Lima
tahun lepas saya mempunyai pilihan, samada memiliki Castello Hawkbill
atau Ser Jacopo Gem Series dengan insignia Giancarlo Guidi. Memikirkan
akan Castello Hawkbill masih dikeluarkan dan Gian tentunya tidak akan
kembali hidup untuk membuat pipa, saya memilih Ser Jacopo Dalla Gemma
dengan insignia Gian. Satu keputusan yang tepat kerana pipa-pipa Ser
Jacopo hasil tangan Giancarlo Guidi sememangnya semakin mahal dan diburu
kolektor.
Namun
apa yang saya tidak sedari adalah sikap saya yang memandang rendah akan
tahap rarity shape hawkbill dari Castello itu kerana ia ternyata sangat
sukar untuk ditemui. Atau lebih tepat lagi, sukar untuk menemukan pipa
Hawkbill, apatah lagi dari Castello, yang sedia untuk dijual. Kalau ada,
biasanya ia terjual pada masa yang sangat cepat. What’s really happen?
Atau what went wrong?
Jika
kita sedar akan kadar permintaan atau demand pada sesebuah pipa
hawkbill, ia adalah sangat tinggi. Terdapat beberapa kolektor berprofil
tinggi yang memfokuskan koleksi mereka terhadap shape ini. Dan tidak
kurang juga ribuan kolektor-kolektor yang, paling tidak, mahu memiliki
satu hawkbill sebagai “sampel”, terutamanya hawkbill yang dilahirkan
dari tempat bentuk itu dicipta, yakni Castello. Tambahkan pula
gerombolan ini dengan peminat-peminat Castello sendiri yang
kebanyakannya tanpa segan silu akan menyatakan kepada anda betapa mereka
mahukan sebuah hawkbill dari Cantù. Peluang kelihatan seakan sangat
tipis.
Jadi,
anda boleh bayangkan sekarang akan gambaran “demand” kepada sesebuah
hawkbill. Sayugia itulah, apabila saya akhirnya berjaya untuk “landing
that bird down”, ia adalah satu kepuasan mutlak seseorang pemipa yang
sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata. Well, anda semua pastinya
tahu bagaimana rasanya apabila pipa buruan anda berada di tangan bukan?
Tambahan pula buruan itu menelan masa hingga lima tahun!
Memperkatakan
tentang Castello hawkbill pula, ia tentunya bukan dihasilkan oleh
tangan satu artisan tertentu sahaja. Memang terdapat beberapa variasi
hawksbill dari Castello, dan variasi itu bukanlah “official” akan tetapi
lebih kepada air tangan artisan itu sendiri. Bukan semua hawkbill
dihasilkan sepertimana yang kita mahukan, dan ia kebiasaannya menjurus
kepada preferensi tersendiri.
Bagi
saya, hawkbill sepatutnya digambarkan sebagai “bent tomato yang secara
tiba-tiba menjadi agak horny, dengan lentikan bent shank yang bermula
sebaik sahaja ia sampai di aras yang sama dengan rim bowl, dan lentikan
itu disambung oleh stem yang memiliki panjang pada kadar satu per empat
keseluruhan shank dan stem”. Go figure!
Terdapat
juga beberapa hawkbill dari Castello yang memiliki stem yang agak
panjang (sepertiga), shank yang tidak melentik seperti ulasan di atas,
shank yang terlalu kurus, dan permulaan shank dari bowl yang tidak
“flush”. Masih, hawkbill-hawkbill sebegini terjual pantas namun seperti
yang saya perkatakan, ia bukan preferensi saya dan bukan juga template
hawkbill Castello yang biasa. Tepuk dada dan tanya selera.
Memiliki
pipa hawkbill, bagi saya, adalah salah satu nikmat-nikmat kecil
perpipaan yang memberikan kepuasan yang tidak terhingga. Lebih-lebih
lagi hawkbill ini datangnya dari bengkel artisan dimana bentuknya
diciptakan. Ia adalah satu reward ke atas satu pemburuan yang panjang,
yang hampir nampak mustahil pada mulanya.
Dan sudah tentu setiap kali saya memegangnya, it will make me smile…
No comments:
Post a Comment