![]() |
imej dari smokingpipes.com |
Di hujung abad ke 20, Drucquer & Sons telah melabuhkan tirai perniagaan tembakau keluarga mereka. Dunia yang tidak menyedari peranan sesebuah tobakonis cepat melupakan mereka, manakala para pemipa yang menjadikan premis Drucquer sebagai “second home” menangisi pemergian sebuah institusi pertembakauan, kaya dengan sejarah dan blend-blend yang tersendiri, menarik, dan unik yang telah dinikmati oleh ramai pemipa semenjak dari abad ke 19 lagi.

Drucquer & Sons memulakan perniagaan mereka pada 1841, di mana penjualan tembakau adalah masih di salon-salon dan farmasi terutamanya di tempat mereka bermula iaitu kota London. Di situ lah tembakau-tembakau blending mereka mula dikenali ramai, baik oleh pemipa umum mahupun penulis dan selebriti terkenal seperti Charles Dickens, Sir Henry Irving, Admiral Byrd dan lain-lain yang menjadi pelanggan dan peminat setia blend mereka. Malah, industri pertembakauan pada ketika itu adalah sangat gah dan fokus hinggakan beberapa blend sememangnya direka khas di atas permintaan para selebriti ini, seperti contoh blend “The Devil’s Own” yang dicipta khusus untuk Sir Henry Irving sendiri. Ini memberikan satu gambaran tentang betapa “customer-centric”nya industri ini pada ketika itu.
Atas sebab-sebab tertentu, John Drucquer III memindahkan operasi tobakonis mereka ke US pada awal 1920an. Sebagai generasi keempat Drucquer, John masih memberikan penekanan kepada legasi blend-blend ciptaan keluarganya yang sudah pun menjadi popular, dan juga pengkhususan di dalam penawaran produk-produk tembakau. Walaupun kemudiannya perniagaan Drucquer & Sons Ltd bertukar tangan, pemilik-pemilik yang baru masih juga mengekalkan modus operandi dan produk yang sama sehinggalah Drucquer & Sons menutup perniagaan mereka pada 1999.
![]() |
imej dari Cornell & Diehl |
Bagi ramai pelanggan Drucquer, ia bagaikan satu institusi; suatu tempat untuk mereka berkolaborasi sama ada secara aktif atau tidak, berkongsi pendapat tentang tembakau, Latakia, Oriental, Virginia dan bermacam hal lagi. Juga tentang politik dan pergolakan dunia semasa atau tentang apa pun, di dalam keselesaan genggaman bowl pipa yang suam-suam kuku dan sedapur tembakau rekomendasi pekerja-pekerja Drucquer. Inilah zaman di mana tobakonis adalah satu kareer yang sama hebatnya dengan sommelier – pandangan mereka adalah sangat bernas, digunapakai dan dipercayai, dan pengetahuan mereka tentang tembakau adalah sangat tinggi dan dihargai – sesuatu yang semakin terhakis buat tobakonis pada zaman ini khususnya.
![]() |
imej dari Cornell & Diehl |
Pada zaman Greg Pease bekerja di Drucquer, mereka turut menawarkan perkhidmatan lain seperti penyelenggaraan dan baikpulih pipa serta penjualan pipa estate. Malah, ramai pelanggan mereka yang turut menyimpan pipa-pipa mereka di situ dimana pekerja Drucquer dapat membantu membersihkan dan menyelenggara pipa-pipa tersebut sebagai satu khidmat tambahan. Oleh kerana itulah, ramai pemipa terutamanya pelanggan tempatan mendapati Drucquer & Sons adalah lebih dari hanya sebuah kedai tembakau. Tambahan pula deria mereka sudah pun terbiasa dengan aroma dari blend-blend Drucquer yang selalu dinikmati oleh datuk atau bapa mereka, dan apabila mereka mula berpipa mereka masih mampu untuk mendapatkan blend-blend yang sama dari salon Drucquer. Ia bagaikan satu jalinan memori yang mesra dan dekat di hati, satu imaginasi dan himbauan “the good old days” yang sukar untuk direka kembali sekarang.
![]() |
imej dari Cornell & Diehl |
Apa yang perlu dilakukan hanyalah isikan blend-blend ini ke dalam pipa anda dan hayati detik-detik kegemilangan Drucquer & Sons Ltd yang dizahirkan sehampir mungkin dengan blend asalnya oleh bekas “apprentice” terbaik mereka sendiri. Ia akan membawa anda kembali semula ke zaman di mana manusia lebih bersyukur di atas setiap kurniaan dari tuhan.

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment