercambahan benih,
percantuman tunas, hibrid dan penghasilan variasi baru yang lain dari
segi rupa, struktur daun dan komposisi biologikalnya.
Begitulah
halnya bila kemajuan teknologi dan sektor pertanian bergabung. Seperti
mana kita melihat contoh perkembangan hasil durian kita; dari durian
kampung, dimajukan ke D24, kemudian datang bermacam jenis dan hybrid
seperti D101, udang merah, musang king dan lain-lain. Yang mendapat
manfaat dari semua ini adalah kita sebagai pembeli, pengguna dan
konsumer.
Sekiranya
percambahan benih itu masih kurang seronok, terdapat pula pelbagai
kaedah kultivasi dan “curing” yang berlainan untuk menambah diversiti
kepada variasi yang ada. Flue-cured, fire-cured, sun-cured dan pelbagai
lagi dipergunakan oleh pengusaha tembakau sebelum ia di jual kepada
pembekal.
Penghasilan
fire-cured ala Latakia yang memerlukan penggunaan bahan bakar tertentu
juga sebenarnya mampu membuka banyak ruang kepada dimensi rasa yang baru
– mengapa terhad kepada bahan bakar terdahulu seperti kayu api dari
pokok-pokok renek sahaja? Mengapa tidak menggunakan elemen-elemen lain
seperti bunga atau buah yang telah dikeringkan sebagai bahan bakar
tambahan? Atau rempahan seperti kayu manis atau jintan? Lihat, betapa
meluasnya konsep dark-fired jika ia betul-betul dikaji untuk eksplorasi.
Penghasilan
virginia pula sudah lama pun bergantung-harap pada kondisi tanah dan
kultivasi tempatan, demi penghasilan variasi virginia yang memiliki
perbezaan rasa yang ketara. Lain “belt” asal sesuatu virginia itu lain
kondisi minyak mineral nya, lain kuantiti glukosnya. Yellow virginia
dengan red virginia pun banyak perbezaannya, dengan kadar glukos yang
sangat berbeza jika diblend dengan tembakau lain pastinya memberi
dimensi rasa yang tersendiri.
Dari
Virginia hingga ke Georgia, kemudian ada juga yang datang dari Brazil,
Tanzania, Mysore, malahan negara Asia Pasifik seperti Malaysia,
Indonesia (dengan 30% peratusan kasar pengeluaran virginia), mungkin
Philippines dan juga Thailand. Bayangkan jika sekali sekala datang
sesebuah blend yang menonjolkan penggunaan daun virginia dengan
ringkasan yang menarik seperti “…feel the punch of this full-bodied
virginia from the coastal region of Bachok”, atau “…made of virginia
hand-plucked from the mineral-rich plains of Bojonegoro in East Java…”,
tentunya menarik bukan?
Itu
belum lagi kita menjenguk puluhan jenis tembakau oriental yang ditanam
secara kecil-kecilan di serata Eropah timur. Izmir dan Smyrna selalu
kita jumpa (itu pun dalam bentuk Cyprian latakia) dan Basma (kerana Frog
Morton On The Town mudah didapati di sini). Bagaimana dengan Katerini,
Drama, Mahalla, Samsun Yenidje, Sokhoum, Bashi Bagli? Itu pun, mungkin
banyak lagi tembakau-tembakau oriental kultivasi setempat yang kita akan
terjumpa walaupun tidak diketahui kewujudannya, jika anda mudik Selat
Bosphorus ke pedalaman Turki atau menyeberang laut mencari di sekitar
persisiran Greece.
Berbalik
kita ke tembakau asas, di mana ada satu daun yang jarang sekali
dipandang pemipa – burley. Semestinya burley digunakan secara meluas di
dalam blend aromatik, dek kerana kadar penyerapan flavor yang mampu
diberikan olehnya. Tetapi tahukah anda yang blend-blend yang berteraskan
burley sebagai tembakau primer juga mampu memberikan pengalaman
perpipaan yang begitu baik sekali? Mungkin rasanya tidak “spot-on”
seperti virginia dan latakia, tetapi sangat baik untuk mereka yang
mahukan flavor asli tembakau, sedikit “nuttiness” dan mungkin “buttery”,
dengan kadar nikotin yang agak memberangsangkan.
Bercakap
tentang burley blend ini, mungkin salah blending-blending house juga
kerana tidak menawarkan banyak seleksi dari kelompok daun ini, namun
untuk berfikiran terbuka mereka juga bereaksi dengan kehendak pasaran –
di mana kurangnya perhatian dari kita pemipa maka sudah tentu blending
house juga tidak akan mengeluarkan banyak pilihan untuk blend burley.
Secara peribadi, saya rasakan burley mampu untuk berevolusi dan potensi
yang ada padanya adalah sangat tinggi – sesuatu yang mungkin akan kita
bincangkan suatu hari nanti.
Di
antara kita juga pasti ramai yang telah mencuba blend-blend yang
berinspirasikan cigar, di mana penggunaan daun-daun cigar diterapkan di
dalam komposisi blend. Ini juga adalah satu “blue ocean” yang belum
habis diterokai, kerana setakat ini kebanyakan blend-blend seperti ini
hanya ada sedikit sahaja, dan majoritinya menggunakan daunan Maduro.
Bagaimana dengan variasi lain seperti Criollo, Corojo, Oscuro, atau
Connecticut Shade? Jadi, eksplorasi “hybrid” tembakau pipa dengan daunan
cigar ini juga sebenarnya tidaklah begitu meluas. Masih ada ruang untuk
lebih perincian di dalam kategori ini.
Adakah
anda merasakan yang evolusi blend aromatik sudah terhenti setakat itu
sahaja? Selain dari infusion flavor-flavor yang biasa melalui teknik
“casing”, “dressing” hinggalah ke “casking” dalam tong barrel-barrel
tertentu, aromatik sememangnya mementingkan bau dan rasa. Pada bahagian
rasa, blend-blend aromatik hanya berjaya membawa flavor dari “casing”
sahaja, namun peliknya tidak banyak blending house yang mahu
menghasilkan aromatik yang memuaskan, setidak-tidaknya “medium bodied”
dan dengan sedikit hentaman nikotin. Adakah ia mustahil?
Di
peringkat pemipa yang sudah merasai kebanyakan blend kita selalu
bercakap tentang kelemahan yang ada pada blend aromatik, dan peliknya
tidak ada blending house yang mahu (atau mungkin mampu) menghasilkan
blend aromatik yang mampu menjawab segala kehendak pemipa tadi. Atau,
mungkin beberapa sudah pun memasuki “pipeline” – kita tunggu dan lihat.
Dunia
tembakau adalah senantiasa organik. Kita memiliki banyak perbezaan rasa
pada jenis daun yang sama, hanya kerana ia ditanam di tempat lain atau
dikultivasi dengan cara yang berbeza. Dengan 1001 macam potensi yang
dimiliki oleh daunan bangsawan ini, janganlah kita pemipa pula menjadi
paranoid dengan membataskan deria kita dengan sesebuah blend tertentu
sahaja.
Baca,
fahami, cuba, beli, bereksperimentasi, hayati, nikmati dan kongsi lah
blend-blend yang belum anda terfikir untuk capai, selagi mana anda
mampu. Kerana tiada apa yang lebih malang bagi seseorang pemipa
melainkan untuk menyedari yang dia sangat menyukai sesuatu blend yang
sudah pun dalam proses untuk ditamatkan pengeluarannya.
Time and tobacco waits for no man…
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
Bro aku ada beli tembakau mac baren navy flake cut. Bila aku research pt google aku dpt tau yg tembakau ni ada campuran alcohol flavor dan madu. Soalan nya aku nk tahu adakah tembakau ni diperam btol2 dgn alcohol atau stakat cuma artificial flavor?
ReplyDeletediberitakan skrg ni Mac Baren dh x guna alcohol dlm navy flake
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih atas jawapannya.
Delete