
Dua blend
dari "The Marquee Series" ini merupakan kesinambungan blend pemenang
anugerah The Black House yang dikatakan paling hampir dengan lagenda
Balkan Sobranie. Russ Oulette sememangnya seorang master blender yang
genius, dimana permainan latakianya lebih menjurus kearah experimental
dan go-to approach: beliau lebih menekankan penghasilan blend-blend yang
boleh dinikmati apabila dimahukan, sedikit lain dari konsep latakia
powerhouse yang G.L. Pease pelopori dan keunggulan virginia base yang
Chris Tarler ungguli.
Sedikit
pujian juga harus diberikan kepada Adib & Romeo Gift Ipoh kerana
berani membawa masuk blend- blend sebegini yang pastinya memberikan
lebih ruang pemilihan untuk pemipa-pemipa tempatan.
Sedikit maklumat mengenai blend-blend ini:
Magnum Opus.
Dengan
bright virginia dari US dan Bulgaria sebagai base dan Perique sebagai
seasoning, Magnum Opus mengenengahkan Cyprian latakia yang ditemani oleh
kombo orientalis seperti Basma, Izmir dan Yenidje.
Bulgarian virginia...hmm... saya tiada pengalaman dengannya dan nampaknya ia sangat menarik untuk dicuba.
White Knight:
Juga
blend yang mengenengahkan Cyprian latakia, White Knight menggunakan
yellow virginia dan dedaun oriental dari Macedonia (yang tidak
disenaraikan), termasuk yenidje. Ia menjanjikan flavor Balkan yang
lembut dan medium bodied.
No comments:
Post a Comment