Thy Pursue of Dementia Dreams – Pengkolektivitian Pipa Falcon
Di
dalam dunia perpipaan, logam tidak pernah mengatasi kecantikan alami
ira-ira kayu dan animasi sentuhan yang mampu diberikan olehnya. Sebab
itu minat kepada pipa-pipa besi seperti Falcon, Kirsten dan yang sewaktu
dengannya adalah subjektif kepada keadaan dan senario semasa.
Mengejar
Falcon adalah ibarat mengejar mimpi dan bayang – anda tahu
bayang-bayang akan sentiasa ada tetapi apabila dihampiri, ia semakin
menjauh, sedepa dua dari kenyataan. Anda sering terfikir yang tahap
kolektiviti Falcon akan padam setelah pesanan peti surat “custom bowl”
anda sampai. Bowlsheet. Kita pemipa tidaklah seringkas itu.
Hal
ini diakui oleh beberapa “Falconeers” yang memperkasakan koleksi Falcon
mereka dengan idea-idea unik dan tersendiri. Seperti head honcho MyPSJ
saudara Saiful Haizan yang tampil dengan bowl Falcon berbentuk dublin
dari material corn cob ini. Ia adalah one-of-a-kind material bagi Falcon
dan semestinya keunikan bahan ini menjadi perbualan peminat-peminat
Falcon – a conversational piece!
Begitu
juga dengan saudara Fizan “Howler Wolves” dari MSP yang turut memiliki
bowl custom untuk Falcon. Ianya adalah pencetus kepada “passion” yang
mendalam dan keunikan (ditemani rapat oleh praktikaliti pipa Falcon itu
sendiri) adalah satu pencarian yang tidak pernah terbatas. Bowl-bowl
customs hanya menambahkan lagi marak api pengkolektivitian dan pencarian
pipa Falcon bagi pemipa-pemipa “passionate” seperti mereka ini!Tidak
sampai beberapa jam selepas artikel Falcon minggu lepas keluar, saya
telah ditanyakan oleh seorang kawan di whatsapp group tentang Falcon
saya yang memiliki “logo” berbentuk burung Falcon (mungkin hampir
menyerupai) tentang status pipa Falcon tersebut – adakah ia keluaran
terhad atau “special edition”?
Sebenarnya,
sejak membeli Falcon estate itu saya sendiri cuba sedaya upaya untuk
memastikan versi Falcon yang manakah yang memiliki logo Falcon di
central plug tetapi pencarian internet saya buntu. Dari itu saya membuat
hipothesis yang logo tersebut adalah buatan sendiri dari pemilik asal
pipa tersebut. Falcon itu juga datang dengan bowl a-la Rhodesian yang
memiliki fuller tinggi – ia adalah bowl custom dan ini menguatkan lagi
hipotesis saya. Ternyata, tiada apa yang dapat menghalang seseorang
peminat Falcon dari menzahirkan obsesinya dengan pipa itu, sehinggakan
central plug pun menjadi mangsa grafiti perpipaan!
Memang
terdapat beberapa “die hard fans” yang menumpukan 100%
pengkolektivitian mereka terhadap pipa Falcon. Mereka ini tidak
memperdulikan langsung akan straight grain, ring grain atau pun birdseye
(sememangnya sukar untuk menemukan bowl-bowl Falcon yang memiliki
grain-grain baik). Keseronokan mereka berlegar pada kombinasi bowl vs
body Falcon dan ia adalah agak unik untuk pengkolektivian pipa-pipa
jenis ini.
Sebelum
dilanda the pursue of this dementia dreams, dahulu sebelum memiliki
satu, saya pernah memikirkan sejenak tentang Falcon…dan urgh, this pipe
is rather ugly. Menyemat Falcon di bibir dan membelek-belek diri di
cermin, macam ada yang tak kena. Sehingga sekarang, saya masih agak
terkedu jika memikirkan diri bertuxedo hitam gelap, dengan pocket square
satin dilipat rapi menampakkan sedikit bahagian segitiganya, berkasut
kulit double monk strap hitam gelap sambil menggamit pipa Falcon.
Slightly out of place, rasanya. Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi
itulah yang saya rasakan.
Akan
tetapi tanpa tuxedo, Savile Row suits dan gentlemanly gears yang
tradisi, penonjolan maskuliniti melalui perkara-perkara rumit dan
kejuruteraan bahan juga adalah satu dimensi dunia “alpha male” yang
telah dikaji dan dibuktikan sahih sejak berzaman. Sebab itu naluri kita
akur dan condong kepada dunia permotoran, ragbi, WWF. Kita suka membelek
enjin kereta dan mengetuk sesuatu di dalamnya. Jadi, membersihkan pipa
Falcon juga turut menyumbang kepada agenda maskuliniti ini. Ia adalah
besi, rumit dan kotor – teori ideal jejaka macho metropolitan.
Ini
– semua kompleksiti Falcon mencerminkan maskuliti ini – adalah agak
kontrari dengan imej Falcon yang asal. Berwarna krom yang sama, ringan,
murah dan setiap bahagian ganti boleh dibeli secara berasingan, Falcon
adalah pipa untuk “the working class”. Tidak pernah mereka pedulikan
tentang kolektiviti dan semua perkara berpaksikan model “archetypical”
yang berulang-ulang monotoninya.
Tetapi,
desas-desus dan cerita-cerita lisan tentang pekerja-pekerja fasiliti
Falcon dahulu yang banyak menjalankan eksperimentasi dengan
bahagian-bahagian pipa Falcon memberikan kita banyak kebarangkalian
untuk terjumpa “hidden gems”; pipa-pipa Falcon lama yang unik, istimewa
dan “one of a kind”, semuanya menanti untuk ditemui di ceruk-ceruk kedai
antik, flea market dan online store / sellers diserata dunia.
Pencarian konfigurasi tidak standard Falcon sebegini adalah sentiasa menarik dan penuh debaran. Finders keepers, bak kata orang…
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment