Wednesday 24 December 2014

ASAS KEPADA VARIASI TEMBAKAU

 Virginia :
Tembakau utama dlm majoriti mixture / blends. Virginia memiliki kadar lembapan mineral yg tinggi jadi flavor yg terhasil adalah agak manis dan fragranted, seterusnya disukai ramai. Dengan itu, ia ditanam secara meluas dan menjadi tunjang utama kebanyakan blend2 tembakau. Virginia selalunya melalui proses air-curing atau sun-cured (di jemur). Tanah memainkan peranan yg penting dlm kultivasi virginia jadi kepelbagaian flavor juga dipengaruhi oleh faktor itu.


Burley :
Tembakau ini amat sesuai digunakan sebagai bahan utama automatic blends, kerana kemampuan nya untuk menyerap flavor adalah tinggi. Jika digunakan sebagai blends yg tersendiri, kadar nikotin nya agak sederhana. Namun, burley tidak memiliki kadar gula yg tinggi jadi kemanisan virginia itu tidak terdapat di dalam burley. Terdiri dari dua variasi, iaitu "white burley" & "red burley".


Kentucky :
Sebenarnya ini x boleh dikategorikan sebagai tembakau tersendiri, sebab "Kentucky tobacco" merupakan burley yg melalui proses fire-curing. Proses ini menghasilkan tembakau yg berwarna gelap dan mempunyai kadar nikotin yg agak tinggi. Mungkin sebab itu, ia jarang muncul di dlm blends2 yg ada sekarang tapi jika anda memerlukan tembakau yg mampu untuk memberikan "drousie feeling", kentucky adalah yg terbaik.


Cavendish :
Tiada tembakau yg bernama "cavendish". Ia adalah proses penapaian daun burley / virginia dan bahan berasaskan gula ringkas seperti molasses atau liquorice, dan kemudian ditambah casing syrup / gula. Kita boleh katakan ianya umpama menghasilkan tembakau melalui proses "honeydew" dan kemudian memberikannya casing lagi. Ianya kemudian diperam & dipotong sebagai flakes. Natural cavendish ni jika di toasted sampai jadi hitam, akan menghasilkan"black cavendish" yg rasanya agak refined. Perbezaannya? Mcm sugar vs brown sugar lah, berlainan sikit rasanya. Banyak blender tembakau menghasilkan sendiri cavendish tobacco mereka dan boleh dikatakan setiap brand memiliki sedikit kelainan yg tersendiri, sebab proses casing ni masing2 carry out ikut cara mereka sendiri.


Perique :
Tembakau yg agak keras rasanya. Memiliki kandungan nikotin yg sederhana, dan selalunya dikaitkan dgn rasa "spiciness" iaitu sedikit kepedasan dan edge yg tajam. Proses kultivasi nya adalah unik untuk perique sahaja, tiada tembakau lain yg diproses seumpamanya. Hanya ditanam di beberapa tempat di daerah Louisiana, USA dan hanya 5% dari produksi tembakau dunia. Nisbah campuran dlm blends / mixture hanyalah sekitar 1%. Antara tembakau yg mencatat harga pasaran yg tinggi dan terhad kuantitinya.


Oriental :
Sesuai dgn nama nya, tembakau oriental byk didapati di area2 seperti Turki, Macedonia, Greece, Albania & Balkan countries. Kebanyakan tembakau oriental memiliki flavor yg agak savoury, spicy dan semacam berempah. Biasanya ditanam secara kecil-kecilan mengikut lokaliti masing2. Antara yg selalu kita dapati ialah jenis Izmir, Smyrna, Katerini, Drama, Xanthi, Yenidji, Sokhoum dan lain2. Selalu terdapat dalam Oriental / Balkan blends dan kadang2 digunakan di dlm English blends.


Latakia :

King of tobacco. Terma "latakia" sebenarnya adalah market slang yg merujuk kpd end-product. Herbalogist tidak akan recognize nama ini. Sumber yg tunggal iaitu daun "shek-el-bin" hanya diperolehi dari Syria sahaja. Sebagai tembakau tempatan yg berdaun tirus, "shek-el-bin" dituai dan melalui proses fire-curing yg melibatkan pokok2 renek dan herba2 tempatan utk menjadikan nya sebagai latakia sepertimana yg kita nikmati today. Memiliki rasa smoky, bbq-ish, leathery dan creamy, latakia digunakan secara meluas dalam English blends dan kadang2 Oriental / Balkan blends. Namun dominasi flavor yg kuat menyebabkan hanya 1%-40% nisbah campuran sahaja digunakan, dan selalunya 5% dlm majoriti English blends.


Maduro :
Antara tembakau yg termahal di dunia, maduro bersifat full-bodied, berwarna coklat-kehitaman, memiliki "spiciness" tetapi tidak sama seperti perique, aromanya sangat "musky" dan kualiti pembakaran adalah sangat baik. Ditanam di daerah Habana & Santa Clara (Cuba) & Puerto Rico, maduro biasanya hanya dituai bila ia betul2 ranum. Ia juga hanya ditanam di tempat yg teduh & selalunya digunakan sebagai tembakau curut. Oleh kerana itu harganya sangat mahal, jarang2 blend yg menggunakan maduro sebagai campuran tembakau pipa mereka.

No comments:

Post a Comment