Semenjak-dua
ini teringat pula saya kepada betapa naifnya permulaan saya sebagai
seorang pemipa. Tertarik kepada dunia baru menikmati tembakau yang lain
dari rokok. Berpipa tidaklah “trendy” awal dekad ini, tetapi mistik
tembakau di dalam tin dan membuka komponen-komponen pipa satu persatu di
atas meja cafe sambil mempamirkan wajah “I know what I’m doing” adalah
satu tarikan awal ke dunia perpipaan.
Mungkin
saya tidaklah keseorangan. Mungkin kebanyakan kita juga sama. Kita beli
sebatang pipa dan merasakan itulah pipa kita selamanya. Through the
thick and thin. Tetapi tidak lama kemudian kita terus membeli dan
membeli. Mungkin sekarang tidak lagi serancak dahulu tetapi ada peluang
dan ada jenis yang berkenan, wang akan melayang.
Juga
timbunan tin-tin tembakau itu – idea asalnya adalah mencari satu blend
yang “abadi”, yang kita boleh stock lima atau sepuluh tin dan kekal
begitu. Namun, jangan harap lah. Blend-blend baru muncul bak cendawan di
batang pohon getah selepas hujan renyai. Galak. Senantiasa menarik.
Senantiasa kompleks. Anda tidak memerlukan gambar model-model berbikini
di tepi kolam renang terpampang diatas tin tembakau untuk memastikan
blend anda terjual.
Apa
yang selalu saya fikirkan di sini adalah, adakah semua ini akan
terhenti? Akan adakah satu senggat yang menanda aras kepada terhentinya
pembelian pipa-pipa? Adakah di pipa yang ke-50? Atau sehingga kita dapat
pipa Peter Heeschen “P”? Jiwa kita merintih bertanyakan bilakah kita
akan berhenti, bak rintihan Ian Curtis di dalam lagu yang paling “dark”
dari Joy Division – Days of The Lord – “when will it end…when will it
end?”.
Jawapannya
kita sendiri pun tidak akan tahu, kerana kita akan sentiasa mencipta
alasan untuk memiliki sesuatu yang kita senantiasa mahukan. Sama
sepertimana saya pernah membayangkan yang pipa Savinelli Leonardo Il
Cavallo ini adalah pipa terakhir yang saya beli (saya tukarkan Karl Erik
Bent Egg untuknya, so it better be good – and thank god it was more
than good otherwise saya tangisi Karl Erik piece yang cantik itu –
apatah lagi mengenangkan akan posisi pipa Karl Erik yang semakin diburu
kolektor terutamanya setelah beliau meninggal).
Sama
juga ketika saya overstocking McClelland 221b Arcadia dan bercadang
untuk menjadikannya satu-satunya blend yang saya akan nikmati – memang
ia adalah blend yang saya konsum paling banyak saban tahun, namun di
mana kita mahu sorokkan keinginan terhadap Old Dublin, Red Rapparee, Old
Gowrie, Sillem Black, gugusan Frog Morton dan lain-lain?
You
see now, saya mencipta alasan sendiri. Inilah manusia. God gives and
gives and forgives. Man gets and gets and then forgets. Begitulah. That
is how human works. And I simply trying my best to be one who don’t
forgets too much.
pack ’em, light ’em, and blow smoke rings outta ’em!
No comments:
Post a Comment