Sebagaimana signifikasi meerschaum kepada Turki, begitulah briar kepada Itali.
imej dari fregole.com |
Negara
yang memiliki 28% perokok itu (pengguna tembakau mungkin mencapai 40% –
jika kita mengambil kira pemipa & pencerut, malah mungkin lebih
lagi kerana dengan jenama-jenama seperti Castello, Radice, Savinelli,
Becker, Ser Jacopo, Viprati, Don Carlos, Brebbia dan berpuluh lagi,
pasti wujud satu golongan besar yang menggunakan pipa di sana)
sememangnya sinonim dengan dunia pertembakauan. Cuma apa yang tiada di
Itali adalah penanaman tembakau itu sendiri, walaupun mereka dikurniakan
dengan tanaman erica arborea dan menghasilkan pelbagai jenis dan jenama
pipa dengannya.
Marcelo Mastroianni – the legend |
Italian
cukup dikenali dengan “love affair” mereka terhadap tembakau; mereka
akan “lights” di mana sahaja mereka suka, asap tembakau melintasi leret
mata mereka dan itu satu keadaan yang sangat-sangat bergaya. Konjurasi
swagger dan sexiness ini adalah apa yang Castello telah terapkan di
dalam dunia perpipaan.. Itali adalah segalanya tentang gaya dan
penampilan.
Budaya
inilah yang berada di sekitar proses pembuatan setiap pipa Castello.
Saya tidak perlu merujuk kepada banyak contoh; anda hanya perlu melihat
kepada keindahan flow dan penggayaan sebuah pipa Castello untuk
menikmati keseksian sesebuah pipa.
Namun,
seksi dan gaya tidak akan menjamin hidup yang sempurna jika pipa yang
dihasilkan tidak menepati standard dan kualiti yang diperlukan. Malah,
ia juga adalah “lifeless” jika pipa itu tidak memberikan “smoking
qualities” seperti yang kita mahukan. Di sinilah Castello membuktikan
yang mereka adalah “more than meets the eye”. Mari kita lihat beberapa
aspek kualiti dan sumbangan Castello kepada dunia perpipaan sejagat;
1.
Penggunaan stem akrilik – Zaman pasca perang memang mendorong
kreativiti kepada umat manusia. Jika Peterson memperkenalkan Spigot
kepada pemipa, Castello memainkan peranan yang lebih besar dengan
membawa masuk bahan akrilik di dalam dunia perpipaan. Sebelum itu,
vulcanite adalah bahan utama untuk stem pipa dan Carlo Scotti, menjadi
seorang “gentlemen” yang diakui oleh ramai pipemakers yang pernah
bekerja dengannya, tentu tidak mahu stem pipa keluarannya berwarna
kusam, pudar dan dinaiki oksidasi. Bahan lucite yang diperkenalkan
Castello menjamin stem pipa kekal berada di dalam keadaan senantiasa
berkilat dan “maintenance-free”, yang sekarang digunapakai oleh mungkin
75% pengeluar pipa sedunia.
2.
Open airflow – pipa-pipa Castello memang sangat terkenal dengan konsep
“open airflow” mereka. Bukaan draft hole bagi setiap Castello adalah 4mm
ke atas, malah sesetengahnya mungkin pergi hingga ke 4.3-4.5mm. Cukup
besar namun ia berjaya di dalam memberikan pengalaman perpipaan yang
sangat baik untuk pengguna dan peminat mereka. Banyak pipemaker lain
yang turut menerapkan konsep open airflow ini setelah Castello berjaya
mempeloporinya di mata dunia.
3.
Integrasi 100% handmade – Castello sememangnya berbangga dengan
integrasi 100% handmade mereka, dimana setiap pipa yang dihasilkan
adalah 100% dari proses pembuatan mereka sendiri. Jauh dari
“manufacturing concept” yang mengagihkan proses pembuatan kepada
beberapa proses kecil seperti lain-lain jenama pipa, setiap buah pipa
Castello adalah hasil dari usaha salah seorang dari artisan mereka; dari
pemilihan briar, membentuk bangunan dan shape pipa, hingga lah ke
pembuatan stem.
4.
Air cured briar – Setiap briar yang Castello gunakan kebiasaannya telah
pun menerima proses curing biasa dan ditambah pula dengan air curing
selama paling awal 8 tahun. Sudah tentu hasilnya dapat dilihat pada
“smoking qualities” yang mampu diraih oleh setiap pipa yang mereka
hasilkan. Sukar untuk kita temui sebuah pipa Castello yang tidak mampu
memberikan kualiti ini. Castello juga menggunakan briar-briar yang
terbaik, dan ini diakui oleh ramai pipemaker lain seperti Paolo Becker
contohnya, yang mengatakan “Castello will always use the best briar
possible because they can afford it”.
5.
Bentuk dan finishing baru yang sangat “defining” – Castello juga telah
mencipta beberapa bentuk yang kini popular dan dihasilkan semula oleh
banyak pipemaker lain. Hawkbill / donkeynut dan shape #55 (bent pot
dengan hidung yang terkedepan) sering dijelmakan semula oleh para
artisan dan jenama pipa-pipa lain diserata dunia. Ini menunjukkan betapa
besarnya pengaruh Castello terhadap dunia perpipaan kita sekarang.
Selain itu, finishing seperti Sea Rock dan Natural Vergin juga adalah
amat popular di kalangan para artisan – hasil rustik yang kasar dengan
penataan warna gelap dibelakang, dan finishing natural yang memberikan
kita kebebasan untuk membina “patina” sendiri a-la meerschaum – kreatif
dan menarik!
imej dari smokingpipes.com |
Resah
gelisah saya itu berakhir apabila saya menyalakan tembakau di dalamnya
buat kali pertama. That magical moment – betapa mudahnya untuk
menyalakan ember, leka diulit flavor-flavor terbaik dari blend yang
tidak pernah didapati dengan pipa-pipa lain, menyedut kembali pipa
selepas dua minit membiarkannya “idle” dan masih berjaya mengekalkan
ember tanpa perlu relight – ini semua adalah association kepada quota
“smoke like a dream” yang kita selalu dengar!
Dari
pengalaman saya sendiri, setiap Castello yang saya miliki berpotensi
besar untuk menjadi pipa terbaik saya, sesetengahnya memberikan saya
“magical moments in pipesmoking” (tidak perlu relight, menzahirkan
flavor-flavor tembakau dengan sangat baik, ember yang bertahan lama;
sama ada sekaligus atau mana-mana kombinasi di setiap sesi perpipaan).
Ia sememangnya tidak pernah mengecewakan.
“Among
smokers, the Castello pipe is a true cult object which is often
purchased for the simple pleasure of owning one, or for a collection.”
(Anna Grandori, Organization and Economic Behavior, 2001, 320).

pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment