
Dalam
mencuba beberapa blend aromatik ketika itu, saya terpanggil untuk
mencuba Rattrays High Society ini. Melihat kepada komposisi blend ini
kita seakan dapat merasakan yang mungkin Rattrays cuba untuk mendekati
peminat cigar dan dedaun dark fired, dimana komponen dark fired kentucky
adalah antara ramuannya. Ditambah dengan sedikit Louisiana Perique, ia
seperti satu percubaan berani untuk menghasilkan spicy aromatik. Selain
itu, penggunaan virginia dan burley adalah standard sebagai bahan primer
baccy.
Note dari
tinnya adalah bau harum vanilla diselang-seli dengan buah-buahan dan
sedikit bau kismis. Yang positifnya, baunya tidak pekat dan merengsa
sebagaimana tin note dari blend aromatik yang lain, tanda casing yang
digunakan adalah minimal. Datangnya High Society dengan tin 100g di
dalam bentuk ribbon cut, sesuai dipack dan dihisap terus.
Nyalaan
pertama mengundang kuantiti asap putih yang banyak. Ah, bau asapnya
yang wangi seperti tin note nya adalah sangat menyenangkan. Virginia dan
burley menguasai permainan awal bowl dengan sedikit edge dan flavor
vanilla-fruity yang nyaman, tanpa rasa berat yang kita sangkakan dari
partikel dark-fired. Boleh dikatakan, sukar untuk kita rasakan kehadiran
dark-fired kentucky di peringkat awal bowl ini. Oleh kerana blend ini
tidak terlalu basah dan tembakau yang digunakan agak berkualiti, nyalaan
pertama mudah untuk kekal.
Pada
pertengahan bowl, High Society seakan mengalami pesta gerhana. Walaupun
flavor vanilanya tenggelam timbul, dan disinilah pelaburan Rattrays
dalam menggunakan virginia berkualiti tinggi dan komponen dark-fired itu
membawa balik pulangan tinggi. Pembakaran yang baik dan sedikit nikotin
dapat dirasai disini. Juga, perique dengan sedikit spiciness dan
tartness juga mula menonjolkan dirinya. Pada ketika ini, dimana
kebanyakan blend aromatik mula terasa kosong, High Society pula sedang
membuat persembahan teater kepada kita, dimana para pelakon utamanya
iaitu virginia, kentucky dan perique saling berinteraksi dan
menghiburkan kita, dibantu pelakon tambahan iaitu burley yang terkadang
muncul di dalam scene-scene tertentu, sambil berlatarbelakangkan kanvas
vanilla yang tidak menonjol tetapi penting di sepanjang persembahan. Ia
kekal hingga ke hujung perpipaan dan habuk putih ringan di akhir bowl
adalah sangat nipis, petanda pembakaran lengkap yang berlaku di
sepanjang jalan.
Adalah
jelas dengan kualiti tembakau virginia dan dark fired yang digunakan,
sedikit kekuatan, walaupun tidak lah full-bodied, dan spiciness yang
hadir sangat disenangi dan melonjakkan blend ini di atas kebanyakan
blend aromatik lain. Selain itu, High Society adalah jauh dari
blend-blend aromatik yang basah, lembap dengan perisa dan bahan kimia
yang agak memualkan. Oleh itu, ianya amat sesuai kepada pemipa newbies
dan veteran. Juga konsistensi penyalaan yang mudah (hasil kadar casing
yang minimum) memberikan kepuasan pada para perokok, yang mungkin selalu
menghadapi masalah menyalakan pipa mereka dengan aromatik basah. Cuma
sayangnya, ia hanya datang dengan tin 100g, dimana tin 50g tidak dijual
di Malaysia.
Sekarang,
High Society merupakan blend aromatik yang saya kerapkali kunjungi
untuk bertukar langkah seketika / "change of pace" - terutamanya apabila
terlalu banyak va/per dan latakia dikonsumasi. Saya juga merasakan
standing ovation harus diberikan dek kerana persembahan bertenaga dari
blend aromatik keluaran Rattrays ini.
No comments:
Post a Comment