Sunday 10 January 2016

Ulasan Baccy : Mac Baren "The Solent Mixture".

Mac Baren adalah sebuah "blending house" yang versatil. Selain mengeluarkan blend-blend sendiri, mereka turut mengambil kontrak dalam mengeluarkan blend-blend bagi jenama lain. The Solent Mixture adalah sebuah penawaran English blend dari Mac Baren yang memiliki ramai peminat. Walaupun dikatakan HH Vintage Syrian adalah lebih digemari dan dipercayai memiliki komposisi yang lebih baik, namun oleh kerana limitasi untuk mendapatkan blend tersebut, ramai yang beralih kepada Solent Mixture yang ternyata lebih konsisten keberadaannya.

Blend ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri: adunan Syrian latakia yang "rare" - daun bangsawan yang pastinya menjadi igauan ramai. Ringkasan blend di belakang tin memberikan maklumat mengenai komposisi blend ini; penggunaan "sweet virginia" (kemungkinan bright leaves) dan burley, yang ditambah dengan "Mac Baren Cavendish" - di mana Mac Baren sememangnya mendabik dada dengan proses penghasilan tembakau cavendishnya yang agak tersendiri. Walaupun saya bukanlah salah seorang peminat Mac Baren Cavendish atas dasar rasanya di palate sendiri, saya tertarik untuk melihat hasil gabungan Syrian latakia dengannya kelak.

Sebaik saja tin dibuka, kita akan disapa oleh kertas jaminan kualiti dari Mac Baren yang menutup bahagian atas blend tembakau ini. Di sebaliknya, tersusun kemas ribon-ribon hitam yang berselang seli dengan untaian virginia berwarna cokelat terang dan juga burley yang agak gelap sedikit cokelatnya. Not-not enak seperti aprikot kering, plum masam, molasses manis disulami sedikit bau kayu manis dan not rempah ratus yang agak lemah tetapi jelas, dapat dihidu. Memang menyelerakan dan membuatkan saya mahu segera menikmatinya di dalam bowl Winslow Crown Collector ini.

"Charring light" adalah mudah untuk Solent Mixture kerana kondisi ribon-ribonnya agak sederhana kering walaupun tin baru dibuka. Jadi jika anda masih memerlukan prepping (saya secara peribadi selalunya akan prep selagi logik), silakan namun tidak perlu terlalu lama. Sebaik dinyalakan, tembakaunya dengan mudah menangkap api. Perkara pertama yang bermain di fikiran saya adalah "wow, kurang masam!" - seperti yang saya katakan tadi, secara peribadi saya kurang menggemari rasa masam yang selalunya hadir bersama "Mac Baren Cavendish" (nota kaki: ramai pemipa lain menyukai trademark Mac Baren Cavendish ini, yang sememangnya masam rasanya, dan ia terpulanglah pada individu). Ini secara tidak langsung menjanjikan saya sebuah blend dari Mac Baren yang saya boleh nikmati dengan baik.

Telahan saya, mungkin kemasamam Mac Baren Cavendish tadi telah dikompromikan oleh Syrian latakia yang selalunya lebih agresif. Namun sayangnya, tindakbalas ini juga telah menyebabkan Syrian latakia pun kehilangan sebahagian profil flavornya yang penting - rasa "leathery tartness" yang selalu menjadi trademark kepada Syrian latakia. Secara amnya, ianya tidaklah terlalu teruk terjejas, cuma bagi yang mengharapkan rasa "leathery" yang sedikit tengik dari Syrian latakia dan kurang ada pada Cyprian latakia, anda mungkin akan sedikit kecewa.

Hampir satu pertiga bowl, walaupun kehilangan profil "leathery" itu agak menghampakan, namun secara positifnya Mac Baren cavendish tidak lagi menganggu saya untuk menikmati keseluruhan blend ini. Justeru itu, fokus yang lebih dapat diarahkan kepada kualiti burley nya. Solent Mixture ini, bagi saya, sebagaimana janji yang tertulis di ringkasan blend, memang menggunakan burley berkualiti baik. Burley yang sering dikaitkan dengan rasa "nuttiness" ini selepas beberapa hembusan, mulai mengambil stereng dan berada di depan. Walaupun rasanya tidak lah se"refined" white burley pada Reiner Blend 71, tetapi cukup baik, full-bodied dan memuaskan. Nuttiness burley itu memang berada di depan dan dapat dikesan tanpa susah-payah.

Virginia yang digunakan tidak menampilkan kualiti virginia sebaik keluaran-keluaran McClelland dan Dunhill, yang selalunya "tangy" dan tajam. Tetapi oleh kerana kualiti burley yang ada tadi sudah cukup untuk memuaskan kita di sepanjang pelayaran dengan Solent Mixture ini, mungkin wajar juga kita memberi sedikit "exception" kera

Di penghujung bowl, Solent Mixture membuktikan yang adunannya adalah agak konsisten. Ia boleh dihisap sehingga ke dasar bowl, tidak pahit di hujung dan tidak juga sukar untuk anda mendapatkan habuk putih di hujung sesi perpaipan anda. Juga, apabila ambernya terpadam, ia agak mudah untuk dinyalakan kembali. Perlu diingat, blend yang baik bukan sekadar perlu menampilkan tembakau yang berkualiti dan rasa yang hebat, "user-friendliness" juga mesti hadir, kerana ia juga membantu dalam mencapai sesi perpipaan yang berkualiti. Jika asyik memerlukan "relight" sepanjang masa, baccy yang enak pun akan menjadi tidak bermakna, dek kerana sesi perpaipan yang sering terganggu dalam usaha untuk menyalakan amber.

Boleh disimpulkan, Solent Mixture adalah sebuah blend yang agak kompeten, "full-bodied", dengan "latakia-play" yang agak lembut hasil gabungan daunan Syrian dengan Cavendish trademark dari Mac Baren. Bagi "purists" kepada Syrian latakia anda akan sedikit kecewa kerana ekspektasi anda terhadap "leathery" Syrian latakia yang pastinya agak tinggi, tidak terolah dengan baik di sini. Namun, jangan takut, anda tetap akan dihiburkan dengan keseragaman rasa dan kelembutan burley yang memikat, dan ini disokong pula oleh virginia yang tidak terlalu "tangy". Ia seperti pergi berperang tanpa pedang tetapi bersenjatakan tukul Thor - tiada elemen tajam tetapi pukulan yang padu pula mengganti.

 Saya akui, The Solent Mixture bukanlah blend English yang sofistikated dan elegan untuk anda. Tetapi, ia adalah antara blend English yang mampu membawa burley ke depan dengan baik, satu situasi yang jarang-jarang kita dapati dari blend-blend keluaran sekarang. Ini, menjadikan gaya English nya sedikit "old fashioned".

Jadi, jika dilihat secara positifnya blend ini sudahpun memenuhi gambaran Mac Baren sendiri seperti deskripsi produk mereka ini di belakang tin: "baccy yang akan membawa anda balik ke zaman agung pelayaran, dimana aroma di udara diselaputi dengan elemen-elemen lautan, tar dan kesibukan aktiviti pelabuhan".
na bagi saya bahagian virginianya tidaklah penting sangat sekarang. Lagipun, jika "virginia-goodness" yang saya perlukan, lebih baik saya mencapai tin McClelland Christmas Cheer atau Samuel Gawith FVF yang sememangnya meletakkan virginia sebagai fokus blend mereka.

No comments:

Post a Comment